Saturday, April 18, 2009

Jadual padat Jumaat

Jumaat semalam penuh aktiviti saya dan keluarga .


Pagi lagi saya dah teringin nak makan kuih-kuih 'orang luar' seperti kuih cucur badak. Saya dan darling ke pasar Cukai , kuih yang saya nak dah tak de, beli jugak kuih tempatan termasuk ketayap, donut dan kuih bom kacang ( saya taktau namanya apa ) .

Buggy untuk bawa pengunjung dari masuk-keluar ke pintu utama.

Balik rumah lepas makan pagi saya dan Izzat ke pasar pagi pulak, saja saya nak merayau ,lama tak pergi . Jumpalah satu gerai yang first time ada yang jual wallet dan purse kulit , entah ye entah tidak kulit tapi memang bila penjual tu bakar tak hangus wallet tu. I pun belilah satu purse warna hitam yang saya minat designnya dan saya tak de purse bentuk macam tu , RM 15 je.... kulit ke ????
Rehat sambil makan bekalan kuih yang dibawa sebelum naik buggy keluar dari mini zoo.

Balik rumah ambik air mineral 2 botol dan kuih bom kacang yang tak habis makan bawak pergi Mini Zoo dan Taman Rekreasi yang baru di rasmikan oleh MB Ganu kite yang hanya 10km dari rumah kami.Tiba dah pukul 10.15 dan dah ramai pelawat di situ, berbaris lama jugak nak beli tiket yang buat masa ni harga promosi RM 5 dewasa, RM3 untuk kanak2 . Lepas bayar tiket naik buggy untuk ke dalam sebab jauh jugak untuk sampai di pusat zoo nya.


Pusing2 dalam zoo , binatangnya tak de apapun lagi ... yang kami nampak hanya ikan naga, beruang , landak, angsa, ular ( saya tak tengok pun... eeeii ) .. kandang yang kosong termasuklah sang kancil, harimau ..entah apa lagi yang masih belum ada. Specialnya ada jambatan gantung yang agak panjang , ada taman tema air terjun buatan dan playground . Satu yang saya suka ialah sebab zoo ni memang mesra alam, hutan2 yang ada dikekalkan dan memang macam kita masuk hutan, tak panas mana bila berjalan sebab kita berjalan dalam hutan . Nak tengok binatang macam sang kancil memang kitab kena perhati betul2 di mana ia berada sebab pagarnya masih dalam hutan .


Balik sebelum solat Jumaat dan lepas Jumaat kami ke Isshinya Japanese Restaurant di bandar Cukai untuk lunch . Memang bukan taste saya . Sayang tak bawak camera untuk tangkap gambar2 makanan2 yang kami order, yang laju makan Izzat sebab dia memang suka makanan luar . Dia kata sedap , saya kata tak sedap , memang bukan selera saya. Mimi pun makan suku je lunch set yang dia order . Sudahnya darling dan Izat yang habiskan makanan kami berdua . Darling kata tak sesedap makanan Jepun yang dia makan semasa di Jepun dulu, tempura pun lain je rasa....



Petang semalam dah lapar pulak rasa sebab lunch tak kenyang, buat tuna sandwich dan scramble eggs untuk mimi sebab memasing tak nak makan nasi ( memang malam kami amat jarang makan nasi )... Izzat tak makan sebab masih kenyang katanya ( dia memang biasa skip dinner nak jaga body ) .


Itulah kisah kami semalam ................

23 comments:

zino said...

terima kasih bawa kami melancong sama hehe

tulipurple said...

terima kasih juga utk info tourism itew...bleylah bawa anak2 berjln ke sinun.sy n hubby mmg tak gemar mknana jepun..tak lalu tekak wey..ihiks'

WeBViDeOKLiP said...

bagusla bersama keluarga
merapatkan silatyrrahim

zarin said...

dengar citer mini zoo ni yg terbesar di m'sia ye?betul ke?we all ada kat kemaman ni,buleh le pi zoo ni.nampak cantik jugak sceneries dia

suweileh family said...

Senanglah kalau kami singgah Kemaman nanti, boleh bawa anak-anak ke mini Zoo Kemaman, minum petang rumah K Raja...hehehe.

Akak, tudung Mimi comel sangat. Banya jual kat Terengganu Ttidung gitu ke sekarang? Balik nanti nak beli untuk Sofia n Kakak.

simah said...

the green! Memang bestnya tengok.. org mesia patut merasa betapa bertuahnya... banyak pokok kat sana.. kami kat sini nak pokok kena tanam dlm pot hehehe

akak..i know u dont want me to announce it to the whole world.. but i think a kindness and goodness should be spread about... hence.. that entry in the blog... maaf yea :0) THANK YOU again Akak.. semoga Allah membalas jasa Akak.. hugs

Neeza Shahril said...

menarik ni.. anak2 neeza suka sangat lah zoo zoo ni. Ummi diorang pun suka hehehh..
kat mana ni Kak Rina? MEsti baru sangat kan sebab neeza memang tak tahu langsung..

mama said...

amboiii seronoknya kak ina p jalan2kan.. sejak bial pulak adenya mini zoo tu?

darling cuti lama yer..

silversarina said...

zino,

Melancong yang dekat kami je tapi tempat baru tu :)



tulipurple,

Mini zoo ni tempat baru, tak banayk bintang ada lagi tapi ia combine dengan taman rekreasi, jadi 2 in1 dapat relax dalam alam semulajadi.


webvideoklip,

Hujung minggu yang jarang dapat bersama anak2 sebab selalunya ada saja program . Thanks sebab sudi ziarah.

silversarina said...

zarin,

Laa balik kemaman tak kabar awal2 , kalau tak boleh datang ziarah.. harini dan esok busy sebab hubby dah nak fly .

Kena prgi zoo tu sebab masih panas lagi walaupun tak de banayk haiwan lagi :)





Suweileh family,

Orait, no problem..jangan singgah zoo tak singgah rumah akak pulak :)

Akak ada kirim mini tudung untuk sofia pada putri masa dia balik haritu..nanti kalau gimin pergi jordan akak kirimkan tudung2 untuk those 2 girls. Tak sempat nak kirim apa2 pada ustaz razi sebab masa suntuk.

silversarina said...

simah,

Tak aci ni, dah janji tak mo glamour tau ..harap dapat dimanfaatkan ...




neeza,

Nanti balik wajib ziarah zoo ni, dekat Bukit Takal , jalan dari mak cili nak ke Ibok , tak jauh mana, sure anak2 happy dapat etngok pokok hijau :)




mama,

Mini zoo dah dibina masa Idris Jusoh lagi tapi baru kini siap dan dirasmikan oleh Ahmad Said ..kira baru minggu ni bukak untuk public .

Darling nak balik dah ni :(

PrinCeSS said...

wah menarik jugak nampak zoo tu walaupun binatang x brp ade..
(xpe,kat tgh bandar pun leh nampak 'spesies2' tu berkeliaran)
kalau x suka makanan jepun,sure makanan korea pun xlalu..
camni ni...:)

Mak Teh said...

Biarlah jadual sepadat yang boleh sementara bersama yang tersayang. Sememangnya seronok keluar jalan-jalan bersama keluarga. Lagipun anak-anak masih kecil lagi. Kalau dah besar mereka tak mahu ikut kita jalan-jalan lagi melainkan keluar negara.

silversarina said...

princess,

ehhh, kat zoo ni special sikit penginapnya, semua berdisiplin, siap ada time makan tau, tak macam yang kat bandar berkeliaran tak tentu masa :)




mak teh,

Ha ah betul tu, selagi anak2 mu ikut jalan memang amatlah dialu-alukan , nanti besar jarang dah nak ikut mak ayah jalan, kalau ke over sea pandai pulak tak nak tinggal... memang itulah lumrah .

Zareda Norman said...

kak rina

landscapenya cantik..

Makanan jepun ni kalau sesekali makan bes jugak.. kami kat sini ada ler juga sesekali ke sushi king tu

suealeen said...

bunyinya macam best je zoo ni.. zoo negara bukan main mahal rega tiketnya...

Abang Long said...

Dahulu saya suka makan diluar. Tapi sekarang nafsu itu terpaksa dikawal.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Mimi is soooooo cute. I love her "peace sign" in the first picture. Very cute.

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam...wah gambar kt na tu...besarnya famili tuan.,...

MULAN said...

laaa.. kita pun ada gathering kat tunas manja kan.. lupa nak amik gambar..

en_me said...

jalan sakannns..

silversarina said...

zareda,

Rasanya makanan jepun yang akak order tu memang tak sedap , rasa mee maggi je :)




suealeen,

Lal mini zoo, biantang pun bukan ada sangat , rasanya kalau harga biasa RM10 dah dikira mahal di sini , sekarang ramai yang pergi sebab harga promosi murah RM5.





abang long,

Kami ni bila dah tinggal sikit orang di rumah memang mudah dan praktikal jika makan di luar .

silversarina said...

cat cat,

Mimi ni kalau pasal bergambar memang suka sangat .





anak pendang,

Ni kat Kemaman. Family memang besar tapi kini kami tinggal berempat je.




mulan,

Ha ah yek, siap bersembang celah rak lagi, penuh emosi..hehehe.





en-me,

Ada peluang masa lapang di hujung minggu, jalan lah , apa tunggu lagi :)