bergambar bersama the royal family di Madame Tussaud Gallery , The Peak, HK.
Hong Kong ….. 11 hari kami HK cukup buatkan kami kenal bandaraya ini yang tidak pernah sunyi kerana penduduknya berjumlah 7 juta hidup padat dalam sebuah Negara yang begitu kecil..
Kami menaiki ferry dari ferry terminal di Macau dan mengambil masa 1 jam untuk tiba di Victoria Harbour di Kowloon . Cuaca mendung dan hujan gerimis dan laut agak bergelora dan ferry yang moden pun melambung2 dipukul ombak. Saya cuba menahan tekak dari terloya namun tiba di pertengahan laut ferry dipukul ombak besar berulang kali dan saya dah tak tahan lagi, terus muntah , nasib baik sempat muntah dalam beg muntah yang disediakan. Bila saya muntah mimi pulak nak muntah… mimi pun muntah jugak. Saya dah tutup mata hingga tiba di HK dan bila turun dari ferry kepala masih lagi terhoyong-hayang dan saya sorang yang diperiksa suhu badankes H1N1 (CCTV di HK bersepah-sepah so mungkin dia dah nampak saya je yang lembik macam orang sakit ) .
Kami terus ambik taxi ke hostel kami di Chungking Mansion di Nathan Road , sebuah penginapan murah di tengah2 Kowloon dan hampir dengan pelabuhan . Empunya hostel ini seorang berbangsa Sikh yang telah lama tinggal di HK dan dulu bertugas sebagai seorang askar British. Bilik kecil kami punya katil kelamin 2 buah dan amat bersih. Mula2 tiba di bangunan mansion ini rasa macam kat Bollywood , penuh ‘Shah Rukh Khan’ berniagadi area ini .
11 hari ..bunyinya macam lama tapi HK memang banyak tempat menarik untuk dilawati .
Antaranya :
1/Shopping sekitar Nathan Road susah cukup buatkan kami tak muat beg, pelbagai outlets terdapat di sini , sekitar penginapan kami sahaja.
2/ VictoriaHarbour untuk lawat The Clock Tower dan The Avenue of Stars yang terdapat cap tapak tangan celebrities HK termasuk Jackie Chan, Bruce Lee, Andy Lu, Michelle Yeoh juga ada . Avenue ini terletak betul2 di tepi pelabuhan di bahagian Kowloon yang setentang dengan Hong Kong di seberang ( Bandar HK itself is an island ) .
3/ New World Centre , Museum of Art, Space Museum semuanya berdekatan dengan hostel kami dan Victoria Harbour .
4/Kami ke Wan Chai area di HK dengan subway dan terus ke Central Plaza ke tingkat 49 untuk melihat sekitar HK dari bangunan tinggi . Memang berceracak ribuan bangunan di sekitar HK .
5/ HK Convention Centre dan area pengisytiharan pembebasanHK dari British . Bangunan ini betul2 setentang dengan Victoria Harbour di Kowloon yang kami jejaki sebelum ini .
6/ Ammar Mosque di HK dan sempat lunch di Community Hall Islamic Canteen di situ dan dapat merasa dumpling dan dim sum halal serta nasi gorieg dan mee goring di situ .
7/ Melihat Symphony of Lights di VictoriaHarbour di sebelah malam . Kali pertama lihat kurang cantik sebab hujan gerimis dan berkabus , tak clear sangat persembahannya . Kami di Kowloon nampak pertunjukan lampu2 di bangunan2 di sebelahHK. . Kurang menarik dan saya lebih gemar pertunjukan fountain dance di Brunei lagi.
8/ Time Square dan CausewayBay di mana pelbagai kedai terdapat di sana dan termasuk gerai makanan Indonesia serta pusat shopping bagi golongan atasan HK.
9/ Kami kembali ke HK Space Museum untuk menonton dokumentari pendek “ Dinosaur Alive “ yang buat saya pening sedikit keranateater terasa bergerak mengikut langkah dinonaur yang berlari, melompat dsb..
10/ Selepas selesai menonton kisah dinosaur kami mengambil subway ke pusat shopping murah iaitu di area Mongkok ,memang murah barangan di situ . Pasar malam nya yang panjang deretan gerainya memang amat menarik . Sempat jugak rembat apa yang diingini sebab murah .
11/ Kami menaiki star feri dari kowloon ke Wan Chai iaitu menyeberang dari kowloon ke pulau HK . Kami hanya berjalan kaki ke star ferry terminal sebab memang amat hampir dengan hostel kami. Tiba diHK Convention Center kami mengambil tiket bas yang tidak berbumbung untuk menikmati panorama bandaraya sibuk yang kiri kanannya penuh dengan bangunan tinggi lama dan baru . Memang macam masuk hutan batu , HK memang penuh dengan bangunan tinggi dan juga penghuninya yang tak henti bertali-arus memenuhi Bandar , di setiap lorong dan jalan penuh dengan manusia .
12/ Kami ke KowloonPark untuk sambung shopping terutama handbags yang memang pelbagai dan murah .
11 comments:
Wah! bestnya kak rina..! teruja sungguh saya..
Seronok betul Rina berjalan,tambah meriah Maya ikut sama.
HONG KONG...OOOHHH...HONG KONG
percutian yang hebat!!!!
walalala...yg tak pergi pun da rasa mcm ada kt sana dah..hehehe
i say man, ngape tak mike je yang posing sebelah Marilyn Monroe tu? hehehe
Dah 2 malam Atip kata teman asyik MerACAU dalam tido!!! huhuhu
kak, lihat aktiviti akak tu buatkan saya excited pulak nak tempah AA ke Hong Kong lepas ni.
jeles nya saya tengok nak2 dgn si BYJ ..jeles,,jeles...haha
pandai si Izzat bergaya ye?
seronok nya jalan jalan....
Wah seronoknya!
Mongkok memang tempat wajib pergi tiap kali saya ke HK. Saya usually duduk di area Causeway Bay and dah hafal MTR route ke Mongkok!
Insya Allah next time boleh ke sana lagi.
waahhh best nya kak rina. last year kami tak sempat pi mongkok pun, hubby layan anak 2 hari kat disneyland je. best best tengok gambar kak rina..
salam buat semua,
Terimakasih atas komen kalian.
Post a Comment