Wednesday, April 1, 2009

Kisah jala

mari kita makan..... nyum nyum.....


Lama tak makan kari ayam. Semalam saya buat kari ayam dan rasanya amat lazat tapi memang kurang pedas ( puji masakan sendiri , memang sedap pun...hihi ) .Kari tu dimakan dengan roti jala yang jugak sudah begitu lama saya tak buat. Alhamdulillah jadi jalanya , kira kalau ikan terkena jala saya , memang sah akan terlekat sirip atau ekornya , tak dapat lari dah .



comot sikit kat atas pan , ada titik-titik tepung .....



Kisah "Wajarkah ????? " tu kisah benar yang saya baru jugak tahu halnya. Semasa saya jumpa si isteri beberapa bulan lalu memang macam syak aje yang dia tengah ada konflik dengan suaminya, rupanya tekaan saya benar. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga dan si isteri sudah ada pakwe sebelum berkahwin tu. Lepas aje si isteri kahwin, bekas pakwe dia juga kahwin dengan rakan bekas makwe dia. . Kini masing2 telah punya 3 orang anak . Si isteri yang mulakan dulu mengadu masalah pada bekas pakwe dia dan entah macamana cinta berputik kembali. Buat masa ini kedua2 pasangan sedang porak-peranda dan tak tahu berapa lama dapat bertahan rumahtangga mereka .

Macam kisah drama aje , tapi ini drama kisah benar. Macam kisah orang pergi menjala, kalau jalanya tidak koyak, dapatlah ikan terlekat dalam jala, jika jala koyak dan tidak dikait kembali maka senanglah ikan terlepas dari jala.... harap faham apa maksud saya.....

Semoga kisah benar ini diambil iktibar oleh kita semua, InsyaAllah.

24 comments:

ZABS said...

Salam SS,
Ada kelas nampaknya roti jala tu. Karinya pun warna je dah nampak sedap.
Alhamdulillah dah kenyang, itu baru dapat tengok, kalau dapat makan tentu tak cukup sepiring, tu... hehehe...

SoFie NuR said...

waaa..nak jugak roti jala...

MAMAMIA said...

Berjangkit dgn Kak Elle ke?

Complicated jugak ya kisah jala ni. Kena tarik perlahan2 & hati2 takut terkoyak, semua terlepas....

Unknown said...

Zabs,

Memang tak cukup 3 keping, semalam buat sedulang , bagi jiran sepiring sebab tak ramai kat rumah ni , kalau ke Kemaman boleh saya buatkan roti jala lagi ...hehehe.





sofie nur,

Nanti balik kita buat lagi ye :)




mamamia,

tengok kak elle buat tu yang teringin nak makan :)

Kena cari jala yang benar2 kuat dan halus buatannya agar tak mudah koyak.

Sya said...

wah kelior tenguk roti jala tu

silversarina said...

Zabs, sofie dan Mamamia,

Anuar tu saya ye ..terguna hubby punya line lah...sorry.

silversarina said...

sya,

Kalau dekat boleh I hantar sepiring :)

aNIe said...

Rina...memang kalau cinta yang tak kesampaian macam tu...berjumpa semula...cinta baru akan berputik...lebih2 lagi kalau masing2 mencurahkan isihti masing2 yang tak berpuashati dengan pasangan...sepatutnya perkara dan perasaan itu haruslah dijauhi sebelum parah...

Sedapnya roti jala rina...tgklah...hujung minggu ni akak pulak nak menjala tau...hehehe

zura aini said...

eh, he...pandai akak kaitkan jala menjala dengan kes tu ye.

dalam cuaca tak menentu ni ramai pulak yang menjala ye kak. esok hujung minggu pun saya nak menjala jugalah.

silversarina said...

aNIe,

Jala jangan tak jala,sure hubby melekat kat rumah sebab kena jala...hehehe.





zany,

Kita pakat ramai2 jala laling memasing dengan roti jala :)

Kak Elle said...

wah itu roti jala nampak byk sedop sekali...nak sikit.

Semoga drama tu berakhir dgn baik.

maklang said...

sedap nampak roti jala tu...nanti besok pagi bolehlah mintak bibik menjala pulak...

silversarina said...

kak elle,

Semua jala tu inspirasi dari akak lah, nampak memasing nak menjala dah tu...hehehe.




maklang,

Nak menjala jugak, bagus,bagus ... sian orang pasar tak laku ikan sebab semua nak menjala...hahahaha.

CikguZue said...

dulu kat M'sia slalu gak buat. tapi kat sini, lupa pula nak bawak sarangnya. ermm...kari makan dgn lempeng aje la jadinya...huhu...
akak nak sikit.

mommy said...

sedapnya roti jala tu..
meleleh air liur ni..slurrpp!(sedut balik..hehe)

Mak Teh said...

Nampak sedap roti jala Sarina! Tentunya cik abang makan sambil memuji-muji. Tentu kembang hidung Sarina mendengar pujian itu! Hehehe! Mak teh imagine begitu!

Neeza Shahril said...

sedapnya.. tapi nak buat malas. Kak Rina pos aje lah kat sini. Hantar pakai DHL ya.. hahaha!!!

kisah tu kan kak Rina.. sebenarnya bergantung pada diri masing2.. kalau ingat Allah, Insyaallah rumahtangga aman..

cikMilah said...

Cekap menjala ya kakRina. kuat betul tarikan jala tu yer.
Chek pun nak menjala jugaklah...hehehe

Zareda Norman said...

Kka rina

sungguh mengancam jala dan kari ayam yang dijalakan tu.. :)

Dalam rumahtangga kalau jalanya terkoyak, haruslah suami isteri tu sama sama menjahitnya, barulah dapat dijala hasil yang besar..

King5zal said...

pos roti jala 8 dan kari ayam 2kg heheh ke shah alam..sedapnya

Dania & Daniel dua dua demam ...Dania MC 3 hari.. Daniel baru hari ni ponteng sekolah...pening katanya..

Syamimi sihat ke?

silversarina said...

cikguzue,

Boleh buat guna plastik yang dibuat bentuk kon, lagi halus jalanya , api kalau balik nanti baru dapat makan roti jala lagi thrill dan makan hingga menjilat jari :)





princess,

Nanti balik kita buat ye , huhu.




makteh,

Tak pun, dia diam aje, puji dalam hati kot...hehehe.




neeza,

Boleh pos guna etihad airline, tubggu kat epot ye :)

Betul tu apa yang neeza kata, kalau sama2 tabah InsyaAllah selamat semuanya.

silversarina said...

cikmilah,

Jala jangan tak jala , cicah dengan coklat , yummyyyyyy.




zareda,

Mari kita menjala beramai-raai dan mana2 jala yang koyak kita pakat jahit sama-sama .



King5zal,

Laa kesian nya budak2 demam , harap rajin makan ubat dan segera sembuh InsyaAllah.

mad redo1 said...

lama sudah tak pekena roti jala, kena suruh Linda buat untuk mad redo1 dalam waktu terdekat nih...

bab2 wajarkah itu, dari perspektif mad redo1 mengadu kepada kawan lelaki atau perempuan wajar, kerana bercerita mengenai masalah ialah suatu terapi...


...tetapi...

...mengadu kepada bekas teman lelaki yang berpisah kerana terpaksa ialah ibarat mancis menyala didekatkan dengan sumbu lampu minyak tanah yang penuh...


...sesuatu yang wajib dielakkan.

Unknown said...

salam kak rina

aiseh..,kakyong terlambat ler nak rasa roti jala.. lamanyer tak buat.. malas nak menjala sebenornyer.. !