Bayangkan satu malam saya bermimpi 3 kali dan saya ingat mimpi-mimpi tu hingga kini. Mari lihat mimpi saya itu .
1/ Saya bertemu Ustaz Hasrizal atau blogger Saifulislam.com di pesta buku di PWTC dan saya sempat bersembang dan bertemu mata ke mata . Gembiranya saya bila beliau kenal saya juga .
Kenapa saya mimpikan Ustaz Hasrizal ???
Saya dah lama ikuti blog beliau dan memang saya admire ilmu yang beliau kongsikan bersama pembaca blog beliau. Kebetulan semalam saya lihat wajah beliau dan dengar suara beliau di saifulislam .com .
2/ Saya bertemu pula dengan Prof. Kamil empunya blog Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan . Bestnya saya sebab sama-sama mengikuti beliau ke Sarajevo, Bosnia . Kami sempat juga berbual tentang blog masing-masing dan beliau juga kenal saya.
Kenapa saya mimpikan Prof. Kamil ????
Saya juga admire ilmu dan personaliti Prof yang saya kenal melalui blog beliau . Kebetulan sejak 3 hari lalu saya tak lepas baca blog beliau kerana beliau kini ber outstation di Sarajevo, Bosnia . Saya juga memang amat suka membaca bilamana suatu perjalanan tak kira dalam negara atau luar negara .
3/ Saya dan Mimi diajak bersama ke sebuah taman saya tak pasti di mana dan yang bawa kami tu ...saya pun pelik... Mawi dan Ekin . Kami bersama gembira sangat dapat ke taman tema yang cantik sekali . Mawi dan Ekin kenal saya dan Mimi melalui blog saya. Kat taman tu siap jumpa Maya yang datang dengan keluarga angkat Korea dia dan Maya tak pakai tudung, rambut berjambul. Bila saya tanya kenapa tak pakai tudung dia kata mak angkat dia tak bagi pakai. Pelik betul.
Kenapa saya mimpikan Mawi dan Ekin ?????
Saya pun tak pasti sebab saya bukan peminat Mawi apatah lagi Ekin , siapa Ekin pun saya tak kenal , dia pelakon ke penyanyi ke sebab masa saya belum ke Jordan dulu memang tak de Ekin ni . saya tau dia pun bila Mawi kawin dengan dia.
Mungkin juga sebab masa tonton TV semalam ada iklan minyak wangi yang ada Mawi tu ... takkan sampai mimpikan dia ekkk ???
Apapun , ketiga-tiga individu yang saya mimpikan tu tak kenal saya pun dan saya juga tak pernah bersua muka dengan mereka.
Itulah mimpi-mimpi yang indah yang saya masih ingat hingga saat ini.....
Thursday, April 30, 2009
Tuesday, April 28, 2009
Buku & Roti
Dah bertahun saya tak berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC , memang tak de rezeki nak pergi. Dulu masa anak2 kecil pernah jugak bertandang ke pesta itu.
Walaupun tahun ni kami masih tak berpeluang bersama-sama merasai kemeriahan di pesta tersebut , saya sempat jugak membeli buku-buku baru secara online ... tak banyak pun, 3 buah buku sahaja termasuk buku " Rindu Bau Pohon Tin " dan "Cinta Sampai ke Syurga" tulisan Ustaz Hasrizal Saifulislam.com . Semalam saya terima pula pesanan buku yang saya buat pada Raden Galoh "Kanser Payudara Ku " .
Saya ke Popular Bookstore minggu lalu dan menurut kata salesgirl di situ buku2 baru dari pesta buku di Kl hanya akan dijual di kedai buku tersebut 3/4 minggu selepas pesta tamat.... huhu lambat lagi baru dapat belek buku2 baru .
Selain membusykan diri membaca buku2 yang dibeli , saya juga telah mula beriadah dengan melakukan brisk walking di pantai mak nik setiap pagi selepas hantar anak2 ke sekolah. Saya dapat motivasi untuk dapatkan sedikit extra stamina demi kesihatan diri dari rancangan tv "The Biggest Loser " . Harap saya akan terus bersemangat bersenam setakat kemampuan saya, InsyaAllah.
roti yang siap saya bakar di rumah....yummmy, memang sedap.
Minggu lepas juga adalah kali pertama saya membakar roti bun kacang dan bun kaya di rumah. Jangan tertipu ye, saya hanya kata saya membakar roti bukan membuatnya. Kisahnya...kawan saya Kak Wan seorang pengusaha kilang roti di rumah nya dan roti bun nya diedarkan di sekitar Kemaman, Kerteh, Paka dan Kuantan. Pagi tu saya ingat nak beli roti tapi waktu tu beberapa pekerja sedang menguli roti tersebut dan jika saya nak tunggu hingga masak mengambil masa 2 jam. Saya dapat idea.... beli roti yang dah diuli dan bakarnya di rumah. Bawak balik ke rumah dan tunggu sejam setengah saya pun bakar bun-bun tersebut dalam oven..sedapnya makan roti fresh from the oven. Roti Kak Wan memang sedap dan lembut.
Sesiapa yang singgah di kedai-kedai makan di sepanjang jalan besar Kuantan-KT kalau nampak roti dalam bekas tupperware bulat, itulah roti Kak Wan , 70sen satu .
Saturday, April 25, 2009
Anak anda penakut ???
Saya ingat masa saya kecil dulu, arwah abah selalu marahkan saya bila saya takut untuk naik ke tingkat satu di rumah saya untuk ambil sesuatu barang pada waktu malam bila semua orang ada di tingkat bawah. Saya juga takut untuk turun ke tingkat bawah seorang diri bila semua orang ada di tingkat atas. Saya ingat abah marah dengan katanya :
" Apa yang takut, dalam rumah pun takut, bukannnya luar rumah. "
Bila usia bertambah saya akui kebenaran kata2 abah . Dalam rumah yang juga sebagai pelindung hidup kita mana boleh kita takut, kat luar ruamh barulah banyak anasir2 yang boleh menyebabkan kita takut.
Anak2 saya setakat ni Alhamdulillah tiada siapa yang penakut . Dari kecil kami tak pernah menakut-nakutkan mereka dengan benda atau perkara yang menakutkan. Cerita2 seram di kaca TV memang kami tak tonton kerana saya tak nak cemarkan sifat berani anak2 dengan perkara tahyul yang tak sepatutnya dijadikan bahan untuk jadi penakut. Setakat kegelapan malam atau kegelapan bilik tidur, ruang dapur atau tandas tidak menjadikan anak2 saya takut .
Mimi yang kecil tu pun tak pernah rasa takut tidur seorang diri dalam bilik sendiri bila ayahnya ada di rumah, jika tiada baru saya ajak dia tidur sekali dengan saya di bilik tidur saya .
Saya bawa kisah ini kerana beberapa orang rakan saya bagitau yang anak2 mereka cepat jadi takut jika berhadapan dengan gelap dan takut untuk tidur sendirian .
Bagi saya apa yang penting , usah kita takut2 kan anak2 sejak mereka kecil lagi kerana ini akan boleh sebabkan mereka menjadi penakut .

Wednesday, April 22, 2009
FRUST membawa MAUT.
Sekarang ni busy lagi sebab darling dah balik 'kampung ' dia Ahad lalu , jadi saya sambung balik tugas menghantar/ambik anak2 ke/dari sekolah di samping tugas harian sebagai surirumah .
Surirumah nampak macam mudah, duduk rumah buat kerja . Apa yang orang taktau ialah surirumah bekerja tiada masa tamatnya dan skop kerjanya terlalu luas terutama bagi yang tiada pembantu rumah .
Hari Sabtu lalu semasa ke Tunas Manja membeli barang2 Mimi , terserempak dengan seorang lagi surirumah dan juga blogger yang semakin busy sejak pulang ke tanahair kerana pelbagai tugas harian termasuk menghantar anak2 ke sekolah, ke tempat mengaji dan lain2 tempat lagi dan pagi yang saya jumpa tu dia sedang menanti anak2nya yang ke kelas taekwando . Kami sempat bersembang di celah-celah rak barang2 dan memang saya nampak Mulan semakin kurus sekarang , nampak sedikit keletihan di wajahnya . Patutlah dia juga jarang beronline dan kurang berblogging juga.
Itu surirumah , macamana pulak seorang isteri yang bekerja yang tiada pembantu rumah dan balik rumah kena buat kerja rumah lagi..... mau berasap kepala dibuatnya , nak-nak dapat suami yang 'segan ' nak membantu .
Hampir dua bulan yang lalu, ada kampung yang berdekatan dengan kawasan rumah kami, digemparkan dengan kisah seorang isteri yang bekerja dikatakan meminum sabun pencuci lantai dan meninggal dunia akibat terlalu frust suaminya beristeri lagi , maknanya dia dimadukan tanpa kerelaannya dan sebelum dia membunuh diri dia siap talipon suaminya dan minta suaminya balik tengok apa yang dia akan lakukan dan bila suaminya tiba di rumah dia sudah tidak lagi bernyawa. Bila nafsu menguasai diri, apa sahaja boleh berlaku . Saya dapat bayangkan bagaimana kecewanya si isteri itu kerana pengorbanannya selama ini bekerja di luar dan menabur bakti di rumah sepenuh jiwa raga , suaminya masih mahu memadukannya ... tanpa perbincangan yang panjang .
Bagaimana agaknya emosi suaminya selepas kejadian itu , pasti dihantui perasaan bersalah sehingga akhir hayat , itu jika si suami kesal atas apa yang berlaku.........
Saya bukan menyokong perbuatan isteri tersebut membunuh diri tapi saya pasti ada sesuatu yang amat tidak kena yang akibatnya sampai begitu sekali .
Semoga kita semua yang bergelar isteri tidak kira yang bekerja atau akan sentiasa ikhlas dan tabah menjalankan tugas sebagaibagaimana yang diamanahkan .
Buat para suami , selamilah dan fahamilah hati isteri masing2 agar tidak tanduk yang dilakukan masih dapat diterima oleh kami, isteri , perempuan yang sifatnya lembut tapi tegas .
Saya bawa kisah ini yang masih lagi diperkatakan orang bila lalu di hadapan rumah berlakunya kejadian yang malang itu sebagai iktibar buat kita semua........ Sedihnya ......

Saturday, April 18, 2009
Jadual padat Jumaat
Jumaat semalam penuh aktiviti saya dan keluarga .
Pagi lagi saya dah teringin nak makan kuih-kuih 'orang luar' seperti kuih cucur badak. Saya dan darling ke pasar Cukai , kuih yang saya nak dah tak de, beli jugak kuih tempatan termasuk ketayap, donut dan kuih bom kacang ( saya taktau namanya apa ) .
Balik rumah lepas makan pagi saya dan Izzat ke pasar pagi pulak, saja saya nak merayau ,lama tak pergi . Jumpalah satu gerai yang first time ada yang jual wallet dan purse kulit , entah ye entah tidak kulit tapi memang bila penjual tu bakar tak hangus wallet tu. I pun belilah satu purse warna hitam yang saya minat designnya dan saya tak de purse bentuk macam tu , RM 15 je.... kulit ke ????
Balik rumah ambik air mineral 2 botol dan kuih bom kacang yang tak habis makan bawak pergi Mini Zoo dan Taman Rekreasi yang baru di rasmikan oleh MB Ganu kite yang hanya 10km dari rumah kami.Tiba dah pukul 10.15 dan dah ramai pelawat di situ, berbaris lama jugak nak beli tiket yang buat masa ni harga promosi RM 5 dewasa, RM3 untuk kanak2 . Lepas bayar tiket naik buggy untuk ke dalam sebab jauh jugak untuk sampai di pusat zoo nya.
Pusing2 dalam zoo , binatangnya tak de apapun lagi ... yang kami nampak hanya ikan naga, beruang , landak, angsa, ular ( saya tak tengok pun... eeeii ) .. kandang yang kosong termasuklah sang kancil, harimau ..entah apa lagi yang masih belum ada. Specialnya ada jambatan gantung yang agak panjang , ada taman tema air terjun buatan dan playground . Satu yang saya suka ialah sebab zoo ni memang mesra alam, hutan2 yang ada dikekalkan dan memang macam kita masuk hutan, tak panas mana bila berjalan sebab kita berjalan dalam hutan . Nak tengok binatang macam sang kancil memang kitab kena perhati betul2 di mana ia berada sebab pagarnya masih dalam hutan .
Balik sebelum solat Jumaat dan lepas Jumaat kami ke Isshinya Japanese Restaurant di bandar Cukai untuk lunch . Memang bukan taste saya . Sayang tak bawak camera untuk tangkap gambar2 makanan2 yang kami order, yang laju makan Izzat sebab dia memang suka makanan luar . Dia kata sedap , saya kata tak sedap , memang bukan selera saya. Mimi pun makan suku je lunch set yang dia order . Sudahnya darling dan Izat yang habiskan makanan kami berdua . Darling kata tak sesedap makanan Jepun yang dia makan semasa di Jepun dulu, tempura pun lain je rasa....
Petang semalam dah lapar pulak rasa sebab lunch tak kenyang, buat tuna sandwich dan scramble eggs untuk mimi sebab memasing tak nak makan nasi ( memang malam kami amat jarang makan nasi )... Izzat tak makan sebab masih kenyang katanya ( dia memang biasa skip dinner nak jaga body ) .
Itulah kisah kami semalam ................

Friday, April 17, 2009
Busy-body Day !!
Yesterday morning darling and I had our breakfast by the beach , Monica Bay to be exact. It's not our usual morning time out ( we go outing every single day !! ) , it's more than that....
It's Izzat's cross-country day !
He and three hundred other students started their adventurous ordeal by climbing up the hill near the Pahang- Terengganu border and down they went straight to their first check point at Monica Bay. It's then getting tougher running on the sand for quite a long stretch path and the third part they finally dash to the finishing line by passing thru all the keropok stalls in Geliga back to the Perwaja housing area in Chendor, altogether 10km .
We were at the beach to give moral support to Izzat , it's actually just for fun as we had nothing to do yesterday. I snapped a few pictures of izzat and other students . Izzat was among the first runners but he told me he was having a stomach ache . He looked a bit tired but he still had a long way to go then.
We left Monica Bay without knowing the final standing of Izzat at the finishing line.
At 3 pm when darling went to Al Amin to fetch Mimi , Izzat came by to let us know that he got the 4th place ( he has extra class until 5 everyday and the cross-country day was no exception , I salute all the teachers ! ) . 4th place for category 1 ( Form 3,4,5 ) and 10th place overall from form 1-5 , Alhamdulillah. Congratulations!!
Izzat's friends in the middle group .... looked so exhausted and they walked and strolled ......
That was our busy-body day .... busy body for the sake our kids which we rarely did before since we were both very busy all the time .
Tuesday, April 14, 2009
2 kisah ceria
Lama saya tak sempat nak update blog cuma kadang2 mencelah jugak kat beberapa blog bila ada kesempatan.
Hari ni nak letak 2 kisah sekaligus.
1/ Dua minggu lalu.... Ziarah dari sahabat/adik2 angkat kami dari Jordan yang kebetulan datang ke Kemaman kerana ada program. Saya baca di shoutbox yang razyana kata dia akan ke kemaman dan nak ziarah kami jika sempat.Waktu tu kami bercuti di Kuantan sehingga Sabtu dan memang kami bermalam di Kuantan . Saya dapat hubungi mereka semula dan jemput mereka breakfast di rumah pagi Ahad itu. Kebetulan mereka menginap di hotel yang dekat sangat dengan rumah. Bestnya dapat bertemu keluarga Ustaz Razi dan Ilyana yang kami kenal masa di Jordan dulu. Ustaz Razi pelajar U of Jordan di Amman dan sedang buat MA , cuma kini Ilyana kini sudah pun bertugas sebagai peguam dan anak2 sudah kembali ke tanahair, hanya ustaz yang masih di sana, tak lama lagi tamat pengajiannya InsyaAllah. Dulu hanya Insyirah dan Ameer buah hati mereka, kini bertambah seorang lagi, Isyraf berusia 10 bulan. Cucu2 saya memang comel2 semuanya. Insyirah masih comel seperti dulu dan manja pun sama.
Ustaz Razi yang semakin kurus tapi maintain macho beserta iserinya yang makin mengancam comelnya, kami hidangkan dengan nasi dagang special .
Ilyana, Ameer dan baby Isyraf ....dah semakin comel mereka ni .
Insyirah tengah makan roti canai .... aaaaaa.....
Ameer yang dulunya masih kecil dan lembut serta manja kini dah jadi a big boy yang tengah minat sangat kat siri Ben 10 . Kalau lawan dengan Faheem di Amman rasanya dah boleh seri (dulu memang kalah je dengan Faheem hero tu....hehehe ) .
Adik Ameer Isyraf tu memang teramat comel tapi tak suka dipegang . Ustaz Razi dan Ilyana yang memang peramah , memang terasa sekejap sangat pertemuan kami pagi tu. Kami bertemu lagi petang itu di gerai otak2 di Kuala Kemaman dan sempat sambung sembang lagi sebelum mereka pulang ke KL. Selasa lepas ustaz razi kembali ke Amman .
Sayangnya Mimi sekolah Ahad itu , tak dapat bertemu kawan2 lama yang dulu dapat main sama2 ketika hujung minggu di Suweileh dan kadang2 di Abu Nuseir,Amman.
Buat Ustaz RAzi dan family thanks sebab sudi ziarah kami, InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi .
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2/ Awalnya nak join gathering makcik bloggers di KLCC, tup-tup hancur berkecai harapan sebab Mimi ada sukan dan Izzat ada camp kadet di sekolah. Sempatlah kami menceriakan hari sukan sekolah mimi . Mimi rumah Bendahara dan masuk 2 acara, lari 100m dan lari lipan berkumpulan. 100m mula2 tu memang Mimi laju tapi dah separuh jalan nampak lari pun dah terhoyong-hayang dan sampai garisan penamat dia dapat nombor 4 . Tak sangka Mimi yang memang agak lembik ( macam Maya..hihi ) boleh masuk lumba lari 100m .Lipan berkumpulan dapat Johan, ketua/kepala lipannya kuat dan laju ,tu yang dapat johan. Keseluruhan Bendahara dapat naib johan.
Mimi tengah leading di awal perlumbaan ....yang merah tepi kiri sekali.....
Ada lagi aktiviti ceria kami tapi nanti sambung lain kali.
Thursday, April 9, 2009
Short break
Busy.... I need to take a short break .
Harap kawan2 semua sihat dan ceria berblogging .
Jumpa lag nanti .
Harap kawan2 semua sihat dan ceria berblogging .
Jumpa lag nanti .
Thursday, April 2, 2009
Penghiburku
Sebelum beradu rasa rajin pulak nak update blog sebab esok dan lusa nak ke luar negeri (Terengganu ) , ke Kuantan je dan bermalam di sana, nak rehat2kan badan .
Saja nak tulis dialog kanak2 berusia 7 tahun yang tinggal dalam rumah kami, siapa lagi kalau bukan Maksu Mimi .......
" Ada tak orang tu dia doktor tapi dia sakit ???? "
" Tadi kat sekolah Mimi nampak belalang hijau, dia nak beranak sebab perut dia besar ! "
" Hutan belakang sekolah Mimi ada seekor je kera, yang lain semua monyet . "
Okay, selamat berhujung minggu buat semua...

Wednesday, April 1, 2009
Kisah jala
Lama tak makan kari ayam. Semalam saya buat kari ayam dan rasanya amat lazat tapi memang kurang pedas ( puji masakan sendiri , memang sedap pun...hihi ) .Kari tu dimakan dengan roti jala yang jugak sudah begitu lama saya tak buat. Alhamdulillah jadi jalanya , kira kalau ikan terkena jala saya , memang sah akan terlekat sirip atau ekornya , tak dapat lari dah .
Kisah "Wajarkah ????? " tu kisah benar yang saya baru jugak tahu halnya. Semasa saya jumpa si isteri beberapa bulan lalu memang macam syak aje yang dia tengah ada konflik dengan suaminya, rupanya tekaan saya benar. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga dan si isteri sudah ada pakwe sebelum berkahwin tu. Lepas aje si isteri kahwin, bekas pakwe dia juga kahwin dengan rakan bekas makwe dia. . Kini masing2 telah punya 3 orang anak . Si isteri yang mulakan dulu mengadu masalah pada bekas pakwe dia dan entah macamana cinta berputik kembali. Buat masa ini kedua2 pasangan sedang porak-peranda dan tak tahu berapa lama dapat bertahan rumahtangga mereka .
Macam kisah drama aje , tapi ini drama kisah benar. Macam kisah orang pergi menjala, kalau jalanya tidak koyak, dapatlah ikan terlekat dalam jala, jika jala koyak dan tidak dikait kembali maka senanglah ikan terlepas dari jala.... harap faham apa maksud saya.....
Semoga kisah benar ini diambil iktibar oleh kita semua, InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)