Monday, September 15, 2008

My Darling's Birthday !!


Salam 15 Ramadan buat semua.

Entry ini kena diletakkan juga walaupun saya masih belum siap projek Ramadan kerana telah 3 tahun darling saya tiada bersama kami pada tarikh 15 september , tarikh yang dikurniakan Allah kepada darling saya untuk melihat dan menikmati keindahan bumi ciptaanNYA disamping diberikan peluang menjadi sebaik-baik insan dan hambaNYA, InsyaAllah.

SELAMAT HARIJADI KE 43 !!!
Darling yang saya kenali sejak tahun 1984 dan kami membina keluarga bersama awal 1985 , seorang yang amat jauh perbezaannya dengan saya . Antara perbezaan ketara kami berdua :

* Darling berkulit cerah ..sejak bekerja di UAE , agak gelap sikit dah.

* Darling kurang bercakap , kalau kena gu nya baru laju bercakap.

* Darling bawak kereta perlahan buatkan saya mengantuk dan rasa nak tolong tekan minyak .

* Darling penyabar melayani karenah saya.

* Darling cepat dan senang tidur , letak je kepala , 5 minit lepas tu saya cakap sorang-sorang.

Cukuplah 5 perbezaan antara kami berdua... sekarang semua boleh tahu perangai saya yang berbeza dari darling sayaj .

Semoga darling saya terus dilimpahi rahmat dariNYA. Amin.

21 comments:

mommy said...

so sape yang pelik nie..
darling ke isteri darling?
hehe

HAPPY BIRTHDAY TO MY DARLING DADDY..!!..^_^

mama said...

salam ramadhan..
doa saya semoga darling kak ina panjang umur murah rezeki...

bila darling akak nk balik malaysia lg?

mesti rindu kan berjauhan...
kalau saya tak sanggup rasanya kak hehhehhehhe

Anonymous said...

kesemua ciri suami akak sama dengan suami saya. begitu juga kontranya...

HAPPY BIRTHDAY TO YOUR BELOVED!!

awal tahun 1985 saya baru darjah 1.. hehehe...

Sya said...

Selamat Menyambut hari Lahir semuga panjang umur dan murah rezeki

aNIe said...

Rina...semoga darling Rina akan dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...

Dan semoga jodoh rina & darling dikekalkan hingga ke akhir hayat...biar berbeza...asal bahagia...kan rina?

Neeza Shahril said...

Happy birthday to darling kak Rina.. muda lagi tu.. baru start hidup.. kalau ikut orang putih la.. 'life begins at 40'. hehee..

sorang kulit gelap, sorang cerah.. macam neeza ngan hubby la. takpelah tu.. at least kalau anak tu keluar berbagai color orang tak pelik. Ni kalau dua2 cerah, sekali keluar gelap.. orang mesti pelik hehehee.. tapi sebenarnya tak pelik pun.. kejadian Allah kan..

Kak Elle said...

Happy birthday yg ke 43 pada Anuar aka darling wanmommy...

tentang tak byk cakap tu saya tak setuju masa dia dtg rumah ramahg apa dia berbual dgn saya...hehee

Anonymous said...

happy birthday to abang nuar

maklang said...

selamat hari jadi kat darling awak...

moga panjang umur dan murah rezeki...

nampaknya..darling2 kita ni memang sama kot..letak kepala atas bantal terus berkeruh...ke kita orang pompuan ni banyak sangat berfikir kot..he..he..

Jingga Studies said...

laaaa sama ngan bday saya!!!!..happy bday to your husband ..semoga panjang umur and murah rezeki!

YuszTieY said...

selamat hari lahir to tok dady..moga sentiasa sihat n dimurahkan rezeki...

zino said...

selamat hari lahir kepada darling dia tu.. firstime zino jumpa dia hari tu dah boleh agak bagaimana orang nya..

semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan amin..

Cat Cat said...

Kak Rina,
Happi Birthday to your Darling ya...
Berbeza takpe asalkan sayang sesama diri, sudah cukup.. :)

cikMilah said...

Happy Birthday utk darling Rina,
apple and orange memang sekufu..:)

Anonymous said...

Selamat hari lahir utk Abg Nuar dari kami sekuarga.

Sastri said...

waaa... selamat hari lahir buat darling kak rina... semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat hendaknya...

kak rina, aritu cuba masuk, tapi kak rina tutup kejap ek...

salam ramadhan kak... :D

Hazia said...

Salam,
Gi UAE kulit gelap ya? Tapi Pak Arab tak gelap pun kan?:)
Selamat berpuasa.

silversarina said...

princess,

isteri darling lah yang pelik dan 'jahat'.. you know me... hehehe.



mama,

darling akak dah ada di malaysia, tu yang dapat sambut birthday sama-sama tahun ni.

salam buat semua.



suealeen,

species samalah tu husband kita , susah nak cari tu :P

boleh panggil akak makcik sebenarnya , hahahaha.



sya,


thanks . itulah yang kami semua harapkan, agar dilimpahi rahmat dari NYA.

silversarina said...

anie,

selalunya pasangan kita memang berbeza, tu yang ambik masa jugak nak kenal dan sesuaikan diri , macm akak , kami tak bercinta sebelum kawin, kenal hati budi lepas kawin, alhamdulillah dapat juga meredah ranjau duri selama ini .

salam ramadan.



neeza,

dulu akak lagi gelap, bila kawin , kakak akak pun kata macam tak sepadan sebab warna kulit berbeza, tapi sekarang hubby akak dah gelap, suntan banyak sangat kot.

dah beruban, kalau menggatal saja lah ..hehehe.



kak elle,

dia gu lah tu dengan akak sebab dia peramah dengan akak, kalau yang dia tak sesuai memang dia tak banyak cakap :P


entahsapentahni,

terimakasih... tak datang kemaman ke, jemputlah datang raya, kami beraya di kemaman je tahun ni, salam pada adik ye.

silversarina said...

maklang,

gang lah tu, nak tido tak payah fikir apa-apa , senang cerita , kita jugaklah yang masih nak memikir hal 'dunia' kita :P

harap maklang sihat.



jingga studies,

happy birthday to you !!

tahun depan bolehlah sambut birthday sama hubby akak :)



yusztiey,

terimakasih .

harap semuanya sihat di sana.



zino,

wah, pandai baca orang ni.. so dah taulah yang saya ni yang ' jahat' ekkk .... abang man dan kak tun tau peranai saya ....hehehehe.

silversarina said...

cat cat,

mula2 dulu payah jugak nak sesuaikan diri dengan perangai dia yang berbeza, lama2 dah tak kisah dah tentang perbezaan tu.

kisses buat budak comel berdua tu.



cikmilah,

terimakasih, dah bertahun masih dapat hidup bersama, ,memang sekufu , alhamdulillah.



suweileh family,

syukran !!

salam buat semua..miss you all so much .



sastri,


hari tu memang nak tutup dah blog, tapi tahan sehari je ...hehehe.

take care.


hazia,

arab musim panas gelap ,pastu musim sejuk putih balik, sama macam hubby akak sebab uae memang panas terlampau tak macam jordan dan syria yang orangnya ramai yang putih, kalau di uae memang arabnya ramai yang gelap , ada yang memang macam kulit badui dan india.

take care !