Friday, June 19, 2009

Masih jauh lagi perjalanannya......

Nampaknya tak de sapa yang teka dengan tepat gambar yang saya letakkan dalam n3 lalu. Sebenarnya ia adalah gambar nangka yang busuk dan berlubang di luarnya. Sengaja saya letakkan gambar yang tidak boleh di enlargekan...hihihi.

Pagi tadi saya dan Mimi ke airport Kuantan hantar Darling balik kampung arab dia. Sebulan lagi baru jumpa balik InsyaAllah. Ni dia dah dalam perjalanan dari Singapore ke Abu Dhabi ( dia naik Singapore Airlines ) . Jumpa lagi InsyaAllah.

Lepas balik dari Kuantan saya terus ke sekolah Mimi untuk sign buku rekod Mimi untuk exam semester pertama sebelum cuti baru ni. Alhamdulillah MImi dapat no 2 , 1 markah je lagi untuk dapat no1...frust jugak dia sebab dia target dapat no1, dah tak de rezeki . Semua 12 subjects ( 5 akademik dan 7 subjects agama ) dapat 12A , Alhamdulillah.

Apapun saya doakan agar Mimi terus kekal cemerlang dalam pelajaran InsyaAllah. Baru tahun 1 dan semester 1, masih terlalu jauh lagi perjalanan nya......

Malam ni tido dengan Mimi je sebab Izzat tido di sekolah, ada program sekolah, lepas subuh esok baru dia balik .




Selamat berhujung minggu. Bagi yang berjalan minggu ni renungkanlah gambar dan pesanan yang saya snap di Medan baru ni.

15 comments:

Kak Elle said...

oh tokdaddy dah balik ye?tinggal lah bertiga lagi ek...tapi tak lama cukup satu family kan kan kan...hehe

Neeza Shahril said...

sebelum baca entry ni, neeza tengok gambar kat bawah. Neeza nak teka buang macang busuk.. salah rupanya.. nangka rupanya hehehe..

Tahniah Mimi.. pandai nya dia.. dapat 12A. Alhamdulillah.. ada harapan jadi macam Kak Sofi dan Kak Maya ni.. Insyaallah..

Abang dah balik kampung ya kak? Neeza pun nak balik kampung gak.. 2 hari lagi.. Insyaallah..

JHaZKiTaRo said...

congrats buat mimi.. 12A.. hebat tu..

zino said...

tahniah mimi... apa hadiah mummy bagi? hehe

moon said...

12A!!! pandainya mimi...tak payah kak rina nak pening-pening kepalas...bestnya kak

aNIe said...

OOh!! darling rina dah balik ke arab ye...takpelah...bulan dpn dpt jumpa lagi...

Tahniah buat Mimi...cerdik sungguh Mimi dalam pelajaran...semoga mimi akan terus cemerlang...

silversarina said...

kak elle,

Ha ah ...tak lama dah nak ramai dalam rumah ni :)




neeza,

Selamat kembali, jangan tak datang rumah tau , akak pun akan try lawat neeza di Bukit Kuang ye :)

silversarina said...

jhaz,

Alhamdulillah Mimi dapat ikut pelajaran dengan baik... darjah satu memang semuanya senang :)




zino,

Tak beli apapun,semua dah belanja di Medan ..hehehe.

silversarina said...

moon,

Alhamdulillah akak pun tak sangka dia boleh jawab dengan baik .





anie,


Bulan Ogos hubby balik cuti dan InsyaAllah anak2 dara saya pun ada masa tu, almost full house masa tu, InsyaAllah.

maklang said...

tahniah mimi dapat no. 1

tak pe...ogos tu kejap aje sampai nanti...

take care ye!:)

Cat Cat said...

Oooo, nangka busuk rupanya... Hehehe. Kalau nangka tak busuk, mau ya di-angkut balik, eh..??

KAMATO said...

harap mimi boleh kekalkan prestasi itu sampai bila2

kakyong said...

Tahniah utk mimi...
saya tak sempat dgn n3 teka gambar tu...

silversarina said...

maklang,

Mimi dapat no2 lah.. InsyaAllah nak cuba dapat no 1 semester ni .Doakan ye.




cat cat,

Mulanya memang nampak macam kepala orang , nangka rupanya :)

silversarina said...

kamato,

Kami semua pun harap begitu jugak, InsyaAllah. Terimakasih.




kakyong,

Thanks .. tak pe nanti kalau ada gambar nak diteka lagi boleh cuba teka ...hihihi.