Jumaat yang juga busy dengan aktiviti bersama keluarga . Pagi Jumaat kami ke dewan sivik menyaksikan temasya sukaneka sekolah mimi . Sukan tadika yang terakhir buat kami kerana rasanya mimi adalah anak bongsu kami. Segala keseronokan dan keceriaan di hari sukan tadika akan hanya menjadikan kenangan selepas ini . Jadi pastinya kami tidak melepaskan peluang ini.
lumba tapi makan slow motion, kupas kulit pisang pun tak berapa tau sebab selalunya saya yang buat....
Mimi teruja sejak malam lagi dan dia mengambil bahagian di dalam acara passing belon, lari ikat kaki, isi air dalam botol, memancing ikan, IQ challenge , makan pisang healthy snack , bowling dan susun botol. Semuanya adalah acara berkumpulan dan mimi dalam rumah merah@ satria. Ada yang menang, ada yang no 2 , 3 dan akhir dan keputusannya adalah tempat ke 4 ( akhir ) secara keseluruhan. Mimi kata rumah dia nombor 4 dan saya tak sebut tempat terakhir ( kalau sini panggil nombor bong ! ) sebab kalau kata nombor bong mesti berjuraian airmata . Hadiah diberi ikut keputusan keseluruhan dan bukan acara individu.
Kelakar pun ada serabut pun ada bila ramai kanak-kanak yang sukar dikawal , tambahan ruang dewan yang tak berapa besar , apapun inilah kanak-kanak, lagi bising dan serabut lagi meriah.
Darling hubby ambik bahagian dalam acara meraut lidi sate , tak dapat hadiah pun sebab 'tak dapat nombor '. Hadiah cabutan bertuah yang belum pernah bertuah pada kami kekal begitu juga, masih tak bertuah, huhu.
Sebelum pulang mimi serahkan hadiah hari guru kepada semua gurunya ( 8 orang ) . Selamat hari guru . Terimakasih.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Petang kami kampung mak cili atas jemputan teman lama suami yang baru balik mencandat sotong malam sebelumnya dan dia mendapat 15kg sotong( sekarang musim mencandat sotong di sini ) . Kami dihidangkan dengan mee goreng basah berencah sotong segar, sotong bakar cicah sos cili dan yang paling sedap adalah ketupat sotong yang memang tak terdapat di Ipoh dan Tampin. Saya pernah makan ketupat sotong ni sekali tapi dulu saya kurang gemar rasanya dan baunya yang hanyir tapi semalam disebabkan yang buatnya adalah mak kawan kami tu, rasanya memang amat sedap, tak de bau hanyir langsung , sedap hingga mimi pun habis makan seekor . Ketupat sotong ni ialah pulut disumbat dalam badan sotong dan dimasak dalam santan . Sedap tambah dengan sotong yang amat fresh.
amboi, tak nampak orang makan... memang sungguh sedap sotong segar baru dicandat
Seelum pulang kami dipelawa untuk bersama mencandat sotong sebab katanya tak mabuk sebab candat dari atas kapal besar , tak terasa atas kapal sebab macam hotel katanya tapi kami menolak sebab masa pun tak mengizinkan untuk kami melakukan aktiviti itu . InsyaAllah tahun hadapan kami ingin juga merasai pengalaman mencandat sotong.
sotong bakar, dah nak habis baru teringat nak ambik gambar...
ketupat sotong..eemm..... sedap....
Itulah kisah kami semalam. Pagi ini ada gotong royong cegah denggi gabungan penduduk perumahan kami, jabatan kesihatan, pihak pemaju perumahan , PDRM dan MPK tapi lelaki sahaja yang terlibat. Sebab itu saya boleh update blog ni... cik abang pun dah keluar join gotong royong... ok, nak buat kerja rumah kejap ye..... selamat berhujung minggu .