Wednesday, April 28, 2010
baju oh baju !!
Pagi ni bila lihat timbunan baju yang belum dilipat rasa nak buang je semua baju dan kemudian beli baju baru , 5 pasang sorang cukup , taklah berserabut menguruskan kain baju yang tak pernah habis . Bila fikir balik , kalau buang dan beli semula ia akan berulang kembali ...so, it's gonna be the same cycle again... back to square one ..... huhuhu .
Sebenarnya dalam banyak2 baju tu selalunya kita mesti ada baju yang kita ulang2 pakai sampai lusuh sebab kita suka baju tu . Saya ingat masa Zaid dan Sofie kecik2 dulu diaorang ni suka sangat pakai baju power rangers (kalau tak silap power rangers) sampai ada jiran yang tegur kenapa mereka tak tukar baju ...bukannya tak tukar tapi pantang kering je mereka nak balik pakai baju tu . Izzat pulak suka pakai baju askar sepasang hingga ada juga yang menegur kenapa ulang2 pakai , nak buat macamana , pantang kering aje dia nak pakai baju semula .
Saya pulak setakat ni saya amat suka 2 pasang jubah ... satu tu dah lebih 6 tahun saya pakai dan masih elok. Saya beli dari kawan yang membelinya di di Mekah , kainnya amat sedap dipakai, tak panas , memang agak mahal tapi ia berbaloi pakai . Sehelai jubah lagi dah hampir 5 tahun saya pakai, ia jubah pertama saya beli di Jordan dan ia juga agak mahal tapi sedap dipakai dan saya masih lagi memakainya sebab ia masih kekal elok dari segi warnanya dan kainnya ...Dua2 jubah itu berwarna hitam pekat dan hitamnya tak luntur hingga kini .
Berbalik kepada timbunan kain yang tak berlipat tu .... kena minta diri dulu ye .. nak pegi lipat kain ... ooo... di manakah mesin lipat kain yang ku order tak kunjung tiba .....huhuhuhu .
Sunday, April 25, 2010
JJ ... PD & MELAKA
Sudah agak lama kami tak berCuti-Cuti Malaysia .. cuti sekolah yang lalu kami tak ke mana sebab Darling tak de ...so, ambik peluang masa Darling ada ni kami pun bertolak ke PD , actually dah lama booking percutian ini dan terpaksa diubah jugak last minute kerana masalah aktiviti anak di sekolah .
Perjalanan ke PD memang ada selingan .. apalagi kalau tak singgah ke Nilai 3 .. dah berzaman kami tak ke sana ... tak de apa nak cari pun tapi ... namanya pun perempuan , kalau singgah tak beli TAK SAH .
Tiba di PD kami sempat ke SK Panglima Adnan di pantai Bt. 4 .... sekolah semasa saya di darjah 3 dan 4 ... saya suka sekolah ini dan banyak kenangan yang masih saya ingat walaupun dah 35 tahun berlalu .
Kemudian kami terus ke PD Legend Water Chalets , rupanya ada yang lagi canggih iaitu Water HOmes , tapi sebab dah bayar pelbagainya ...kami terus menginap di executive water chalet dan untung dapat bilik yang paling hujung laut sekali dan kena naik buggy untuk ke bilik sebab agak jauh dari lobby .Memang best hotel ni, saya suka sangat , rasa macam nak duduk lama di sini .. 2 malam rasa macam tak cukup , cukup cantik dan sungguh tenang tatkala duduk di balkoni menikmati ombak laut serta burung2 berterbangan dan melihat matahari terbenam .
Malamnya pulak kami ke Pantai Tanjung Gemuk untuk menikmati makanan laut .. kami ditemani sahabat Zaid di Jordan dan juga kenalan kami semasa di Amman , Ustaz Adam iaitu blogger ini yang kini mengajar Telok Kemang , dah lebih 2 tahun tak bertemu ... seronok dapat bersembang dan makan2 dengan Adam ... masing2 kekenyangan , Alhamdulillah . Terimakasih Adam sebab sudi bertemu kami sekeluarga semoga bertemu lagi di lain masa InsyaAllah .
Pagi esoknya kami berehat seketika di hotel, mandi kolam buat si kecik, main basketball buat si teruna dan bapa serta duduk santai buat saya .
Kemudian kami ke Melaka ... selepas solat Jumaat kami sempat menaiki River Cruise yang pada saya boleh dikatakan bagus sebab di tebing sungai memang dijaga dan dihias indah buat pelancong menikmati kecantikan bandar Melaka . Lepas tu kami ke area Taming Sari dan last sekali kami ke Muzium Samudera . Memang seronok dapat jalan-jalan makan angin . Kami bertolak pulang ke Water Chalets PD dan sempat pulak singgah di gerai putu piring yang saya dah mencari kuih ini sekian lama , Alhamdulilah dapat jumpa dan rasa .
Sabtu tengahari kami bertolak pulang dan singgah di Seremban dan darling sempat jumpa sebentar sahabat lama semasa di sekolah menengah.
Kemudian kami ke Rembau , ke rumah besan yang lepas tu membekalkan kami dengan rendang minang. serunding pegaga , kek coklat dan puding laici .. Besan saya ni memang rajin memasak dan kalau singgah tak makan sedap2 memamg tak sah .. Alhamdulillah kami dapat besan yang cukup baik dan sporting .
Lepas asar kami bertolak pulang dan sempat singgah di pasar malam Rembau dan sempat sekali lagi membeli putu piring lagi ..memang gian betul makan putu piring ni ...syukur dapat jumpa putu piring ....
Tiba di rumah jam 10 malam ... wooowww... tired but happy ... itu lah yang boleh saya nyatakan .... sungguh seronok .. Thanks a lot buat darling yang merancang segalanya ....

Tuesday, April 20, 2010
Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kemaman
Dulu biasa dengar pasal Gua Musang yang dikatakan sebagai kawasan yang ulu . Baru2 ni kami secara tak sengaja sampai ke Gua Musang melalui jalan Cameron Highland . Memang besar betul Jajahan Gua Musang . Bandarnya okay tidaklah terlalu kecil .
Pengalaman pertama kali kami pulang ke Kemaman melalui Gua Musang merupakan pengalaman yang agak memeritkan . Kami terpaksa melalui Felda Aring di Gua Musang merentas ke Tasik Kenyir . Jalan di Felda Aring amat amat lah teruk , berlubang-lubang merata-rata dan kenderaan dipandu tidak melebihi 30km/jam . Dah rasa teramatlah jauhnya nak tiba di sempadan Kelantan/Terengganu . Akhirnya kami tiba juga di jalanraya yang besar menuju ke Tasik Kenyir seterusnya ke bandar Kuala Berang yang jugak sudah lama tidak kami lalui . Bandar Kuala Berang telah banyak berubah , semakin membangun . Kami kemudian ke Kemaman melalui jalan Jerangau-Jabur dan tiba di rumah setelah 10 jam perjalanan dari Ipoh . Selalunya Ipoh ke Kemaman hanya 6 jam perjalanan . Walaupun perjalanan amat meletihkan namun kami bersyukur kerana dapat mengenali kawasan2 baru yang tak mungkin kami laluinya lagi ......
Oghang Peghak kata .... tak de koje cari koje, udah meghaban teben ke hulu , ke hilio ... tak pe le, janji semue selamat sampe ke Kemaman .... he ehh .
( Actually yesterday I dah taip panjang lebar kisah ini namun malang tidak berbau , belum sempat disave ia hilang entah ke mana .. ... so today is just a very short entry indeed ! ) .
Good nite everyone .. see you again next time !!
Friday, April 16, 2010
Lepas Rindu
Alhamdulillah , malam tadi tiba di rumah Zaid di Ipoh dan pagi ni nak ke Bota ziarah Mak yang tinggal bersama kakak di sana . Mak yang masuk wad lagi baru2 ni kini semakin sihat tapi masih belum boleh bangun dan berjalan sendiri. Doktor kenal pasti Mak mengidap arthritis . Malam ni kami bermalam di Bota bersama Mak InsyaAllah .
Bila pulang ke Ipoh pasti kenangan semasa tinggal bersama Mak dan arwah Abah serta kenalan2 semasa sekolah dulu akan timbul dalam ingatan. Walau hanya lebih kurang 5 tahun saya tinggal di Ipoh namun Ipoh adalah kampung saya , tempat Mak dan Abah tinggal ketika itu. Kini rumah Mak yang saya tido, makan, ketawa, menangis (buat homework biasanya ) sudah disewakan kepada orang agar rumah Mak tak terbiar lusuh tanpa penghuni . Saya pun dah begitu lama tidak menjengok rumah Mak. mungkin pagi ni nak melencong ke sana sekejap, melihat rumah yang suatu ketika dulu adalah " my home sweet home ".
Sahabat2 lama yang tinggal sekampung/semukim juga telah lama ditinggalkan, kini semakin sukar untuk menjejaki mereka kerana masing2 telah punya keluarga dan membawa haluan masing2 , di mana, ke mana, apa, siapa...semuanya menjadi persoalan yang tak mungkin dapat dirungkai sekelip mata. Syukur saya dapat berhubung kembali dengan beberapa rakan lama melalui FB dan sempat bertemu 2 dari mereka semasa pulang ke Ipoh hujung tahun lalu. Pertemuan yang sungguh indah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa girangnya hati ini ketika itu,Alhamdulillah .
Dulu stesen bas di Medan Kidd adalah tempat utama kami semua berkumpul untuk mengejar bas pulang ke rumah, ke pekan baru , ke library Tun Razak (jalan kaki aje dari bas stesen ), ke panggung wayang ...semuanya berkumpul di situ . Sebelum apa2 , kami akan singgah makan laksa Mat (katanya laksa dari belut ) yang cair tapi ketagih untuk makan laksa tu , tak sah kalau tak makan . Makan laksa pulak tak sah kalau tak pekena ais kacang dari gerai nyonya sebelah gerai mat laksa , sedapnya masih terasa hingga kini ... Saya tak pasti samada laksa mat atau ais kacang nyonya masih ada sebab dah labih 25 tahun tidak pernah ke situ lagi sebab dah tak naik bas dan tak de urusan di situ lagi .
Walau sejauh mana sekalipun kita merantau, tempat kita membesar tetap akan kekal dalam ingatan InsyaAllah .
Sekali-sekala pulang ke kampung dapat jugak hilangkan rindu bukan setakat rindu pada Mak, ahli keluarga yang ada di Ipoh, tapi jugak lepas rindu pada lokasi2 yang pernah tersimpan 1001 kenangan ketika remaja dulu .
..............................
Nak siap2 ke Bota dan nak beli BANYAK ikan pekasam untuk dibawak balik ke Kemaman ..... sedapnya pekasam yang busuk tu ( saya je makan, anak2 tak nak sebab busuk ) .... ate, oghang peghak kalau tak tau makan pekasam idak le namenya anak jati peghak , alang2 menyeluk pekasam , bio sampe ke pangke lengan ... tak gitu yeop /yong ???? Teman udah terlior bile sebut bab pekasam ni .... teman minta diri dulu ye ....
Selamat berhujung minggu semua !!!

Thursday, April 15, 2010
Pakcik Plastik
Melalui lorong belakang di tepi sungai bandar Cukai menuju ke sekitar Banggol, Kg. Tuan dan seterusnya ke Bakau Tinggi hati saya pasti terusik bila ternampak " Pakcik Plastik '. Telah banyak kali saya mahu berhenti mengambil gambarnya , namun tak tergamak melakukannya . Terasa seolah-olah jika diambil gambarnya akan menjatuhkan maruahnya , atau mungkin seolah-olah menghina beliau . ...
Berpuluh tahu sudah dia berseorangan di dunia yang hanya dia sendiri faham dan kenal . hampir seluruh badan dari kepala ke kaki dibalut oleh berpuluh-puluh plastik , diikat dengan tali, sukar untuk saya gambarkan dengan tulisan . Dahulu dia bergerak dengan basikal tapi kini tidak lagi, dia sentiasa duduk di birai tembok sungai , merenung dan terus merenung , tak siapa tahu apa yang direnungkannya . Dia tidak hirau berapa banyak kenderaan lalu-lalang dan berapa ramai yang melihat keadaannya , dia tidak sedikit pun mangangkat kepalanya untuk melihat apa yang berlaku disekitarnya .
Saya terusik dan sayu melihat keadaannya setiap kali melepasi tubuh badannya ...entah siapa dia, entah siapa waris dan sedara-maranya , entah mana asalnya , entah bagaimana dia boleh jadi begitu...soalan demi soalan terus bersambung-sambung tanpa dapat saya menjangkakan sebarang jawapan .
Cuma satu yang saya pasti ... di alam yang abadi kelak, dia adalah insan yang paling beruntung , yang punya hidup yang amat cerah serta berkilau bak berlian terbesar di dunia .... manakala kita pula yang diberi akal yang sempurna di dunia ini belum pasti arah tuju kita di alam akhirat itu kelak .......... renung-renungkanlah wahai sahabat sekelian .

Tuesday, April 13, 2010
He is back again Alhamdulillah !!
Alhamdulillah , my Darling is back again for holidays ... 45 days without him around ... can't really tell you how I feel ... I can't jump of joy because of ' Super S Size ' body ... I can't shout " Hooray !! " out loud because I have to protect my 'ladylike' reputation ( :P ) ... so .... hug, hug , hug and hug .
As usual he brings back chocolates from the middle east that my kids like ... galaxy jewels , salted pistachios ... plus ... emirates bread ....see pictures below .. ..
As usual when he comes back , we'll be JJCM almost everyday and less blogging is expected ... till then ... salam .

see how big the bread is ...
As usual when he comes back , we'll be JJCM almost everyday and less blogging is expected ... till then ... salam .
Sunday, April 11, 2010
semuanya bermula di cyber world ...
Perkenalan bermula penghujung 2006 tatkala saya mula punya blog sendiri ( loveujordan.blogspot.com ) dan setelah saya membuka komen box sekitar awal 2007 saya mula mengenali seorang demi seorang blogger yang meninggalkan komen di blog saya . Setelah itu adakalanya kami mula berhubung dalam emel atau chatroom . Perkenalan terhad hanya di alam cyber kerana kami terpisah beribu km (saya semasa tu tinggal di Jordan ) . Namun itu tidak menghalang kami dari mengeratkan persahabatan .
Salah seorang blogger yang makin lama makin rapat dengan saya dan juga seterusnya dengan keluarga saya ialah Kak Elle , blogger dari Singapore . Sejak di Jordan lagi kami kerap berhubung di chatroom . Kak Elle saya anggap seperti kakak saya sendiri kerana sifatnya yang terlalu caring dan loving terhadap kami sekeluarga .
Sebagai menghormati persahabatan kami yang terjalin di alam maya , Disember 2007 iaitu setelah kembali dari Jordan , saya, darling , Izzat dan Mimi sempat singgah di rumah Kak Elle di Singapura semasa kami bercuti ke sana. Kami bertemu di alam realiti buat pertama kalinya . Kak Elle seorang yang lemah lembut dan baik hati , sama sifatnya yang kami kenal di alam maya Alhamdulillah .
Julai 2009 semasa anak2 dara saya pulang bercuti sempena cuti musim panas, mereka juga sempat bercuti ke Singapura dan bermalam di rumah Kak Elle . Anak2 saya juga sudah menganggap Kak elle seperti auntie mereka dan sama2 mengenali melalui blog masing2 .
Hari ini April 2010 , Zaid , Azra dan cucu saya Umair pula sempat singgah di rumah Kak elle sebentar tadi . Mereka sekeluarga sedang bercuti di Singapura dan mengambil peluang untuk bertemu Kak Elle buat seketika .
Tak pernah terbayang saya serta keluarga akan bersahabat dengan seorang kakak yang tinggal di negara jiran dan hubungan itu amat manis ....
Terimakasih Kak Elle kerana sudi berkenalan dengan saya serta keluarga ...semoga hubungan ini akan terus kekal InsyaAllah .
Semuanya bermula di alam cyber .... jika digunakan demi kebaikan , kebaikan jugalah yang kita perolehi , Alhamdulillah .

Friday, April 9, 2010
ke mana hilangnya sayang ??
Salam pagi Jumaat buat semua .
Pagi ni terbaca berita di bawah di BH Online :
KUANTAN: Seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak melakukan hubungan kelamin, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.
Dalam kejadian 2 pagi semalam, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha, berkata suspek masuk ke bilik tidur dan mengejut isterinya yang sedang tidur untuk mengadakan hubungan kelamin.
Wanita berusia 30-an itu bagaimanapun menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek tiba-tiba tiba-tiba naik angin lalu terus mengambil cuka getah yang berada dalam baldi di luar rumah dan menyimbah ke arah badan serta muka isterinya itu.
Zulkifli berkata, dua anak mangsa berusia belasan tahun yang turut berada di rumah, segera bergegas mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan selepas terdengar perkelahian itu.
"Mereka telah memanggil ibu saudara yang juga jiran sebelah rumah untuk membawa mangsa ke klinik kesihatan Bukit Goh sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya.
Berikutan kejadian itu, kakak ipar mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Panching kira-kira 4 pagi semalam.
Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah kemudiannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Apa nak jadi manusia kini , ke mana hilangnya sayang terhadap isteri dan keluarga ... cepat sungguh naik angin hingga tidak berperikemanusiaan ....semuanya gara2 kehidupan lari dari rahmat Allah, bergelumang maksiat walau usia sudah hampir separuh abad .
Semoga menjadi iktibar buat kita semua .

Wednesday, April 7, 2010
bebelan di pagi hari ....
Salam ceria buat semua .
Sebagai seorang bekas guru yang 'pencen' awal , pagi ni nak cerita pasal pendidikan negara yang saya rasa teramatlah exam-oriented . Kadangkala naik menyampah dibuatnya . Anak2 ke sekolah bukan untuk mengaut seberapa banyak ilmu tapi mengejar grades semta-mata . Anak2 jadi seperti robot , belajar bagai nak rak hanya untuk dapat grades yang bagus . Belajar dalam keadaan stress , tak dapat nak enjoy belajar sebab takutkan grades nanti jadi tak elok dan tak dapat masuk U yang bagus . ...
Saya membebel di pagi hari kerana ada kes sekolah yang tidak membenarkan pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tahun ini memilih untuk mengambil 1 saja lebih matapelajaran dari yang dihadkan dan pelajaran yang mahu diambil ialah Bahasa Arab / Tasawwur Islam . Sayang sekali pelajaran2 yang dapat meningkatkan ilmu pelajar tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar itu sendiri dek kerana sekolah hanya mahu melihat keputusan yang dapat membuka mata pihak lebih tinggi menunjukkan prestasi sekolah baik dalam SPM . Begitu juga dalam PMR , ada sekolah yang melarang anak2 pelajar mengambil matapelajaran Bahasa Arab hanya kerana tidak mahu grade Bahasa Arab nanti akan 'merosakkan' keputusan PMR keseluruhan .
Persoalannya kenapa pelajaran2 penting dalam mempelajari tentang agama Islam dan Al Quran sering ditolak mentah2 demi menjaga prestasi sekolah ??
Terkini diberitakan biasiswa ke luar negara buat pelajar cemerlang SPM 2009 disediakan oleh pihak berwajib melebihi angka seribu dan diberi kepada mereka yang mengambil jurusan untuk kepentingan pembangunan masa depan negara iaitu perubatan, farmasi, pergigian dan kejuruteraan ... Tidak tercatit lagsung biasiswa untuk membiayai pelajar jurusan agama seperti Syariah dan Bahasa Arab yang pada saya masa depan negara amat memerlukan tenaga para ustaz dan ustazah bagi menjana kembali moral masyarakat yang semakin terhakis terutama menjelang negara maju 2020 .
Semakin difikirkan semakin senak saya dibuatnya .....

Sunday, April 4, 2010
Sunday morning update !!
Salam Sunday buat semua ..
Apart of being busy updating my own status all and around my FB world , I'm not being sincere to myself if I say I want to stop blogging .... I've been blogging for almost 4 years now . Well, sometimes been busy running errands all day long really really makes me exhausted and I don't have spare time to even browse thru my own blog and the guilt of not being able to peep into the blosgsphere sometimes haunts me because I LOVE BLOGGING .
So, here I am back again in the blogsland !!
At this moment I'm not that physically fit because my diabetes is 'attacking ' me again . I have to control my diet .. so .. it'll be oat and oat and oat , wholemeal bread and wholemeal bread and wholemeal for the rest of the week , Alhamdulillah.
My kids are fine , Mimi is healthy again after being sick for a couple of weeks and I had to give her glocose drinks to give her enough energy to get her back on her feet and now she eats quite a lot and her cheek is a bit chubby now , Alhamdulillah .
Izzat is still having his 1st Form 4 exam which will end tomorrow , hope he'll get good grades InsyaAllah .
Sumayyah , my 3rd child is okay so far , studying Chemical Engineering in Korea .. missing her so much but it'll be so much fun when she comes back for her summer holiday this June InsyaAllah .
Safiyyah , my 2nd child is also doing great studying Medicine in Ukraine and she has 1 more year to be called a doctor . InsyaAllah ... we'll see her around when she spends her holidays in Kemaman this summer .
Zaid, my eldest son is busy opening his travel office in Meru , Ipoh ... whoever wants to travel ... go to .. http://www.hztours.com/ , that's my son's travel company .
I don't know what to write actually , so just an update of my life and my family at this very moment .... till then ...
Have a great Sunday everybody !!

Thursday, April 1, 2010
update
sebenarnya busy ... ber- FB- ing ..... updating status a few times/day is so much fun... bye everyone !!
Subscribe to:
Posts (Atom)