Friday, May 29, 2009

baca ...salam

Pagi semalam lepas hantar anak2 ke sekolah kami berdua terus ke HSBC Kuantan. Lepas selesai urusan terus balik Kemaman , tak singgah mana2 pun .

Semalam sempat baca buku di bawah yang saya hadiahkan pada Izzat sempena birthday dia ( buruk siku, saya yang bagi saya yang baca dulu ..hihi ) . Sebak juga baca kisah bagaimana tabahnya hati anak pintar ini . Buku yang sarat dengan motivasi dan tauladan bukan hanya buat anak-anak malah buat kita ibubapa juga.



Tak de apa dah nak tulis , nak bercuti dah ni.....kalau rajin saya update masa cuti, kalau tak rajin , kita jumpa lepas cuti nanti....chow...salam.

Thursday, May 28, 2009

niat lain jadi lain

Makin hampir musim cuti, hari ni hari akhir sekolah bagi kami di Kemaman . Ada gang kami tu dah cuti awal2 , seronoknya . Entah kenapa rasa kali ni tak sabar nak cuti , mungkin sebab kali ni Darling ada masa cuti, March lalu kami tak ke mana-mana sebab dia tak de . Kali ni memang nak cuti sepanjang cuti sekolah.

Cuti ni jugak musim orang kahwin . Baca blog zino dia pun ada banyak jemputan kahwin . Sama macam zino jugak kami ada 7 jemputan kahwin untuk dihdiri. Malangnya kami hanya dapat hadir 2 majlis kawin iaitu 2 anak jiran yang berkahwin pada 30 Mei . Satu jiran selang 2 buah rumah dan satu lagi jiran di lorong belakang rumah. Jadi semalam kami pos satu hadiah ke Teluk Panglima Garang , Selangor dan berjumpa tuan rumah menyampaikan hadiah kahwin buat 4 lagi bakal pengantin di sekitar Kemaman ini sebab tarikhnya pada 6/6 dan 11/6 memang kami tiada di Kemaman.



============================================



Pernah tak terjadi situasi di bawah pada rakan-rakan semua ????

Niat asal ke Kuantan nak ke HSBC . ada urusan bank dan Kemaman memang tak de HSBC . Kami pergi agak awal dan sampai di Kuantan darling kata kita pergi Giant dulu baru ke bank. Lepas Giant saya kata nak ke Kuantan Parade ada nak beli barang yang juga tiada di Kemaman . Lepas tu darling tanya nak ke mana lagi, saya jawab , jom baliklah. Tengah jalan dan masa tu masih di Kuantan saya call kawan sebab ada hal , dia tanya buat apa di Kuantan , saya jawab ada urusan bank. Lepas tu terus balik. Singgah di CIMB Kemaman sebab ada Pak Arab kawan darling di UAE minta tolong deposit duit pada anaknya yang belajar di IPT di Malaysia. Selesai urusan kami balik rumah.

Saya dah relax duduk-duduk sambil tonton TV, tiba-tiba darling kata ,

" Laa, HSBC tak pergi !! "

Saya pun macam tergamam tapi memang perasaan nak ketawa tak tertahan. Mana tak nya , itu tujuan asal ke Kuantan, itu yang tak pergi dan tak buat. Malam tu bila ingat perkara lucu tu, memang tak tahan nak gelak. Dua-dua orang langsung tak ingat apa tujuan ke Kuantan.

Pagi ni kena pegi lagi ke HSBC Kuantan dan kali ni make sure memang HSBC adalah destinasi pertama yang akan disinggahi...hihihi.

Tuesday, May 26, 2009

15 tahun berlalu sudah

Kena selit jugak, ingatkan nak cuti blog dah .






Happy Birthday Izzat !!

15 tahun begitu pantas masa berlalu...daripada bayi montel yang comel gebu dah jadi remaja yang tinggi lonjong , agak gelap dek panas mentari dan kadang-kadang sedikit berjerawat .

Daripada bayi yang pelat dengan banyak sebutan perkataan bermula dengan huruf "D" ... "duduk"= busuk , " dayan "= jalan , kini menjadi ketua perbarisan pagi di sekolah dan boleh berceramah dengan fasih dan lancar.

Alhamdulillah !!



Selamat Maju Jaya dunia akhirat buat Izzat tersayang !!

Sunday, May 24, 2009

Lepas exam....cutiiiiiiiiiiiii .....

Musim exam ni saya pun jadi cikgu balik, siap kena buat soalan untuk Mimi . Banyaknya soalan lisan je saya buat sebab yang lain dah ada bukukerja untuk matapelajaran akademik. Mata pelajaran agama saya kena baca sama2 dengan MImi dan soal kemudiannya. Setakat ni dia kata ok, harapnya ok InsyaAllah.

Bila exam habis , cuti pun akan bermula. Memang kali ni tak sabar nak cuti . Tak kira walau ke mana asalkan dapat keluar bercuti. Plan kami dah beberapa kali bertukar . Kali ni dah siap 'tapis' dan tunda destinasi percutian. Jadinya cuti kali ni adalah cuti dalam dan luar negara , kena terbang jugak walaupun dekat je luar negara tu.

Kalau tak update dah blog ni , maknanya blog saya pun bercuti panjang .

Malam ni Tokdaddy akan pulang bercuti...kejap je kan 5 minggu ....dah balik....cuti sebulan pulak.

Friday, May 22, 2009

Pelik....pelik

Malam Rabu baru ni sempat menonton "Bersama Mu " .


Pelik bila ayahnya berusia 60 tahun masih struggle demi sesuap nasi sedangkan sepatutnya usia itu adalah masa untuk berehat dan hidup senang tanpa masalah hidup yang kronik. Pekerjaan sebelum ini sebagai cleaner diberhentikan dan dia kini hanya mengambil upah memotong rumput dan membuat kerja2 sendiri tanpa pendapatan tetap.

Bertambah pelik sebab masih ada anak2 yang tidak pernah ke sekolah walaupun tinggalnya di pinggir bandaraya. Anak2 pernah bertanya pada si ibu kenapa mereka tidak dihantar ke sekolah...... miskin .

Lebih bertambah pelik bila anak2 juga tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan .

Mungkin pelik pada saya tapi memang sayarasa amat pelik.............

Bab susah tu mungkin kurang pelik sebab memang rezeki manusia lain-lain, ada yang senang ada yang susah .

Bila kata bab pendidikan , saya rasa macam tak kena bila kemiskinan dijadikan alasan tidak menyekolahkan anak2 sebab pelbagai bantuan boleh dipohon untuk memastikan anak2 dapat ke sekolah. Tapi saya rasa sebab anak2 tak dapat ke sekolah kerana mereka tidak punya surat beranak. Itulah yang pelik . Takkan kemiskinan menyebabkan mereka tak sempat mendaftarkan kelahiran anak2. Bila dah tak de sijil kelahiran macamana nak dapat buat IC dan memang tak boleh ke sekolah dan nak cari kerja pun susah. Anak2 pasangan daif ini berusia belasan tahun , ada yang mencecah 19 tahun kalau tak silap saya .

Macam2 benda pelik yang berlaku dan bukan di ceruk kampung tapi tapi di tepi hutan di Ampang yang tak jauh dah dari bandaraya .

Wednesday, May 20, 2009

komen ke tak komen ???

Dua tiga hari ni saya rasa agak malas untuk meninggalkan komen di blog2 yang saya baca . beberapa kali saya menaip komen dan saya edit balik beberapa kali sebab rasa macam ayat saya tak sesuai dan akhirnya saya delete terus komen saya .

Saya jugak ada rasa macam ayat2 saya macam nak menunjuk-nunjuk apa yang pernah saya lalui dan akhirnya saya delete dan tak jadi tinggal komen.

Pelik tu bila saya rasa malas nak komen blog orang lain, n3 saya yang sebelum ini amat kurang orang komen sedangkan saya taip panjang n3 nya. Mungkin cerita tak sedap tapi saya rasa mungkin ramai jugak yang sama macam saya, tak rasa nak komen . Walaupun menulis bukanlah keutamaan untuk menerima komen pembaca, tapi bila kurang komen memang akan berasa macam sesuatu macam tak betul.

Fikir balik, adakah orang lain akan rasa macam saya jugak bila kurang orang tinggalkan komen ???

Kelakar pulak entry saya kali ni.... komen ke tak komen... komen ke tak...komen ke tak.....

Tuesday, May 19, 2009

Maklumat untuk dikongsi bersama

Pagi ni lepas hantar Mimi ke sekolah saya singgah di stesen Petronas untuk ke ATM machine keluar duit sikit . Lepas tu masa nak keluar nampak majalah2 di rak majalah dan ternampak majalah Wanita yang terkini, bulan Jun. Saya terus beli walaupun jarang saya beli majalah ni, sekali-sekala ikut mood . Lepas tu balik rumah sebab nak ambik kerja khusus Geografi Izzat untuk dibinding di kedai fotostat.

Sempat membelek majalah Wanita tersebeut sebelum turun dari kereta. Tak sangka majalah Wanita bulan Jun mengisahkan fibroid di ovari dan rahim yang anak saya Sofie baru sahaja dibedah untuk membuangnya minggu lalu. Saya melekat duduk di buaian di luar rumah membaca informasi yang agak detail dikisahkan di dalam majalah tersebut. Saya ingat cyst yang ada dalam perut Sofie besar ( ~ 1.1kg ) tapi bila baca kisah dalam majalah itu ada pesakit yang ketumbuhannya seberat 2.3kg dan dikatakan 20% dari wanita boleh terkena ketumbuhan ini .

Saya terus membelek isi majalah tersebut dan saya terbaca kisah arwah Rozita yang meninggal dunia di Arab Saudi semasa mengerjakan umrah bulan April lalu dan saya pernah terbaca kisah di mana blogger kamato pernah secara kebetulan bertemu suami arawah Rozita semasa dia mencari matawang riyal saudi yang kecil sebab bank / money changers hanya meukarkan wang besar . Kebetulan suami arwah menawarjan kamato wang kecil riyal tersebut kerana dia baru sahaja pulang dari saudi dan sempat melihat wajah terakhir isteri tercinta sebelum dikebumikan di maqam Baqi' di Madinah. Airmata saya meleleh sedih dan pilu membaca kisah ini di dalam majalah Wanita itu.

Lepas tu saya ke Taman Islam untuk berjumpa 'cucu' saya iaitu anak kawan saya yang lahir muda 4 hari dari Umair ( baby ni perempuan dan badannya debab macam Umair jugak ). Saya tak ingat namanya tapi comelnya dia dan lepas rindu saya bila lihat dia bijak bermain dengan kakaknya . Dalam hati kata mesti Umair pun sama perkembangannya macam si comel tu. Jadilah tumpang timang 'cucu' lain.

Balik singgah Tunas Manja dan lepas beli yogurt buah-buahan untuk Izzat bawak ke sekolah esok ada jamuan kumpulan mentor-mentee nya saya singgah di kedai top-up talipon . Kisahnya bulan lepas saya tukar dari maxis ke Digi tapi nombor tetap sama. Masalahnya digi tak boleh hantar dan terima sms dari luar negara termasuk Jordan, Ukraine , Korea, UAE ( kadang2 boleh kadang2 tak ) . Geram betul, kata haritu tak de masalah . Jadi tadi saya tukar balik ke maxis dan malam ni hidup balik line maxis saya dan InsyaAllah bolehlah bersms dengan darling, anak2 dan rakan2 di negara2 tersebut . Nak call sokmo guna hp parah jugak dan saya selalu call guna pc ke pc free of charge guna Google talk atau YM. sekarang ni UAE band pulak call pc ke pc, samada yang free atau yang berbayar .... ada2 aje arab ni semuanya nak disekat.

Itulah sedikit kisah di pagi hari dan nak tau lebih lanjut kisah fibroid belilah majalah Wanita bulan Jun. Tolong promote maklumat baik yang ada di dalamnya.


Sunday, May 17, 2009

Umair Sayang

Bila terima video di bawah saya tak henti menontonnya. Walaupun hanya sekadar suara mengekek cucuku sayang namun ianya telah menggembirakan hati saya bila tau cucu saya sihat dan dah pandai ketawa mengekek .

Bulan Jun ini umur Umair 8 bulan. Betapa cepat masa berlalu.








Rupanya sayang pada cucu buat saya menahan rindu setiap hari dan saya pernah kata pada Izzat...

" Kenapalah mama bagi Zaid bawak balik Umair ke Jordan ?? "

Sekarang tanggunglah rindu pada Umair sayang Wanmommy.

Saturday, May 16, 2009

Jasa Guru

Hari ini hari guru .

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Thank You Graphics



Guru adalah insan yang paling banyak berjasa kepada saya.

Guru yang paling banyak jasa kepada adalah ibu saya sendiri diikuti bapa saya.Itu guru di rumah.

Guru2 saya secara formal tak terkira ramainya . Rugi pulak saya tak catat semua nama guru saya sejak saya tadika hinggalah saya di menara gading. Antara guru yang saya masih ingat Puan Zakiah masa darjah 1 di Kuching Sarawak tahun 1972...ada kot bloggers yang belum lahir masa tu . Cantik cikgu ni, isteri pegawai askar dan selalu pakai gown pendek atas lutut dan nampak pehanya yang putih gebu. Cikgu-cikgu yang lain masa disekolah rendah semua saya tak ingat dah nama mereka ( teruknya ingatan saya ). Susah untuk saya ingat kerana selama 6 tahun di sekolah rendah saya bertukar sekolah sebanyak 6 kali kerana arwah abah saya seorang askar bahagian baiki senjata yang memang kena pindah sokmo.

Di sekolah menengah cikgu yang saya masih ingat dan saya suka dan sayang mereka termasuklah Miss Chen , guru Geografi dan English yang selalu travel bila cuti sekolah dan dialah antara inspirasi saya untuk ke USA menyambung pelajaran kerana dia selalu bawa balik dan tunjukkan kepada kami gambar2 percutiannya termasuklah percutiannya ke USA.

Pensyarah favourite saya di The American U , DC, USA adalah Dr Martin , seorang pensyarah yang sudah berumur dan sangat sayang pada kami pelajarnya macam anak2 nya sendiri.

Semasa menyambung Diploma of Education saya di UIAM pensyarah yang saya suka adalah Dr Ratnawati . Beliau begitu baik dengan pelajar dan saya suka cara beliau mengajar dan berkomunikasi dengan para pelajar.

Guru Quran saya yang paling awal adalah Ustaz Bilal ,seorang ustaz dari KAGAT, dalam tentera yang agak garang dan suaranya kuat, kalau dia tengking memang otomatik meleleh airmata . Guru Quran saya yang paling saya sayang adalah arwah Ustaz Hashim yang saya kenal tajwid secara agak detail dari arwah di Kemaman ini.

Secara formal guru saya yang terakhir adalah Cikgu Iman di Amman Jordan. Seorang anak muda yang berdarah melayu+arab , ibu malaysian ayah jordanian yang mengajar saya bahasa arab . Cikgunya amat bagus tapi anak muridnya yang malas nak buat homework dan menghafal . Saya yang benak arab ni gave up kelas tu selepas 2 bulan belajar. Cukup setakat saya tau bahasa arab nak naik taxi , nak beli barang , yang lainnya saya guna English nak faham tak faham saya tak kisah. Kalau tak faham sangat saya call talian hayat saya, Zaid ... tak kira di mana dia berada, dia kena bercakap dengan siapa yang tak faham apa saya mahu.

Selain itu guru tak formal memang ramai termasuk anak2 sendiri adalah juga guru2 saya. Zaid yang selalu juga saya rujuk padanya bila ada hal berkaitan hukum hakam agama .Itulah antara kelebihan anak yang berkelulusan syariah . Alhamdulillah. Bab kesihatan saya ada jugak rujuk pada Sofie,bakal doktor yang selalu jugak bebel pada saya sebab saya selalunya 'pandai' dari doktor....hehehe.Itulah untungnya ada anak bakal doktor, Alhamdulillah. Maya pulak selalunya jadi guru kaunseling saya , kadang2 kami berkongsi masalah dan Maya akan bagi cadangan dan pendapat yang selalunya menenangkan hati saya. Itulah untungnya ada anak bakal engineer tapi punya hati yang tak sekeras besi, Alahmdulillah.Bagi Izzat dan Mimi memang saya masih lagi guru mereka (ada banyak jugak yang saya belajar dari anak2 kecil berdua ni ) .

panjang berjela dah ni...




mimi dengan kad dan envelope yang dibuat sendiri .... suka sangat buat kad :)




Mimi semalam leka buat kad untuk guru kelasnya , tak nak kad beli, nak kad buat sendiri, hadiah untuk semua guru Mimi dan Izzat sudah saya beli di Parkson Kuantan 2 minggu lalu dan siap dibubuh reben untuk dibawa ke sekolah sempena parayaan hari guru esok (Ahad ) .




berposing dengan hadiah2 yang siap untuk dihadiahkan buat guru2 tersayang termasuk guru di sekolah tadika tahun lalu , merah besar adalah untuk guru besar, guru kelas dan guru tadika.


Kepada semua guru samada yang masih berkhidmat maupun yang dah 'pencen' macam saya, saya ucapkan :



Buat kakak saya yang sulong Kak Idah yang dulu guru kini Timbalan Pengarah di salah satu dept di pejabat pelajaran WP , abang ipar saya Abang Amir guru di RMC Sg Besi, kakak kedua saya , KakNor guru di Sekolah Menengah Abdul Rahman di Bota, kakak ipar saya Kak Yam yang mengajar di Sekolah Anderson Ipoh, kakak ipar saya (sebelah suami ) Kak Aini pensyarah di UITM Perlis dan biras saya Abang Karim , Pengetua MRSM Grik.... kepada kalian semua....




Selamat Hari Guru...semoga jasa kalian diberi ganjaran syurga di akhirat kelak. Amin.

Tuesday, May 12, 2009

Perak oh Silver....

Berbelit-belit .....

Kejap sah, kejap tangguhkan pengesahan.....

Itulah yang sedang berlaku di negeri kelahiran saya, Perak /Silver. Sungguh serabut . Pelik tu susah sangat ke nak bubarkan DUN biar rakyat memilih kembali pemerintah . Walaupun saya tidak mengundi di Perak tapi rasa amat terkilan dengan apa yang telah dan sedang berlaku .

Malas nak ulas , tapi pada saya selagi DUN tidak dibubarkan selagi itulah keadaan kacau ini akan berterusan dan yang ruginya rakyat Perak itu sendiri.





++++++++++++++++++++++++++++



Cakap pasal hari ibu, inilah hadiah2 yang saya perolehi dari 2 budak kecil yang masih tinggal dengan saya ...............




Kad diserahkan oleh Mimi selepas solat subuh pada hari Ibu dengan katanya.....

" You are the best mother ever !! "



luar kad....


dalam kad.....

hadiah novel dari Izzat diserahkan masa tengahari pada hari ibu...... novel ini dipilih kerana ada perkataan bonda katanya....



Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

zwani.com myspace graphic comments

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu terutama kepada ibu saya Halipah Saari dan ibu mertua saya Sapiah Atin yang telah banyak menabur jasa. Semoga ibu berdua bahagia hingga ke akhir hayat. AMIN.

Saturday, May 9, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah pembedahan *Sofie selamat dijalankan . Lega tak terkata bila dapat mendengar suaranya yang baru sedar dan kini berada di ICU untuk pemantauan. Details pembedahan masih belum saya perolehi . Saya cuma sempat bercakap sebentar dengannya malam tadi.

Terimakasih di atas doa ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekelian .

Selamat bercuti di hujung minggu buat semua.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Situasi terkini...jam 4.30pm waktu Malaysia/ 11.30am waktu Ukraine :

Sofie dah boleh berjalan dalam wad dan doktor galakkan bergerak sedikit harini .Suaranya juga dah ceria dan harini dibenarkan makan sup ayam serta yogurt . Semoga dia cepat sembuh ( biasanya anak muda memang cepat sembuh ) InsyaAllah.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bagi yang belum mengenali Sofie :

* Safiyyah/Sofie adalah anak saya yang ke 2 yang kini belajar di tahun 4 jurusan perubatan di CSMU Ukraine .

Friday, May 8, 2009

kisah sakit

2 Kisah sakit :

1/ Mimi kena selsema dan demam dah 2 hari. Bila kata selsema memang suspen jugak buat masa ni. Semalam dah bawak jumpa doktor dan doktor kata musim ni memang musim demam akibat cauca panas di pagi dan tengahari tapi hujan dan ribut petir di petang dan malam hari . Pagi ni Mimi nampak sihat dan selsema dah hilang, Alhamdulillah.


2/ Sofie pulak baru dapat tau ada sista/ ketumbuhan yang tumbuh di dinding luar uterus dan cyst ni agak besar dan perlu dibedah segera untuk membuangnya. Petang semalam dia bagitau yang dia telah dimasukkan ke wad . Harini Sofie akan menjalani pembedahan itu. Saya hanya dapat berdoa dari jauh agar Sofie selamat menjalani pembedahan . Amin.

Kepada sahabat-sahabat Sofie ( Wani, Arsyad, Eisa dan yang lain-lain ) yang sudi meluangkan masa membantu urusan Sofie di hospital , makcik ucapkan jutaan terimakasih . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian, InsyaAllah.

Wednesday, May 6, 2009

tepu, beku.

Tak sempat nak update blog.....bukan, bukan tak sempat..... tak rajin nak update blog.... bukan, bukan tak rajin...... tak de story nak tulis...... bukan, bukan tak de story nak tulis.... tak de idea nak tulis ...... tepu dan beku in my own world................