Thursday, September 11, 2008

My Blog's Birthday ......

Salam 11 Ramadan buat semua.

Terimakasih kepada semua bloggers yang meninggalkan komen pada entry semalam.

Sambungan kisah semalam.....

Saya call kedai pc tu semula sebelum Zaid ke sana sebab parking bukannya senang nak dapat.Pekedai tu masih kata belum siap dan minta penjelasan kenapa lama sangat nak repair. Dia kata nanti dia akan cek dan akan call saya semula. Tak lama lepas tu ada call masuk dan saya macam pernah lihat nombor tu.... technician pc , seorang amoi (bukan apek ) bagitau yang hard disc saya akan siap dalam masa terdekat sebab dihantar ke KL dan KL janji akan siapkan secepat mungkin.....lepas tu saya cek balik nombor amoi tu dan bandingkan dengan nombor tukang selipar.... sahlah saya salah salin ... nombor tecnician amoi... *** 277 ABCD dan nombor tukang selipar *** 777 ABCD ...... salah saya salin 1 nombor dan kesian pada pakcik tukang selipar yang kena dengar agak panjang tentang hard disc saya yang terbakar ...............


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


September 11 , tarikh yang akan jadi ingatan kepada seluruh dunia dan tarikh itu jugalah yang entah macamana saya pilih untuk menjadi seorang blogger .... oleh itu hari ini adalah ulangtahun blog saya yang ke 2 dengan blog pertama saya dinamakan loveujordan mengambil sempena hidup saya di jordan dan inilah entry saya yang pertama . Blog yang saya created bertujuan mengurangkan kesunyian saya apabila maya akan berlepas ke korea tak lama lepas itu dan juga untuk saya mencatat memori saya di bumi anbiya itu. Blog itu juga mulanya tidak dibuka komen box dan saya juga hanya baca beberapa blog dan tidak pernah komen. Setelah mengenali beberapa bloggers dan saya mula belajar tinggalkan komen akhirnya pada tarikh ini saya buka blog saya untuk dikomen dan NJ adalah pengomen pertama blog saya ( lama tak dengar berita dari NJ ) . Saya masa itu gunakan singkatan LJ yang kak elle sebut dalam komen sebagai singkatan namanya dalam dunia realiti (waktu tu taktau apa nama kak elle !! ) .

Bila saya ambil keputusan untuk pulang ke tanahair saya hanya mahu blog loveujordan saya khas untuk kisah saya di jordan jadi saya pun membuka blog here in my heart dan kemudian saya tukar kepada silversarina sempena alamat emel saya ......

SELAMAT ULANGTAHUN KE 2 BUAT BLOG SAYA !!!!!!


+++++++++++++++++++++++++++


Jam 7 petang semalam darling saya selamat di rumah dan lega sangat rasa dapat juga hilangkan rindu untuk minum jus peach cap Rani yang dulu amat saya gemar semasa di jordan dan bila sofie kata dia beli jus Rani masa di transit di Dubai , saya pun pesan pada darling agar belikan jus Rani masa balik kali ni , memang sedap jus Rani dan satu lagi brand yang saya rindu ialah jus Almarai..... dan tak lama lepas bka puasa mimi duduk sebelah ayahnya dan terus berbisik dengan menyatakan dia nak 10 duit hijau dan 5 duit merah dan suami saya hanya senyum dan mengangguk..cepat betul si kecil tu luahkan apa permintaannya .......

18 comments:

Kak Elle said...

selamat ulang tahun kedua:)

oh darling dah sampai ye ni mesti happy sekeluarga nak2 tak lama lagi nak jadi wan and tok.

kesian apek selipar tu..patut tempah aje sepasang buat raya rina:)

PrinCeSS said...

selamat ulangtahun..!
mule2 bukak blog dulu, terkial2 lagi..tapi skrg dah expert dah cik ina..

wah siap ada air rani..
( gulp gulp telan air liur...hehe )

silversarina said...

ksk elle,

Terimakasih .

Anuar lama cuti kali ni dapat beraya sama jugak, Alhamdulillah.

Teringat suara apek selipar tu, memang kelakar,mesti dis betul2 hairan :P




princess,


ingat masa mula2 , nasib baik ada princess set kan ma punya blog ... hehehe.

nanti dekat nak balik cuti tahun depan mama mintak ayah beli lagi simpan for you ... lambat lagi tu :P

Kak Elle said...

rina mungkin masa akan datang hard disk berbentuk selipar:)

ummu asiah said...

kak rina..

tahniah kerana masih berblogging actively..

macam mana la rasa air tu ye..sampai begitu sekali mengidamnya..

ha..now selepas klik ke sana sini, lepas ni if maklang suruh teka umur mak lang saya dah tahu dah berapa umur mak lang..he..he..

maklang said...

semoga seronok berpuasa disamping suami tercinta...:)

maklang said...

inteframe jap..apa kena mengena ngan umur maklang ngan blog rina ek? I tertinggal ketapi ke?

SoFie NuR said...

Selamat ulangtahun..
Dapat jugak minum air rani..hihi
amboi mimi..tak saba tul die..

Hazia said...

Happy anniversary!
Dah 2 tahun? Cepatnya...:)

Neeza Shahril said...

happy birthday to blog Kak Rina.. puas pagi tadi masa nak tulis entry.. rasa macam ada benda pernah jadi September 11 ni.. patutlaaa.. kes kat US tu rupanya..

hehee.. lepas ni mesti pakcik tukang selipar tu pergi belajar pasal repair PC pulak.. idea business sudah datang maaaa.. hehee..

Amboi mimi..laju aje dia.. bagus mimi.. suarakan terus.. jangan pendam2 hehee..

ZLAA said...

Selamat Ulangtahun ke 2 buat blog kak Rina. Keep on writing!

NJ said...

Hallo… Salam rindu untuk Kak Rina, family and rakan2 bloggers semua,

Dear Akak, I rarely blog-hop nowadays, I normally reach home around 10:00pm, bulan puasa masa buka puasa baru sampai rumah, and kalau weekend tu ada sesekali blog hop sampai ke ‘rumah’ akak jugak, tapi selalu tertido tak sempat tinggal comments. Tapi tak tau kenapa hari ni saya tetiba rasa nak sangat singgah ‘rumah’ akak in between Maghrib and Isyak ni. Rupanya akak ada sebut nama saya. Uhuks… terharunya saya.

Yes, I can still vividly remember back in 2007 tu, masa tu saya dah start rajin menebeng kat blog Kak Teh, tetiba nampak one of the commenters’ tu “Love U Jordan”, nampak macam shahdu sangat, so saya ‘ikut balik rumah akak’ suka baca cerita2 akak kat Jordan tu, teringin sangat nak tinggal comment tapi tak boleh. Sampai Kak Teh publicly commented yg it’s not fair to us all sebab Akak tak bukak comment box akak hehe, lepas tu masa bday akak saya try tetiba macam boleh.

Love you akak…ok nak gi sembahyang Isyak..:D

zino said...

dah dua tahun ya.. selamat ulang tahun memblog.. zino dah berapa tahun pun tak tau..

U.Lee said...

Hi Sarina, selamat ulang tahun as well selamat ramadan.
Keep on blogging.
Best regards, Lee.

Abahnajwa said...

Happy besdayyyyyyy

en_me said...

hepi anniversary.. ihiks

KAMATO said...

selamat ulang tahun, moga blog ini akan terus bersinar

silversarina said...

Terimakasih kepada semua yang meningalkan komen. InsyaAllah saya akan terus menulis walaupun tidak serancak dulu .

salam buat semua.