Friday, April 9, 2010

ke mana hilangnya sayang ??

Salam pagi Jumaat buat semua .

Pagi ni terbaca berita di bawah di BH Online :


KUANTAN: Seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak melakukan hubungan kelamin, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.

Dalam kejadian 2 pagi semalam, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Zulkifli Taha, berkata suspek masuk ke bilik tidur dan mengejut isterinya yang sedang tidur untuk mengadakan hubungan kelamin.

Wanita berusia 30-an itu bagaimanapun menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek tiba-tiba tiba-tiba naik angin lalu terus mengambil cuka getah yang berada dalam baldi di luar rumah dan menyimbah ke arah badan serta muka isterinya itu.

Zulkifli berkata, dua anak mangsa berusia belasan tahun yang turut berada di rumah, segera bergegas mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan selepas terdengar perkelahian itu.

"Mereka telah memanggil ibu saudara yang juga jiran sebelah rumah untuk membawa mangsa ke klinik kesihatan Bukit Goh sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya.

Berikutan kejadian itu, kakak ipar mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Panching kira-kira 4 pagi semalam.

Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah kemudiannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut.




Apa nak jadi manusia kini , ke mana hilangnya sayang terhadap isteri dan keluarga ... cepat sungguh naik angin hingga tidak berperikemanusiaan ....semuanya gara2 kehidupan lari dari rahmat Allah, bergelumang maksiat walau usia sudah hampir separuh abad .

Semoga menjadi iktibar buat kita semua .






Pagi ni pagi Jumaat ...weekend ... nak ke Monica Bay jogging bersama anak2 dan kemudian breakfast di mana2 ikut permintaan anak2 ...

12 comments:

rezeki said...

salam kak

bila pegangan dan amalan agama mula pudar dan padam dalam hati, hati mula dikuasai syaitan

itulah akibatnya

FaAtip said...

tak terkata apa. Semua kerja syaitan belaka.

cikMilah said...

Beraja di mata bersultan dihati. Hukum hakam tolak tepi.. begitulah hilangnya nilai insan dan kasihsayang...patut ambik jer cuka tu simbah kat dia pulak!!!!

D said...

bukan perasaan sayang yang disoalkan kak, tapi soal IMAN. Sedih baca artikel ni.

Thanks for sharing, Kak Rina..

Zaitun said...

Kasihannya sang isteri,bila kemahuan sang suami tak tercapai sanggup lakukan perkara yang sebegini, kurang ilmu agaknya.

zino said...

kat mana silap nya tu tak paham langsung..

zura aini said...

ilmu kurang, iman tipis, belas kasihan tiada.

kasih sayang kalau tak ada pun, yang 3 diatas tu ada, InsyaAllah dah boleh halang perbuatan keji tu semua.

Nauzubillah, jauhilah drp kita dan kaum keluarga drp org2 mcm tu.

Abdul Munir Sanusi said...

Ini saya pernah cakap diri bergeral manusia tetatpi perangai 'berperikebinatangan'.

silversarina said...

rezeki,

kesian si isteri , merana seumur hidup angkara suami durjana ..geram !




asw,

memang ye, lebih dari setan .





cikmilah ,

mintak2nya diberi balasan setimpal .






D,

ha ah, soal iman yang tak de dalam jiwa ..sedih .




kak zaitun,

kurang ilmu dan tak cari ilmu , ikut nafsu syaitan.






zino,

agaknya kalah judi, tu yang ngamuk sakan .







zany,

zaman ini semua boleh jadi , semoga kita dilindungiNYA .




munir,

lebih buruk dari binatang /hantu / iblis... memang jahat .

ummu said...

Salam kak
begitu tandusnya kasih sayang
perginya nilai cinta
maruah keluarga dans ebenarnya agama bagai diinjak-injak
suami memimpin, isteri mengurus semakin pupus
anak-anak akhirnya terkapapai-kapai

::alifdalmim:: said...

Tu la manusia bila agama letak tepi..

silversarina said...

qaseh mas ,

Rumahtangga bukan satu permainan dan isetri bukannya hamba yang boleh dipergunakan bila2 masa ... jika suami bukan lagi bersifat sebagai pemimpin , akan ranaplah rumahtangga .




adam ,

sama2lah kita mengingati satu sama lain ke arah meletakkan agama sebagai panduan hidup kita Insyaallah .