Saturday, September 6, 2008

Genap setahun....

Salam Ramadan buat semua.

Semalam saya masak nasi tomato serta lauknya, ayam masak merah, kari daging serta acar timun. Saya juga buatkan bubur nasii udang untuk mimi yang batuk san sakit tekak. Dessert pulak makan yang semalam je, dadih strawberry dan lepat pisanga . Pastu masa balik dari Tunas manja saya singgah beli murtabak yang dari hari pertama mencari murtabak si'gemuk kurus'( taktau apa nama murtabaknya tapi penjual nya sorang gemuk sorang kurus ) yang memang sedap , semalam belilah jugak dari penjual yang tidak dikenali dan rasanya memang kurang sedap.Rasanya si 'gemuk kurus' tak jual atau menjual di tempat lain bulan ramadan ni.

Hari ini 6 September , genap setahun kami meninggalkan bumi Jordan. Pantas betul masa berlalu , sudah setahun kami kembali menetap di Kemaman dan genap setahun kami berpisah dengan jiran-jiran yang sungguh baik di Amman. Ummu Muaz , jiran di kiri dan Ummu Muhammad jiran di kanan adalah insan-insan yang takkan saya lupa sepanjang hayat. Ummu Muhammad yang tidak bekerja sering menghantar kuih muih arab yang dibuat sendiri dan memang sedap buatannya. Sayang saya tidak ambil kesempatan belajar buat kuih-muih arab tu tapi bila saya hantar kek dan kuih donut ,secepat kilat menantu Ummu Muhammad datang ke rumah untuk dapatkan resipinya. Masakan yang pedas tak pernah saya beri sebab memang mereka takkan makan. Pernah di hariraya anak-anak Ummu MUhammad , Salim dan Manal datang ziarah dan makan lontong yang saya masak di pagi raya, kesian saya lihat merah padam wajah mereka nak menghabiskan lontong tersebut dan bila raya sekali lagi mereka tak nak cuba dah masakan saya dan cuma makan coklat dan kekacang saja. Pernah kawan Izzat makan popia kecil berinti serunding , terus kepedasan dan kata popia tu panas / pedas macam neraka , kelakar betul .

Ummu Muhammad punya ramai anak dara yang cantik-cantik dan mereka selalu adakan parti dan memang anak-anak dara tu semuanya pandai menari. Saya masih menyimpan hasrat untuk bawa balik Manal untuk Izzat ( Izzat jarang baca blog, so dia taktau hasrat saya ni , kalau tau.... ) Saya nak jadikan Manal "Melayu ' , macamlah arab nak sangat orang Melayu...hehehe.

Ummu Muaz pulak ( bakal mak mertus maya ... jangan marah ye awak.. ) seorang jururawat yang kini bertugas di Kementerian Kesihatan Jordan , seorang yang amat baik dan sentiasa menawarkan pertolongan jika kami memerlukan sebab dia tau darling saya selalu tiada di rumah . Pelbagai ubat- ubatan ada di rumahnya dan pernah sekali saya terpaksa meminta bantuanya untuk menyuntik saya dengan ubat bagi menghilangkan rasa sakit akibat gigitan serangga yang tidak dikenal pasti sebab klinik tutup dan saya disuntik di bahangian punggung ( dapatlah jugak dia lihat punggung saya yang kecik molek ni ...hahahah ) . Pernah sahabat saya yang bersalin anak kembar di Amman dan tinggal seminggu di rumah saya semasa dalam pantang dan mengalami pendarahan , Muna/ Ummu Muaz yang ziarah dan mengajar saya cara menukar tampalan menutup kesan jahitan C- section rakan saya itu yang jahitannya terbuka sedikit. Anak-anak Muna semunya baik-baik belaka dan menjadi sahabat Izzat dan Mimi. Mula-mula anaknya Maram muda setahun dari Mimi memang kaki buli mimi tapi bila mimi dah pandai cakap arab, dia tak berani lagi buli sebab mimi lawan balik dan akhirnya mereka main tanpa gaduh lagi .

Saya riindu untuk ke sana lagi dan sudah pasti mereka di sana akan saya lawati untuk hilangkan rasa rindu. Masa kami bersalaman mengucapkan selamat tinggal airmata kami tak dapat ditahan-tahan hingga mimi dan maram berkata sesama sendiri , " mak awak nangis dan mak saya juga nangis ... " Ummu Muhammad memeluk saya sambil menangis seolah-olah tidak mahu melepaskan saya ..... InsyaAllah kita bertemu lagi suatu hari nanti.

Jika saya telah setahun berada di tanahair , beberapa bloggers lain juga rasanya ada yang juga sudah dan hampir setahun kembali ke Malaysia termasuklah Mamasarah UK ( terlalu lama saya tidak dengar khabar berita ) , Zakiah Dubai , Ajzie Germany serta Mulan Vietnam yang semuanya kembali ke Malaysia tahun lalu. Saya pasti mereka semua masih merindui suasana dan penghidupan di luar negara yang berlainan budaya serta citarasa .

Apapun kehidupan tetap diteruskan tanpa mengira di mana kita berada dan segala yang manis menjadi kenangan indah sepanjang hayat dan segala kepayahan dan kesulitan menjadi cabaran buat kita semua.

Selamat berhujung minggu buat semua.

18 comments:

mommy said...

yeaa comment pertama..hehe

rindu kan suasana kat jordan..walaupun kadang2 bengang ngan perangai arab nie, tapi rase aman jek..

p/s : bile la dapat jumpe balik ngan mak mertua saya tu??....^_^

silversarina said...

princess,

ramai yang baik dan ada juga yang jahat, nyampah kat petangai diaorang , serupa je macam orang malaysia, ramai jugak yang jahat .

Mak mertua tu ok je, baik , tapi bakal tunang tu nampak cam garang je , risau den :P

Kak Elle said...

oh dear maya dah first hari ni pulak:)khabar maya?

hmm...nasi tomato lawan yam masak merah mmg power sekali ..nak sikit ada lagi tak?..haha

sedeh membaca entry ni masa perpisahan di Jordan..sebak di buatnya.Insya'allah nanti Nov ni dpt bertemu..nak jumpa bakal besan arab kan...marah maya baca ni gak.

cikMilah said...

ehhh, nak masak nasi tomato jugak lah! Rasa sedapppp sangat bila kat Singapore dan kat Kemaman dok sebut-sebut ni..:)Terbau-bau...
Bagus kalau hajat kakRina tu tercapai...tapi ramai lah anak dara Melayu makan hati nanti...he he he ( flashback masa akak kat Indonesia, peniaga kata Izat hensem)

SoFie NuR said...

Wah..rajinnye masak..=P

mmg best suasana kat jordan..bile la nk smpai sane lg...

Neeza Shahril said...

kak Rina, neeza baru bercadang nak buat nasi tomato hari ni. Dah keluarkan ayam dan daging pun hehee..

sayu baca entry kak Rina ni.. neeza nanti kalau balik malaysia semula, mesti macam kak Rina juga.. walaupun sekarang ni macam bengang dengan perangai arab kat sini, balik nanti pasti ada benda yang dirindu.. especially bab keselamatan lelaki tak tengok aurat pompuan kat sini hehehe..

Mak Teh said...

OOO.... dah setahun ye? Betul kata sarina masa berlalu terlalu pantas.

Orang macam you tentu ramai jiran dan sahabat baik. Anak saya Lia pun telah berkata bahawa dia rindu aunty rina yang sangat baik hati!

Nak berbesan orang arab je ke? Orang melayulah lebih baik dari Arab. Heheheh!

mad redo1 said...

Salam Ramadhan buak orang Kemamang... mitok2 dilimpahi rahmat & keberkatan-Nya sokmo2...

mana-mana tempat yang kita pergi pasti akan memahatkan memori di cakera padat kita...

Unknown said...

:-) jiran itu ialah jiran...baik buruk mereka itu selalunya terpulang juga kepada kita. Sbb sarina seorang jiran yg baik - maka dapatlah jiran2 yang baik. Itu yg saya percaya....selalunya semua tu bermula dgn kita juga.

aha...gelak sakan saya baca tang makan popia kecil tu....hot like 'hell' ahaha....sama dgn kawan arab yg saya jemput ke rumah. sudah saya pesan dgn LiL jgn masak pedaas2....tapi bila pak arab makan---berpeluh !!!

begitulah...

pp

YuszTieY said...

salam wan momy...

selamat pose...wah222 sedapnay nasi tomato..nak cikittt

sedeyyyyy nak tinggalkan tpt yg byk sejarah n pengalaman...huwwaaaaa

silversarina said...

kak elle,

Masa nak pisah tu memang teramatlah sayu, bila dah terbang tinggalkan jordan rasa macam tak percaya.. november ni saya kemungkinan besar tak pergi jordan sebab asalanya pergi nak tengok cucu tapi cucu 'dah' ada kat sini tak jadilah... :P



cikmilah ,

alahai manalah arab nak muka melayu, saya je berangan sebab manal tu cantik dan baik pulak ... dah buat nasi tomato ... .hehehe.




sofienur,

tahun ni tak macam tahun lalu ,langsung tak masak, asyik kemaruk JJCM sebab baru balik , tahun ni memang nak makan yang fresh and clean , kalau nak beli pun dari kak nah yang bersih tu.

silversarina said...

neeza,

nasi tomato famous bulan posa ni , ni pengaruh kak elle lah .. hahaha.

walaupun perangai arab memang pelik dan menyakitkan hati tapi suasana dan ada insan -insan yang akan membuatkan kita sentiasa rindu , rindu untuk kembali ke sana lagi.




mak teh,

I pun rindu pada anak-anak pelajar di sana sebab memang lepas ni tak de peluang dah nak bergurau sesama mereka bila mereka dah mula bekerja langsung tak jumpa dah. Lia dan kawan2 tu memang I rindu sebab mereka tu ramah dan cepat mesra, I pun jadi tak kekok nak layan diaorang.

Kalau dapat arab yang baik , berbaloi tau makteh, cucu pun mancung hidungnya ..hehehe.

silversarina said...

madredo1,

Ramadan Kareem buat madredo1 di KT ... semoga kita semua diberkati.




pp,

Dalam pada jiran yang baik tu ada juga yang memang tak kenal langsung dan tak sudi pun nak lihat muka kita, bukan saja di tempat orang , di sini kemaman ni pun sama je , nasib baik jiran sebalah dan depan rumah baik dan boleh dipercayai, Alhamdulillah.



yusztiey,

haa ... sementara duk sana , enjoy your life, nanti dah balik, sure rindu kat pak2 arab ..hehehe.

akak rindu nak naik teksi berhimpit2 di cairo ,siap gaduh lagi pasal tambang :P

Cat Cat said...

Kak Rina,
Cepat sungguh dah setahun, kan..???

Aik, ingatkan orang Arab pandai makan pedas... Kat negara orang Arab, Cath nampak banyak rempah-rempah jual kat market... Ingatkan masakan orang Arab pun cam kita jugak... Pedas dan berempah...

maklang said...

mimi tu maklang cop tau...akim pun tak baca blog..tau dia mesti dia marah...ha..ha..

Zareda Norman said...

zar ingatkan pun arab suka makan pedas sebab masa buat umrah dulu, makan kebab dia, ada satu sos tu pedas Ya Rabbi.. meleleh air mata dibuatnya..

zino said...

jordon tu tak jauh kan hehe nanti bila cik abang tu cuti boleh le jalan jalan ke sana hehe

selamat meneruskan ibadat puasa..

silversarina said...

cat cat,

Arab di Timur Tenah seperti Jordan , Syria , UAE memang jenis arab yang tak makan pedas , rempah untuk masakan mereka pun rempah yang tak pedas. Arab di bahgaian selatan arab yang makan pedas termasuklah saudi, mesir, oman dan sekitar semenanjung arab .



maklang,

kira rahsia kita yang baca blog lah ekkk ... selamat bekerja di pagi ahad ini :)



zareda,

arab di semenanjung arab seperti saudi, yaman kebanyakannya makan pedas sebab cara pemakanan mereka dipengaruhi orang asing yang sentiasa ramai di sana sejak dari dulu, bagi arab di timur tengah seperti jordan, uae, syria , kuwait memang arab yang tak makan pedas dan mereka juga kurang makan nasi.



zino,

tulah kalau ada kesempatan memang akan ke sana lagi, InsyaAllah.