Wednesday, May 14, 2008

Kisah Busy lagi.....



gambar2 semasa outing minggu lepas di east coast mall. kuantan.




Pejam celik pejam celik dah masuk 8 hari suami saya berada di rumah, sungguh pantas masa berlalu. 8 hari yang penuh dengan urusan setiap hari tak termasuk JJCM yang agak berkurangan sebab saya pun macam tak berapa ghairah dah nak JJCM tak seperti masa mula-mula balik dari Jordan dulu. Jika JJCM pun dah tak tau nak order apa , rasa sama saja masakannya.







Dalam seminggu ni juga saya jadi rajin sikit masak di rumah.. banyak lah jugak masakan yang saya masak termasuklah roti canai buatan sendiri dan kuah dalca pencicah roti canai dan semalam saya cuba resipi Queen L yang enak sekali, kuih cara berlauk, pujian dari suami dan Izzat ( mimi tak makan ) menyemarakkan semangat memasak kuih yang selama ini saya lebih selesa membeli sahaja dari kedai/warung.







Minggu lepas hampir menjadi minggu mee sedunia.Nak tau sebab apa ?







Sabtu lepas saya buat mee tomyam untuk kawan Izzat yang datang rumah dan saya juga hantar kepada jiran . Malam Rabu masa suami saya balik saya masak sphagetti dengan meatball sauce .Khamis saya buat mee bandung masa rakan suami datang rumah. Petang esoknya jiran yang saya beri mee tomyam menghantar kepada saya mee udang Penang . Esoknya pulak seorang lagi jiran menghantar mee goreng mamak kepada saya. Sebab itu masa neeza datang saya hanya masak soto dengan nasi impit sebab kalau masak mee jugak, memang sah jadi minggu mee sedunia.... hahahaha.







Sejak 3 hari ni kami busy buat persediaan majlis menyambut menantu Julai nanti, tarikh akan ditetapkan masa cuti persekolahan nanti bila kami ke rumah besan tapi yang pasti kenduri dalam bulan Julai. Pagi tadi dah hantar draft menu kenduri dan pagi esok baru nak confirmkan menunya. Senarai jemputan pun sedang diedit dalam computer . Tema majlis dah 3 kali bertukar dan kali ni rasanya warna yang saya pilih kira okay dah. Majlis kecil dan simple sahaja sebab anak telah berkahwin dan menantu tengah berbadan dua dan saya memang suka sesuatu yang simple . Kecil-kecil pun majlis juga yang perlu kepada perancangan yang teliti agar majlis itu berjalan dengan sempurna , InsyaAllah. Esok akan membooking bilik2 hotel buat ahli keluarga yang akan bermalam sebab memang rumah saya yang tak berapa besar tak dapat menampung kesemua sedara-mara yang hadir . Tapi okay sebab hotel-hotel di Cukai ni tak jauh dari rumah.




Itulah saya katakan yang saya busy sikit sekarang ini.

Hari ni saya tetapkan untuk menziarahi rakan dan anak murid yang baru melahirkan anak sebab hadiah mereka telah lama saya beli. Jadi pagi tadi selepas pulang dari Kuantan sebab ada urusan di HSBC saya dan suami singgah di cerating melawat 'cucu' saya yang berusia 12 hari,namanya Mumtaz. Kemudian saya singgah di satu lagi kampung di cerating, kg kubang Ikan untuk ziarah seorang lagi 'cucu' yang telah pun berusia 47 hari , namanya Abdul Kadir Jailani( tengoklah berapa lama dah saya tangguhkan lawatan ini ). Petang ini kalau tak hujan kami akan ziarah seorang 'anak ' yang berusia 7 hari dan rakan saya ini mendapat anak kedua selepas anak yang sulung berusia 9 tahun. Busy pun kena jugak bersosial sebab dulu masa kita terima cahayamata ramai yang berkunjung ucap tahniah dan kini giliran kami pulak sampaikan tahniah.

Panjang pulak entry ni cerita kisah busynya....

21 comments:

cikMilah said...

burp! kenyang mee...:)dan semput gak baca kisah kakRina dengan busy-busynya...Semuga bekwoh(pinjam dr Payne)yang dirancang berjalan lancar...Amin

mama ranggie said...

bz ye kak?

silversarina said...

cikmilah,

nok nekwoh , mutar ligat mikir nak buat guane.



mama ranggie,

bz , bz .. asal tak bz body dah..hehehe.

Mama Rock said...

wah, busy sungguh schedule kak rina. busy tapi happy tak pe :)

ummi365 said...

hehe.. ada orang tengah mengait tu..happy kakak kita ni kan.

comelnya si adik manis tu berlipstick pink ke dia? best kan jalan cik abang dah balik.

semoga segala persiapan untuk terima menantu berjalan dengan lancar.

maklang said...

lama tak buat mee mamak...

kalau ada neighbour nak hantar and rina rasa tak mo makan, hantarlah ke rumah maklang eh...

camana dengan gubahan hantaran tu...kalau nak buat, hantarlah barangnya, InsyaAllah maklang boleh buatkan yang simple2 aje..

ummu asiah said...

Hebat jugak mall tu ye..macam lengang je..bestlah shopping. dah lama tak ke pantai timur..tak de sedara mara.

Baru loud n clear nampak muka mimi...very pretty in pink..

Bz pun tak per kak rina kan..hati dah senang n tenang..org yg disayang dah di sebelah..kena memujuk hati orang yang miss org di abu dhabi la pulak..

mama said...

hehhhehe.....
ahad lepas pun saya baru buat mee bandung. hubby mengidam nak makan. walau pun mee tu tak cukup sifat tapi hubby makan sampai licin.

itu la kak ina... bila ye kita boleh jumpa. cuti sekolah ni masuk maktab seminggu belajar seminggu exam. pastu kene p BTN yang mengarut tu... pastu pulak kursus induksi sampai 2 julai...
aduss.... letih sangat tak dapat cuti..
tengoklah kalau free kami sampai jugak di kememan. dah 2 tahun tak p sana. hubby ada sebut jugak nak p sana tahun ni. tunggu ye...

Kak Elle said...

oh dah buat kuih cara berlauk tu at last...ni dah mahir buat lag selalu senang jae kan?

hopefully not 19th asal my boss dah invite to her daughter's wedding..boss ni yg head hunbted me for the job:)

tumpang lalu ye...
ummi ni ke opah to be tu?hehehe

ZLAA said...

Queen Rina ni busy sungguh..

zino said...

nampaknya ramai yg buzy sekarang ni.. hehe

Cat Cat said...

Kak Rina,
Cath kalau boleh, hari2 nak makan mee... Ini minah mee ni... Mee kari, mee udang, mee jawa, mee goreng, mee siam.. you named it, I walop it... Haha.

Don't forget to show us the pictures of your party ya... :)

Kak Lady said...

Rina...amboi...sibuknya bila cik abang balik...heheeh

Minggu mee sedunia...hahahha...macam2 mee ye...feveret akak tu...kalau akak dtg sana...buat mee goreng biasa pun akak boleh makan bertambah tau....

Zareda said...

ambui hari mee sedunia..

zar plak dah kemaruk mee segera mee sedap goreng. Goreng letak nugget sayur campur tumis ngan cili blend.. aduhai.. dah terliur dah ni..

Rajin akak masak kuih muih ek.. zar setakat goreng cekodok aje.. masak berbanyak pun 3 mulut aje nak makan..

kc said...

ohh sedapnyer aiskrim b & r cik adik tu tgh ngadap...perghhh! tgh hot2 gini sedap makan....isy isy

CikguZue said...

selamat membizikan diri...

silversarina said...

mama rock,

Kena buat semua masa hubby cuti ni sebab lepas ni dia hanya balik masa dekat sangat masa kenduri.




ummi365,

Tulah opahnya nak pegang jarum kait pun tak reti, untung ada kakak nurse tolong buatkan booties cucu tu.

Mimi tu memang ada gloss dia yang sedikit pink.



maklang,

gubahan tu nanti I confirm semula sebab masa cuti ni nak merayau cari benda2 sikit untuk majlis kawin.

Anonymous said...

Salam Kak Rina,

Ooo hari mee sedunia pun ada ye..hehehe. Saya pun pengemar mee, masuk aje restoran mesti menu mee!
-Faruha-

silversarina said...

ummu asiah,

Mall ni memang cantik dan sebab masih baru, masih lengang sebab ianya mall yang besar.Jika berjalan kes ini singgahlah ke rumah kami ye.



mama,

Mee bandung kalau lama tak makan memang sedap, rumah akak ni kurang sikit mee ni, izzat tak suka sangat mee bandung.

Sianlah cuti pun tak dapat berjalan , tak pe bila dah habis kursusu bolahlah senang sikit nak berjalan dan melancong..akak cuti ni dah padat jadual , jalan aje .



kak elle,

sedap cara berlauk tu, batter dia lembut dan tahan sampai pagi tak basi walaupun tak letak dalam peti ais. thanks juga untuk booties cucu opah :P


tarikh yang ada pada kami memanglah hari tu 19th july dan baru kejap ni besan dah bagi green light sebab tarikh lain memang dah tak de , nak match cuti anuar dan anak2.. alahai .

silversarina said...

zlaa,

bz mengalahkan orang buat PhD..hehehe.




zino,

I kurang sikit bz dari you, mmang dah bz tahap kronik ni... take care !!



cath,

Ooo peminat mee, mai sini akak masakkan mee nanti :)



kak lady,

macam2 nak kena bereskan dalam masa sebulan ... hari2 siap jadual ke sana ke sini, cari itu cari ini...


akak pun penggemar mee... sini ikut musim jugak, ni lambat lagi baru makan sebab dah naik muak makan mee seminggu :P



zareda,

kuih muih tu setahun adalah 3/4 kali je kot yang akak buat... anakpun tak tau sangat makan , tu yang kalau nak makan beli je apa yang diaorang suka, sepotong dua pun dah cukup.



kc,

ais krim tu besar , tu yang I share dengan mimi, maknya yang lebih, nak yang kecik macam tak puas makan.



cikguzue,

Timakasih cikgu.selamat hari guru.

silversarina said...

faruha,

biasanya penggemar mesti pandai masak mee... mee memang sedap :)