Friday, December 25, 2009

Bukan mudah menggapai kejayaan

Salam Jumaat buat semua . Mesti masih ramai yang berjalan makan angin karana cuti hujung minggu yang panjang dan mimggu ini juga adalah minggu terakhir cuti sekolah. Pagi tadi dah selesai beli pakaian sekolah anak2 . Buku teks dan tulis akan diberi semasa di kelas bermula . Jadi bayaran buku sahaja lagi yang belum beres kerana bayaran pendaftaran serta yuran pengajian telah dibereskan semalam .

Semalam akan jadi kenangan manis buat kami seisi keluarga bila keputusan PMR Izzat diketahui saya terus panjatkan kesyukuran tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa hanya DIA yang menentukan segalanya , Alhamdulillah.

Terimakasih kepada semua rakan yang tak putus2 menyampaikan ucapan tahniah sempena kejayaan Izzat semalam. Ada yang kata anak2 saya semuanya bijak2 sebab tradisi 9A PMR dalam family dapat dipertahankan dan ada yang kata anak2 saya tak payah belajar pun tak pe sebab dah sedia pandai .......

Hari ni saya nak cerita sikit pasal pencapaian anak2 dalam bidang pelajaran . Ianya bukan mudah . Tiada jalan mudah . Tanpa usaha gigih dan tekun dalam menuntut ilmu takkan berjaya cemerlang. Kalau sebelum ini yang kuat belajar adalah Zaid dan Sumayyah . Mereka struggle dalam setiap mata pelajaran . Bersengkang mata menghafal dan memahami apa yang dipelajari . Safiyyah jenis sedikit relax, tak de jadual belajar yang tetap, cuma satu... dia akan mudah menitis airmata jika tak faham sesuatu yang dibaca .. sampai sekarang dia macam tu . Bila giliran izzat pulak untuk ambik exam besar ... memang dialah yang paling kuat study antara semua anak . Tak perlu kelas tuition sebab kelas tambahan di sekolah sudah lebih dari cukup , kadang2 hingga jam 10.30 malam baru habis kelas dari jam 7.45pagi . Memang padat . Kemudian Izzat akan bangun solat dan study lagi di dinihari hingga subuh dia ke surau solat berjemaah . Puasa sunat Isnin Khamis juga kerap dilakukannya . Dia nampak bertenaga sepanjang masa sehingga cikgu di sekolah kata dia tak pernah nampak letih/ mengantuk semasa di sekolah. Izzat memang makan pelbagai vitamins dan kismis doa memang setiap hari diamalkan ... itu sedikit cerita macamana anak2 belajar .

PMR baru2 ni memang selesai setiap subjek saya akan bertanya macamana exam hari itu, Izzat jawab semuanya ok .. saya percaya bila dia kata ok, memang dia ok ... saya tau dia memang aim untuk dapat 9A , percubaan dia dapat 8A 1B(Sains ) dan semasa PMR subjek Sains dia kata sedikit susah tapi dia boleh jawab semua . Saya sempat bermimpi dia dapat 7A 2B dan dia menangis mohon maaf sebab tak dapat 9A , saya kata tak pe , saya tak marah pun . Dia ada mimpi dia dapat 9A . Bila semalam sebelum pergi ambik keputusan di sekolah saya dah pesan pada dia yang dia kena terima apa sahaja keputusannya nanti, semuanya rezeki dan ianya semua datang dari Allah . Saya gusar dan gemuruh sebab takut dia tak dapat apa yang dia mahukan . saya sendiri telah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusannya. Elok masa kami nak bersiap-siap ke sekolah semalam, cikgu sekolah Izzat yang juga kawan saya called saya dan tanya saya adakah izzat akan bertukar ke sekolah lain , saya kata tak, dia takkan tukar ke sekolah lain... terus dia kata dia baru lepas ambik result PMR di PPD dan dia bagitau Izzat dapat 9A . Tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya saya ketika itu dan sebaik letak talipon saya bagitau darling dan izzat serta mimi yang izzat dapat 9A dan terus cium pipi izzat dan suruh dia buat sujud syukur . Selagi saya tak lihat slip result izzat selagi tu saya macam masih belum percaya . Terus kami ke sekolah dan bila dah lihat semuanya baru rasa lega dan syukur sangat2 . Memang syukur sangat2 kerana apa yang diimpikan telah menjadi kenyataan . Segala penat jerih diberi ganjaran oleh Allah swt Alhamdulillah.

Izzat akan teus belajar di SMI Al Amin Kemaman untuk 2 tahun lagi InsyaAllah. Terimakasih kepada semua guru yang sanggup berkorban tenaga dan masa mendidik Izzat hingga berjaya . Semoga syurga tempat kalian kelak di negeri abadi.

Buat kawan2 ingin saya tegaskan yang bijak saja tak dapat menjamin kejayaan sebab usaha jugalah yang paling utama serta yakin dengan kuasa yang ada pada Allah kerana hanya DIA sahaja penentu segalanya . Teruskan berusaha dengan gigih dan tekun tanpa jemu InsyaAllah kejayaan akan jadi milik kita .

Berdoalah setiap masa untuk menggapai kejayaan , setiap ahli keluarga kena berdoa untuk kejayaan semua . Setiap ketilka usah dilupa senjata utama para mukmin adalah doa .

Bukan mudah menggapai kejayaan ..........

16 comments:

Kak Elle said...

menitis air mata membaca entry ni syabas pada semua.

aintsuperwoman said...

Syabas bagi yang berjaya....yang kurang berjaya, janganlah putus harapan...masih jauh lagi perjalanan. Mudah2an Allah sentiasa permudahkan....amin. Tahniah buat Izzat. (Dah la hencem, bijok lagiiii....heheh)

hajah zainab bt abdullah said...

syabas buat izzat. anak saudara saya pun bernama izzat..juga dapat 9A.dia sekolah kat imtiaz dungun.

::alifdalmim:: said...

Barakallahu feek..

betul tu..semua bergantung pada usaha..tapi dr entry sblum2 ni tgk mcmna Izzat struggle utk exm dia..da boleh tahu da mcmna result dia..tak sia2 bekorban selama ni..tahniah utk Izzat..

silversarina said...

kak elle,

Saya perlu tulis entry ini sebagai menghargai usaha gigih anak2 serta menunjukkan betapa besarnya KUASA yang ada pada ALLAH.


asw,

Betul tu , yang penting adalah usaha yang tak kenal jemu , segalanya ada rezeki dari Yang Maha KUASA.




hajah zainab,

Syabas juga buat anak buah hajah di imtiaz, anak jiran saya di imtiaz Dungun juga dapat 9A , syukur .



adam,

Makcik rasa sebagai pendidik dan juga bekas pelajar yang dah graduate tentu Adam sudah dapat pastikan kejayaan memang tak datang bergolek ... terimakasih buat Adam kerana tak jemu mendidik anak-anak kecil di PD.

Terimakasih atas ucapan tahniah buat izzat .

zany said...

kak rina, setuju sangat bila usaha dan hubungan baik denganNya menjanjikan kejayaan.

arsaili said...

salam tahniah buat Izzat dan juga keluarga yg berdiri dibelakang beliau sehingga dapat mencapai keputusan cemerlang. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin ke atas kejayaan yg seterusnya...

silversarina said...

zany,

akak belikan buku nik amalina buat hadiah harijadi IZzat dan bila dia iku apa yang nik buat memang nampak kesan ketara terhadap pencapaian akademik dn tingkah lakunya Alhamdulillah.





arsaili,

terimakasih atas kata2 itu dan doa buat izzat . tentu saja kejayaan masa kini mahu dikekalkan hingga ke masa depan InsyaAllah.

::alifdalmim:: said...

Salam..

actually, sy terkenang pd sesuatu perkara..ini pun setelah sy bergelar guru..tak ramai ibu bapa or penjaga yg bilamana anak dia berjaya dtg jumpa cikgu ucap terima kasih..tp bila anak dia wat salah kene sentuh ckit kt cikgu..sanggup dtg sekolah marah2..maki2 cikgu..

terima kasih kpd mak cik yg tidak lupa kpd cikgu2 di SMI al Amin..

Zareda Norman said...

kka rina

ia betul, kejayaan tak datang bergolek kan. Setiap kemenangan pasti ada usaha gigih disebelaiknya..

Tahniah buat Izzat kerana manisnya jerih perih itu sudah didepan mata.. ia permulaan perjalanan.. jauh lagi dan banyak lagi pancarobanya tapi Izzat pasti mampu melaluinya .. InsyaAllah..

bagi yang kurang bernasib baik.. ia satu permulaan yang mencabar.. lipat gandakan usaha dan teruskan melangkah..

HAFIZ said...

salam,taniah kpd izzat,ble bc entry ni,sedikit sbnyk menaikkan semangat hafiz tambahan pulak isnin ni nk exam

cikMilah said...

thank for sharing. full of informative tips.sekali lagi, tahniah izzat.

silversarina said...

adam,

Mungkin sebab makcik bekas guru makcik betapa tugas guru tiada sempadan, anak2 murid guru layan macam anak2 sendiri, segala apa yang kita curahan adalah untuk melihat mereka berjaya dalam hidup sebab itu guru mesti dihormati . Ibubapa yang suka menyerang guru adalah ibubapa yang kurang ajar , itu biasalah dh rami manusia memang ada yang perangai tak senonoh .Anggap ia sebagai cabaran semasa bekerja .





zareda,

Dalam buat apa sahaja kerja usaha dan redha apa yang bakal ditrima adalah paling utama sebab ia akan jadi ibadh dan diberi ganjaran pahala buat kita semua.






hafiz,

Belajar di luar negara tanpa ibubapa di sisi memang lagi memerlukan kekuatan dalam diri sendiri dan teacher yakin hafiz boleh lakukannya , teruskan berusaha hingga berjaya ...good luck in your exam !





cikmilah,

Sdikit pengalaman mendidik anak yang dapat akak kongsikan bersama InsyaAllah.

maklang said...

tahniah..tahniah...

memang semuanya terserah kepadaNya setelah penat berusaha...

Tahniah Izzat, dan tahniah rina dan suami kerana telah berjaya mendidik anak2 menjadi anak2 yang cemerlang dunia akhirat, InsyaAllah...

moga semua usaha kita diberkati olehNya...Amin...

rumah kuning said...

walaupun agak terlambat, tahniah untuk Izzat dan akak sekeluarga.

silversarina said...

maklang dan rumah kuning,

terimakasih buat kalian.