Thursday, February 5, 2009

Perak/Silver punah ....


Sejak dua tiga hari ni saya sedih . Mood nak blogging dan bloghop juga amat kurang . Semuanya atas apa yang terjadi di negeri kelahiran saya Perak . Saya pelik kenapa bila seorang pemimpin yang sudah dikenali dengan peribadi yang mulia yang warak dan menjalankan pemerintahan secara adil kepada semua kaum dan agama dianggap sebagai pemimpin boneka . Saya tambah pelik mengapa pemimpin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya boleh berpaling tadah ikut suka nafsu sendiri sedangkan rakyat telah memberi mandat kepadanya melalui proses pilihanraya yang menjadi tunjang dalam sistem demokrasi yang selama ini amat disanjung . Belum pun setahun memerintah telah kacau bilau angkara manusia-manusia yang berpolitik untuk kepantingan peribadi , bukan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pemimpin yang bertungkus lumus menjalankan tugas demi kemakmuran rakyat dikhianati oleh tangan-tangan yang telah puluhan tahun bergelumang dalam najis politik .

Kenangan.... Zaid, Azra dan Umair semasa ziarah ke kediaman YAB MB Perak , kebetulan Datin Seri Fatimah (sedang meriba Umair ) ada di rumah , YAB MB memang tak lekat di rumah, siang malam berkhidmat kepada rakyat Perak....

Sayang, negeri kelahiran saya kini kehilangan pemimpin beriman dan bertaqwa , punah harapan saya melihat Perak kembali bersinar.

Saya amat kecewa dan hanya dapat berdoa semoga YAB MB Perak dan YB- YB lain yang ikhlas dan taqwa dalam menjalankan tugas diberi ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak. Amin.

23 comments:

ummu asiah said...

kak rina..

kita belum kehilangan MB perak YB Nizar..dia masih MB sehingga Sultan umumkan sebaliknya i.e terima desakan Najis..ooppss..silap..Najib..untuk take over pemerintahan Perak..

Harap Sultan serah balikmandat pada rakyat perak untuk buat pilihan..itu yg sepatutnya..barulah menjadi Payung pemerintah yang adil..

sama-sama kita do'a kak rina..Pasti walaupun tak sampai setahun Rakyat Perak dapat menilai apa yang baik dan apa yg buruk..moga rakyat tidak mudah dibeli dgn sogokan apatah lagi takut pada ancaman..jom jadi macam rakyat Palestin..masa ni lah nak buktikan...rakyat Palestin berdepan dengan peluru dan bom..kita berdepan dengan ancaman juga yang tak nampak di mata tapi tetap terkesan di hati..Allah yang Paling Bijak Membuat Perancangan.

Jangan Sedih Kak Rina...bangun dengan semangat!!!!!

Allah hu Akbar...

zura aini said...

wakil rakyat hilang beberapa hari lepas tu lompat ye,
saya pula hairan kenapa "atuk bijan" tu keluar statement semalam, yang wakil2 rakyat lompat tu semua jumpa dia, maklumkan ke dia nak tarik diri, dia umpan kot? kalau maklumkan MB perak logik jugakan.

Bosanlah kak, mereka ni sibuk sangat nak tempat dan kedudukan, masalah jenayah, masalah rakyat susah kebelakang. Anak saya pun tanya apa kebenda sibuk2 kat TV. Saya cakap orang gila kuasa, takde kuasa nanti wife depa takde kereta Merc, anak depa takleh dapat BMW, ha, ha....senang nak khabarkan ke budak2.

Kak Elle said...

Rina saya tak leh bersuara saya orang luar..apa2 pun semoga negri Perak maju hendak nya.

Intanaziela said...

kak, intan pun bersedih jugak. rasa kecewa pun ada.

Ajzie said...

saya juga begitu... sedih lihat politik manusia...

Anonymous said...

Kak Rina...

Nita pun sedih sgt dgn apa yg jadi kat Perak sekarang. Dah dpt pemimpin yg baik, jadi mcm ni pulak.Sebelum ni, Nita bangga sgt dgn MB Perak, rasa seronok sgt bila balik kg, tambah2 kat Parit Buntar memang kaw 'bulan'.Tapi sejak semalam, rasa mcm nak menitik ajer air mata ni...

Semoga Sultan Perak akan membuat keputusan yg terbaik, sbb dia antara Sultan yg paling cerdik antara Sultan-sultan di Malaysia ni

maklang said...

Kita doa banyak2..moga2 keadaan di Perak kembali normal..Amin..

pB said...

manusia begitu mudah dibeli dengan duit ...

Kiah Kardashian said...

Saya Ipoh mali..tatak sombong punya. Tapi sadis la jadi macamni pulak. Apa nak buat..harap2 yang terbaik buat perakkkkkk

cikMilah said...

Macam mafia itu bijan. Sekali fikir, biarlah depa lompat masuk BE END. Bersih lah PR dari perasuah, dan BE END penuh dgn spesis itu.Tapi sedihnya Perak menjadi galang ganti...Mudah-mudahan Sultan br mandat pada rakyat untuk buat pilihan.

tulipurple said...

sy pun kesal yg amat bercampur sedey melihat apa yg berlaku...diorg ni tak pk langsung amanah yg diberi..ikut suka jer.tp sy bangga ngan MB perak YB Nizar yg berani menghadapi segalanya.
bangkitlah rakyat malaysia!!

Anonymous said...

Kak rina

zar pun kecewa lah tengok scenaro politik Perak ni.. kuasa buat manusia hilang pertimbangan..yang waras jadi gila, yang siuman jadi mereng..

cikliah said...

Saya sokong kembalikan hak kepada rakyat Perak utk menentukan siapa yang patut lead Perak. Aci lompat-lompat nie tak gentleman laaa...

Saya tak sabar balik mengundi dah nie....

Queen Of The House said...

Saya rasa ada musuh dalam selimut .... that's what you get for sleeping with the enemy, if you know what I mean ;)

Sri said...

Terkejut betul bila baca paper hari ni,even tgh bz ngn subject master ni, mata mmg tak penah lepas tgk tajuk utama akhbar, mmg sangat sedih dan sebak sungguh dengan apa yang berlaku di Perak skang, lebih2 lagi berlaku pada ayah kawan saya sendiri, Fatihah.. Moga2 ujian ini menjadikan Datuk Seri sekeluarga dan seluruh rakyat Perak lebih cekal dan tabah, kerana Allah telah menjanjikan kemenangan yang amat besar kepada orang2 yang sabar..

Bila tgk gambar Najib tergelak besar tuh, mmg terserlah wajah yang punya 1001 rahsia seolah2 ada propaganda dan konspirasi di sebalik apa yg berlaku.. ini hanya pendapat peribadi saya.. wallaahu a'lam

drNO said...

yup, sedih dan pelik..
memang pelik...
y? y?
kita sepatutnya sudah boleh bpikir dgn logik dan waras. kenapa masih ramai yg boleh percaya kan bulat2...
hmm...

Anonymous said...

apa nak buat... masa semayang kmekkah jadi kiblat. lepas semayang duit ngan kuasa plak jadi kiblat.,,,

politician sibuk politiking
rakyat dah mula pening
sekali tuhan kasi warning
mau satu malaysia ni terpelanting

rozie yusof-azlan said...

Salaam sis..Saya cm mndngr dr jauh..sedih sama..rs mcm mudah sangat...tp disebalik kejadian ini ada hikmah cm kt harus sabar....

Neeza Shahril said...

bila duit jadi raja, manusia lupa tanggungjawab..
musnah harapan rakyat..
semoga mereka segera insaf..
kalau tidak, takut susah aje tanah nak terima bila mati esok..

Unknown said...

rakyat dizalimi...'mereka' pemimpin munafik... kami sedey juga dengar dari sini... hopefully pilihanraya kecil diadakan dan rakyat dapat jalankan pemilihan yg terbaik...!!! Di dunia mereka mungkin terlepas, di akhirat..??? hanya Allah sebaik2 pemberi balasan...

silversarina said...

Terimakasih pada semua yang meninggalkan komen. Saya masih lagi mengharapkan agar kemelut politik di Prerak akan berakhir dnegan pembubaran DUN dan pilihanraya akan diadakan semula kerana kuasa sebenar ada pada rakyat, biar rajyat yang menentukannya.

JHaZ KiTaRo said...

As a pure Perakian, I'm soooo pissed off. Agak kecewa jugak laa dgn tindakan Sultan yg selama ni kite semue sanjung sgt2 since he's one of the most educated ones.. Hmmm.. Sometimes I do wish Msia is a Republic..

Anonymous said...

Rina,

I was in sombre mood too. Born & breed in Perak but for the last 16 years been in Borneo Island. Sedih, pendek cerita, teroyak teman...laki orang Sabah tapi dia pun tumpang sedih...