Wednesday, May 20, 2009

komen ke tak komen ???

Dua tiga hari ni saya rasa agak malas untuk meninggalkan komen di blog2 yang saya baca . beberapa kali saya menaip komen dan saya edit balik beberapa kali sebab rasa macam ayat saya tak sesuai dan akhirnya saya delete terus komen saya .

Saya jugak ada rasa macam ayat2 saya macam nak menunjuk-nunjuk apa yang pernah saya lalui dan akhirnya saya delete dan tak jadi tinggal komen.

Pelik tu bila saya rasa malas nak komen blog orang lain, n3 saya yang sebelum ini amat kurang orang komen sedangkan saya taip panjang n3 nya. Mungkin cerita tak sedap tapi saya rasa mungkin ramai jugak yang sama macam saya, tak rasa nak komen . Walaupun menulis bukanlah keutamaan untuk menerima komen pembaca, tapi bila kurang komen memang akan berasa macam sesuatu macam tak betul.

Fikir balik, adakah orang lain akan rasa macam saya jugak bila kurang orang tinggalkan komen ???

Kelakar pulak entry saya kali ni.... komen ke tak komen... komen ke tak...komen ke tak.....

20 comments:

Mama Rock said...

i remember once pakpayne wrote an entry something like this, mentioning about is it cool not leave a comment. and i think the verdict is to leave a hi and was here note pun takpe, though it has nothing to do with the entry :)

so, terpulang pada individu...

silversarina said...

Mama rock,

Wah, cepatnya saya dapat komen, naik balik semangat blogging...hehehe.

Betul jugak ekk... tulis jelah walau beberapa patah perkataan janji kita dah 'berada' bersama rakan bloggers dalam blog mereka.

Thanks.

MULAN said...

kak rina, keep blogging.. pasal komen tu tak kisah le, janji dalam hati kita ingat kawan2 kita.. doa utk mereka kan..

PrinCeSS said...

samala cam maya..ade waktu yang mmg malas sgt nak komen..kalau x tinggal komen, takut terasa hati..so dr x tinggal komen, baik x yang singgah terus..hehe

mama said...

hahahha ...
kenapa lain macam pulak ayat n3 kak ina kali ni ..

bukan takde idea tu tapi terlalu rindukan umair gamaknya..

Abang Long said...

Salah satu sebab kita berblog ialah untuk bercerita dan berkongsi cerita. Jadi tiada masalah kalau tiada komen dari sesiapa. Tidak bermakna orang tidak suka dengan cerita kita. Ada orang yang bercerita panjangnya 10 kaki. Tapi tiada komen, manakala ada pula yang sekadar menulis dalam entrinya hanya 10 patah perkataan, tetapi beratus orang yang meninggalkan komen. Yang penting niat kita untuk menjalankan tugas sebagai umat Islam yang menyampaikan kebenaran.

suweileh family said...

Suka sangat baca entry akak samapai tak tahu nak komen pende.

Kak Elle said...

rina....

kalau ikut adat kerumah jiran atau kekawan kita kena bagi salam kan?..kalau tak komen rasa mcm tak sedap jika tak nak komen panjang letak je mcm saya -I was here or :)present.....hehe

Mak Teh said...

Komenlah! Kenapa pulak takmau komen. Nanti mak teh rindulah macam Sarina tak mai singgahpun. Betul, ni dah berapa hari melihat Sarina tak singgah blog mak teh. Sudi-sudilah datang dan cakp sikit, bolehkan? Kalau topik boring cakap pasal cuaca. Hehehe!

zino said...

kerja kita menulis kerja org yg baca mengomen.. so kalau kita dah tulis kerja kita dah selesai.. kalau orang tak komen makna nya dia yg tak buat kerja bukan kita... hehe..

serupa juga kalau orang lain yg tulis kerja kita pulak utk mengomen hehe..

kakyong said...

salam kak Rina,

saya kalo takde ape nak tulis.. saya tulis jer apa2.. as long saya nak tuan rumah tahu saya ade dtg menjenguk...

saya takde amik port sgt org komen ker tak.. tp bila saya perlukan idea @ bantuan spt entri camana nak ajar anak BI tu.. memang berharap sgt buahminda dr yg berpengalaman mcm kak Rina ni...

kak, pengalaman utk di sharing kan.. & sharing is caring..

la ni masa utk lompat blog dah limited, so bila singgah cuba utk baca bbrp entri yg tertinggal... :)

aNIe said...

Akak suka tinggalkan komen...sebab nanti kengkawan tau...kita ada melawat 'rumah' diorang...hehehe...

Dan akak suka kalau kengkawan tinggalkan komen sebab senang nanti boleh klik aje dah tiba kat profile diorang

Mimiamilia said...

saya selalu jer dtg tapi tak komen..sebab malas nak menaip.selalu baca blog ni time rehat2..bila rehat tu selalu la makan2..bila makan2..memang la malas nak menaip dah.

ummu asiah said...

kak rina..

saya ke mari...:)

Cat Cat said...

Kak Rina,
Cath nak komen, ikut mood... Mood baik - komen. Angin sikit - tarak!!!! Haha!

Ummi365 said...

kak rina kenalah panggil macam cikgu, ummi are you here? yes teacher, i am present. hahahha ingat lagi zaman sekolah dulu.

suealeen said...

sayalah kategori blogger yang suka membaca tapi tidak suka meninggalkan komen pada blog orang lain. kekadang rasa apa yang nak ditaip tu macam riak pun ada so saya stop... membaca dan berfikir je la yang banyaknya...

suealeen said...

kak Rina... saya tag akak di blog Syafiah yang hebat...

PINATBATE said...

Saya seronok kalau ada org tulis komen di blog saya ..walaupun ada masanya menyentap jiwa..hehehe..

Saya sendiri jarang-jarang tulis komen ..tak baikkan..

sya said...

Sya jenis ikut mood and idea.. bila ada mood idea and plus time akan komen.. kalau tidak memang tidak meninggalkan jejak