Tuesday, April 20, 2010

Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kemaman





Dulu biasa dengar pasal Gua Musang yang dikatakan sebagai kawasan yang ulu . Baru2 ni kami secara tak sengaja sampai ke Gua Musang melalui jalan Cameron Highland . Memang besar betul Jajahan Gua Musang . Bandarnya okay tidaklah terlalu kecil .

Sempat jugak beli bunga dan strawberry kat Cameron Highland .


Pengalaman pertama kali kami pulang ke Kemaman melalui Gua Musang merupakan pengalaman yang agak memeritkan . Kami terpaksa melalui Felda Aring di Gua Musang merentas ke Tasik Kenyir . Jalan di Felda Aring amat amat lah teruk , berlubang-lubang merata-rata dan kenderaan dipandu tidak melebihi 30km/jam . Dah rasa teramatlah jauhnya nak tiba di sempadan Kelantan/Terengganu . Akhirnya kami tiba juga di jalanraya yang besar menuju ke Tasik Kenyir seterusnya ke bandar Kuala Berang yang jugak sudah lama tidak kami lalui . Bandar Kuala Berang telah banyak berubah , semakin membangun . Kami kemudian ke Kemaman melalui jalan Jerangau-Jabur dan tiba di rumah setelah 10 jam perjalanan dari Ipoh . Selalunya Ipoh ke Kemaman hanya 6 jam perjalanan . Walaupun perjalanan amat meletihkan namun kami bersyukur kerana dapat mengenali kawasan2 baru yang tak mungkin kami laluinya lagi ......

Oghang Peghak kata .... tak de koje cari koje, udah meghaban teben ke hulu , ke hilio ... tak pe le, janji semue selamat sampe ke Kemaman .... he ehh .

Tasik Kenyir .


( Actually yesterday I dah taip panjang lebar kisah ini namun malang tidak berbau , belum sempat disave ia hilang entah ke mana .. ... so today is just a very short entry indeed ! ) .

Bandar Kuala Berang .



Good nite everyone .. see you again next time !!

24 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Sarina

tak ade kerje cari kerje
kan ada untungnya
boleh buat n3
he he

Wassalam

manzlie said...

salam from Makkah..

best nyer akak berjalan jalan tuh...


waslam

kak anie said...

Rina..takpelah ...mengambil jalan itu menambah pengalaman dan pemandangan secantik yang dirakamkan...

My Life said...

salam
makcik ina lalu ikut gua musang??? knp tak bagitahu azie.... sampai hati makcik ina... sedihnyaaaaa

sas said...

waaa....nak jalan2 jugak!!!
haha
ni memang macam bukan 'teerrr' ni :P

aintsuperwoman said...

ajer yang benor, x ke keroje cari keroje, tapi yo nye le, nama pun tengah becoti!!! hehehehe...thanks for the buah tangan!!!

silversarina said...

Rozali,

Hahahaha , dapat n3 baru ye , ini pun hangin dibuatnya bile penat menaip habis ssemua idea hilang ke mana .





CL,

Dapat jalan-jalan ke tempat baru tapi terlalu terpencil, jenuh nak sampai rumah .




kak anie,

jalanraya berlubang tak ingat nak tangkap gambo sebab duk resah lambat sangat bergerak :)

silversarina said...

My Life,

Kat Gua musang tak ibgats esiapa dah sebab mencari jalan pulang, sign board ke tasik Kenyir tiba2 hilang kat Gua musang, tak de langsung pandu arahnya .






sas,

TER ni tapi dicampur2 dengan yang tak TER ..hahaha .




asw,

Aje ngan jemu bebebno dah tman melepap dalam kereta , jauhnya rasa, kalau nak flite dah sampe Jordan ..hahaha .

My Life said...

salam

kesian makcik ina....

silversarina said...

My Life,

waktu tulah rasa nak ada GPS , kan senang kalau ada :)

pB said...

SALAM

cantik langit (gambar bandar Berang)

rezeki said...

salam kak

tap pernah lagi ke gua musang dan tak pernah juga lalu lebuhraya timur barat hehehe

kata org cantik panoramanya kalau ikut lebuhraya timur barat tu

cikMilah said...

best jugak a.. melencong jalan ni...

silversarina said...

pB,

akak pun baru perasan langit tu cantik , masa tangkap tak nampak apapun sebab dah tak tahan nak balik rumah ..hihi .





rezeki,

ni bukan lebuh raya timur barat, ni jalanraya yang boleh dilalui dari Cameron Highland terus menuju ke Gua Musang , kalau lebuhraya timur barat dari Grik ke Jeli , itu jalan cantik dan pemandangan menarik .






cikmilah,

best, best tapi tak lalu sebab jauh sangat dan jalannya teruk :(

Ibu Sayang said...

Salam Puan Silver,

Oh..kali ni JJCM local ya!!

Saya pun tiap kali ke CH memang ambik route ni, so far ok je.Tak tau pulak sekarang ni banyak jalan yang berlubang. Kalau macam tu kita ambik laluan lain lah.

"MULAN" said...

best best best.. tak pernah sampai kuala berang & tasik kenyir la..

silversarina said...

Ibu sayang ,

jalan Ipoh ke CH ok, CH ke Gua Musang ok, Gua Musang ke Tasik Kenyir yang teruk sebab kena rentas beberapa Felda , jalan2 tu yang berlubang tahap kronik.




mulan,

pegilah , cantik scenery nya .

The Embroidered Home said...

wah seronok jugak lah walau penat kan...

cameron mesti best sejukkan...

suweileh family said...

Assalamualaikum, happy akak berjalan ye, kuala berang agaknya dah tak banyak 'kek hijau atas jalan'!

silversarina said...

TEM,

TER berjalan sebnranya , tak rancang pun ..hihi .



suweileh family,

Kat bandar Kuala Berang memang dah tak de nampak pun 'kek ' tu lagi , hubby akak memang ada sebut pasal 'kek ' tu baru2 ni sebab dulu bersepah2 , boleh pilih sorang satu birthday 'kek ' yang mana nak ...hahahah .

Zaitun said...

Kalau dah biasa jalan lebuh raya memang penat bila menempuh jalan yang macam ini. Kak Zai dah rasa masa pergi Bandar Muadzam Shah itu hari jalannya bengkang bengkok lepas tu hutan keliling.

Dapat tip nak keKuala Berang mungkin kesana hujung tahun ni.

silversarina said...

kak zaitun,

kalau ke kuala berang mesti kena pegi tasik kenyir dan air terjun sekayu, baru complete trip tu .

pelangii said...

salam
saya nak tanya, selain dari kena lalu gua musang, camne dari kemaman nak pegi cameron..??
harap bleh explain jalan ke sana sbb insyaAllah sy nak ke sana tp tak tahu jalan..
terima kasih..

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.