Friday, September 5, 2008

5 Ramadan


Salam Ramadan buat semua.


Kejap je dah masuk hari ke 5 umat Islam berpuasa . Alhamdulilah Mimi juga masuk hari ke 5 berpuasa walaupun malam semalam dia muntah sebab gatal tekak. Saya dapatkan ubat sakit tekak dan ubat batuk dan dia tetap bersemangat nak berpuasa 30 hari dan dia nak 5 duit merah dan 10 duit hijau dari ayahnya. Dia nak duit hijau sebab dia tak de duit hijau dalam handbag hello kitty dia . Mimi belum tau nilai matawang merah, hijau dan biru , dia sebut aje nak duit warna apa . Ayahnya kata banyaknya nak kena bayar pada si mimi tu .... hahahaha.


Sebut pasal Ramadan memang tak boleh lari dari bunyi mercun . Saya tak tau tempat lain tapi tempat saya ni ada je 'hantu' mercun setiap tahun. Mereka ni bukan tinggal di kawasan saya tapi saja suka-suka bakar mercun atau main mercun di sekitar kawasan perumahan kami ,nak-nak di jalanraya sebelah pagar kami , betul-betul sebelah bilik tidur Zaid .Pelik sebab masa orang azan Isyak mereka boleh letupkan mercun , bunyi macam bom. Semalam Zaid dah jengok keluar nak lihat sapa main mercun dia nak marah mereka tapi tak nampak sapa2 sebab mereka naik motor . Pernah dulu saya talipon polis dan polis kata mereka sentiasa ronda masa bulan puasa dan meman akan ambil tindakan pada sesiapa yang main mercun. Harapnya tahun ini pihak polis akan memantau perkara ini seperti dulu. Saya hairan dari mana mereka dapat mercun itu ...mesti ada penjual yang memang suka melanggar undang-undang dan memang otaknya di lutut.


Selamat bercuti di hujung minggu !!



23 comments:

Kak Elle said...

harap saya pun first ye...hehe

mmg rina haramkan mercun tu habis2an macam di sini.

nanti masak nasi tomato ye?sedapppppppppp

Kak Elle said...

and also second...hahaha

wah mimi nak merah and hijau ye .. kesian tokdaddy yg kena bayar pulak.

PrinCeSS said...

kite pun nak duit merah..duit hijau x nak..hehe

ummu asiah said...

Kak Rina..

tahniah utk mimi sb dah masuk day 5 juga.

to kak rina sbb ada daily update untuk ramadan ni.

smlm di ikim.fm..dj baca news from paper..kejadian bdk 11 yrs old putus jari sbb buat mercun sendiri..and bagusnya ada komen dari Tuan Guru@MB..katanya mcm ni lah tiap tahun ada saja kejadian mcm ni di kelantan and dia minta polis buat kerja lebih untuk tangkap org yg terlibat espc penyeludupnya..ini juga buat saya teringat ingatan Tuan Guru pada perompak yg mencuri brg kemas di kedai ar rahnu utk pulangkan semula sbb ianya adalah milik org miskin dan memerlukan. Best kan kalau dpt pemimpin mcm tu..

ummu asiah said...

and also second from me too..

ramai bloggers yang tak tidor lepas subuh ni ye...bagus...bagus..

sbb tadi baru 1 komen..:))

nurazzah8 said...

salam my dear friend Rina,
very busy lately... Ramadhan Kareem..
mesti you rindukan suasana Ramadhan di Jordan. Sebenarnya walaupun dah lama balik ke Malaysia, I masih rindukan suasana Ramadhan di perantauan... seronok kerana iftar Ramadhan beramai-ramai, dan kami bergilir-gilir rumah(aprtment sebenarnya)... dan join mak Arab, Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.
Meriah....

kc said...

seb baik la mesia banyak duit kaler, boleh distinguish yg mana wang besar dan yg mana wang kecik...hehe. anak2 chek pun dah pandai mintak duit merah for raya angpau...isk isk

silversarina said...

kak elle,

Yey akak pun first tapi serupa macam akak saya pun tak sediakan hadiah...hehehehe.

tengah fikir lagi nak masak nasi tomato ke tak, takpa lambat lagi petang .

nasib baik mimi taktau ada duit ungu, kalau tak tambah uban kat kepala tokdaddy :P

silversarina said...

princess,

tengah rajin ni, nak balas komen sorang-sorang :P

duk jauh langsung satu duit pun tak dapat, nak pos nanti kena lalu laut , basah ..hehehe.

silversarina said...

ummu asiah,

memang tiap tahun ada je yang cacat sebab mercun , tak serik-serik . Saranan MB Tok Guru memang bagus , yang peliknya dah tangkap penyeludup pun masih ada je yang jual jugak.

senang pagi2 masuk blog sebelum busy kerja :P

silversarina said...

Nurazzah,

Salam Ramadan juga buat Azzah sefamily.

I dapat bayangkan busy nya orang bekerja dan nak sediakan juadah berbuka lagi... memang kenangan berpuasa di negara orang sesuatu yang tiada di sini , nikmatnya berbuka bersama bangsa lain seagama .

Bilalah dapat berjumpa ????

silversarina said...

kc,

selamat berpuasa .

Ha ah kalau duit US sama je kaler , kena hafal nombor / kepala siapa lah pulak ... nasib baik mimi taktau ada warna ungu .. selamat..hehehe.

Pi Bani said...

Mimi tak minat warna ungu ke? Meh I ajar dia suruh mintak duit warna ungu pulak... :)

SoFie NuR said...

demand tul mimi..kite dulu 3 duit merah je..haha..

Neeza Shahril said...

banyak nak kena bayar kat mimi hehehee.. kelakar pulak.. takpelah, bukan senang nak suruh budak 6 tahun puasa kak Rina.. bagi dia reward cam tu, mesti dia suka.. dapat colorful kan beg hello kitty dia hehee..

neeza pun tak suka sebenarnya bunyi mercun.. kalau setakat bunga api kecik2 tu boleh tahan lagi walaupun kengkadang rimas dengan asap dia.. tapi kalau dah sampai nak meletup telinga, rasa angin betul la..

cikgu jawe said...

kt sini bkn mercun kak. tapi jiran sblh dok main meriam karbaid. bunyinya mengalahkan meriam amerika jek.. huhu

sekali dia main, gegar rumah aku.. :(

D said...

Hope it's not too late to wish you Ramadhan Mubarak..

Hazia said...

Laa... ada lagi mercun, every year tengok TV tak serik2:(

Anyway, I create blog baru: http://haziasreflections.blogspot.com/

zareda said...

Sebelah pantai timur memang senang dapat stok mercun sebab dah dekat dengan sempadan..

Kat KL especially kwsn rumah zar masih bersih dari bunyi mercun.. lagipun ramai beranak kecik kat sini, kalau ada bunyi mercun sure ramai tak duduk diam

ADIEJIN said...

ini juga termasuk dalam kategoru Lanun Ramadhan. Hukuman untuk mamat mamat mercun ini ialah baling ngan batu atas dahi dahi mereka..sekian..

Djin Puasa.

silversarina said...

pi bani,

salam ramadan .

dia tak kenal ungu sebab wang ungu pun jarang didapati kat rumah ni ...hehehe.



sofie,

tu pun nasib dapat 3 merah , kira waktu tu mewah dah ada 3 merah :P




neeza,

Budak kecik, main sebut je , taktaunya banyak jugak nilai merah dan hijau tu .

kalau bunga api untuk suka-suka oklah jugak, ni macam nak perang , geram tu masa orang solat lah budak2 pasang mercun, selalunya lagi dekat raya lagi berhantu jadinya.

silversarina said...

cikgu jawe,

Laa... sabarnya CJ, kalau I memang ngamuk dah, silap2 tiang rumah I yang dah lama ni boleh retak dibuatnya :P




d,

Thanks fro dropping by, kisses buat semua si kecil di rumah.



hazia,

haa ... baru best dah ada blogspot, nanti akak ziarah .

silversarina said...

zareda,

mercun moden memang dari sempadan tapi yang kudung sebab main bom buatan mercn sendiri, hantar pergi palestin eloknya, biar jadi pakar bom , memang akak geram dengan mereka ni .



adiejin,

kalau dapat memang nak je. letak mercun dalam baju diaorang dan letupkan , biar padan muka.

salam ramadan buat djin sefamily.