Friday, May 9, 2008

cerita busy ...

Dalam berbusy -busy pun nak update jugak blog... darling tengah tidur sebab keletihan berjalan pagi tadi... maaf jika tak berapa sempat nak bloghop... nanti akan diusahakan juga , InsyaAllah.

Semalam busy dengan sediakan lunch untuk kami dan juga rakan hubby yang sama bekerja di Abu Dhabi yang kebetulan ada di Awana Kijal , jadi hubby jemput dia lunch di rumah kami.. lepas tu busy pulak mengemas dan hubby bergegas ke bank sebab banyak urusan termasuk nak deposit wang yang rakan2 di UAE kirim pada ahli keluarga di sini .

Pagi tadi awal lagi kami dah siap ke Kuantan dan singgah di cherating bersarapan di tempat biasa dan terus ke giant beli barang2 sikit dan terus ke mall yang baru dibuka, East Coast Mall yang rupa bentuknya lebih kurang mall di abu dhabi , besar dan siap ada carrefour serta parkson dan yang best sekali ada ice cream Baskin Robin...lamanya tak makan... tak kira dah ( lupa kejap about diabetes ) .. I pun makan lah tapi buat baik sikit sebab kongsi that caramel waffle ice cream dengan mimi, kalau sorang memang tak habis pun. Lepas tu beli donut durian kat Big Apple donut.. bising lah budak berdua tu bila saya makan donut durian, bau busuk kata mereka tapi memang sedap , rasa macam kuah durian.. mereka bertiga beli falvour lain termasuk mango donut... orang kuantan dah tak perlu ke bandar besar lain untuk menikmati ice cream dan donut yang sedap.. mudahnya dan seronoknya....


Cari kasut sukan mimi 'satu' kuantan tak jumpa, tak de saizlah, tak de warnalah... sudahnya balik ke kemaman singgah di yellow town ada kedai baru , tak ingat apa namanya..kedai kasut yang banyak juga pilihan , dapatlah beli kasut sukan mimi untuk dipakai pada hari sukan minggu depan .. saya cadang nak cari selipar sebab selipar yang saya suka pakai dah haus sikit.. ..beli dulu RM29.90 je tapi amat sedap dipakai..berkenan kat satu selipar ni , belek sana belek sini, rasa lembut dan sedap... colour okay dah... tengok harga...lain kalilah... tak sanggup pulak nak habiskan duit untuk selipar tu... mula nampak RM28... ok dah ni... tengok sekali lagi RM 228.. selipar Clarks bukan Clarke ... teringat pulak ada sedara yang kawin anak dato' , kasut hantarannya berharga RM2800 ... tak sanggup den......


Okay, terimakasih kepada semua rakan yang sporting .. selamat berhujung minggu bersama orang tersayang...

17 comments:

cikgu jawe said...

hai kak rina. byk makan benda2 manis ceritanya..

selamat bercuti bersama famili. mesti rasa sgt seronok..

Kak Elle said...

ye lah cik abg dah balik ni puas mkn-mkn kan?jaga tu makanan yg di makan kurangkan gula ye?

hai mimi nak sport ye?saya pun pernah terkena Rina beli sandal saya nampak mcm $39 bila dah keyin $89 terpaksa bayar ... malu org Q ramai pulak.

ummi365 said...

eh pengantin mana boleh jalan.. kena duduk rumah 7 hari 7 malam.. hehehe.. saje je nak usik kak rina..

have a nice day kak rina! nanti hubby balik suruh dia kirim salam kat dad ya!

tulipurple said...

hehe...manisssnye kak,jaga manis tu ye kak.kenangan manis takper,makanan manis jangannnn...
masuk acara ape mimi sukan kali ni..amboii merata cari kasut sukan ek.

Kak Lady said...

Anboi...rindu rina dah terlerai...cik abg dia dah balik...patut lah senyap aje...

Kak lady dok menanti...bilalah cik abang akak nak mendarat kat KLIA tu...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU bersama yang tersayang buat rina...

suealeen said...

awana kijal ada perubahan banyak tak? dulu thn 2005 rupanya dull je. tapi facilities bagus termasuk swimming pool yang tak berapa nak strict.

saya pun suka donut durian big apple. rasa dia bukan macam kuah durian tapi macam isi durian putih yang lemak manis tu. sometimes you can taste the texture...

camne 'bz'? best ke? *winks*

Jingga Studies said...

wooo east coast mall..wah wah org kemaman pun dah sampai..saya tak pegi2 lagi! hahaha

Pi Bani said...

Selamat hari ibu...

faizabelle79 said...

Kak Sarina..
best jer baca entry akak ni..terbayang2 gitu suasana akak dgn family..semoga bergembira di hujung minggu dgn family..

maklang said...

tak dapat selipar tu tak apa pun...kalau maklang lah 2800 tu kiranya pakai kasut berapa ratus pasang agaknya...masing2lah kan...

selamat berbahagia...mesti tersenyum memanjangkan...

Mimi Amilia said...

Kak,

Sekarang kasut clarks tengah sales kat UK.ehehe..saya pun selalu pi kedai Clarks tu belek kasut tapi tak beli2 pon.Kena pikir dua tiga kali kalau nak beli.

CikguZue said...

selamat membusykan diri,ek k.rina.

simah said...

akak.. selamat menyambut hari ibu... :0)

U.Lee said...

Hi Sarina, just to wish you a happy mothers day with lots more to come.
Best regards, Lee.

silversarina said...

cikgu jawe,

Dah tak makan manis sangat , hubby tegur..hehe, pagi tadi minum air suam je.





kak elle,


baiklah misi, saya akan jaga makan :)

jumaat ni sukaneka sekolah mimi, sibuk sekali dia nak bersukan, kasut sukan yang lama dah tak muat, tu yang cari baru.




ummi365,

pengantin veteran pantang duduk rumah. kena kuar sokmo, bertimbun urusan di luar.

nanti I mintak dia sampaikan salam, tak balik ke mei ni ?



tulipurple,


seronok bila dah bertambah ahli keluarga, outing pun makin best sebab banker ada ..hehehe.

silversarina said...

kak lady,

nanti giliran kak lady pulak busy bila hubby balik :)



suealeen,

akak tak pergi lagi awana kijal sejak balik ni, tapi memang faveret kami sebab kolam untuk kanak-kanak kira best jugak dan makanannya memang sedap especially bulan puasa, berbaloi makan kat situ , lepak2 kat pantai , akak suka awana kijal.



oo 'bz' ..no komen..hehehe.



jinggastudies,

biasalah orang jauh yang excited nak ke tempat baru :P



pi bani,

terimakasih.




Faizah,


kini akak pulak happy bila ayah diaorang ni balik... hari tu tengok family faizah ramai di sana, akak rasa sunyi pulak, kini tak lagi.

silversarina said...

maklang,

I pun kira 2800 kalau I dapat seratus pasang kasut.. sampai mati tak habis pakai..hehehe.



mimi amilia,

bestnya ada sale Clarks, belilah, buat koleksi pakai kat melaysia nanti.



cikguzue,


terimakasih cikgu.





simah,

terimakasih kembali.





uncle lee,

thanks a bunch uncle.