Sunday, July 13, 2008

Rombongan ke Rembau.....

Alhamdulillah , selesai sudah kenduri di pihak perempuan di Rembau . Lega hati sebab kini tinggal seminggu untuk menyelesaikan urusan kenduri di Kemaman pula.

Bersama pengantin serta besan kami.








Encik zino , isteri serta biras saya abang zainal semasa di Masjid Kg Batu.



Kami berkumpul di Masjid Kg. Batu dan jam 12.45 tengahari 13 buah kenderaan dengan 50 orang ahli rombongan bergerak menuju ke rumah besan yang hanya 1 km dari masjid tersebut . Syukur sebab ramai ahli keluarga saya dan suami serta sahabat-sahabat yang sudi bersama kami semalam. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Mak dan keluarga Kak Idah, Kak Nor, Abang Caa, Faizal, Kak Noriah, Kak yong, Kak Aini, Kak Taa, Bang Teh, Acik dan Makcik , Syamsul dan Lynn. Tak lupa juga buat keluarga teman blogger Encik Zino , Abang Man dan Kak Ton (adik encik Zino ) , Cik Marina ( teman lama kami yang tinggal di Rembau ) serta akhir sekali keluarga N ( yang suami kawin melimpah kasih ) yang juga telah sudi bersama rombongan kami ke rumah besan.


5 bekas hantaran yang digubah sifu maklang

bunga pahar di isi telur itik .

Dua bunga pahar berisi 100 biji telur itik disertai 7 dulang hantaran termasuk 5 bekas yang digubah maklang sifu mendahului rombongan kami yang tiba dengan disambut oleh hujan renyai-renyai . Anak-anak sedara saya dan suami sanggup menjadi pembawa dulang hantaran dan disambut keluarga besan dan setelah berada sebentar di atas rumah meneyrahkan dulang hataran kepada keluarga besan, kami terus ke meja makan sebab perut sudah agak lapar..... majlis makan-makan diteruskan.


anak-anak dara bersama hantaran




Sambil makan sambil bergambar dan family saya juga mengambil peluang bergambar kerana kami juga telah memang lama tidak berkumpul .





Jam 3.15 petang kami ahli rombongan pengantin lelaki yang terakhir meninggalkan majlis kenduri dan tiba di rumah jam 9 malam setelah berhenti di 3 lokasi semasa dalam perjalanan pulang.



Itu saja laporan kali ini.... nak bersiap-siap breakfast dan bereskan beberapa urusan kenduri Sabtu nanti.... salam Sunday buat semua.

Lagi gambar di lain entry....

28 comments:

Kak Elle said...

Alhamdulillah part 1 dah pun selesai skg tunggu part 2 pulak ye puan rina?

First time nampak cik puan berbaju warna lain selain dr hitam...hehe

maklang said...

Alhamdulillah..dah selamat...

Moga2 kat sini pun nanti akan sempurna ye...

tak payahlah nak sedia2 kerusi khas buat maklang...ada kerusi pun dah baik! he..he..

zino said...

alhamdullilah.. majlis berlangsung dengan lancar..terima kasih kerana menjemput kami menyertai rombongan.. sampai tak cukup tempat paking hehe

di tempat majlis.. zino terkejut terjumpa anak sedara .. dia pun tertanya2 apa bagaimana kami boleh berada di majlis tersebut hehe

rupa rupanya.. dia adalah kakak ipar biras rina hehe..

zino said...

bukan biras=besan hehe

Anonymous said...

Seronoknyer kenduri kendara kat mesia. Tambah2 hantaran tu cantik belaka. Makanan kat meja pengantin pun best2. Alhamdulillah. Salam untuk Zaid n Ara.

Neeza Shahril said...

amboii.. banyak betul connection kak rina dengan zino ye.. lepas ni mungkin errrr... kak rina ada anak dara kan.. zino ada lagi anak bujang kan.. ehemmm.. hahaha!!! pepandai aje la neeza ni..

tahniah sebab dah selesai majlis dengan semurna.. alhamdulillah.. semoga majlis di kemaman nanti pun begitu juga..

walaupun zaid dan azra dah lama nikah, masih nampak berseri.. kasih sayang kekal abadi tu..

YuszTieY said...

salam...

wanmomy makin cerai gitu dgn pakaian warna krim..berseri22 nasib baik tak tertukar pengantin..

moga majis kat kemaman pon akan sukses yer...tak sabo nak tgk gambo2 lagi...lawa sifu maklang buat bekar hantaran tu...

Ummi365 said...

alhamdulillah semuanya selamat.. semoga di kemaman pun sama hendaknya..

cikMilah said...

Sempurna majlis dan cantik hantaran & bunga pahar. Berseri-seri satu family pakai baju sedondon gitu...pengantin pun nampak berseri-seri saja.Kita tunngu laporan dari Kemaman....:)

Kiah Kardashian said...

salam kak rina...lama tak datang..dah tukar cat rumah plak tu.

Baca cerita cerita yang tertinggal...

Insyaallah semua berjalan dengan lancar untuk kenduri round 2 nanti

Kopi Suam said...

Alhamdulillah selesai satu erkara..diharapkan masa dirumah akak nanti semuanya berjalan dengan lancar..

Zareda Norman said...

Alhamdullillah, dah selamat sebahagian perancangan..

anak anak dara kak rina manis manis orangnya..

berdebar debar pula menanti report kenduri di kemaman

MAMAMIA said...

Memang cantik hantaran by Mak Lang tu, nak bawa pun senang.

The next one will be more happening & challenging. Semoga berjalan lancar...

Anonymous said...

Alhamdullilah, semuanya elok. Tunggu kenduri Kak Rina pulak nanti:)
Cantik bunya telur tu, silver:)

cikliah said...

Bestnya ikut rombongan pengantin. Rasa macam dah lama sangat tak ikut rombongan pengantin dan tolong angkat dulang hantaran. Kiranya kalau dapat pegang dulang tu cam rasa bangga jek... hehehehe...

aNIe said...

Salam Rina...

Alahamdulillah majlis di Rembau dah pun selesai..kini tiba pula majlis di Kemaman...

Semoga Rina dan keluarga diberikan kesihatan yang baik agar dpt menguruskan majlis di rumah Rina dengan lancar

Qaseh Bidadari said...

semoga majlis akan dtg g meriah ya!

Mulan said...

kak rina, nampak gaya i'll miss the kenduri..!! seronok kan dah selesai kat situ. hopefully dipermudahkan segalanya di kemaman nanti..

Faizah said...

Kak Sarina..tahniah dah terima menantu..x sabar nak tunggu part tu pula..

CikguZue said...

cantik2, berseri dan meriah nampaknya majlis itu. tahniah kak Rina.

jom datang ke blog saya, ada hadiah nak bagi, sudilah kiranya menerima.

Sue.Aleen said...

hensem ahh izat tu...
tak tau ler lagi sama ada saya dapat sampai ke idak ke kemaman ni...

Abang Long said...

Dunia ini kecil sahaja. Ke hulu, ke hilir, tiba - tiba "eh, alahai kita sudah bersaudara..."

Cat Cat said...

Wah, bestnya berkenduri... Berseri-seri muka Kak Rina & anak-anak dara... Love the picture where both your girls holding the gifts. Comel sangat...

NBK466 said...

Oh...kat Rombau...patut laa cam tak kenal jerk..he.he.he... Moga2 berkekalan & berbahagia dunia akhirat...

silversarina said...

kak elle,

memang kekok pakai baju kaler lain ...nak - nak baju kurung yang dah berpuluh tahun tidak menggayakannya ...hehehe.



maklang,

kerusi utama buat maklang ... take care !!




zino,

sorry tak dapat layan zino dan isteri, tak puas jumpa zino dan abang man, memang lain betul abang man sampai saya pun tak berapa kenal . mana sangka ye di selemak boleh pulak jumpa sedara , memang kecik dunia ni.



suweileh family,

nanti kalau majlis kawin lain INsyaAllah you all dapat hadir dan boleh makan hidangan pengantin :)




neeza,

Tak menjadi lah cadangan neeza tu sebab maya and sofie lebih senior dari alang zino tu .. hehehe.



yusztiey,

tak biasa pakai baju kurung dan warna krim, rasa canggung je dan tak selesa :P

silversarina said...

ummi,

Harapnya tak hujan lah di kemaman nanti sebab sekarang ni hari2 hujan .




cikmilah,

saja nak seronok2 pakai baju sedondon tapi akak tak selesa pakai baju warna tu.




zakiah,

thank you. akak pun harap segalanya berjalan lancar di kemaman.



kopisuam,

terimakasih atas doa itu kerana itulah yang kami harapkan agar majlis selesai dalam suasana ceria dan lancar.



zareda,

anak dara memang manis sebab masih darah manis...hehehe.

silversarina said...

mamamia,

bekas tu akak beli di pasar payang terengganu dan memang nak ditutup , tak payah orang tengok isinya , akak minta maklang hias atas bekas aja, simple yang akak suka.



hazia,

silversarina lah katakan... jemput datang kemaman sabtu ni .

semoga sihat dan ceria selalu :)



cikliah,

akak pun tak pernah jadi pembawa dulang hantaran .. nampak anak-anak happy smeua jadi dayang dan dayung bawa dulang..hehehe...



kak lady,

terimakasih atas doa agar kesihatan baik sebab memnag rasa nak flat dah masa ni, tak sabar nak selesaikan majlis.




mama ranggie,

sure mama pun letih selesaikan majlis baru ni...





mulan,

dah tak de rezeki nak hadir nak buat macamana..apapun selamat bercuti .

silversarina said...

faizah,

sronok tu sebab dapat berkumpul dengan ahli keluarga dan berjumpa keluarga besan.

kiss buat si kecil...



cikguzue,


thanks. lepas ni aka ke blog cikgu.



suealeen,

hensem ke... perasanlah izzat tu :P

kalau sempat jemputlah datang, kami menanti di sini.



abang long,

kalau bukan sedara sedarah, kita smeua sedara seIslam... semoga bisnes abang long berjalan lancar.



cat cat,

anak2 dara akak tu suka sangat dapat jadi pembawa hantaran dan perasan lawa..hehehe.



nbk466,

tulah den besan den pun di rembau, entah2 sedara juga dengan nbk :P