Tuesday, June 23, 2009

Subway

Bawah lutut masih sakit walaupun dah tiga hari berturut-turut saya jogging di Pantai Teluk Mak Nik pagi2 lepas hantar anak2 ke sekolah. Sebulan saya cuti jogging sebab busy bila Darling ada di sini dan ditambah pulak dengan JJCM masa cuti sekolah. Bila start balik jogging memang terasa sakitnya kali terutama di bahagian lutut.

Lepas jogging tadi Darling sms bagitau dia baca berita tentang subway ( keretapi metro) di 'kampung ' kami di Washington DC berlanggar dan 6 disahkan terbunuh dan puluhan lagi cedera.



Keretapi bawah tanah yang juga dikenali sebagai subway di DC merupakan satu pengangkutan awam yang amat penting dan ianya amat luas jaringan subwaynya dan dulu masa kami belajar di sana ( 83 - 87 ) hanya ada 4 lines tapi 2001 masa kami ke sana sekali lagi subway telah ada 5 lines.



Dulu untuk ke International Centre for Language Studies saya ambil subway dari station Rosslyn ( blue /orange line ) ke Dupont Circle ( red line ) . Kemudian untuk ke American U saya ambil orange line ke ke Farragut West dan sambung dengan metro bus ( free with subway transfer ticket ) ke unversity. Darling saya pulak ambik subway dari Court House station ( rumah kami bila telah berkahwin ) ke station Foggy Bottom George Washington University. Selama hampir 3 tahun itulah pengangkutan utama kami sebelum kami membeli sebuah kereta Ford Lynx iaitu semasa telah ada Zaid dan Safiyyah .



Perkhidmatan subway di DC amat mudah dan berguna buat warganya. Sedih bila baca berita kemalangannya kerana tidak sepatutnya ia berlaku memandangkan sistem yang amat dikenali dengan tepat dan dan cemerlang telah beroperasi semenjak 1976 .


misai2 yang macam nilah yang buat kami sakit perut menahan nak ketawa tiap kali bertemu mereka dalam subway ...misai straight tu taklah sampai panjang sangat macam dalam gambar di atas ..hihi.


Terlalu banyak kenangan tentang subway di DC ni ... terutama semasa saya masih anak dara .. hampir tiap hari kami berlari2 mengejar subway dan jugak senaman kaki dengan berlari menuruni escalator yang tingginya yang amat tinggi ( saya rasa escalator tertinggi yang pernah saya lihat ) . Di dalam subway jugak selalu kami bertemu dengan 'pakcik misai straight ' dan pakcik misai melenting bergulung ' yang pasti tak tertahan kami daripada gelak sebab memang amat funny gaya misai pakcik2 tu . Dalam subway jugaklah selalunya alarm 'bip, bip bip 'dari mulut kami berbunyi menandakan adanya a very hensem guy berhampiran kami ( memang dah buat system 'bip, bip, bip' sesama kami bila ada hensem guy dekat dengan kami ). Masing2 pun akan mengadmire that hensem guy . Kalau ada makcik tua yang stare semacam je kat kami cepat2 menjarakkan diri kami dan takkan duduk dekat makcik2 tu.

Itulah kisah sedikit kisah masa dulu2 daam subway...orang KL tentu banyak cerita tentang LRT dan 'subway' di kotaraya itu.

10 comments:

maklang said...

maklang teringat subway sandwich je...hmmm

kat DC tak pernah kot naik subway dulu..plus masa kat situ cuma beberapa hari aje..sebelum kami terbang ke LA...lamaaaaa...dulu...

kesian kan yang kemalangan tu...ada baca kat paper tadi..

silversarina said...

Kisah lama-lama kalau sekali-sekala kita ingat rasa macam nak ulang tayang je saat2 itu :)

Entah macamana subway tu boleh collided, sian pulak :(

Kak Elle said...

aha saya tengok news pagi2 jam 8 ada berita train crash tu pada masa tu cuma 4 org terbunuh.

Lutut tu di bawa berehat dulu kalau sakit buat yg ringgan2 aje.

moon said...

kak, cik moon suka pantai teluk mok nik tu.....bestnya duduk dekat dengan laut nikan....pssst ingatkan roti subway tuh..hehehe

zany said...

noti jugak ekk wanmommy siap bunyi bip bip lagi

silversarina said...

kak elle,

esok nak cuti jogging sehari , sakit betul bawah lutut.





moon,

Pantai tu memang cantik, nyaman je jogging pagi2 sebab shady .





zany,

muda2 memang nakal gang kami , saja suka2 admire orang putih yang ramai jugak hensem. Sorang gang kami kawin dengan mat saleh dan menetap di sana hingga kini.

aNIe said...

Hehehe...ada alarm pulak ye rina...kelakar jugak kan..?

Canggih sungguh nampaknya stesyen subway tu...

Semoga lutut rina akan sembuh...jgn bawak berlari sgt...jalan aje rina...asalkan kita bersenam dah kira okay...

silversarina said...

anie,

Masa muda2 mesti nak fun fun sikit, taklah serius je muka pepagi naik subway...hihi.

Memang selalunya saya jalan je, kalau ada rasa nak peluh kuar banayk baru jog, itupun langkah kecik2 je :)

kakyong said...

kak...
alarm bip bip bip... hahahahha....

dah merata gak kak rina berjalan... byk pengalaman di tempat org....

silversarina said...

kakyong,

Dulu muda2 akak ni outgoing sikit, sume nak fun , tu yang siap ada alarm , saja nak suka2 :)