Saturday, May 9, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah pembedahan *Sofie selamat dijalankan . Lega tak terkata bila dapat mendengar suaranya yang baru sedar dan kini berada di ICU untuk pemantauan. Details pembedahan masih belum saya perolehi . Saya cuma sempat bercakap sebentar dengannya malam tadi.

Terimakasih di atas doa ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekelian .

Selamat bercuti di hujung minggu buat semua.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Situasi terkini...jam 4.30pm waktu Malaysia/ 11.30am waktu Ukraine :

Sofie dah boleh berjalan dalam wad dan doktor galakkan bergerak sedikit harini .Suaranya juga dah ceria dan harini dibenarkan makan sup ayam serta yogurt . Semoga dia cepat sembuh ( biasanya anak muda memang cepat sembuh ) InsyaAllah.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bagi yang belum mengenali Sofie :

* Safiyyah/Sofie adalah anak saya yang ke 2 yang kini belajar di tahun 4 jurusan perubatan di CSMU Ukraine .

12 comments:

Mak Teh said...

Alhamdulillah! Mak teh merasakan sama lega dengan Sarina. Semoga Sofie sembuh segera dapat mengikuti pelajarannya seperti biasa. Ameen!

Kak Elle said...

Alhamdulillah kan saya dah kata she's in good hand...

selamat bercuti panjang juga untuk Rina.

silversarina said...

Seharian rasa tak sedap duduk selagi tak tau status pembedahan sofie, Alhamdulillah selamat .




kak elle,

Semalam ada sahabat saya kat Kemaman ni yang pernah kena cyst macam Sofie ni, bila dia ceritakan kisah dia dibedah, rasa tenang sikit . Tapi tak sangka sofie terkena juga sebab dia seorang yang aktif dan jarang sakit , pelik macamana cyst yang besar boleh terjadi.

zino said...

semuga sofie nur sembuh segera amin..

Cat Cat said...

Kak Rina,
Glad to know Sofie is getting better. I pray hard for her full and speedy recovery.

ZAIMA65 said...

Terkejut gak saya Sofie kena operate. Alhamdulillah, dia selamat. Semoga Sofie cepat sembuh seperti sediakala. Doa ibu paling mustajab...byk2 berdoa untuk anak2 kita. Selamat Hari Ibu....Hari-hari hari Ibu.....

Kak Elle said...

rina...

lupa nak kata 11 tahun dulu saya pun di bedah membuang growth sebesar buah limau sunkist sebesar 15cm....surgery serupa orang buat caesarian...pantang larang serupa org bersalin tapikan saya sorang2 di rumah membuat kerja sendiri selama 6 minggu MC dan minggu ketujuh saya minta kebenaran doctor fitness untuk terbang ke Sydney berehat:)dgn nasihat tak bolih angkat luggages sendiri lalu saya ajak kawan saya dgn membayar separuh ongkos nya.

mama said...

doa saya semoga sofi cepat sembuh kak...

kak ina tak terbang ke sana ke?

maklang said...

alhamdulillah..semua dah Ok...Syukurlah...Selamat Hari Ibu...

Ajzie said...

Semoga Sofie segera sembuh.. Amin..


p.s
kak rina saya nih lama tak ke mari.. ketinggalan train nih...

kakyong said...

Alhmdulillah, semoga Safiyyah cepat sembuh..

kak rina jemput ke blog ambil hadiah jambangan ahri ibu..

dEeWaN said...

Moga Allah melindungi sofie & dpt mjalankan kehidupan seperti biasa. Insyaallah