Wednesday, September 24, 2008

Apa jawapan anda ????

Salam 24 Ramadan buat semua.

Tak de cerita pagi ni .....cuma satu.....

Apa itu EKONOMI ???

Mimi tanya soalan ini masa menonton buletin utama malam tadi....

Nak tau apa saya jawab ????

EKONOMI ialah.... DUIT ....

Hebat tak jawapan saya pada seorang kanak-kanak berusai 6 tahun ???????

Apa jawapan anda pada soalan Mimi ini ????

19 comments:

Kak Elle said...

ekor no money!!!hehe
kalau explain kat dia pun mungkin susah sikit tentang economi negri kan?

Kak Elle said...

yeah!!! first again:)

maklang said...

kalau dah soklan gini..kena beli buku econs lah pulak...sempat ambik satu kelas dulu...hmmm...tau lah ckit2 tapi nak explain kat mimi...payahlah pulak..

cikdinz said...

betul lah tu kak.
takde duit. mana ada ekonomi..

sya said...

emm bila ditanya gitu .. sya pun termangu nak jawab. Haritu masa Aiman tanya apa beza ekonomi mikro dan makro.. berbelit gak otak berfikir nak menjawap nya ..

zareda said...

kak rina
ekonomi adalah pasaran jual beli barang, macam ala ala pasar malam, ada orang beli dan ada orang jual. makin banyak org beli makin harga boleh naik dan sebaliknya

kak sya
ekonomi mikro adalah pasaran jual beli yang tertumpu hanya pada pengguna dan pengeluar. Ekonomi makro pula pasaran jual beli yang tumpu pada peringkat lebih besar seperti pendapatan negara, pelaburan, guntanega, penggangguran, inflasi dan sebagainya..

heheh amacam boleh jadi cikgu ekonomi tak???

silversarina said...

kak elle,

eco no money tu paling tepat buat masa ni ...hehehe.

hadiah first commentor is on the way :P



maklang,

I pun sama , dulu memang kena ambik ekonomi tapi nak jawab pada si kecik "duit" lah senang ..hahaha.


cikdinz,

hahahaha , semua pasal duit jugak bila cakap pasal ekonomi.



sya,

I laju je jawab dan dia pun laju je kata haa tanda setuju dengan jawapan diberi :P



zareda,

dulu tau tapi memag dah tak ingat apa nya ekonomi , dah tu dengan budak kecik lagi lah taktau nak jawab apa... thanks for the quick and padat definition.

aiyah nonya said...

Er....I am as baffle as you.
But I think Zareda is right. But how to explain that to a kid. More head scratching. :)

Neeza Shahril said...

payah gak tu nak jawab.. hmmm.. mungkin neeza jawab "tanya abah lah!" hehee...

PrinCeSS said...

ekonomi=duit..ok la tu..
cuit=belanja..lagi ok..hehe

Ajzie said...

Yuppppp kalau azjie pun jawab begitu.....

ummumishkah said...

salam
best soklan mimi tu.
untuk soklan tu, tie akan jawab gini..
" kita ada keperluan/keinginan yg banyak tetapi sumber/duit kita terhad jadi ekonomi tu cara kita menguruskan sumber/duit yang terhad utk memenuhi keperluan yang tidak terbatas"
agak-agak mimi faham tak jawapan ni yer kak? ehehehe

aNIe said...

Hehehe...rina...bebudak usia 6 tahun nanti cakap lebih2 diorang tak paham...betullah tu...hebattt...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...dari akak buat rina sekeluarga...

Nanti ambil e-kad kat blog akak ye...tak sempat nak kirim2 kad...pakai e-kad je...

nurazzah8 said...

Ina, SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI DAN JANGAN LUPA MEMENUHKAN MALAM-MALAM TERAKHIR DENGAN MELIPAT-GANDAKAN AMAL-IABADAT KITA.

SEDIH RAMADHAN DAH NAK BERAKHIR....

"TAKDE MOOD NAK RAYA" , CUMA KESIAN KAT ANAK2 JEK... SO, KUIH-MUIH SEMUA TUNJUK2 DAN BAJU2 PUN PILIH2 DAN TUNJUK2 JUGAK...HEHEHE

(FEW YEARS BACK MMG RAJIN BUAT KUIH DAN JAHIT BAJU RAYA ANAK-BERANAK SENDIRI... tetapi semenjak dua menjak ni dah malas dah (sebenarnya mata dah tak berapa nampak dah..!!!) ... beli aje lah...

NBK466 said...

Jgn nanti budak tuh cakap kat org camni "Nak EKONOMI (duit) RAYA !!!" sudah..he.he..he..

nurazzah8 said...

opppsss...lupa lak nak komen pasal soalan mimi tu... kalau saya pun jawab duit jek...senang cerita kat budak kecik... nak cakap lebih-lebih pun dia bukan faham pun... mungkin boleh tambah sikit macam " duit dan mcmn kita simpan dan belanja duit tu "

I pun dulu ambik ekonomi bila kat U, itu pun pening2 kepala tak faham sangat antara mikro dan makro - bila baca komen zareda tu baru lah faham...hish...mmg bukan orang ekonomi nih!

MULAN said...

cakap ngan mimi, kalau duit raya banyak.. ekonomi mimi kira ok lah tu.. ha ha..

salam aidilfitri kak rina, maaf zahir batin..

silversarina said...

aiyah nonya,

When it comes to explain to a small kid we sometimes confuse ourselves but answer must be given .

Have a nice weekend !!



neeza,

Masa mimi tanya ayahnya tak de ..kalau tak akak suruh tanya ayah tapi ayah akan kata tanya mama.. hehehe.



princess,

sekarang ni banyak soalan cepumas dari mimi, semalam tanya emosi tu apa :P


ajzie,

senang cerita, nak cerita panjang lagi bertambah soalan jadinya .

silversarina said...

ummumishkah,

rasanya dia akan kata tak faham , kalau kata jual dan bei barang mungkin dia faham.


salam aidilfitri dan maaf zahir batin.




anie,

thanks,nanti akak baca kad tu. salam aidilfitri juga buat anie.




nurazzah,

kami tahun ni tak de baju raya sebab baju melayu dan baju kurung masa majlis kawin tu hanya dipakai sekali je,so itulah baju raya kami....ungu lah apa lagi :P

kuih pulak yang I buat hanay satu , cornflakes madu, lain sume tunjuk je .

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN.

Masih mengharap lepas raya dapat jalan2 ke KL dan dapat ziarah nurazah di Shah Alam.




nbk,

hahahaha. cikgu rina yang ajar tak betul :P

Selamat Aidil Fitri .



nurazzah,

tulah dulu memang payahnya nak faham ekonomi tu apa, berbelit sekali :P


mulan,

agaknya eknonomi mimi bertambah tak musim raya ..heehe.

selamat pulang ke kampung.