Monday, May 19, 2008

kawin dan kenduri...

Busy , busy , busy.. malam je cepat dah masuk tidur..letihnya rasa, setiap siang tak duduk rumah dan hubby pulak setiap malam ada jamuan di surau dan rumah ahli surau ( kebetulan banyak cuti minggu ni ) .

Bila disiapkan list gerakerja untuk kenduri baru tau kenduri kecil pun banyak perkara kena dibereskan sebelum kenduri itu berlangsung .

Semalam pergi Kuantan lagi cari bahan-bahan hiasan kenduri dan pembalut doorgitfs untuk para tetamu .

Walaupun begitu sempat lagi JJCM petang tadi, kami ke geliga makan otak-otak dan satar serta pais ikan, fullhouse sebab pelancong dari KL memenuhi ruang restoran..dapat jugak meja kosong .

Kami jugak sempat singgah membeli hadiah bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga sempena cuti sekolah tak lama lagi termasuk rakan karib sofie, syuhadah yang akan berkahwin 25/6 nanti . Petang tadi ingat nak ke rumahnya untuk sampaikan hadiah sebab kami tidak dapat hadir nanti sebab akan bercuti di kampung, tapi tak larat nak keluar rumah lagi. So, esok pagi saya nak membusykan diri nak intai persiapan perkahwinannya dan saya bagitau sofie yang saya nak busybody lihat baju pengantin syuhadah dan saya doakan agar bapanya yang masih lagi di dalam wad kerana kencing manis akan dapat meraikan majlis perkahwinan anaknya, InsyaAllah.


Dua tiga hari ni mimi telah boleh menerima untuk membawa gelaran "maksu" kepada bakal anak saudaranya nanti dan saya akan gunakan gelaran "wanmommy" dan hubby akan jadi "tokdaddy " untuk cucu saya kelak ... tak sabar nak jadi wanmommy... mimi dan izzat suka sangat dengan gelaran kami tu....

Selamat bekerja kembali setelah cuti yang panjang buat sebahagian besar blogggers.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++



(baru diedit jam 9.30pm )


Disebabkan terlalu busy ke sana ke mari saya baru je tau yang maklang masih di dalam wad ( saya called dia last Friday, dia kata dia akan discharge Sabtu tu, so saya taklah call dia lagi lepas tu dan tak contact dan tak masuk blog dia ( dan jugak blog orang lain sebab busy dan letih ) . Baru tadi saya tau yang dia masih warded dan akan menjalankan pembedahan untuk sakit belakangnya dalam masa terdekat InsyaAllah .

Sama-samalah kita berdoa agar maklang berjaya menjalani pembedahan tersebut dan akan kembali sihat seperti sediakala. Semoga maklang tabah dan sabar dengan ujian dari Allah . Kami semua sayangkan maklang dan kami mahu maklang kembali cergas dan sihat dan boleh kembali memasak pelbagai masakan, menjahit pelbagai sulaman dan yang penting sekali bersama kembali ceria di samping suami , anak-anak dan keluarga tercinta . AMIN .

20 comments:

Anonymous said...

Salam wanmommy, glamour gitu! Kalau ummi nak ciplak nanti ok tak rasanya?

Bestlah.. happy2 kenduri and buat preparation...

zino said...

sibuk nak buat kenduri juga ke? semuga semua nya berjalan lancar..

silversarina said...

ummi365,

wassalam... rasa best pulak nak guna gelaran wanmommy :P




zino,

buat jugak nak raikan pengantin lama dan keluarga besan , rakan-rakan di sini pun nak kenal pengantin .

Kak Elle said...

hohoho..wanmommy ye? abih nak panggil apa ye?hehehe

sama2 kita doakan kesihatan maklang ye rina semoga surgery yg akan di lalui berjalan dgn baik.

Kak Elle said...

sorry abeh nak panggil saya apa ...salah typo di atas...mata dah ngantuk:)

maklang said...

Tahniah...Wanmommy dan TokDaddy!:)

Terimakaseh kerana mendoakan maklang ye...Moga2 diberi semangat olehNya dan ketabahan menghadapi segalanya dengan mudah...InsyaAllah maklang akan baca doa2 tadi...InsyaAllah...

Anonymous said...

salam akak

emm musim kenduri kawin da pon tibe eik? sume yg terlibat mesti penat nak handle majlis cam gini... tapi itu la kenangan yang takleh dibeli huhu... harap akak berjaya menguruskan kenduri tu... :)

>> manje pon doakan maklang selamat dan cepat sihat

SoFie NuR said...

nk panggil yg glamor2 jer....ish3...

Anonymous said...

wah wah, nmpaknya dah tak sabar lagi wanmommy ni nk sambut menantu gebu tu...nnti post gmbar banyak2 kat blog yerrr...rindunya gulai kenduri kawin.

KAMATO said...

semoga maklang tu akan menjalani pembedahan dengan selamat

YuszTieY said...

salam..
satu pengalaman baru mase mula2 baru dapat gelaran maksu...mesti mimi terujakan...saya dulu camtu la...sukaaaa sgtttttttttttt

tokmommy n tokdady..ok gak tu yer..canggih gitu...

Zareda Norman said...

beskan nak sambut cucu.. zar ni baru dapat cucu saudara pun dah rasa seronok sangat.. apatah lagi nanti nak sambut cucu sendiri..

setakat ni cucu zar panggil zar opah dan panggil hubby tok uncle..

blackpurple @ jowopinter said...

Salam kak Sarina.

Cuti sekolah minggu hadapan bertambah sibuklah lagi, kan? Maksud saya 'kahwin dan kenduri'...

mama said...

wow wanmommy ye hahahhah
nenek siber n bloger la katakan...
kalau saya esok tak tau la nak panggil hape pulak.
nampak macam sedap la ketupat sotong tu... macam mana nak buat ye kak ina?
bagi la resepinya... saya ni tak pernah pun makan ketupat sotong tu.

Anonymous said...

lupa nak tanya ...
bila kak ina hubby n anak2 nak jalan KL?

silversarina said...

kak elle,

wanmommy milik I dah, akak boleh guna groovynanny...ok tak ???

InsyaAllah maklang will be okay .




maklang,

Tak sabar lah pulak nak jadi wanmommy.


Take care and be calm...everything happens atas kehendakNYA jua.




manje,

kenduri rumah akak julai nanti tapi persiapan kena buat bereskan bulanni sebab nanti hubby akan balik uae semula dan akan balik masa kenduri nanti .

silversarina said...

sofienur,

mestilah glamour, taklah rasa tua sangat makngah sepiah ooiiii :P



suweileh family,

lambt lagi..julai nanti baru kenduri...nanti tangkap gambar biar puas orang jordan lihat..take care !!




kamato,

InsyaAllah selamat dan sihat maklang hendaknya.

silversarina said...

yusztiey,

mula2 mimi taknak maksu, dia nak suruh panggil kakak je, entah macamana dia excited pulak nak dipanggil maksu.. best kan.



zareda,

oooo dah jadi opah dah... opah muda..akak pun belah suami dah ramai cucu nya, belah akak belum lagi, tu yang seronok semua nak menanti cucu pertama dan kedua( anak sedara kawin lebih kurang sama masadnegan anak akak dan sekarang pun tengah expecting) .



blackpurple,

cuti sekolah ni sibuk kenduri orang lain kawin..kenduri rumah akak Julai nanti , nak jemput bp tunggu nak confirmkan tarikhnya dengan besan... selamat bercuti.



mama,

ketupat sotong tu akak pandai makan je, buat tak pandai dan tak tanya pun resipinya..hehehe.

cuti ni jadual balik kampung dah penuh.lain kalilah pulak berjalan ke KL nya :P

Anonymous said...

ye la kak ina... lain kali kita jumpa yer. jadual saya pn penuh jugak cuti sekolah ni sampai terpaksa hantar anak balik kampung.

silversarina said...

mamazahra,

ha betul lah mama dan baba ni sefamili... selamat belajar di musim cuti :)