Sunday, April 25, 2010

JJ ... PD & MELAKA

Sudah agak lama kami tak berCuti-Cuti Malaysia .. cuti sekolah yang lalu kami tak ke mana sebab Darling tak de ...so, ambik peluang masa Darling ada ni kami pun bertolak ke PD , actually dah lama booking percutian ini dan terpaksa diubah jugak last minute kerana masalah aktiviti anak di sekolah .

Perjalanan ke PD memang ada selingan .. apalagi kalau tak singgah ke Nilai 3 .. dah berzaman kami tak ke sana ... tak de apa nak cari pun tapi ... namanya pun perempuan , kalau singgah tak beli TAK SAH .

Tiba di PD kami sempat ke SK Panglima Adnan di pantai Bt. 4 .... sekolah semasa saya di darjah 3 dan 4 ... saya suka sekolah ini dan banyak kenangan yang masih saya ingat walaupun dah 35 tahun berlalu .

Kemudian kami terus ke PD Legend Water Chalets , rupanya ada yang lagi canggih iaitu Water HOmes , tapi sebab dah bayar pelbagainya ...kami terus menginap di executive water chalet dan untung dapat bilik yang paling hujung laut sekali dan kena naik buggy untuk ke bilik sebab agak jauh dari lobby .Memang best hotel ni, saya suka sangat , rasa macam nak duduk lama di sini .. 2 malam rasa macam tak cukup , cukup cantik dan sungguh tenang tatkala duduk di balkoni menikmati ombak laut serta burung2 berterbangan dan melihat matahari terbenam .

Malamnya pulak kami ke Pantai Tanjung Gemuk untuk menikmati makanan laut .. kami ditemani sahabat Zaid di Jordan dan juga kenalan kami semasa di Amman , Ustaz Adam iaitu blogger ini yang kini mengajar Telok Kemang , dah lebih 2 tahun tak bertemu ... seronok dapat bersembang dan makan2 dengan Adam ... masing2 kekenyangan , Alhamdulillah . Terimakasih Adam sebab sudi bertemu kami sekeluarga semoga bertemu lagi di lain masa InsyaAllah .





Pagi esoknya kami berehat seketika di hotel, mandi kolam buat si kecik, main basketball buat si teruna dan bapa serta duduk santai buat saya .

Kemudian kami ke Melaka ... selepas solat Jumaat kami sempat menaiki River Cruise yang pada saya boleh dikatakan bagus sebab di tebing sungai memang dijaga dan dihias indah buat pelancong menikmati kecantikan bandar Melaka . Lepas tu kami ke area Taming Sari dan last sekali kami ke Muzium Samudera . Memang seronok dapat jalan-jalan makan angin . Kami bertolak pulang ke Water Chalets PD dan sempat pulak singgah di gerai putu piring yang saya dah mencari kuih ini sekian lama , Alhamdulilah dapat jumpa dan rasa .






Sabtu tengahari kami bertolak pulang dan singgah di Seremban dan darling sempat jumpa sebentar sahabat lama semasa di sekolah menengah.

Kemudian kami ke Rembau , ke rumah besan yang lepas tu membekalkan kami dengan rendang minang. serunding pegaga , kek coklat dan puding laici .. Besan saya ni memang rajin memasak dan kalau singgah tak makan sedap2 memamg tak sah .. Alhamdulillah kami dapat besan yang cukup baik dan sporting .

Lepas asar kami bertolak pulang dan sempat singgah di pasar malam Rembau dan sempat sekali lagi membeli putu piring lagi ..memang gian betul makan putu piring ni ...syukur dapat jumpa putu piring ....

Tiba di rumah jam 10 malam ... wooowww... tired but happy ... itu lah yang boleh saya nyatakan .... sungguh seronok .. Thanks a lot buat darling yang merancang segalanya ....

12 comments:

manzlie said...

salam from Makkah..


bestnyer...Pd..nak plah nanti..

putu piring..hmmm peberet cl gak tuh


wslam

Rozali said...

Assalamualaikum Kak Sarina

seronoknya cuti cuti malaysia
pusing2 sampai dua tiga negeri

Wassalam

silversarina said...

manzlie,

Sayangnya PD pantainya tak cantik dan tak sesuai untuk mandi-manda .

Putu piring memang sedap :)







rozali,

waalalikumusalam .

sekali-sekala bercuti rasa nak tambah hari lagi cuti , duk santai2 ..tapi memang tak boleh .

Zaitun said...

Wah...Rina pusing sampai 3 negeri joli sakan ya,memang best.

Putu piring ...urmm sedap...

rezeki said...

salam kak

tempoh hari ingat nak menginap di pd water homes tu, tapi last minit cancel pasal ada keja kena selesai kat KL, kalau tidak boleh berendam kat pool dpn bilik je hehehe

seronokkan kak, cuti, relax2, jalan2 ,makan2 hehehe

Kak Elle said...

oh sungguh cantik - nak pergi lahhhhhhh

aintsuperwoman said...

last teman pegi PD masa sekolah rendah kot. Haii..teringin juge ye nak sampei ke sana. Ater, panteinya idak ke seindah pantai Mak Nik?

nurazzah8 said...

Salam Rina,
mmg saya pun dah lama tak pergi pantai PD..last pergi semasa Hana umur 2 tahun...tahun 2004... pejamcelik pejam celik...rupanya dah berlalu 6 tahun... Hana pun dah besar... ummi dia asyik sibuk aje... dia selalu ajak pergi mandi pantai..tapi ummi dia sebenarnya tak berapa suka mandi pantai...sebab terdedah..lebih suka pergi kolam renang ada ada masa utk perempuan saja... kita pun boleh mandi sama..!!!

Ingatkan hari tu nak ajak you singgah Shah Alam, tapi nampaknya you all dah singgah rumah besan pastuh mesti nak balik cepat sbb esoknya Mimi sekolah lah pulak...
InsyaAllah lain kali kalau cuti lama boleh datang rumah adik you dan singgah rumah I pulak ya...

Abu umair (zaid) said...

wah..sedapnye putu piring, mmg ank branak suke putu piring, sampai ke umair pun suke makan.he2

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rina,

jalan2 masa darling ada nih!

putu piring...peberet!!!

silversarina said...

kak zaitun,

dah lama tak cuti2 malaysia, inilah masa nya untuk enjoy ourselves :)





rezeki,

tulah kalau kami dapat duk homes tu memang berendam ajelah kejenya .. maybe next time pulak ....bila ????






kak elle,

pergi jangan tak pergis ebab memang best .

silversarina said...

asw,

PD kalau nak mandi laut memang tak boleh sebab kotor aiornya , kalau nak berehat2 kat hotel ok .






nurazzah,


kalau nak mandi laut baik ke Kemaman , ada pasir memutih dan air laut yang jernih dan bersih, kalau PD ni memang bukan untuk mandi dan berenang , tak cantik air lautnya .






abu umair ,

nak cari lagi putu piring nanti, sedap dan ketagih makan ...hihi .






kak nab,

kena JJ sebab lama kena tinggal :)