Wednesday, April 7, 2010

bebelan di pagi hari ....

Salam ceria buat semua .

Sebagai seorang bekas guru yang 'pencen' awal , pagi ni nak cerita pasal pendidikan negara yang saya rasa teramatlah exam-oriented . Kadangkala naik menyampah dibuatnya . Anak2 ke sekolah bukan untuk mengaut seberapa banyak ilmu tapi mengejar grades semta-mata . Anak2 jadi seperti robot , belajar bagai nak rak hanya untuk dapat grades yang bagus . Belajar dalam keadaan stress , tak dapat nak enjoy belajar sebab takutkan grades nanti jadi tak elok dan tak dapat masuk U yang bagus . ...

Saya membebel di pagi hari kerana ada kes sekolah yang tidak membenarkan pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tahun ini memilih untuk mengambil 1 saja lebih matapelajaran dari yang dihadkan dan pelajaran yang mahu diambil ialah Bahasa Arab / Tasawwur Islam . Sayang sekali pelajaran2 yang dapat meningkatkan ilmu pelajar tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar itu sendiri dek kerana sekolah hanya mahu melihat keputusan yang dapat membuka mata pihak lebih tinggi menunjukkan prestasi sekolah baik dalam SPM . Begitu juga dalam PMR , ada sekolah yang melarang anak2 pelajar mengambil matapelajaran Bahasa Arab hanya kerana tidak mahu grade Bahasa Arab nanti akan 'merosakkan' keputusan PMR keseluruhan .

Persoalannya kenapa pelajaran2 penting dalam mempelajari tentang agama Islam dan Al Quran sering ditolak mentah2 demi menjaga prestasi sekolah ??

Terkini diberitakan biasiswa ke luar negara buat pelajar cemerlang SPM 2009 disediakan oleh pihak berwajib melebihi angka seribu dan diberi kepada mereka yang mengambil jurusan untuk kepentingan pembangunan masa depan negara iaitu perubatan, farmasi, pergigian dan kejuruteraan ... Tidak tercatit lagsung biasiswa untuk membiayai pelajar jurusan agama seperti Syariah dan Bahasa Arab yang pada saya masa depan negara amat memerlukan tenaga para ustaz dan ustazah bagi menjana kembali moral masyarakat yang semakin terhakis terutama menjelang negara maju 2020 .

Semakin difikirkan semakin senak saya dibuatnya .....

19 comments:

Anonymous said...

Salam Kak,

bagus entry kali ni.. suka baca.. memang betol pon apa yang akak tulis tu..

thanks for sharing

Anonymous said...

salam rina,

saya pun dah malas nak membebel bab nie. kesian kat anak2 kita dok berhempas pulas nak dapatkan gred terbaik dlm kelas/pelajaran. sekolah2 skrg lebih berlumba2 nak dapatkan NAMA di sokabar! glamer punya pasal..

apa nak heran rina, our first lady pun sebok nak bina sekolah utk anak2 genius - yg kurang genius spt anak2 special needs diketepikan...huhu!

KC

rezeki said...

salam kak

itulahlah hakikat hari ini, semua terlalu mengejar ilmu keduniaan sehingga ilmu akhirat yg tentunya memberi manafaat dikemuadian hari dicicirkan

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam sarina,

itulah pemimpin kita hari ni...kita kena berhati2 pilih pemimpin!

FaAtip said...

Itulah kemajuan namanya! Haa..sampai bila rakyat nak memahami apa erti kemajuan sebenarnya bila dah ternyata depan mata keruntuhan akhlak tak boleh dibendung lagi. Setiap hari di Malaysia, berapa ramai orang buang anak, berapa ramai anak luar nikah dilahirkan, berapa ramai pasangan yang tak berkahwin tapi hidup mcm suami isteri. Subjek agama tak dititikberatkan. Belajar agama tak de masa depan. Anak tak pandai mengaji tak pe....tapi terror matematik, bangga. Kadang2 bukan sekolah je, ibubapa pun bermasalah. Sanggup hantar anak belajar ditadika di gereja semata2 nak terror bahasa Inggeris!

Isy..dah panjang dah ni. Kita sambung di Forum akan datang. Hehehe....

tajnur said...

Salam! Yong Rina,
Apa saja yg menghalang wujudnya sistem yg sedia ada dipinggirkan, sebaliknya, apa saja yg menyokong sistem sedia ada dan melalaikan peringatan Allah diberi keutamaan. Begitulah dunia masa kini diseluruh dunia malah mrk akan dihalang dgn pelbagai cara. Itulah sebhgn kerja mrk. W/b/manapun, itu bukanlah penghalang sebaliknya kita perlu `boost up`meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah dgn pelbagai wadah dan cara. Wallahualam

safiudin.com said...

salam,

terfikir juga saya tentang kebenaran n3 kali ini..

sekolah begitu teruja untuk mendapatkan nama (yang terbaik dari terbaik)..

yang teruknya anak2...

AyunasiA said...

takut mendengar kisah sekolah2 masa kini. tu belum bab 'exam2 besar' yang dah tak telus lagi tu.

zino said...

sistem pembelajaran yg ada nampak nya masih belum dapat melahirkan jenerasi yang cemerlang dalam akademik dan dan cemerlang dalam siasah diri..

masaalah sosial masih terlalu banyak dan kadang kala menakutkan

Zaitun said...

Dulu masa anak kak Zai ambil subjek tasawwuf ada pihak yang kurang senang takut grade turun tapi alhamdulillah dapat A1.

silversarina said...

naziramin,

emo sikit hari ni , geram :)





KC ,

tulah kans meua nak glamoir , keluar berita di dada akhbar , tak kiranya anak2 yang teruk , tension dan stress ...kesian kat anak2 .





rezeki,

akak taklah menentang keduniaan tapi dah berlebihan je nampaknya , bab agama macam makin lama makin jauh terpinggir , sedih ,









kak nab,

salah pilih pemimpin yang merana rakyat dan anak2 generasi akan datang .

silversarina said...

asw,

memang benar apa yang dikata , hingga ada ibubapa sendiri yang jadi fobia bila anak belajar agama sebab takut tak de masa depan , keduniaan yang dikira tanpa memikirkan ilmu agama adalah penyelamat dunia dan akhirat .






tajnur,

saya akan sentiasa memperjuangkan Daulah Islamiyah yang syumul dan diredhai Allah , InsyaAllah , selamat agama , selamat negara serta rakyatnya .






safiudin ,

Akak bila sekolah menolak matapelajaran ilmu Islam dipelajari memang jadi emotional sebab ilmu dicari dan dipelajari buat pedoman diri sendiri jugak .







ayunasia,

macam2 terjadi , lambat laun pasti akan datang masanya bila kesan negatif dari apa yang dipelajari hari ini hanya membawa kepada kebinasaan insan itu sendiri .






zino,

betul tu zino, masalah keruntuhan moral semakin menjadi2 tapi tak berapa diendahkan , ia kena bermula dari sistem pendidikan kerana ia adalah mekanisma yang sepatutnya mendidik anak bangsa yang punya jati diri yang mantap .





kak zaitun,

sama kes anak sedara saya yang ambik tasawwur islam tahun lalu, sampai ibubapa dipanggil untuk diinterview pihak sekolah , kenapa anak nak ambik sabjek ni dan Alhamdulillah dia score A+ untuk subjek ni ... takutnya sekolah akan grade itu .

pB said...

nama jer negara Islam ...

izzat-chillaxxer said...

Btol tu....saye sokong mentah2...x adil lgsg..

zura aini said...

uishhhh kak rina, masalah ni dah lama melanda, kalau anak kita dah PMR, sejak mereka darjah 1 lagi dah merungut beg berat. kalau tengok soalan periksa dan latihan, kalah budak2 matriks punya soalan. pening gak saya ni nak menjawab kdg2 tu.

tapi takde satu pun program di sekolah yang tekankan ke arah ESQ ke, motivasi ke, penghayatan islam ke. sedihkan....kalau nak cari sendiri dan bayar, time pulak cuti sekolah

::alifdalmim:: said...

Sungguh tak patut..kecewa~

IMJ_sensei said...
This comment has been removed by the author.
IMJ_sensei said...

bukan takat skola je..
Universiti pon sama..
blaja terpaksa..
lemas..

silversarina said...

pB,

jauh lagi tu :(





chillax,

kena mancari keadilan itu .



zany,

terlalu banayk kelemahan yang macam ditutup mata oleh pihak berwajib , sayang sekali :(






adam,

memang makcik pun kecewa dan ramai lagi yang sama2 kecewa.





IMJ ,

Ooo macam tu jugak ye ... entahlah bila nak berubah .