Sunday, February 21, 2010

2 wajah kesayangan , 2 spek hitam .

Masa balik bercuti baru-baru ni kami sempat ziarah 2 wajah kesayangan yang dah lama sangat tak jumpa .

Mula2 kami ke Ulu Kinta ( 4km je dari rumah Zaid ) ke rumah abang mak saya / pakcik saya yang kami panggil Angah . Lama dah tak jumpa kerana faktor masa , tiap kali kami pulang ke Ipoh jadual kami selalunya amat padat dan nak melencong ke Uu Kinta memang tak pernah sempat . Angah masih seperti dulu, peramah dan suka buat joke . Angah kata kini dia kurang sihat sebab sakit lemah jantung , jalan pun tak boleh laju dan tak boleh banyak jalan sebab cepat semput . Dulu Angah bertugas sebagai warder di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan ingat masa kecik2 dulu saya pernah ikut Angah bertugas dan masuk kawasan pesakit2 jiwa yang pelbagai ragam penyakitnya . Angah kata kini pesakit tidak dibiarkan bebas lagi, semua di letakkan dalam bangunan yang orang luar tidak boleh lihat pesakit di dalamnya .

Angah baru lagi menjalani pembedahan membuang katarak mata , baru selesai bedah sebelah mata .Jadinya hari kami ziarah tu Angah kelihatan macho dan bergaya ala-ala " A man in black " dengan spek hitamnya . Angah kata lepas dibedah dia nampak barang2 di rumah dan di dapur rumahnya semuanya macam barang baru beli , bersinar dan berkilat , memang amat berbeza penglihatan semasa sebelum dibedah .



Hilang rindu pada Angah ( isteri Angah telah meninggal dunia dan kini Angah tinggal dengan isteri barunya ) ... semoga Angah dan Makcik bahagia InsyaAllah .


++++++++++++++++++++++++++



Petang Ahad kami menuju ke Seremban ingin ziarah Makcik Leha , isteri ke 2 arwah bapa mertua saya yang dah sangat lama kami tidak bertemu . Makcik Leha kini tinggal bersama anak bongsunya ( adik suami saya berlainan ibu ) di Seremban . Fizikal Makcik Leha lebih kurang sama dengan arwah mak mertua saya, bertubuh kecil dan lembut perwatakannya , hampir serupa . Makcik Leha punya 2 anak hasil perkahwinan nya dengan arwah bapa mertua saya .

Masa kami ziarah Makcik Leha kebetulan dia jugak baru lepas menjalani pembedahan katarak mata , baru bedah sebelah mata . Mula2 makcik Leha tak nak pakai cermin mata hitam , tapi lama lepas tu baru dia pakai, kegunaan spek hitam ketika baru2 lepas mata dibedah amat penting demi keselamatan dan pemulihan mata . Nampak bergaya Makcik Leha setelah mengenakan spek hitam nya .




Walau bertemu seketika hilang jugak rindu kami pada Makcik Leha dan adik bongsu darling , Nani yang dah hampir 6 tahun tidak bertemu .

Itulah 2 pertemuan yang dapat kami jalinkan semula setelah sekian lama tidak punya kelapangan mengatur pertemuan .

Alhamdulillah .

19 comments:

FaAtip said...

nak jadik kebetulan pulak ya, dua2 pakei ceghomen mater itam.

My Life said...

salam

dear makcik ina

cantik dan bergaya "wajah2 kesayangan " makcik ina...

semoga merak terus sihat..

My Life said...

salam

dear makcik ina
ingat no 1.. upaya antisuperwoman no 1.. tahniah kak..

silversarina said...

asw,

tulah , kebetulan dema berdua bergaye pakai ceghomen mate hitam ..hehehe.





my life,

Bila usia dah menigkat , kita lagi sayang pada insan2 yang lebih tua .

tak pe, asw pun tak dapat hadiah walau dia johan ...hahaha.

Kak Elle said...

semoga kedua2 mereka di beri kesihatan yg terbaik sementara ni hingga keakhir hayat...amin

silversarina said...

kak elle,

bila lihat mereka saya jadi sayu sebab ingat masa mereka muda dulu mereka sangat sihat dan aktif , kini tidak lagi :(

tajnur said...

Salam!
Ate sebelum Yong Ina balik dr Tambun, sempatle menjengah Batu 8-10 hale ke Ulu Kinta, tempat kem Tentera tu ye. Rase2 Pak Ngah Yong Ina bkn tingge kat Kem Tentera ye tak?
Makcik Leha Yong Ina pula tingge belah mane kat Seremban? Biasanya belah Taman Ampangan atau Senawang. Teman nyebut ni, semua laluan yg Yong Ina mmg teman dah peikak (mahir) sbb teman pun menetap kat Senawang yalah semenjak duamenjak dah teghebankan kain batik Kat Sg Perak, tak kesiyor lagi nak menyusor ke sane lagi. Biyorle jd kenangan...

silversarina said...

tajnur,

Angah teman tinggal di Kg Tersusun yang opposite simpang ke kem tu dan makcik leha di Senawang dekat je dengan exit Senawang .

Ate mike ni banyaklah tempat udah mike tinggal , kiranya sekarang dah nak menetap kembali di Ipoh lah ye ... teman je belum terbuka hati nak balik duduk ipoh , kemaman is still the best place to stay for me lah :)

MAMAMIA said...

Kak Rina, Saya pun baru belajar pakai spek itam ni....
AYah saya pun pernah buang katarak mata ni, dah lama dah.... Agaknya, kita pun akan melalui nasib yg sama....

tajnur said...

Salam! Yong Ina,
Kpg Tersusun dkt Ulu KInta tu mmg kenal betul sbb dulu2 mmg lombong cina tmp bela ikan kap tongsan. Isyy peikak bebenor le tempat tu. Yang Makcik Leha tu, nama taman tingge dia tentu Taman Seremban Jaya, kira2 dktlah dgn ghomah teman. Nampak gayenye Yong Ina, teman pun mmg tak nak balik lagi keIpoh sbb dah teman kate dah tegheban kain batik tu. Kalo ke Ipoh pun, tanggak2 (skejap2) saje...

Abdul Munir Sanusi said...

Ziarah-menziarahi memang amalam mulia. Semoga mereka mendapat penglihatan mata lebih baik dan kembali norma. heh

rezeki said...

salam kak

alhamdulillah, mmg nampk bergaya dgn spek hitam , lps operation mmg perlu pakai untuk pemulihan krn mata tu tak boleh terlalu terdedah pada cahaya yg terang

saya pernah menetap di ulu kinta dulu 20 tahun lps , petang2 makan mee goreng kat stesyen keretapi tg rambutan

Hajah Zainab bt Abdullah said...

begitulah bila usia dah meningkat senja..macam kak nab nih! kalau nak makan mesti pakai spec, kalau tidak tak boleh feel...heh3

UnGu VioLet said...

wah.. bergaya betul pakcik makcik nie erk..

Zaitun said...

Dulu ayah kak Zai pun pernah operation mata,sekarang 2 belah mata dah terang.

Semoga pakcik dan makcik Rina sentiasa sihat dan hidup bahagia.

Mulan said...

laaa.. sama la pak mertua saya. balik taiping, kami bawak dia pi buat laser. pun pakai sunglass lepas tu..

silversarina said...

mamamia,

betul tu , kakak akak pun dah ada katarak mata jugak, harap2 janganlah saya dapat katarak .





tajnur,

Saya taktau nama taman apa di sermban tu sbab adik datang jemput kami kat tol senawang tunjuk arah ke rumahnya tapi memang dekat betul dengan tol tu .




munir,

Dah tua-tua ni dan duduk jauh pulak dari kaum keluarga memang amat payah nak ziarah mereka .kalau dapat balik raya pun kadangkala tak sempat juga nak menjengok .... apapun harapan makcik agar mereka sentiasa diberikan kesihatan badan InsyaAllah .

silversarina said...

rezeki,

Ooo stesen keretapi Tg Rambutan , baru ni kami saja jalan2 di situ dan lihat Hospital Bahagia .. semuanya tinggal kenangan .Dulu ada juga pernah piknik di air terjun Ulu Kinta dengan kawan2 :)





hajah zainab,

Oooo macam makcik saya jugaklah tu, dia kata kalu tak pakai spek masa makan akan kurng selera ebab tak nampak apa yang dimakan dengan 'sharp' ...hihi.

silversarina said...

ungu violet ,

sekali-sekal bergaya , kalau tak disebabkan bedah mata , mana maunya pakai spek hitam tu ...hehehe.




kak zaitun,

Okay jugak ada pemvedahan yang boleh buang katarak, terang balik mata2 pesakit .






mulan,

sekarang ramai yang buang katarak secara laser ,senang dan cepat je prosesnya ... akak gembira bila Angah kata dia boleh lihat dengan terang sekarang :)