Wednesday, September 3, 2008

3 Ramadan..

Salam Ramadan buat semua.

Pagi ni nak cerita kisah bukan berkaitan Ramadan tapi ada kena mengena jugaklah.....

Masa kami tiba di Chiang Mai, Thailand awal bulan Ogos lalu, kami disambut oleh si gadis manis berpakaian tradisional Thailand dan dikalungkan rantai bunga oleh si gadis manis . Lihat saja gambar di bawah, tersenyum darling saya diapit si gadis manis , nasib baik tak melayang kopiah . Memang gadis tersebut amat cantik , ayu dan manis dan menggunakan kecantikannya mencari makan. Dia dan seorang jurugambar siap sedia menyambut setiap pelancong yang tiba dan sebelah malamnya gambar-gambar tersebut berserta frame yang cantik telah pun siap dan tiba di hotel lobby untuk sesiapa yang ingin membelinya. Siapa yang tidak mahu , tentu sahaja laris sebab bukan mudah untuk bergambar dengan gadis Siam yang cantik.





Bulan puasa ni kaum lelaki terutamanya kenalah menahan pandangan agar tidak terpandang apa-apa yang mengurangkan pahala puasa dan bagi kaum wanita pula jagalah kedudukan kita semua sebagai wanita muslim.......




Ini pula petikan metro ahad yang ada gambar mimi yang saya tangkap dan apa yang pasti gambar tu diambil dari blog saya sebab orang lain tiada gambar tu...
Selamat berpuasa buat hari ke 3. .....

18 comments:

Ajzie said...

Gambar mimi buat apa tuh kak rina? Ajzie terlepas entry itu rasanya.....

haundem said...

gmbr diambil dgn izin @ tak?

salam ramdhan,salam ziarah:D

Mak Teh said...

Gambar dengan pompuan siam tu Darling youkah? Kalau camtu rasanya mak teh tak nak bawa Pak haji ke Chiangmai.

Mimi dok buat apatu?

Sya said...

Selamat Berpuasa utk Rina juga

Neeza Shahril said...

kak Rina.. orang tu ambik gambar dari blog kak RIna kan.. takde credit ke?? hehee.. kena claim tu hahaha!! jahat betul neeza ni..

kat sini, Neeza syukur sangat sebab dugaan perempuan tu sangat minimal. DI tempat kerja, memang takde sorang pun pompuan.. receptionist pun lelaki.. kalau di Malaysia, dugaan besar kan..

btw, memang comel lah gadis thai tu.. nasib tak melayang kopiah hehee..

Neeza Shahril said...

baru perasan komen mak teh.. hehe.. neeza pun tak nak gi chiang mai lah hahahaha!!!

Kak Elle said...

adoi tokdaddy amek gambar ngan si cantik manis..betul tu nasib baik kopiah tak terbang...hehehe

takpe lah dgn sesiapa yg curi gambar dr blog tu skg mimi dah famous :)

maklang said...

maklang tertinggal ketapi...mimi buat apa tu???

zlaa said...

Salam Ramadhan kak Rina. Sini dugaan perempuan seksi sangat hebat. Terjojol semuanya.

I notis ada hari tu kak Rina tutup blog, hanya utk invited reader sahaja. Mesti mood swing tu.. He he, nasib baik kejap je, kalau tak, kempunan nak baca blog Kak Rina. Blog yang wajib lawat.

zino said...

lepas ramadan nanti datang sini lagi nak tengok gambar gadis siam tu hehe

silversarina said...

ajzie,

selamat kembali .

mimi tengah masuk air dalam botol guna span, acara masa sukan sekolah dia mei lalu dan gambar ni akak yang tangkap dan letak dalam blog, adalah reporter mana yang berkenan ambik gambar ni letak dalam paper :P


haundem,

tak de pun sape2 mintak izin, blog pun open untuk semua , so sesiapa saja boleh ambik gambar atau apa saja , kalau domain kita bayar tu bolehlah jugak nak saman ke ...salam ramadan buat haundem.



mak teh,

makteh kena kepit pakaji siap2 masa kat epot chiangmai...hehehe.

mimi hari ni tak pergi sekolah sebab malam tadi dia muntah sebab gatal tekak tapi tetap nak posa jugak.

silversarina said...

sya,

semoga ramadan ini yang terbaik buat kita semua.



neeza,

blog yang free , so sapa2 boleh ambik apa2 dari blog kita.

senang jugak kalau tak de perempuan berkeliaran sebab memang perempuan ni ada yang jenis suka tayang body , menggoda iman.

sama macam makteh, kalau neeza bawa darling pegi chiangmai awal2 kena sekat dari dikalungkan rantai bunga melor tu dan dalam gambar berdiri cepat2 sebelah gadis manis tu , taklah dapat darling nak duk sebelah sicantik, memang kulit dia halus dan cantik betul , mek siam yang jelita.

silversarina said...

kak elle,

jangan teringat rindu pada mek siam tu dahlah tokdaddy.

glamour kejap mimi tapi article camtu tak ramai orang baca :P,






maklang,

mimi tengah isi air dalam botol guna span masa sukan haritu, masuk paperlah pulak gambar tu :)



zlaa,

memang mencabar bila puasa masih dalam summer , kalau di jordan pun sama juga tapi taklah seteruk negara barat godaan seksinya.

akak tak invite sapa2 pun haritu, saja tutup sehari je pastu rasa tak bestlah pulak tak de gang bloggers :P



zino,

lebih best lagi lepas ramadan pergi jalan ke chiangmai dapat jumpa gadis manis secara live ... hehehe.

Unknown said...

silversarina :-)

seyum saya tgk gambar abg darling rina di sambut begitu olih pompuan thai tu.....tapi, begitu sekali creativity mereka untuk cari makan...!!


saya juga curios itu gambar mimi buat apa? dan saya juga selalu bersalah menggunakan gambar2 dari google search untuk posting saya. hehehe....so, ada masa tu mungkin terambil gambar kepunyaan org lain la kan.

**di sini, ramai juga pompuan barat / russian yang berpakaian summer style.... Tapi saya tak de jalan2 sgt, so tak der la byk godaan**
selamat!!!

Anonymous said...

Eh, bestnya gi Chiang Mai:)
Selamat berpuasa.
I baik kampung seminggu, puasa n terawih kat kampung for a change

SoFie NuR said...

Famous mimi skrg..jeles2..hehe

Mulan said...

salam ramadhan kak rina..

hubby saya berpuasa day 1-5 di bangkok kak rina..

silversarina said...

pp,

Tahun ni puasa dan syawal tambah ceria sebab hubby , zaid dan isteri ada di rumah, taklah macam tahun lalu, sunyi rumah , hanya saya, izat dan mimi je .

Russian lagi seksi , anak saya sofie kata memang diaorang habis duit mendandan diri agar nampak cantik dan seksi , kenalah pakai spek hitam bila keluar bulan posa ni..hehehe.

salam ramadan buat pp dan family .




hazia,

elok juga bulan posa berpuasa di kampung, dapat rehatkan body dan minda juga... selamat beristirehat bersama keluarga di kampung !!



sofie,

tak de penerbit drama datang cari mimi ..hehehe.



mulan,

Bangkok lagi bahaya , jaga-jaga :P

salam ramadan !!