Friday, September 26, 2008

Shopping Barang Raya....

Salam 26 ramadan buat semua.

Semalam busy shopping barang keperluan hari raya di Kuantan . Beli barang-barang yang nak dihidang kepada para tetamu masa raya. Baju raya tahun ni tak de, semua pakai baju sama masa majlis kenduri kawin sebab sekali tu aja pakai, jadinya jimatlah bab baju raya. Kuih raya pulak beli siap aja, yang saya buat hanya satu cornflakes madu sebab saya punya yang paling sedap..hehehe. Saya tempah 7 jenis biskut raya , semua yang payah nak buat dan saya takkan buat kuih yang memerlukan tahap kepakaran dan kesabaran yang tinggi untuk membuatnya.

Setelah penat membeli-belah saya dan darling bersantai dengan mencuba fish terapi/spa. Punyalah banyak ikan datang kerumun kaki kami untuk makan kuman dan sel mati. Rasa geli bila ikan2 tu gigit tapak kaki . Rupanya banyak betul kuman kat kaki walaupun setiap hari basuh dan cuci kaki. Kalau sesiapa nak tau kaki banyak kuman ke tak , cubalah fish spa . Balik rumah siap saya kata pada hubby kalau kta beli ikan2 tu dan rendam kaki hari2 tentu kaki sentiasa bersih. Ikan2 tu dikatakan hanya menggigit dan menanggalkan kuman tapi tidak memakan kuman tersebut, memang hobi dan kerja ikan2 tu menggigit dan menanggalkan kotoran dari kaki.

Hari ni tentu ramai sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung berhari raya. Saya doakan agar selamat semuanya tiba ke destinasi masing-masing, InsyaAllah.

Ucapan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam walau di mana sahaja. Maaf Zahir Batin .

18 comments:

13may said...

Salam...
Tima kasih kerana singgah di blog saya.

Selamat hari raya!

:)

Kak Elle said...

rina kaki sape eh yg byk kuman? oh dah siap nak nak raya ye? saya pun tak buat apa2 rina ..kuih yg ada my sis bagi ,saya beli tarts nenas.

SELAMAT MENYAMBUT RAYA & JUGA CUCU

umie@kakyong said...

Salam rina,
Sama la dgn umie, tak buat baju raya pun sbb baju2 masa kenduri kawen along hari tu pun dah ada.... letih hari tu pun masih teringat2 lagi.... sbb tu segala2nya malas... kueh raya pun malas nak fikir.. mana2 jer la yg ada...

Apa pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.. andaikan ada kesilapan harap di maafkan...

Ada kad raya buat Rina dlm blog umie... sila ambik yer...

t/care..

Neeza Shahril said...

kak Rina tempah 7 jenis kuih??? banyak tuuu... cam ni, mesti pergi raya rumah kak Rina laaa.. hehee..

since duduk sini, kulit neeza kering.. tapak kaki kasar.. nak letak lotion malas sangat. Kalau pergi fish spa, agaknya lunyai kaki neeza kena gigit dengan ikan tu :P


Selamat Hari Raya Kak RIna :)

cikdinz said...

ada jugak buat kueh sendiri ye.
kalau umah akak dekat, mesti saya pergi.

Hazia said...

Selamat hari raya, Kak Rina. Maaf zahir dan batin:)

SoFie NuR said...

Banyaknye tempah kuih raye..kuih paling senang je buat seniri..hehe

kaki sape paling byk ikan kerumun? Kaki mama ke kaki ayah? =P

silversarina said...

13may,

lama akak tak singgah your blog..selamat hari raya.



kak elle,

kalau ikutkan semalam, kaki darling yang banyak kuman sebab sokmo terperap pakai stokin dan kasut...hehee.

tadi baru buat biskur cornflakes , sebalang besar ,malam karang sure tinggal separuh :P



umie,

I beli kuih banyak jenis tapi bilangan sedikit je , raya orang bukan nak makan kuih pun, datang ziarah dan sembang-sembang , kuih sekadar hiasan di hari raya je.
salam aidil fitri, maf zahir batin.

silversarina said...

neeza,

tempah 7, pastu yang beli siap pun ada jugak, tahun ni akak gila kuih ...datang ye, boleh rasa kuih yang akak tak buat ye ... hahahah.


Ikan tu kalau kulit kering memang dia suka sangat, balik nanti boleh cuba . rasa licin kaki lepas tu.



cikdinz,

rumah jauh pun boleh je nak ziarah.. salam buat semua.



hazia,

akak pun sama. selamat hari raya, maaf zahir batin.



sofie,

ma ada snap gambar, boleh tengok kaki sapa banyak kuman...not me lah ..hehehe.

Pp said...

silversarina :-)

saya teringin jugak nak rendam kaki....masa gi shopping di JUSCO melaka hari tu memang ada lah fish-spa tu...tapi kan..saya malu ..hehehe. Macam tak percaya that i can be shy like that...but i was.
so tak jadi ..

good idea tu to bela sendiri ikan2 tu di rumah.

SELAMAT HARI RAYA dan maaf zahir BATIN dari saya.
Jika ada salah silap, semoga dapat d maafkan.

Pp

ADIEJIN said...

kalau rendam kepala apa jadi ek ? Ikan2 tu makan tak mata kita ? telinga kita ? hidung kita ?

Mama Rock said...

kak rina, salam aidilfitri buat kak rina sekeluarga.

CikguZue said...

wa best dah shopping menyopping...kak Rina, selamat Hari Raya saya ucapkan dan maaf zahir batin atas segalanye drpd kejauhan ini...

Mak Teh said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk Sarina sekeluarga!

Insya-Allah mak teh akan ke KT awal bulan Oktober via kemaman. Kalau nak singgah mak teh akan call dahulu. Lia akan balik bercuti sekejap bulan 12.

Enjoy your hari raya and selamat menimang cucu.

k-riey said...

sronoknye perisapan raye!
saye last time beli baju raye mase form 5, 2005 dlu. huhuhu.

brape byr untuk terapi ikan tu?
kat KL aritu RM25 tak silap.
ade sepupu try. mmg bagus!

zino said...

ikan tu suka sebab ada masyam masyam manis kot bukan pasal kuman hehe

silversarina said...

pp,

Memang malu tapi pagi tu tak ramai orang kat kompleks tu, tak ramailah yang jengah kaki kami.... tak sangka ekk pp ni pemalu :P

Samalah kami pun , mohon maaf atas segala tersalah bahasa dan perlakuan.



adiejin,

kot kot botak bila habis sps atau pun tercabut dengan kulit kepala sekali ...hehehe.

Salam Aidil Fitri buat bro jin and family .




mama rock,

Akak pun sama nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.



cikguzue,

Semoga cikgu berbahagia di hari ebaran di perantauan .

silversarina said...

mak teh,

Jemputlah singgah nanti .

SELAMAT HARI RAYA .MAAF ZAHIR BATIN .


Semalam tengok gambar Lia di blog Asma , anak NUrazzah, rindu pada diaorang semua., segak semuanya pakai coat doktor.



k-riey,

Alahai siannya tak de baju raya, tak pe kali ni kami semua pun tak de baju raya .. apa yang penting kita dapat mensyukuri kemenangan kita bejaya berpuasa sebulan di bulan Ramadan.

Salam lebaran buat k-riey di perantauan.Maaf Zahir Batin.


kat kuantan murah sikit fish spa.. RM12 = 20 minit, RM18 = 30minit. Rasanya kalau ada masa buat sampai 2 jam memang gerenti licin kaki :P



zino,

Yelah tu agaknya, ada bau asam yang jadi tarikan..hehehe.

Balik kampung lalulah lorong tigo nenek ,Selalunya meriah bila raya.