Saturday, May 17, 2008

Sukan dan sotong candat




Jumaat yang juga busy dengan aktiviti bersama keluarga . Pagi Jumaat kami ke dewan sivik menyaksikan temasya sukaneka sekolah mimi . Sukan tadika yang terakhir buat kami kerana rasanya mimi adalah anak bongsu kami. Segala keseronokan dan keceriaan di hari sukan tadika akan hanya menjadikan kenangan selepas ini . Jadi pastinya kami tidak melepaskan peluang ini.


lumba tapi makan slow motion, kupas kulit pisang pun tak berapa tau sebab selalunya saya yang buat....

Mimi teruja sejak malam lagi dan dia mengambil bahagian di dalam acara passing belon, lari ikat kaki, isi air dalam botol, memancing ikan, IQ challenge , makan pisang healthy snack , bowling dan susun botol. Semuanya adalah acara berkumpulan dan mimi dalam rumah merah@ satria. Ada yang menang, ada yang no 2 , 3 dan akhir dan keputusannya adalah tempat ke 4 ( akhir ) secara keseluruhan. Mimi kata rumah dia nombor 4 dan saya tak sebut tempat terakhir ( kalau sini panggil nombor bong ! ) sebab kalau kata nombor bong mesti berjuraian airmata . Hadiah diberi ikut keputusan keseluruhan dan bukan acara individu.





Kelakar pun ada serabut pun ada bila ramai kanak-kanak yang sukar dikawal , tambahan ruang dewan yang tak berapa besar , apapun inilah kanak-kanak, lagi bising dan serabut lagi meriah.








Darling hubby ambik bahagian dalam acara meraut lidi sate , tak dapat hadiah pun sebab 'tak dapat nombor '. Hadiah cabutan bertuah yang belum pernah bertuah pada kami kekal begitu juga, masih tak bertuah, huhu.




Sebelum pulang mimi serahkan hadiah hari guru kepada semua gurunya ( 8 orang ) . Selamat hari guru . Terimakasih.








++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Petang kami kampung mak cili atas jemputan teman lama suami yang baru balik mencandat sotong malam sebelumnya dan dia mendapat 15kg sotong( sekarang musim mencandat sotong di sini ) . Kami dihidangkan dengan mee goreng basah berencah sotong segar, sotong bakar cicah sos cili dan yang paling sedap adalah ketupat sotong yang memang tak terdapat di Ipoh dan Tampin. Saya pernah makan ketupat sotong ni sekali tapi dulu saya kurang gemar rasanya dan baunya yang hanyir tapi semalam disebabkan yang buatnya adalah mak kawan kami tu, rasanya memang amat sedap, tak de bau hanyir langsung , sedap hingga mimi pun habis makan seekor . Ketupat sotong ni ialah pulut disumbat dalam badan sotong dan dimasak dalam santan . Sedap tambah dengan sotong yang amat fresh.



amboi, tak nampak orang makan... memang sungguh sedap sotong segar baru dicandat






Seelum pulang kami dipelawa untuk bersama mencandat sotong sebab katanya tak mabuk sebab candat dari atas kapal besar , tak terasa atas kapal sebab macam hotel katanya tapi kami menolak sebab masa pun tak mengizinkan untuk kami melakukan aktiviti itu . InsyaAllah tahun hadapan kami ingin juga merasai pengalaman mencandat sotong.


sotong bakar, dah nak habis baru teringat nak ambik gambar...



ketupat sotong..eemm..... sedap....

Itulah kisah kami semalam. Pagi ini ada gotong royong cegah denggi gabungan penduduk perumahan kami, jabatan kesihatan, pihak pemaju perumahan , PDRM dan MPK tapi lelaki sahaja yang terlibat. Sebab itu saya boleh update blog ni... cik abang pun dah keluar join gotong royong... ok, nak buat kerja rumah kejap ye..... selamat berhujung minggu .

23 comments:

maklang said...

maklang pernah jugak makan sotong sumbat dgn pulut tu...tapi tak gemar..manis! Tapi tak tahulahkan mungkin lain pulak yang kawan rina buat tu!

sedapkan sotong fresh..bakar cecah air asam...hhmmmm...bila nak makan ni...

silversarina said...

maklang,

I pun baru makan kali ke 2 sotong sumbat ni, yang semalam tu memang sedap tak macam yang pertama kali dulu, memang tak berapa mahu masuk tekak sebab hanyir.

Sihat betul nanti boleh ajak paklang candat sotong dan makan atas kapal jugak sotong tu, lagi sedap.. I memang berhajat nak mencandat tapi not this year, tak terkejar masa dibuatnya.

Semoga segera sembuh, InsyaAllah.

victoire said...

waa.. lame tak main sukaneka ni. hehe
dulu selalu ikut hari keluarga ofis abah ngan mama.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Sedapnya sotong... Kalau goreng dengan tepung, pun sedap jugak, kan..??

silversarina said...

k-riey,

sukaneka memang best dari sukan biasa, mainannya boleh macam-macam dan ceria.



cat cat,

Memang sedap sotong celup tepung cicah air asam , kalau Robert lalu mesti cath tak sedar dah.. hehehe.

Kak Elle said...

rayabtahun lepas kami ke rumah doc Adah dia jamu nasi dagang tapi saya tak minat lansung ada cuci mulut sotong pulut tu my friend makan kata dia manis makoi...

selamat beristirehat Queen Sarina ye:)

CikguZue said...

best nyerr...
slalu tgk kat tv.
slalu dgr cerita kengkawan pasal candat sotong ni...
tp x pernah dpt masa sesuai nak gi...

SoFie NuR said...

mimi...mimi...berangan je nk hadiah besar...last2 no. bong...huhu...

bestnye sotong tu...yummy...

Anonymous said...

Ummi suka sotong isi pulut.. tapi yang mak buat tak manis, savoury dan berempah...

cendawanintim said...

akak,

wah, sedapnyer sotong sumbat tuh...nak suh mak buat gak nih...kena carik pulut dah nih..

silversarina said...

kak elle,

nasi dagang sedap tapi takleh makan selalu, sotong sumbat pulut ni memang dessert tapi semalam tu tak manis tu yang rasa sedap , anuar kata pernah dia makan yang manis memang tak lalu nak telan.


tak rehat , ada je programnya :P



cikguzue,

balik nanti kalau masa lapang musim candat bolehlah cuba mencandat sotong, kalau bot kecil memang mabuk kalau tak biasa ke laut.



sofie nur,

mimi ok, orang lain yang tak ok, so kalah, mujur semua dapat hadiah, dia tak kisah sebab dia memang cepat buat bila giliran dia.

silversarina said...

ummi365,

kalau tak manis memang sedap, dulu I takut nak makan sebab cuba 1st time memang tak sedap.



cendawanintim,

ish ish kalau dekat rumah boleh lah akak rasa ketupat sotong mak you pulak :P

mommy said...

teringin nak tengok mimi lari kedek2..
emm teringat waktu tadika dulu pertandingan pakai baju..cam mimi makan pisang tu slow motion je sbb salunye mama yang buatkan..
takpe mimi, kite gang!!

silversarina said...

princess,

rasanya mimi lagi kuat dari you, lembik jelly...ha ah kan terkial-kial pakai baju....hehehe.

Aiyah Nonya said...

Sotong Bakar - Yummy
You manage to take quite good pictures of your girl. I cn't seem to get any good shots during sport's day

Abang Long said...

Salam hormat. Dahulu kala, bila masuk restoran makanan laut, pasti pesan sotong goreng, tapi itu sudah tinggal kenangan.

zlaa said...

Candat sotong? Bestnya. Nak cuba-lah nanti. I suka sotong goreng tepung. Sotong bakar kurang gemar sebab rasa liat sikit.

YuszTieY said...

salam
sedapnya sotong sumbat..my peberet tu...lagi manis lagi sodap..hehehee..tapikan kalau beli sotong jarang dapat masak sumbatnya coz kat umah ni boss lobih gomar masak sambal tumis...huhuhuuu..

kak..bz2 pun jaga kesihatan yer

teringat zaman tadika dulu la tgk mimi main sukaneka..

Anonymous said...

Salam Kak Rina,

Sotong candat...first time dengar ni, sama dgn sotong sumbat ke ye? Tapi rasanya sotong sumbat tak letak santan..ke yg ni versi Trga'nu Kak Rina.
-Faruha-

david santos said...

Excellent...Silversarina, excellent...
Have a nice day

Unknown said...

so very nice...:-) i suka sotong bakar...rasanya 5 kg pun boleh habiskan...ehehehe.

sotong masuk pulut?? errrrr belum try lagi.

satu lagi masakan kegemaran saya - masak sotong dengan dakwat dia tu masuk serai...hehehe..tapi selalunya kita guna sotong kecil2 jer.

silversarina said...

aiyah nonya,

Sotong di sini memang fresh pada musim candat ni... if you come boleh pergi candat sotong jat tengah laut.

That telematch was carried out in a hall, so parents were so closed to the kids, that's why I got a chance to snap those pics :P




abang long,

InsyaAllah sotong akan setia menanti.



zlaa,

kawan yang jamu we all kata sotong baru naik dari laut kalau goreng liat, kalau bakar baru sedap, tapi memang tak liat langsung sotong tu, I pun baru tau petua nya . Sotong celup tepung memang kaw kaw.. faveret kami tu :)

silversarina said...

yusztiey,

Oghe kelate meme berahi hok manis leting ..hehehe.


sambal tumis sotong memang sedap, makan pulak dengan nasi lemak...fuhhhhh .



faruha,

sotong candat tu sotong yang ditangkap guna alat candat ( tangkap seekor-seekor dari laut yang terkenal masa musim nya macam sekarang ), sotong pulut tu memang hanya orang terengganu dan kelantan je yang tahu, disumbat dalam sotong dan dimasak bersama santan, datanglah ke pantai timur boleh rasa sotong ni :)


david santos,

thank you for dropping by !!



pakpayne,


sekarang memang tengah musim candat sotong, bakar masa fresh...uhhh sedap .


sotong serai tu tak pernah makan lagi.