Sunday, June 21, 2009

The Best Father ever....

Tahun ini sambutan Hari Bapa jatuh pada 21 Jun bagi kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Walau pun begitu bagi saya tiada sambutan diadakan . Abah saya telah pergi buat selama-lamanya sejak 13 tahun yang lalu . Ayah mertua saya pula memang saya tak pernah kenal dan jumpa sebab dia telah meninggal dunia sewaktu suami saya berusia 14 rahun.

Nak sambut dengan suami saya yang juga bapa kepada 5 orang anak kami , dia pun dah balik bekerja di UAE .

Apapun "Selamat Hari Bapa" buat suami tercinta .




Suami saya yang juga bapa kepada 5 anak kami adalah seorang bapa yang terlalu baik dan penyabar. Dialah juga bapa yang menyambut kelahiran kelima-lima anak kerana dia sentiasa ada di bilik bersalin dalam setiap kelahiran termasuk di bilik bedah semasa saya bersalinkan Mimi secara C-section . Dialah juga bapa yang tidak kekok menjaga anak2 semasa mereka masih bayi. Semua perkara berkaitan anak2 memang dia banyak membantu . Malam2 bila anak2 menangis tak lena tido dialah yang banyak memujuk dan mendodoi anak2 hingga mereka selalunya terlena di atas dadanya.

Suami saya hingga kini masih kekal sebagai bapa yang teramat baik pada semua anak2nya. Kesabarannya memang tiada tandingan berbanding saya yang cepat naik angin dan garang pada anak2 semasa mereka kecil2 dulu.

Buat darling ....

On behalf of all our children ( kalau ada yang tak setuju sila bersuara ye ...hihi ) ... I am thanking you for being The Best Father ever . May Allah Bless You Forever. Amin.

13 comments:

PrinCeSS said...

setuju sgt2~!
darling kita mmg sgt baik.!
hehe
SELAMAT HARI BAPA buat darling ayah..~^^

silversarina said...

princess,

Ha ah kan, mana ada ayah sebaik dia kan ... kembanglah dia kalau tau kita puji dia ...hehehe.

maklang said...

Selamat Hari Bapa untuk semua bapa2 yang baik..termasuk bapa kepada anak2 maklang...he..he..

Semuga kekal menjadi bapa2 yang baik2 ni...

Kak Elle said...

Selamat hari bapa tokdaddy...tengok gambar tokdaddy teringat arwah bapak .. baju tu:)

silversarina said...

maklang,

Alhamdulillah bapa anak2 kita semuanya amat baik .

silversarina said...

kak elle,

Memang tokdaddy suka pakai baju2 yang akak bagi , selesa katanya .

suealeen said...

i thought i sorang je yang berangin satu badan/garang dengan anak². samalah kita ni kak Rina.

Abang Long said...

Ucapan ikhlas dari sanubari akan membuatkan KAMI rasa sungguh terharu.

TUANI PADI ANTARA NAMPAK.

silversarina said...

suealeen,

akak memang garang masa anak2 kecik sebab bukan senang nak disiplinkan mereka semua, paling nak marah bila time balik rumah tidak diikuti iaitu 30 minit sebelum maghrib mesti semua dah balik rumah , kalau tak alamatnya duduk kat luar rumah sampai diberi kebenaran masuk rumah.Kalau cakap bukan2 memang kena cililah jawabnya mulut tu ..hehehe.




abang long,

Beruntung isteri2 yang dapat suami dan bapa yang baik macam abang jugak .

Cat Cat said...

Kak Rina,
Sporting-nya hubby Kak Rina... dengan peace sign dia... Hehe.

silversarina said...

Cath,

Memang sporting, nak-nak gambar tu Mimi yang snap :)

kakyong said...

tahniah kak... :)

silversarina said...

kakyong ,

Thanks.