Sunday, December 27, 2009

Police Story

Semasa sedang mengemas beg untuk perjalanan kami dengan ferry dari Macau ke HK tiba-tiba ....

" Tuk, tuk, tuk, tuk !! " bunyi pintu diketuk.

Pelik juga sapalah ketuk pintu pepagi lagi masa tu .

" Who is it ? " saya bertanya .

" Police ! " jawapan dari luar .

Polis ?? Apa yang dia nak ???

Cepat2 saya ambil tudung dan darling buka pintu .... 4 orang polis , 3 lelaki seorang wanita berpakaian biasa tanpa uniform . 2 polis lelaki dah berumur , seorang tu hensemnya dan polis wanita tu amat cantik, berambut panjang . Masa tu rasa macam dalam filem HK pulak , cerita Police Story ..hehehe. Seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa dan polis wanita itu memegang sebuah file .

"How many of you here , Sir ? " polis hensem tu bertanya pada darling .

"4 , my wife and 2 children " jawab darling .

" 1 is still sleeping , " sambung darling lagi .

Masa tu Mimi dah jaga tapi Izzat masih tido di bilik (hotel kami ada ruang tamu dan satu bilik tido ) .

" May I see your passports , Sir " pinta polis hensem .

"Ok, this is just a normal check up , " kata polis hensem lagi .

Setelah dicatat details kami , mereka berlalu pergi . sebelum tu dengar juga pintu bilik sebelah diketuk tapi tak dengar apa kisahnya sebab mereka bercakap dalam bahasa Cina.

Kebiasaannya ada setengah hotel yang memegang pasport penginap dari luar negara atas sebab2 keselamatan tapi di Macau dan HK pihak hotel hanya melihat dan mencatat details dari pasport kami .

Bila polis kata itu tugas biasa mereka , memang saya faham kenapa ..... negara Macau yang kaya dengan hasil judi memang menjadi buruan para pencari kerja untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan . Wajah2 warga asing memang dah jadi biasa di Macau, ke mana anda pergi pasti bertemu warga2 asing . Penduduk Macau hanya sekitar 500, 000 sahaja dan separuh hasil negara datang dari perjudian . Tugas polis hingga ke bilik hotel dan dilakukan di sebelah malam hingga ke pagi adalah satu langkah yang amat baik untuk membendung pendatang tanpa izin atau yang duduk lebih tempoh untuk terus membanjiri Macau.



Itulah sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama.

12 comments:

Kak Elle said...

aisey tak minta autograph si hensem tu ke?....bagus tu menjaga keselamatan tourists.

Neeza Shahril said...

kalau neeza kan kak RIna, dah berdebar dup dap dah... takut kena tangkap.. heheh.. walaupun tak buat salah. Maklumla.. polis kannnnn.. :D

Anonymous said...

Tak panik pulak akak, ye. Akak sebut police story, ingat kenangan kecik2 dulu, temankan makcik tgk PS petang-petang. hehehe.

cikMilah said...

On "Police Story" - interesting, belum pernah dengar lagi cerita begini..

On " Jumaat dan Ahad"
KakRina mai la Komtar Penang pada hari Sabtu/Ahad. Macam tu la org Indon dan Filipino ni..Saya selalu early bird kat sana bila giliran saya mengajar kat baking studio. Masa saya nak buka kedai,depa pandang semacam.. macam pelik pulak depa tengok org tempatan berniaga di sana pada hari minggu...
Kalau anak-anak ikut saya mmg tak harapkan mereka keluar dari studio, nak ke toilet pun saya temankan...waktu beroperasi, kami kunci pintu setiap waktu.

silversarina said...

kak elle,

Takutlah nak snap gambo, kot kena saman pulak tak pasal2 ...hehehe.



neeza,

Tak takut pun sebab tak de buat salah :)




suweileh family,

Tak panik sebab dah agak mungkin ini kaedah polis mereka betugas atau nak cari penjenayah dari bilik ke bilik ...PS memang best kan :)





cikmilah,

memang macam tu, masa kat hostel di HK kami pun tak bagi Izat jalan sorang2 sebab ramai orang luar termasuk african berdiri cacang kat ruang legar , takut juga kalau apa2 terjadi sebab mereka ramai .

FaAtip said...

uiii, debor jugak kan? manalah tau depa tiba2 cakap, `Excuse me sir, you have to follow us to the police station sir!!!'

hehehe...mau teroyak dibuatnyer....

Zareda Norman said...

kak rina

sure masa ni segala citer police stroy dan citer citer aksi hongkong terbayang kan..

satu pengalaman yang mengujakan

Cat Cat said...

Kak Rina - Police kat HK memang semuanya hensem hensem, kan? Entah-lah.. Mungkin pakaian uniform dia orang kot... Hehe!

KAMATO said...

alangkah bagusnya kalau kat negara kita pun selalu buat sport check gitu

Mulan said...

polis tu hensem or korean actor byj tu lagi ensem..??

tak amik gambor dengan asifu kungfu kat kowloon park tu ke..? awet muda pakcik tu, tak ingat nama..

silversarina said...

asw,

lagi best dapat jumpa ramai abang police HK ..... mestilah teroyak, nak balikkk :)





zar,

memang terus ingat kat Police Story :)





anonymous,

nice meeting you too .... kat mana ye jumpa ...hehehe.





cat cat,

yang datang bilik ni pakai biasa tak beruniform, yang berunifoem memang nampak segak dan mereka nampak macam baik2 aje , taklah seram tengok .

silversarina said...

kamato,

Akak taktau ada tak undang2 yang boleh polis kita buat spot check macm tu kat hotei2, kalau ada memang bagus jugaks ebab dapat bendung PATI .



mulan,

kami tangkap gambar dari jauh aje sebab ramai sangat orang masa tu tapi hari tu show banyak makcik2 je yang buat slow tai chi dan HK dragon martial arts budak2 sekolah yang perform, tak hebat manalah shownya hari tu .