Thursday, June 25, 2009

Lembutkan otot

Pagi ni baru balik dari klinik. Kaki dah sakit bawah betis pulak dan yang lebih teruk, sakit di lengan dan bahu yang sudah berlanjutan selama lebih 4 bulan masih belum baik. Nak pakai dan buka baju dan nak garu belakang memang sakit terutama tangan kanan. Dah urut dah macam yang disarankan oleh doktor , dah makan ubat dah dan dah habis dah ubat, sakit masih terasa.

Pagi tadi doktor bagi ubat lembut otot, vitamin untuk otot dan ubat sakit otot. Try tengok berkesan tak. Kalau tak baik jugak memang kena pergi jumpa pakar tulang . Dulu doktor suruh dah jumpa pakar tulang, saya yang malas. Kali ni tengok camne .


Jadi hari ni kena rehat lah nak biar otot2 lengan ni lembut , InsyaAllah.

18 comments:

suealeen said...

alahai kak Rina.. sabo je la.. take care of yourself. badan dah kasi signal (saya pun serupa, tp ignore lagi).

mom and MIL dua² ada penyakit camni. buat la apa pun. kata mereka, minyak pelincir (sinovia) sendi tu dah makin kurang. tak tahulah dalam kes akak ni.

moon said...

Kak Rina,
Semoga cepat sembuh yor :)

maklang said...

take care..jangan stress sangat ye...

Megat Amir Danish said...

semoga cepat sembuh yew..
amin,,,

Kak Elle said...

Kan saya dah kata di bawa berehat...hehe...semoga cepat sembuh:)

KAMATO said...

moga segera sembuh

PINATBATE said...

jgn buat kerja byk sgt kak..rehat lah

silversarina said...

suealeen,

Taktaulah apa penyakitnya. Ni bukan kat sendi tapi kat lengan itself.




moon,

Doakan ye, Terimakasih.




maklang,

Tak stress pun, itu yang duk tanggung lama sakit :)

silversarina said...

danish,

InsyaAllah. Thanks.





kak elle,

Hari ni pergi jugak jogging 2 laps je , pastu terus pergi klinik.. hehehe.

silversarina said...

kamato,


Memang rehat betul hari ni sebab sakit .




pinatbate,

Tak buat keja pun hari ni, relax sampai petang.

aNIe said...

Rehat lh rina...harap2 otot2 tu akan lembut....

Take care...

HAFIZ said...

semoga teacher cepat sembuh...amin.

JHaZKiTaRo said...

byk2 berehat.. jgn gerak byk2 k.. insyaAllah nanti ok laa tu.. get well soon..

cikMilah said...

take care kakRina.. go slow...hujung bulan ni ramai anak dara boleh tolong urutkan..Sabar ya..

silversarina said...

anie,

Dah rasa ok sikit tangan ni, tapi masih terasa sakit kalau angkat tangan ke atas.





hafiz,

Syukran ya akhi .

Hafiz pun jaga diri baik2 ye di sana.

silversarina said...

jhaz,

Dah duduk rumah sehari, memang 'gatal' nak keluar tapi pagi ni keluar makan je ... kurang dah sikit sakitnya Alhamdulillah.





cikmilah,

Semalam suruh anak dara kecik tu tolong urut kaki , nak suruh izat dia genggam je dah sakit sangat , belu urut lagi, tangan keras macam besi :)

kakyong said...

kak rina,
semoga cepat sihat..
makbonda saya pulak selalu jd sakit kebas2 kaki & tgn.. kdg2 jd cramp..
kdg2 tak leh gerakkan jari..
dah g spital, tp doktor bg ubat apa ntah saya pun tak tahu.. mak kata bila makan jd fenin plak..
hmm, nak bawa g pakar, kami plak yg tak de budget...

silversarina said...

kakyong,

Doktor tanya jugak akak kalau ada kebas , akak tak kebas cuma sakit dn keras dalam lengan tu. Ni dah ok banyak, kalau boleh baik tak payah pergi jumpa pakar tulang .