Sunday, April 11, 2010

semuanya bermula di cyber world ...

Perkenalan bermula penghujung 2006 tatkala saya mula punya blog sendiri ( loveujordan.blogspot.com ) dan setelah saya membuka komen box sekitar awal 2007 saya mula mengenali seorang demi seorang blogger yang meninggalkan komen di blog saya . Setelah itu adakalanya kami mula berhubung dalam emel atau chatroom . Perkenalan terhad hanya di alam cyber kerana kami terpisah beribu km (saya semasa tu tinggal di Jordan ) . Namun itu tidak menghalang kami dari mengeratkan persahabatan .

Salah seorang blogger yang makin lama makin rapat dengan saya dan juga seterusnya dengan keluarga saya ialah Kak Elle , blogger dari Singapore . Sejak di Jordan lagi kami kerap berhubung di chatroom . Kak Elle saya anggap seperti kakak saya sendiri kerana sifatnya yang terlalu caring dan loving terhadap kami sekeluarga .



Sebagai menghormati persahabatan kami yang terjalin di alam maya , Disember 2007 iaitu setelah kembali dari Jordan , saya, darling , Izzat dan Mimi sempat singgah di rumah Kak Elle di Singapura semasa kami bercuti ke sana. Kami bertemu di alam realiti buat pertama kalinya . Kak Elle seorang yang lemah lembut dan baik hati , sama sifatnya yang kami kenal di alam maya Alhamdulillah .

Dec 2007 .. kami berempat singgah lunch di rumah Kak elle ..thanks.



Julai 2009 semasa anak2 dara saya pulang bercuti sempena cuti musim panas, mereka juga sempat bercuti ke Singapura dan bermalam di rumah Kak Elle . Anak2 saya juga sudah menganggap Kak elle seperti auntie mereka dan sama2 mengenali melalui blog masing2 .

Sofie dan Maya sempat bermalam di rumah Kak Elle ..Julai 2009 .




Hari ini April 2010 , Zaid , Azra dan cucu saya Umair pula sempat singgah di rumah Kak elle sebentar tadi . Mereka sekeluarga sedang bercuti di Singapura dan mengambil peluang untuk bertemu Kak Elle buat seketika .


Mereka pula singgah sebentar di rumah kak elle ..hari ini .. 11 April 2010 .



Tak pernah terbayang saya serta keluarga akan bersahabat dengan seorang kakak yang tinggal di negara jiran dan hubungan itu amat manis ....

Terimakasih Kak Elle kerana sudi berkenalan dengan saya serta keluarga ...semoga hubungan ini akan terus kekal InsyaAllah .

Semuanya bermula di alam cyber .... jika digunakan demi kebaikan , kebaikan jugalah yang kita perolehi , Alhamdulillah .

19 comments:

My Life said...

salam

dear makcik ina

indah dan manisnya persahabatan andainya dijalikan dgn penuh keikhlasan...

Kak Elle said...

rina ...

saya yg merasa happy sebab anak2 Rina sudi dtg menemui saya..apa lagi cucu yg dgn senang hendak pulak saya mendukung nya ....hehe

Rozali said...

Assalamualaikum Kak Sarina

seronoknya mempunyai kawan seumpama Kak Elle
moga persahabatan ini berkekalan

Wassalam

aintsuperwoman said...

Seronoknya hubungan yang terjalin dieratkan lagi oleh anak2 dan cucu.

Nampaknya kak Elle pulak kena datang ke Kemaman. Dan sudi lah kiranya singgah pula di teratak saya. :)

zino said...

lain kali boleh kami singgah pulak kan kan hehe

JHaZKiTaRo said...

lepas ni my turn pulak jumpe Auntie Elle.. huh.. tak sabar..

silversarina said...

My Life,

Salam, Brtul tu , kita ikhlas dan rakan kita juga ikhlas , memang akan terjalin persahabatan yang manis.




Kak Elle,

Akak baik sebab tu anak2 saya juga tidak mahu ketinggalan bersahabat dengan akak , mereka senang dan selesa bertemu akak, Alhamdulillah .

Nanti akak memang kena datang Kemaman , mesti datang tau !





Rozali,

Waalaikumusalam ,Akak pun happy bila ada sahabat macam tu , terasa kita semua ni seperti saudara mara .

Kalau Rozali ke Kemaman , sila2 lah ke rumah akak ye , kita kenal dan rapatkan persahabatan sesama kita InsyaAllah .

silversarina said...

asw,


Tak sangka samapi anak cucu I pun rapat dengan Kak elle ..semuanya sebab akak tu baik .

Memang kak elle kena datang ke sini pulak , dah habis rombongan I ke sana , kini sana ke sini pulak :)





zino,

singgah sana ke singgah sini .... sini kena singgah tau , haritu dah termiss .






jhaz,

ikut giliran bertemu Queen Elle ... Kemaman tiket ke berapa ni ....hihihi.

Pak Man laksam said...

Semoga persahabatan itu akan kekal selama nya.

rezeki said...

salam kak

alhamdulillah, semoga kekal tali persahabatan dan silaturahim

insyallah

PINATBATE said...

Insyaallah..niat yg jujur dan ikhlas akan diredhai Allah..mudah-mudahan persaudaraan kekal selamanya..

Zaitun said...

Persahabatan yang ikhlas pastinya kekal insyaallah.

Zareda Norman said...

kak rina

alhamdullillah, persahabatan yang ikhlas memang manis perjalanannya

tajnur said...

Salam! Yong Ina,
Perhubungan mesti ada keserasian. Ate bukannya senang nak ghasi, beghapik dgn org Yong, maklum je lah, kejujuran ibarat satu permata yg hilang dlm padang lumpor! Mane nak mencoyenya, ate bukannya senang nak gagor dlm lumpoer, silap2 tumpor! Ate kalor Yong dah jumpe kene hatibudinye, elok bebenor ler jgn sampei putuih begitu je..

::alifdalmim:: said...

ermm..bila la plk sampai turn sy..

kakyong said...

salam,

dah lama x singgah blog kak rina..
sungguh akrab ikatan yg terjalin.. :D
tumpang rasa bahagia

silversarina said...

pakman,

InsyaAllah , semoga kita juga akan kekal bersahabat walau belum pernah bersua muka .






rezeki,

Itulah yang kita semua mahukan , semoga persahabatan kita membawa berkat , InsyaAllah.






pinatbate ,

Mudah-mudahan begitulah yang diharapkan .

silversarina said...

kak zaitun,

saya pun selalu cakap macam tu, jika ikhlas berkawan Insyaallah akan kekal .




zar,

bila manis memang akan berpanjangan Insyaallah .





tajnur,

eeii.. teman ni oghang peghak tak asli , ate mike pun pekat bebeno bahase peghaknye sampe teman banyak le idak faham ... mencoyenye .. idak le teman faham... ..apepun , kalau kite berkawan memang akan kekal jika kita saling ada persefahaman , tak gitu yeop ...hihi.

silversarina said...

adam,

InsyaAllah kita akan bertemu lagi sedikit masa lagi .




kakyong,

akak pun lama dah tak dengo cerita dari kakyong harap kakyong serta anak sihat .