Tuesday, May 6, 2008

satu .....kurang manis.

Saya okay hari ni, Alhamdulillah.

Pagi tadi saya buat rawatan urutan kaki yang dah lama ingin saya lakukan. Saya ke Mayang de Ulit di Kerteh dan diurut tapak kaki hingga ke betis . Aduhhh , beberapa kali saya beraduh sebab memang sakit bila diurut points yang sakit..banyak jugak penyakit dalam badan saya... sehingga saya terpaksa berpeluk tubuh bagi menahan sakit dan ingatkan tak boleh memandu masa balik.

Rupanya setelah diurut semuanya terasa begitu lega dan sedap sekali .. rasa nak diurut lagi.


Berpenyakit kencing manis sejak mengandungkan mimi dan memang berketurunan kencing manis, ayah saya meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kencing manis. Tiga dari 5 adik beradik saya mengidap kencing manis. Saya mulanya ingatkan saya ada kencing manis ketika mengandung sahaja tapi saya adalah pengidap kencing manis hingga kini.

Adakalanya saya melanggar pantang larang terutama dalam bab makanan dan minuman. Saya jadi tak puas bila minuman saya asyik dipesan dengan akhirnya disebut.. "kurang manis" , semuanya kurang manis . Sebab itu kadangkala saya tidak sebut" kurang manis" sebab ingin merasai nikmatnya meminum yang rasanya yang asli.

Tapi padahnya saya juga yang kena.. bila banyak mengambil makanan dan minuman bergula walaupun saya tidak pernah tinggal mengambil ubat, saya akan kerap bangun untuk ke tandas di sebelah malam dan ini benar2 mengganggu tidur saya dan dalam mulut saya terasa begitu kering dan dahaga teramat sangat.Memang saya akan terjaga untuk minum . Kesannya ialah di siang hari badan saya jadi cepat letih dan adakalanya saya tidak bermaya langsung.

Kawan saya ada yang nasihatkan agar tidak makan ubat hospital lagi dan cuba ubatan tradisional. Saya dah cuba minum teh misai kucing dan ubat hospital dan kesan gula teramat rendah yang memberi kesan yang sama pada tubuh saya, letih tak bermaya.

Jadi , buat masa ini saya kena lebih mengawal pengambilan gula dan terus memesan " kurang manis" bagi minuman saya........

23 comments:

suealeen said...

ayah saya pun meninggal disebabkan kencing manis, buah pinggang, jantung. penyakit tiga serangkai tu la. so chance untuk dapat kat anak2 memang tinggi. kakak saya yang baya akak tu memang dah kena pun, yang ke3 kena masa preggy yang bongsu sehingga doktor advise dia untuk 'ikat'.

yong saya tak kena lagi mungkin ikut jejak mak saya kot. tapi dia jaga makan memang dari muda lagi sebelum tahu arwah kena penyakit tu. saya juga begitu. hanya suka yang tawar2. tapi kalo dah pergi menziarah tak molek la kan kalo orang tak hidang.

suealeen said...

pembetulan.. kalo orang hidang kita tak makan..

mama said...

kak ina..

lama saya tak menjenguk blog kak ina. petang ni baru ada peluang selepas beberapa hari bz.

alhamdulillah kak ina dah sihat. pesanan saya buat kak ina yang tak pernah ketemu ni... kawal lah pengambilan gula dalam diet kita kak. kerana penyakit kencing manis inilah jiran mak saya di kampung terlantar ( sekejap di hospital sekejap di rumah) sejak 2 hari sebelum raya haji lps.

makcik tu tlh disahkan doc mati saraf otaknya kerana penyakit tersebut ditambah darah tinggi...
sedih sangat sampai tak sampai hati saya nak melawat makcik tu. orangnya muda lagi baru setahun pencen.

saya memang penawar... tak suka minum air manis2 ni. air batu pun saya tokleh gi. tapi hubby pulak sebaliknya...

inilah yang membuatkan saya selalu bising kat rumah tu...

kurangkan gula dalam minuman lebihkan manisan dalam senyuman.

nurazzah8 said...

Ina, kalau ikut my mother memang ada kencing manis. Tapi Alhamdulillah so far I tak kena sbb I jaga juga makanan dan minuman...pastuh dah pesan bibik kalau buat air jgn manis2... kurang gula...
kena pulak my hubby mmg tak suka manis, dia sanggup minum teh hijau (Chinese tea) tu TANPA gula! I pulak kena lah letak gula jugak cuma kurangkan ... ataupun alternative I letak honey...

nak gelak kalau my mother dtg rumah I, bila minum air my mother selalu komplen...

"Rumah kau ni dah habis gula ke? Air ni tawar aje!"

hehehe.......

silversarina said...

suealeen,

Kalau tengok orang yang tak de kencing manis , mereka boleh makan benda manis tahap apa sekalipun tapi tetap tak kena, memang faktor keturunan yang kuat sekali dalam penyakit ni .

Bab preggy tu memnag akak pun sama kes nya, tapi akak terina sebab akak pun dah ada 5 anak, demi kesihatan.



mama,

suami akak memang sentiasa je kurang manis , dia jaga makan sebab kalau keje dengan arab tak boleh ada penyakit, reject terus.

akak pun jaga jugak makan tapi adakalanya memang nak makan macam orang tak sakit... :)



nurazzah,

dulu masa abah ada memang di jaga makan tapi sebab dah lama ada kencing manis dah tak terkawal dah penyakit dia ...

Taktaulah kalau I minum yang manis betul ,maunya pengsan sebab I perhatikan kalau I ambil sugar yang betul sugar, kesannya lagi teruk.

suweileh family said...

akak pleaseee jaga pemakanan.
nenek ina kena potong sebelah kaki sampai lutut.

Atuk sedara yg bongsu, potong dua-dua kaki, then tak sampai seminggu meninggal.

Mmg kencing manis penyakit keturunan. Seb ust makan minum punyalah manis, takde pun yang kena.

zino said...

kena jaga pemakanan tu.. jaga kesihatan..

Kak Lady said...

Salam Rina...

Kene jaga kesihatan tu...mesti minum lebih air kosong...

Akak pun sokong kalau rina cuba perubatan tradisional...memang kesannya lambat...tapi kalau dijadikan amalan...insyaallah...

Rina nak cuba tak ubat herba sendayu tinggi?...ada untuk pengidap kencing manis...tapi kene amalkan...sabar dan jgn putus asa...

cikgu jawe said...

tak reti nak ckp apa le..

kak rina jaga kesihatan k.. jaga pemakanan dn juga ubah gaya hidup mcm pak menteri kata.

CikguZue said...

saya setakat ni takde lagi...malahan kurang gula pulak. tapi cik abe ada keturunan darah tinggi dan kencing manis...emmm...kena jaga makan minum dia la..kalau manis2 tu, saya yg kena perabih. hehehe

ummi365 said...

kak rina, jaga diri ya, sebab kak rina sorang jaga anak2. apa2 hal susah nanti. ummi pun ingatkan diri ummi jugak. sebab tu hari ini ummi rasa pening je ummi terus mc, sebab tak nak paksa diri pergi kerja, nanti melarat sakitnya. kalau sakit nanti susah juga sape nak uruskan anak2.

maklang said...

Rina:

Air kurang manis tak apa...senyum kurang manis yang tak mau!

Kak Elle said...

tea susu kurang gula satu pleaseeee
harap Rina dah beransur baik ye?

ingat kurangkan gula dan amal minum air byk.

OndeOnde said...

kak rina pi mengurut kat mayang di ulit yang dekat dengan rumah mak lang tu ke?

berapa lama mengurut tu?

kami pun dok kawal penggunaan gula ni..saya sendiri kurang minum air manis, suka air kosong jer tapi hubby ni nak kena watch out sikit dia ni suka minum nescafe dan teh tarik!

cikMilah said...

Sakit tu kifarah kan,kakRina. Kita redha dan berusaha menjaganya supaya tak menambah mudarat, di kira juga pahalanya, InsyaAllah.Take care..
Best kan urut kaki...

cikMilah said...

Sakit tu kifarah kan,kakRina. Kita redha dan berusaha menjaganya supaya tak menambah mudarat, di kira juga pahalanya, InsyaAllah.Take care..
Best kan urut kaki...

Cat Cat said...

Kak Rina,
Masa Cath mengandung Si Annabel, Cath pun ada kencing manis. After that, hilang terus. Masa Si Emma, tak ada pulak tapi doktor ada nasihatkan Cath supaya berjaga2 dengan pemakanan and watch my diet sebab my risk of getting diabetes in old age is high.

silversarina said...

ina sweileh,

Terimakasih atas nasihat ina. Akak tahu kesannya tapi kadang2 takleh control..craving for the manisan.




zino,

Saya akan cuba kawal, InsyaAllah.




kak lady,

tak pernah lagi cuba sendayu tinggi... hempedu bumi dan misai kucing dah cuba tapi kena sesak nafas, so sekarang memang taktau nak ambik apa, boleh jugak nanti nak beli produk sendayu tinggi. Thanks,

silversarina said...

cikgu jawe,

memang sah macam menteri berucap, penuh dengan nasihat dan perihatin seorang YB..terimakasih cikgu YB.




cikguzue,


rasanya kalau tak mengidap kencing manis pun memang kena jaga juga pengambilan gula dalam makanan, untuk kesihatan badan jugak.



ummi365,

betul tu. setuju sangat. saya ni ada masa mencari2 nak makanan yang manis, macam ketagih .. itulah agaknya yang dikatakan pengidap kencing manis.

silversarina said...

maklang,

hai... manisnya wajah sejak balik honeymoon ni...heheh...

betul tu kalau dah sakit senyuman pun pun tak manis dah..tak larat :(




kak elle,


orait, nasib baik ada gang kurang gula....

lepas gian blogging di sekolah ekkkk :P



ondeonde,

ha ah . akak pergi mayang spa dekat rumah maklang tu, kawan akak punya spa tu, macam2 servis dia ada, semalam akak buat refleksiologi , ada OKU yang yang berlesen urut .. semalam akak ambik yang setengah jam nak bergegas balik kemaman ambik mimi balik sekolah, nanti nak pergi lagi, sedap betul.

silversarina said...

cikmilah,

Betul tu, bila sakit yang lama tak baik timbul macam malas nak berubat... sebab makan ubat pun tak baik, sebenarnya akak yang tak jaga makan :(



cat cat,

To be safe memang cath kena jaga pemakanan tu, sebab sekarang ni muda lagi... harapnya taklah cath terkena sebarang penyakit yang bahayalan kesihatan.

Dentist said...

salam,

akak banyakkan bersenam, kawal pemakanan... insyaallah sihat..

Dentist said...

salam,

akak banyakkan bersenam, kawal pemakanan... insyaallah sihat..