Tuesday, May 20, 2008

Selamat InsyaAllah.


Pagi tadi selepas hantar mimi ke sekolah saya terus ke rumah syuhadah, rakan baik sofie yang akan mendirikan rumahtangga hujung minggu ni. Semalam cadang nak busybody lihat baju pengantin dan persiapan perkahwinan tapi pagi tadi saya hanya sempat menyampaikan hadiah kahwin kerana saya dan suami selepas itu terus ke K$H untuk menziarahi sifu masak dan jahit dari kerteh, maklang yang masih di dalam wad dan akan menjalani pembedahan tulang belakang hari khamis ini, InsyaAllah.

flowers, chocs dan kad dari queen elle khas buat maklang..........



Kami tiba di K$H pada pukul 9.40 pagi dan saya dah set akan minta diri pada 10.15 pagi kerana kami ada hal di sebuah pasaraya untuk pulangkan baju mimi yang kecil yang kami beli Ahad lalu dan kena balik ambil mimi jam 12 tengah hari .





Tiba di bilik ' datin ' maklang ( memang bilik ni tahap mak datin / VVIP ) kebetulan ada paklang dan sepasang suami isteri jiran lama maklang yang datang dari seremban untuk ziarah maklang yang suaminya pulak adalah bekas finance manager di tempat kerja lama suami saya, dah bertemu pulak suami saya dengan kawan lama dia.

wanmommy dan sifu sulam ( sulaman tu jadi penawar dan ketenangan hati maklang .. )



Saya lihat maklang ceria , Alhamdulillah. Itulah yang diperlukan , kekuatan diri dan berfikiran positif menghadapi sebarang ujian Allah. Kami bersembang dan saya yakin InsyaAllah maklang akan menjalani pembedahan khamis nanti dengan penuh tawakkal dan spirit untuk pulih seperti sediakala.



Tak lupa saya sempat snap gambar bunga, coklat dan kad dari queen elle dari singapore yang dikirim khas siap dengan pelukan dari 'kak elle' oleh sahabat kak elle di kuantan .






Sembang punya sembang jam menunjukkan 11 pagi... dah lari jauh dari plan asal ... kena jugak mintak diri sebab kena ada di kemaman jam 12...



Saya seakan tak mahu tinggalkan maklang tapi apakan daya kami kena jugak tinggalkan maklang . Jika saya tinggal di Kuantan memang saya akan temankan maklang sepanjang hari .






Ucapan semoga segalanya selamat dan maklang dapat sembuh sepenuhnya kelak dan saya juga berdoa agar maklang tanamkan dalam hati yang dalam apa jua keadaan maklang kena tabah dan kuatkan semangat untuk pulih, InsyaAllah tiada penyakit yang tiada penawarnya.

31 comments:

maklang said...

Terimakaseh tak terhingga dari maklang sekeluarga...Coklat tu sedap...

Alhamdulillah...setakat ni tak ujan lagi...Syukur..Moga semangat akan lebih kental stibanya hari tersebut...InsyaAllah...

Jangan lupa doakan maklang ye...Amin...

cikMilah said...

Alhamdulillah, lega tengok Maklang dah tenang..

silversarina said...

maklang,

coklat arab tu memang sedap tapi manis lebih.... kalau I makan memang 1/4 je ...

Memang I nampak maklang kuat semangat...keep it up...paklang pun sentiasa ada, usah bimbang... everything will be alright, InsyaAllah.

silversarina said...

cikmilah,

Kita doakan agar maklang tetapkan daya juang , hadapi segalanya dengan tabah. Amin.

simah said...

eh saya tak tau lak mak lang kat hospital.....!! get well soon mak lang!!

baiknya hati akak temankan mak lang walaupun sekejap.. masyaAllah :0)

Kak Elle said...

thank you for showing me the flowers cantik juga ye:)hehe...pandai PI tu carikan.

alhamdulillah maklang dah ceria semula tapi dlm hati agak cam mana agak nya?

umie@kakyong said...

umie doakan maklang di beri kekuatan, insyaalah semuanya akan selamat...
kalau umie dekat.. boleh la jenguk2 mak lang...

MAMAMIA said...

Nasib baik singgah sini hari ni. Kalau tak, tak tahu Mak Lang kena operate tulang blkng. Sounds major..

Nak lawat blog Mak Lang lah. Lama jugak tak ke sana...

ZLAA said...

Doa moga Maklang cepat sembuh. Kak Rina busy mengalah YB, CEO etc. Siap ada schedule due lagi.. Serammmm...

OndeOnde said...

saya ada called maklang semalam. dari kejauhan kita bagi kata2 semangat dan mendoakan agar Allah permudahkan serta melaksanakan surgery tu nanti dgn jayanya, insya-Allah.

Zareda said...

sakit tu penghapus dosa dosa kecil..

ujian Allah berbagai bagai kan.. InsyaAllah doa dan tawakal..

Dari kejauhan jua doakan mak lang agar semuanya berjalan lancar

kc said...

penawar yg paling mujarab ketika ditimpa sakit ialah semasa dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan. sedikit sebanyak terhiburlah pesakit tadi. sebab itu menziarahi orang sakit besar pahalanya...

semoga rakan blogger, mak lang cepat sembuh...amin!

ummu asiah said...

Kak Rina..terima kasih tlg bawa berita mak lang untuk kami semua..kak rina pulak dalam sibuk2 tu kena rehat2 jugak..nak kenduri tak lama lagi..nak dpt cucu lagi.

cendawanintim said...

Cepat sembuh yer mak lang...

saya terjah blog mak lang sekang...

~eira~ said...

kak silver,
bz betul skrg ek?
maklang dah ok ke?

Mak Teh said...

Sarina, sampaikan salam pada mak lang apabila you pergi ziarah dia selepas peration. Mak teh hanya iringi denan doa agar semuanya berjalan lancar dan mak lang kembali sihat. Ameen!

silversarina said...

simah,

Akak pun ingat maklang dah keluar hospital..apapun kita doakan agar pembedahan berjaya, InsyaAllah.




kak elle,

cantik daisies pink tu.

Insyaallah maklang tu kuat semangat untuk pulih.



umie@kakyong,

Kita panjatkan doa buat maklang.



mamamia,

memang orang tak sangka maklang masuk wad sebab dia selalunya sihat dan aktif dengan pelbagai aktiviti di pejabat dan di rumah.

silversarina said...

zlaa,

Bila banyak plans untuk sehari memang kena bajet masa ... tapi puas hati semalam dapat bersembang dengan maklang dan sedih jgak sebab tak dapat temankan dia sepanjang hari.



ondeonde,

maklang akan dapat motivasi bila rakan2 call bagi moral support dan itulah peranan kita sebagai sahabat, Alhamdulillah.




zareda,

ada masa kita sihat ada masa kita diuji dengan kesalitan...semuanya untuk memantapkan iman , InsyaAllah.

silversarina said...

kc,

Bila rakan2 datang ziarah, sms, call akan tenang hati orang sakit.. taklah memikirkan yang sedih2.

thank you for your concern.



ummu asiah,

Maklang kejap tadi ambik angin bersama hubby di luar hospital... elok untuk hilangkan stress untuk jalani operation pagi esok.

Kenduri di sini lambat lagi, julai tapi busy dengan persiapan serba sedikit, I ok je setakat ni sebab baru lagi urut kaki, Alhamdulillah.



cendawanintim,

thanks... berilah kata2 semangat buat maklang , she really needs it.

silversarina said...

~eira~ ,

Tiap hari siap jadula aktiviti, masa kejap nak uruskan semua masa ni supaya dekat kenduri nanti tak kecah-kecoh akak sorang nak kena uruskan.

Maklang akan operate pagi esok.Doakan ye.




makteh,


Sayang saya tak dapat nak ziarah dia lepas operation sebab kami akan pulang ke kampung bercuti mulai jumaat hingga 2 jun. Saya pun doakan agar maklang selamat menjalani pembedahan. Amin.

mama said...

semoga sahabat kak ina maklang cepat sembuh...

hhahahhah tau jugak kak ina yer...memang dia kekasih hati saya.

Kak Lady said...

maklang dah masuk sepital ke? Larr...dah ketinggalan rupanya akak...

Semoga maklang akan tabah dan selamat menjalani pembedahan nanti...Insyaallah...

CikguZue said...

Alhamdulillah ada juga kekawan maklang yg dapat menziarahinye...saya hanya dpt menumpang k.rina sbg wakil...

saya doakan Maklang cepat sembuh dan dipermudahkan oleh Allah segalanye...

suealeen said...

tengok gambo ni dari jauh cam adik-beradik...

insyaAllah maklang akan segera sembuh.

wanmommy dengan tokdaddy ye? cam cite bella la plak tokdaddy tu? influence eikkk... hihi... kita suka dengan wanummi...

zino said...

silversarina..
tiba tiba zino pun dapat hadiah dari org trengganu.. hehe

terima kasih banyak..

U.Lee said...

Hi Sarina, just dropped by say hello...nice chocolates and hope the lady in picture has recovered and doing well.
Best regards, Lee.

saudagar gaRAM.. said...

tiada penyakit,tanpa penawar...



setuju..

salam singgah.

silversarina said...

mama,

Maklang operate pagi ni , doakan ye.


tak syak lagi, baba lah kekasih awal dan akhir..hehe.




kak lady,

I pun ketingalan jugak , ingat dia dah kuar spital... samalah kita doakan agar maklang sihat smula.



cikguzue,

Doa orang jauh yang amat diperlukan.

silversarina said...

suealeen,

macam adik-beradik tapi maklang putih gebu akak pulak hitam ( manis ??? ) .


tokdaddy tu pengaruh bella lah jugak, mimi yang suka sangat.




zino,

musim kawin ni banyaklah hadiah berpindah tangan .. sama-sama.



uncle lee,

Maklang, the lady in the picture will undergo a surgery due to her slipdisc .

Thanks for dropping by.



saudagar garam,

Terimakasih singgah saudagar.

D said...

mak lang dan menyulam - tak boleh dipisahkan! hehehe... semoga mak lang bounce back to health soon!

silversarina said...

d,

memang dia masih sulam di hospital, tenang bila menyulam .