Saturday, July 5, 2008

Derita akibat akta gila......

Salam hujung minggu buat semua.

Sejak semalam hati dan fikiran saya teramat dirobek dan disiat-siat bila mengetahui kisah seorang anak tahanan ISA meninggal dunia tanpa sempat diziarahi oleh bapanya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir hanya kerana karenah birokrasi yang tidak berperikemanusiaan lagi maha zalim. Bayangkan seorang anak yang sedang koma dan telah disahkan doktor tidak punya harapan hidup tidak diberi pelepasan kepada bapanya agar dapat bersama anaknya di saat-saat terakhir puteri tercinta yang selama 7 tahun terpaksa ditinggalkan hidup tanpa belaian kasih sayang seorang bapa yang kesalahan bapanya tidak diketahui kerana dipenjara tanpa perbicaraan. Inilah dunia yang pada saya teramat zalim yang tidak dapat diterima akal manusia waras, penjara tanpa dibicara dan dibuktikan bersalah.

Kisah sedih arwah adik Aina Mardhiah dapat dibaca di sini dan di sini dan di sini . Airmata saya tak dapat ditahan tiap kali membaca kisah sedih dan hiba ini.

Minggu lalu saya sempat membeli sebuah buku " Dunia Tanpa Suami " yang ditulis oleh isteri-isteri tahanan ISA yang mengisahkan betapa derita mereka dan keluarga hidup tanpa suami dan bapa , bukan setakat 2 , 3 bulan malah ada yang 7 tahun dan masih lagi menanti saat bila suami tercinta akan dibebaskan. Keluarga muslim yang ditahan hanya kerana kehidupan mereka yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul . Apakah itu satu kesalahan ????????? Hidup berlandaskan Islam dalam sebuah negara yang dikatakan Islam sebagai agama rasmi ?????

Puas saya mencari jawapannya , mengapa mereka begitu zalim dan dayus memperlakukan manusia lain seperti haiwan sedangkan amalan demokrasi adalah tunggak negara ( kononnya !! ) .

14 comments:

Mak Teh said...

Salam Sarina. saya amat bersetuju dengan anda. Banyak perkara yang say nak kata......... hingga tak terkata.

Sebak dan sedih membaca kisah sebegini! Semoga Allah memelihara kita semua.

YuszTieY said...

tadi saya buka harakah pastu tgk gambo2 yg pegembumian arwah...mengalir air mata sedihnya sampai anak saya tayer ..ummi kenapa mata ummi ader air..huwaaa..pilunya hati terkenang saya kat ustaz saya yg kat IB yg ditahan ISA...NI KAH SEBUAH NEGARA ISLAM YG PAKLAH LAUNGKAN...

Kak Elle said...

politic in countries susah nak komen ... takziah pada keluarga arwah...jom ke my daily happenings...hehe

Neeza Shahril said...

rasanya negara bukan Islam pun tak sekejam negara Islam yang dilaung-laungkan tu Kak Rina. MEmang zalim dan kejam. Neeza cuma membayangkan perkara yang sama terjadi kepada mereka yang bertanggungjawab tu.. dunia ni ibarat roda kan. Hari ni kita buat orang, satu hari nanti akan dapat balik pada kita. Dah banyak terjadi. Tapi mereka tak insaf dan masih menganggap mereka lah yang menguasai segalanya..

sedih dan geram yang teramat sangat.. hinggakan neeza dah takde rasa sikit pun hormat pada pemimpin negara kita...

maklang said...

moga2 Allah membalas segala kezaliman yang sedang berleluasa...

Moga2 keluarga arwah tabah menghadapi segalanya...

zino said...

takziah kepada keluarga arwah..
al fatihah.. amin..

ummu asiah said...

Kak Rina,

Moga Allah berikan kekuatan kepada keluarga mereka dan peristiwa ini membuka mata ramai rakyat kepada kezaliman undang2 ISA. Terimakasih kerana membeli buku Dunia Tanpa Suami 2. Hasil jualan buku ini bakal menampung tabung perjuangan GMI dan bantuan kepada keluarga mangsa ISA

MANSUHKAN ISA...BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA...TUTUP KEM KAMUNTING

silversarina said...

mak teh,

Saya pun dalam hati pelabagi benda nak diluahkan, zalim sungguh mereka.



yusztiey,

samalah kita, tak tahan airmata bila baca kisah sedih ini, syurga buat mereka, InsyaAllah.



kak elle,

tulah politik yang kotor.

dah masuk dah tadi, comel sangat barang cucu wanmommy tu...thank you so much !




neeza,

itu yang buat bertambah pelik, takkan tak terfikir apa akan mereka rasa sekiranya mereka atau keluarga mereka yang dikenakan tahanan ISA, masa tu baru nak hapuskan . Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang zalim kembali sedar kezaliman mereka.




maklang,

Saya pun doakan begitu, zalim mendapat azab di akhirat kelak.



zino,

semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala penderitaan adik Aina diberi ganjaran syurga. Amin.

silversarina said...

ummu asiah,

Semoga semua tahanan dan keluarga mereka tabah dan sabar . Sesungguhnya syurga menanti mereka , InsyaAllah.

CikguZue said...

salam kak.

melihat scenario M'sia kini, amat2 mendukacitakan hati. semoga Allah memelihara kita drpd tangan2 yg tidak berperikemanusiaan.
takziah buat keluarga arwah.

Jingga Studies said...

kejam tak berperi kemaknusian!

Sue.Aleen said...

saya mencari apakah ancaman yang telah diberikan oleh si bapa kepada negara sehingga 7 tahun ditahan tanpa bicara... jawapannya ada di sini. kebanyakan yang diISAkan tu mesti ada kaitan dengan gerakan Islam. mengingatkan memori Memali.

zalim sebab:
- pisahkan suami isteri
- pisahkan anak ayah
- lengahkan kebenaran keluar
- isteri perlu menyara anak-anak

selagi ada orang di malaysia ni yang mengangkat penguasa yang zalim, selagi tu bukan keluarga mangsa je dizalimi, kita2 ni pun dizalimi tanpa disedari..

Sue.Aleen said...

lupa pulak nak letak link... "jawapannya ada di sini. sini tu rujuk kepada sini

silversarina said...

cikguzue,

akak memang dah makin meluat dengan apa yang sedang berlaku, harap semua dapat di selesaikan secara aman, InsyaAllah .




jinggastudie,

Kalau mereka yang kena...



suealeen,

Terimaksih atas link diberi, memang akak pun mencari jugak apa sebenarmay 'kesalahan' yang dilakukan oleh mereka yang ditahan di bawak akta gila tu... kesalahan yang tidak salah , tuduhan yang tiada bukti .

semoga mereka semua tabah dan kekal kuat dengan semangat juang, InsyaAllah.