Saturday, September 27, 2008

Mood baik punya.....

Salam 27 Ramadan buat semua.



Hadiah dari YAB MB Terengganu buat semua penduduk di kawasan perumahan kami... kurma dan air zam-zam....TQ .

Mulai semalam kenderaan makin bertali arus di jalanraya. Bandar Cukai juga semakin sesak dan seperti tahun lalu saya menjangkakan tahun ini akan sesak juga bilamana banyak kenderaan yang menggunakan lebuhraya pantai timur yang susur keluar di Jabor dan akan melalui Sungai Ular dan seterusnya melalui Cukai untuk terus ke KT dan KB . Tahun lalu jalanraya di kemaman jam teruk dan kebetulan masa itu saya juga terperangkap dalam kesesakan di jambatan Geliga. Mulanya saya ingat ada sekatan polis dan ramai jugak penunggang motorsikal yang berpatah balik sebelum jambatan Geliga kerana menyangkakan ada polis di hadapan ( saya hairan kenapa ramai penunggang motorsikal yang takut pada polis ...agaknya ada saja kesalahan...) . Rupanya jalan jam sebab terlalu banyak kenderaan yang terpaksa melalui bandar Cukai . Mungkin bila LPT siap hingga ke KT di masa akan datang tiada lagi kesesakan di bandar Cukai .



biskut cornflake madu kegemaran kami sekeluarga....


kuih raya yang dibuat oleh orang lain, hanya keluarkan RM je....


Semalam mood rajin masak melanda. Pagi saya siapkan biskut cornflakes madu 2 adunan , petangnya pulak berbuka dengan masakan Thai.. tomyam udang, Ikan masak 3 rasa ( entah ye entah tidak yang saya masak ada rasa 3 rasa ! ) , telur bungkus ( terkoyak jugak telur tu sebab isinya banyak sangat ) dan goreng kangkung belacan ( belacan sikit saja sebab gang resdung ada dalam rumah ) , pastu tambahannya rendang tok yang di beli di BatuGajah masa balik Ipoh minggu lepas ( simpan dalam peti ais tahan berbulan , nak makan hanya defrost kan aje ) . Minuman saya sediakan strawberry milkshake ( strawberry yang dibeli di Cameron Highland minggu lepas yang saya bungkus sebiji sebiji dengan kertas untuk tahan lama ) . Mimi pulak nak bubur nasi , jadi saya masakkan bubur nasi serta udang dan kentang untuk nya .Kuih jarang laku kat rumah saya sebab anak2 tak pandai makan kuih . Malam tadi mereka berkelah dengan biskut cornflakes , biskut paling senang dan sedap dimakan dan amat digemari oleh anak2 . cubalah buat kalau tak percaya....

lagi kuih yang dibuat oleh orang lain ....


ni resipinya.... saya telah membuatnya sejak 1990an .....

300gm cornflakes nestle ( brand lain tak sedap untuk biskut ni ) ,
250gm butter ,
4 sudu madu,
8 sudu gula,
150gm serbuk badam ....

masak butter sampai cair, masukkan madu, gula, cornflakes dan badam dan padamkan api serta masukkan ke dalam papercups, bakar selama 10 mint dan biarkan sejuk dan ianya siap untuk dimakan....




Bagi yang kembali ke kampong halaman hari ini, semoga selamat dalam perjalanan , InsyaAllah . Memandulah dengan berhemah.... Jumpa lagi...

12 comments:

Mak Teh said...

Wow! nampak sedapnye biskut. Membuat mak teh rasa nak singgahle nanti nak makan biskut cornflake bermadu itu.

Thank you for the information. Dah tengok gambar Lia kat blog asma anak Nurazzah. Nampaknye mereka gembira buat klinikal. Kita berdoa semoga 2 tahun lagi mereka akan jadi Doktor yang berkaliber.

silversarina said...

mak teh,

Mai singgah ye... kami pun masih harap dapat jalan2 di KL lepas raya, harapnya jadi, InsyaAllah.

Seronok kan tengok anak2 happy dengan pilihan kerjaya mereka.

Kak Elle said...

nak sikit cornflakes tu bolih?...hehe

dulu saya selalu buat masa oven tak mogok buat untuk adik2 sekali...skg oven pencen saya pun pencen juga:)

ala naik je keta kan sampai tak payah tunggu airasia..

esok maklang and family akan berbuka ngan saya di rumah...jom turun lah.

Kak Elle said...

opssss lupa banyak nya kuih raya

suealeen said...

masak 3 rasa tu bukan takat 3 rasa je rasanya.. dah banyak rasa dah... mana la tukang buat tu dapat idea nak bagi nama masakan macam tu....

hehe... saya buat kuih/biskut raya sendiri mcm tahun yang lepas².. tak sedap pun, kira boleh la lepas anak tekak ni... yang tiga kale ada gula tu biskut arab kan.. yang tu pun saya buat tahun ni.. cumanya saya pakai 2 kale je.. yang semestinya ada hijau.. orang hijau le katakan

SoFie NuR said...

banyaknye biskut raye....

wah...dapat kurma...baik tul MB kite...

Hazia said...

Bestnya biskut cornflakes tu. Selamat hari raya:)

Neeza Shahril said...

bila raya, bandar kecik cam Chukai memang sibuk kan kak.. neeza pun tak suka nak keluar utk beli barang sebab memang susah nak cari parking. Orang luar yang balik beraya memang sakan lah berjalan.. maklumlah.. kampung diorang hehe...

neeza pun suka conrnflakes madu tu.. buat banyak sikit ye.. nanti nak datang makan ;)

maklang said...

besok insyaAllah adek ipar yang buat kueh tu...

tadi sempat bershopping dan buat kueh suji, popia vietnam, masak siput sedut...he..he..

best balik kampung ni...ada rezeki, besok gi jumpa kakak kita yang kat singapore..he..he..

silversarina said...

kak elle,

sayanglah parcel tu takleh lepas kastam,nanti lepas raya saya cuba lagi, nak letak dalam envelope, bekas tu pulak besar , tak pun tunggu akak datang sini nanti :P


kuih raya tunjuk ni memang macam2 jenis ada, ada kakak kat sini buat dan jual lebih 60 jenis kuih raya, kalau I awal lagi dah pengsan.




suealeen,

mula akak nak buat biskut arab tu tapi bila dah pergi rumah orang ambik tempahan kuih, terus tunjuk je semua kuih yang dikehendaki, beres keje ...heheh .

silversarina said...

sofie nur,


sepaket besar kurma tu, ma suruh zaid simpan air zam-zam bagi pada baby dia nanti, zaid taknak sebab takut anak dia jadi macam MB tu nanti...hahahaha.

kuih tunjuk ma beli dari za kekharitu, sedap kuih dia.



hazia,

mailah singgah rumah akak ... salam raya buat seisi keluarga.

silversarina said...

neeza,

memang jam teruk semalam. kami nak buka pose di pizza haut, cal nak buat reserve table diaoran kata tak ambik booking, pergi pukul 5.45 diaorang kata dah full dan patutnya datang pukul 5 , my hubby kata masa call tak cakap pulak suruh datang jam 5 petang, sudahnya buka kat A @ W je, jadilah sebab malas nak ke tempat lain ,parking dapat tapi jauh kena jalan kaki.

Selamat pulang !!




maklang,

bestnya nak jumpa Queen SG ye.. parcel I hantar pada queen kena reject tapi masa pos tu taktau lagi maklang nak kesana, kalau tak boleh kirim kat maklang je ,kirim salam banyak2 pada queen ye.