Sunday, July 27, 2008

Tersalah Rekomen.....

Salam awal minggu buat teman-teman di Terengganu , Kelantan dan Kedah dan salam hujung minggu buat teman-teman di negeri-negeri lain .



Bagi mereka yang bekerja Ahad adalah hari pertama bekerja dalam seminggu dan sudah pasti sdikit kelam-kabut jika banyak perkara perlu dibereskan setiap awal pagi . Saya yang telah lama meninggalkan bidang perguruan masih lagi dapat mengingati bagaimana kalutnya saya setiap awal pagi untuk membereskan hal anak-anak dan babysitter yang saya terpaksa mengambilnya setiap hari .



Bukan soal kelam-kabut kerja yang saya ingin ceritakan di sini tapi satu kisah yang mungkin orang lain pun pernah alami.



Semalam salah seorang tetamu saya yang hadir di sebelah petang yang sebelum ini meminta bantuan saya mencari pekerja untuk canteen yang diusahakannya kerana pekerja lama telah berhenti. Dalam saya sibuk dengan majlis kawin saya sempat mencari seorang anak muda yang datang dari keluarga susah dan anak yatim serta ibu yang telah uzur. Saya pun rekomen kan anak muda ini dan kawan saya bersetuju mengambil beliau bekerja, Sebelum ini anak muda ini pernah bekerja di gerai makan dan pandai membuat roti canai.



Namun saya barasa hampa bila diberitahu semalam oleh sahabat saya si anak muda ini tidak pandai bekerja serta terlalu slow motion dalam membuat kerja dan kena disuruh setiap satu kerja dan terpaksa diulang-ulang. Telah 2 minggu dia bekerja di sana dan masih lagi sama. Yang lebih buat saya frust bila sahabat saya kata si anak muda ni dalam orang lain amat busy bekerja dia dengan selambanya membaca suratkhabar lama dan baru yang banyak terdapat di canteen tersebut dan sikapnya kini menjadikan pekerja lain mula berbunyi dan komplen.



Oleh kerana saya yang rekomen anak muda ini saya berasa amat bersalah sebab saya tak sangka yang dia tak pandai buat kerja sebab saya kenal dia dari kecil . Saya bagitau pada sahabat saya agar tegur aje anak muda tu dan saya tak kisah kalau nak pecat dia pun sebab sebagai pekerja dia kena tau yang dibayar gaji untuk bekerja.



Saya akan cuba hubungi anak muda ini untuk mendapatkan penjelasan nya mengenai hal ini... frust jugak wei.... kita nak membantu namun dia pulak buat acuh tak acuh... ( buat abang long jika abang long membaca entry ini ,mula-mula saya nak rekomen abang long kerja ini tapi tempatnya terlalu jauh di sini dan gajinya kecil , sesuai buat anak muda yang masih bujang, itu pada fikiran saya !! )





17 comments:

Kak Elle said...

kesian nya bagi rina dan pihak majikan yg membayar gaji....mmg selalu kita ingat nak tlg org yg susah tapi terbalik jadi nya...sebabgai majikan di aberhak memecat pekerja nya kan?

silversarina said...

kak elle,

tu yang katakan pada dia, usahlah segan dengan I, kalau anak muda tu taktau buat keje, pecat ajelah , I tak kisah , kita yang beria nak tolong dan dia sanggup nak keje , alih2 tak pandai buat keje dan buat samnil lewa, I pun geram jadinya .

Abang Long said...

Masih ingat tentang kisah Bicara Bisnes, yang menceritakan kisah abang long pergi temuduga hingga 65 sessi, dan kesemuanya gagal ?

Abang long pernah 'declare' dan 'bercakap' dengan tuhan - "aku sudah tiada daya lagi" (tidak pasti dimana menariknya kisah abang long, tetapi ada seorang penerbit telah menghubungi abang long untuk menyiapkan skrip).

Abang long bagai nak gila memecahkan 'otak' untuk mencari rezeki. Pelbagai cara telah diusahakan hingga ketahap mencari botol kosong untuk dijual.


Apa yang disarankan oleh agama, telah abang long lakukan. Sekarang, usaha telah bermula, dimana abang long telah membuka tapak pasar tani yang belum mendatangkan sebarang hasil.

LETIH, SEKSA, PERIT dan pelbagai lagi beban sedang dipikul, tetapi abang long telah katakan abang long, SERAH, BERSERAH dan TERSERAH kepada ALLAH untuk menentukannya.

Tentang niat dan hasrat murni silversarina untuk membantu abang long, tiada perkataan yang paling layak untuk abang long ucapkan selain dari ucapan TERIMA KASIH dan semoga Allah membalasnya dengan balasan dan ganjaran yang hebat yang tidak terfikir oleh akal manusia. AMIN.

NURAZZAH8 said...

Rina, sepatutnya komen ni tulis dalam n3 sebelum ini.
Azzah minta berbilion maaf sbb tak dapat hadir kenduri Zaid...dalam hati nih mmg nak sangat pergi, tapi apakan daya tugas menuntut saya berada di sini...
mmg tak sempat nak tinggal apa2 komen pun, busy sangat dgn kerja... ada baca jugak tapi tak sempat nak tinggal kan komen atau bloghop dsb...
Ini pun curi masa sikit sbb hubby keluar ada program kat surau tu...hehehe... bukan apa, dia tak marah pun tapi sendiri rasa bersalah kalau duk dpn komputer ni kat rumah...kekadang anak2 pun ada ckp.."ummi ni dah lah kat office mengadap komputer, balik rumah pun nak mengadap komputer jugak 24 jam!!" jadi sebelum abinya berkata-kata , lebih elok lah Azzah tak buat..kan...
dolu-dolu boleh lah sbb hubby jauh... tak kisah nak duk depan komputer 24 jam... skrg nih kena mengadap muka dia pulak.... hehehe...

cikMilah said...

Saya pernah berada dlm keadaan kakRina sekarang. Bila ditegur bossnya dia masih tak berubah, dia di berhentikan. Dia cakap saya carikan dia kerja yang dia tak minat! Boleh gitu? Kita berniat nak tolong...

Neeza Shahril said...

memang frust bila orang yang kita recommend buat gitu kan.. sebab tu neeza takut nak recommend orang.. takut jadi benda cam tu la.. nanti orang salahkan kita. padahal kita boleh cakap je, buat aje lah sesuka hati sebab orang tu majikannya kan.. tapi selalu tak jadi gitu. orang yang recommend tu mesti terasa jugak..

maklang said...

memang payahkan kalau tak tersalah rekomen ni..serba salah dibuatnya..

yang direkomen tu, tak tau nak bawak diri ke...

Lee said...

Hi Sarina, just dropped by say hello and hoping you in best of health.
Keep well and best regards, Lee.

Mama Rock said...

hai kak rina, kengkadang kit ni boleh tolong aje, yang kena usaha tu orang yg di tolong...tapi kes ni jadik kita yang rekomen pulak yang malu sendiri kan...sheeesh!

Mimiamilia said...

alahai..susah jugak k kalau tersalah rekomen.rasa bersalah jer..

Zareda Norman said...

kak rina
yerlah, kengkadang budak budak muda ni mana nak kerja yang disuruh suruh orang.. dah lama rilek agaknya bila kena perintah, susah dia nak adapt..

orang tua tua kata.. bukan senang nak senang

zino said...

kalau macam tu rekomen balik suruh dia pecat je anak muda tu kalau anak muda tu tak berminat nak bekerja..

arsaili said...

salam..ini masalahnyakan...tapi bukan salah aunty pun...kalau saya menjadi rakan aunty tu ...saya tak akan tersinggung pun..sebab saya tau aunty hanya rekemen kan..the rest kita sendiri decide...

mommy said...
This comment has been removed by the author.
silversarina said...

abang long,

Itulah realiti kehidupan, ada yang senang ada yang susah dan saya amat kagum dengan ketabahan abang long mengharungi ujian hidup.Walau apapun saya doakan agar abang terus maju dalam bidang perniagaan yang baru diceburi, InsyaAllah.




nurazzah,


Ooo tak kisah sebab I memang faham kesibukan you dengan kerjanya dan family, yang I yang tak bekerja pun sibuk sampai rasa tak cukup 7 hari seminggu ... InsyaAllah ada peluang kita jumpa. I pun kurang jugak dah duk depan pc sebab ramai kat rumah ni buat masa ni, nak jawab komen pun kena tanggauh berhari-hari :P



cikmilah,

petang ni saya nak jumpa anak muda ni sekejap nak tanya apa yang buatkan dia 'lembap' sangat buat keje , dulu dia yang setuju nak keje , macam-macam .




neeza,

akak jarang rekomen orang tapi entah kenapa memang rasa macam budak ni pandai keje tu yang akak rekomen rupanya tersilap, memang lah geram jugak dibuatnya .

silversarina said...

maklang,

nak tengok apa sebab dia tak berapa acuh bekerja , rasanya kerjanya taklah susah :(




uncle lee,

thanks for dropping by, I've been quite busy recently with my son's wedding reception . Hope you and Mrs Lee are enjoying your summer time :)





mama rock,

memang tulah yang I rasa, malu pulak sebab kita yang siap kata dia pandai keje, alih2 tak pandai :(




mimi amilia,

ha ah, termalu diri sendiri, pelik tu kawan makcik kata bila suruh buat keje dia angguk, pastu sambung balik baca paper....apa nak jadi.

silversarina said...

zareda,

sekarang memang ramai orang mudayang nak keje senang tapi gaji nak banyak, bila ramai pendatang asing datang bising pulak, macam kes ni memang rasanya dia mat memerlukan pekerjaan, so buatlag keje yang terbaik.





zino,

saya dah bagitau pada kawan tu , kalau macam tu pecat aje dia, buat susah je kena tambah pulak keje majikan , kawan saya kata dia kesian sebab nampak dia baik, memang akhlak dia baik tapi kalau dah tak pandai buat keje nak buat apa, petang ni saya nak jumpa anak muda ni nak tanya apa masalah dia.



arsaili,


rasanya kawan makcik tak salahkan makcik sebab dia sendiri pun jumpa dan tanya anak muda ni masa belum diambil bekerja dan persetujuan datang dari mulut anak muda jugak tanpa kehadiran makcik . tapi yang tak best sebab makcik yang bagi nama dan budak tu :(