Thursday, May 15, 2008

Jasamu tidak terbalas....

Selamat Hari Guru kepada semua guru saya semenjak dari kelas Tadika (1 buah sekolah ) , sekolah rendah ( 6 buah sekolah ) , sekolah menengah ( 1 buah sekolah ) , IPT ( 4 buah) tidak termasuk kelas-kelas pengajian informal yang saya ikuti selama ini.

Walaupun jasa mereka begitu besar mendidik dan memberi tunjuk ajar namun saya sedikit terkilan dan mengaku kelemahan diri kerana saya tidak mencatat setiap nama guru yang telah bersusah payah mengajar saya. Saya tidak dapat mengingati nama sebahagian besar guru-guru saya yang saya perolehi ilmu secara formal yang secara keseluruhannya yang saya kira bilangannya tidak kurang dari 150 orang dan bila dicampur dengan guru-guru tidak formal (kelas mengaji, kelas memasak ( susahnya nak pandai masak !! ) , kelas aerobik ( pernah hampir pengsan dibuatnya !! ) , kelas2 motivasi / tazkirah yang saya terima dari pakar motivasi di kaca TV dan radio, kaset, cd , vcd .... memang tak terkira jumlah guru saya.

zwani.com myspace graphic comments


Satu yang saya perlu ingat bahawa ibu dan ayah saya adalah guru yang paling cemerlang yang mendidik saya tak kira masa dan tenaga.

Saya juga perlu sentiasa ingatkan diri saya bahawa guru terbaik di mukabumi ini adalah Rasulullah saw yang merupakan seorang guru yang benar-benar cemerlang dan benar-benar terbilang sepanjang zaman.

Saya ucapkan jutaan terimakasih kepada kesemua guru-guru yang telah mencurahkan bakti kepada anak-anak saya walau di mana mereka berada sekarang.

Guru, semoga Allah menganugerahkan ganjaran pahala yang tidak ternilai buat kalian.

Terima kasih. Jasamu tidak terbalas.....


22 comments:

Kak Elle said...

Ye lah saya pun nak ucapkan selamat hari guru pada semua guru2 di malaysia.
Di sg hari guru in august sama ngan nurses day in august...

silversarina said...

kak elle,

Terimakasih jugak pada kak elle, guru masak I jugak ...juga guru kaunseling semasa sukar. terima kasih cikgu.

K H A Z I N A T U L A S R A R said...

makcik,
selamat hari ibu, hari guru juge :)
kite bace entry makcik dr bawah ke atas, rindu kemaman :)
kuantan pun dah ade mall besar erk. hehe.

p/s- pandai mimi posing :)

tulipurple said...

saya pun nk ucapkan selamat hari guru pd sis,sbb dr blog sis jugak sy banyak belajar erti kehidupan!tq very much...
tgk pic mimi yg dkt b.robin tu...agak2nye muka sis masa kecik ada tak iras2 mimi?ihiks'..ke vice versa.

maklang said...

Selamat hari guru untuk Cikgu rina...dan semua cikgu2 di dunia ini...jasa mu dikenang!

MULAN said...

happy teacher's day.. happy mother's day (belated) utk kak rina..

k-riey said...

jasa guru memang tak terbalas.
mereka insan yang teramat mulia.
seronok jadi cikgu, ramai pelajar boleh doakan kesejahteraan

Abang Long said...

Selamat Hari Guru kepada semua. Kerana ibu adalah guru yang pertama dan paling dekat dihati.

sya said...

Kak sya tak de guru sekolah Tadika sbb tak sempat nak Tadika.. ha ha ha terasa tua sangat.

CikguZue said...

setiap yang mengajar itu adalah guru, kan. selamat hari guru jugak pada kak Rina...

KAMATO said...

Selamat hari guru

suealeen said...

happy sifu's day...

silversarina said...

khazinatulasrar,

Terimaksih... nanti balik kemaman bolehlah kita bertemu dan bersembang... kuantan makin maju sekarang.



tulipurple,

thanks... kita smeua adalah guru sebab memang hidup kita akan ada sedikit sebanyak menjadi panduan kepada orang lain, InsyaAllah.



maklang,

Timakasih maklang cikgu ku jua ... pelbagai ilmu ada pada maklang.




mulan,

thanks .Have a nice weekend , candat sotong ke ???

silversarina said...

k-riey,

Guru adalah pekerjaan yang amat mulia, mendidik dan memberi tunjuk ajar tak kira pada siapa , tak mengira rupa paras, bangsa dan keturunan..




abang long,


betul tu, ibu adalah guru paling utama yang sentiasa dekat di hati kita semua.



sya,

Tadika seronok sebab banyak belajar sambil main tapi tak pergi pun tak pe sebab boleh belajar dengan ibu di rumah .

silversarina said...

cikguzue, kamato, suealeen,

Terimakasih kembali. Semua kita adalah guru pada yang lain terutama pada anak-anak.

mama said...

selamat hari guru juga pada kak ina coz pernah jd cikgu kan...

huhuhhhuhhh hari ni di sekolah saya buat sambutan peringkat sekolah... sekarung bawak balik hadiah. yang paling seronok anak saya si kakak tu... macam dia pula yang dapat hadiah.

tapi hadiah yang paling berharga sebenarnya kejayaan murid2 dalam pelajaran dan hidup kan kak ina.

mama said...

selamat hari guru juga pada kak ina coz pernah jd cikgu kan...

huhuhhhuhhh hari ni di sekolah saya buat sambutan peringkat sekolah... sekarung bawak balik hadiah. yang paling seronok anak saya si kakak tu... macam dia pula yang dapat hadiah.

tapi hadiah yang paling berharga sebenarnya kejayaan murid2 dalam pelajaran dan hidup kan kak ina.

cikgu jawe said...

selamat hari guru kpd kak sarina yang bekas guru. :)

bila nak jadi cikgu balik? hehe

MAMAMIA said...

Selamat Hari Guru utk semua....

Everybody is a teacher, in their own ways.

zino said...

selamat hari guru kepada semua guru2.. di mana saja di malaysia ni..kalau kat luar tak ada guru yg ada teacher hehe

Neeza Shahril said...

Guru2 yang neeza ingat ramai jugak rasanya.. tapi neeza rasa diorang mungkin tak ingat neeza.. maklumlah, neeza ni low profile aje. Tapi,jasa mereka memang besar. Bestkan kalau dapat jumpa guru2 kita semula kak Rina...

Kak Rina pun bekas guru kan.. Selamat Hari Guru ye..

silversarina said...

mama,

Selamat Hari Guru..best lagi mengajar budak kecil sebab masing2 nak bagi hadiah pada guru, tu yang memang banyak hadiahnya... yang penting mereka gembira dapat menimba ilmu dari guru tersayang.




cikgu jawe,

akak cikgu pencen, cikgu jawe cikgu masih kekal aktif... teruskan perjuangan .



mamamia,

Selamat hari guru buat semua juga.



zino,

di mana sahaja tetap ada cikgu dan jasa mereka memang tak terbalas kita smeua.



neeza,

Yang penting kita yang ingat pada guru dan neeza pun rasanya ramai anak murid yang ingatkan neeza... selamat hari guru !!