Friday, May 8, 2009

kisah sakit

2 Kisah sakit :

1/ Mimi kena selsema dan demam dah 2 hari. Bila kata selsema memang suspen jugak buat masa ni. Semalam dah bawak jumpa doktor dan doktor kata musim ni memang musim demam akibat cauca panas di pagi dan tengahari tapi hujan dan ribut petir di petang dan malam hari . Pagi ni Mimi nampak sihat dan selsema dah hilang, Alhamdulillah.


2/ Sofie pulak baru dapat tau ada sista/ ketumbuhan yang tumbuh di dinding luar uterus dan cyst ni agak besar dan perlu dibedah segera untuk membuangnya. Petang semalam dia bagitau yang dia telah dimasukkan ke wad . Harini Sofie akan menjalani pembedahan itu. Saya hanya dapat berdoa dari jauh agar Sofie selamat menjalani pembedahan . Amin.

Kepada sahabat-sahabat Sofie ( Wani, Arsyad, Eisa dan yang lain-lain ) yang sudi meluangkan masa membantu urusan Sofie di hospital , makcik ucapkan jutaan terimakasih . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian, InsyaAllah.

20 comments:

Kak Elle said...

Semoga mimi cepat sembuh dan pada Sofie insya'allah semua di permudahkan...

wanmommy jgn risau sgt ye Sofie in good hand saya akan berdoa untuk kesihatan nya juga dari jauh.

silversarina said...

kak elle,

Kalau boleh memang nak terbang ke Ukraine malam tadi jugak,atau bawak balik Sofie (kena tangguh pengajian pulak nanti )tapi apakan daya . Apapun saya berserah kepada Yang Maha KUASA ,kerana segala yang berlaku adalah kehendakNYA jua.

Terimakasih atas doa akak.

Mak Teh said...

Mak teh mendoakan semoga Sofie selamat membuat pembedahan dan Insya-Allah pulih semula secepat mungkin.

Mak teh faham perasaan Sarina. Sebagai ibu kita hanya boleh berdoa dari jauh. Itulah di antara dugaan yang kita hadapi. Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. Berdoa dan berserahlah kepadaNYA.

PrinCeSS said...

moga2 operation berjalan lancar.
i'allah x de pape

silversarina said...

mak teh,

Bila duk berjauhan memang pasti risau , InsyaAllah saya kena kuatkan semangat macam sofie jugak yang memang kuat semangatnya, InsyaAllah.

silversarina said...

princess,

InsyaAllah selamat , itulah da kita semua.

zany said...

Semoga anak-anak akak dapat sihat seperti sediakala. InsyaAllah, everything will be OK.

manlaksam said...

Pak Man doakan semoga Sofie selamat menjalani pembedahan itu.
Aminnn.

silversarina said...

zany dan pakman,

Terimakasih banyak-banyak atas doa dari zany dan pakman.

Zareda Norman said...

Kak rina

Doa zar buat anak anak kak rina.. semoga semuanya dipermudahkan..

Allah! tentu hati bergolak golak mengenangkan anak yang jauh dirantau sedang mennaggung sakit kan.. sabar kak rina..

cikMilah said...

Doa saya dari jauh juga semuga Mimi cepat sembuh dan Sofie akan di permudahkan pembedahannya dan cepat sembuh juga. KakRina, sabar ya.Take care of yr self too.

PINATBATE said...

KakRina..
saya doakan Sofie selamat menjalani pembedahan dan segera pulih spt sediakala utk meneruskan pengajiannya.Amin..

kakyong said...

salam kak rina,

sofie ni anak yg no brp? alahai, saya ni masih tak familiar lagi dgn family kak rina.. kakyong doakan semoga semua nya baik2.. Alhamdulillah ada kwan2 yg prihatin..

KAMATO said...

Semoga Allah melindungi Sofie

hanieliza said...

Salam Rina..
semga Sofie selamat dan cepat sihat..
doa seorang ibu untuk anak-anak adalah doa yang paling luhur..
tiada dapat dibandingkan dengan segala apa pun...

Mama Rock said...

di rumah sini pun nadia baru baik demam, selsema saya masih ada sikit-sikit lagi. hope that things go well for sophie and i pray for her speedy recovery...amin!

suweileh family said...

Salam

Semoga Sofie cepat sembuh dan kembali menyambung pengajian, Insya Allah.

Linda Fzalin said...

k ina...tadi Jai ada bg tau pasal sofie...so surprise gak...Sian Sofie...kami semua doa Sofie selamat jalani operation tu...insyaallahhh....

K H A Z I N A T U L A S R A R said...

salam makcik, terkejut saye bace entry ni, saye doakan sofie cepat sembuh, semoge sofie tabah kat sane, makcik tenang2 k..

maklang said...

maaf..tak perasan ada updet..semalam sibuk menjahit. tak pandang pc sangat..Alhamdulillah semua nya berjalan lancar...