Monday, September 29, 2008

Semoga Ibu bahagia di hari mulia....

Salam 29 Ramadan buat semua.

Ramadan semakin hampir melabuhkan tirainya . Betapa begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita semua bersama 1001 pengalaman , pengajaran dan amalan , semoga kita semua dirahmati dan diberkati, InsyaAllah.


Pixel Code Graphics




Kami tidak beraya bersama ibu-ibu kami di Ipoh , Alhamdulillah kami sempat bertemu mereka minggu lalu. Ibu saya masih seperti dulu , saya mahu mengambilnya berpuasa di Kemaman dia menolak kerana dia nak pulang ke Ipoh berpuasa dan berhariraya. Mak masih kuat berpuasa walaupun pengurusan kendiri nya masih belum stabil ( dari segi kebersihan diri masih perlu diingatkan setiap masa ) . Saya sempat belikan beberapa jenis kuih raya kegemarannya dan dia juga sempat hadiahkan Mimi dan Izat duit raya . Saya gembira melihatnya riang disamping anak cucu ketika berbuka puasa minggu lalu.

Mak mertua saya yang sekarang ni juga tinggal di Ipoh bersama kakak ipar saya kini tidak lagi boleh berpuasa dan ingatan nya amat lemah. Dia tidak kenal siapa yang datang bertandang walaupun anak sendiri . Saya pun dia tanya beberapa kali siapa nama saya .

Melihat keadaan kedua-dua ibu dan ibu mertua benar-benar menginsafkan saya ...........

Ibu, Selamat Hari Raya , Maaf dan ampun anakanda pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ..... semoga ibu bahagia di hari mulia.

11 comments:

Kak Elle said...

sedeh membaca tentang ibu dan ibu mertua rina...macam mana agak nya kita bila sampai ke umur tu pulak dan di harap tidak lah..insya'allah.

Sudah 19 tahun saya beraya tampa ibu tapi doa kami sentiasa untuk nya..dan kali ni tampa bapak lagi...sungguh sepi rasa nya.

Anonymous said...

salam kak rina
raya thn ni kami tak blk krn jauh diperantauan...ibu saya dan ibu mertua masih sihat alhamdulillah....tapi ibu mertua dah berumur...dah 82 thn....kadang2 sayu jugak bila memikirkan....

Neeza Shahril said...

sedih neeza bila kak Rina cerita mengenai ibu-ibu kak Rina.. Walaupu mak neeza masih boleh dikatakan sihat, tahun ni tak dapat spend hari raya pertama dengan dia. Neeza dan adik perempuan balik rumah mertua sebab memang dah turn. Adik lelaki yang baru kawin tak dapat cuti - kena bertugas. Adik lelaki yang bakal kawin dan yang bongsu aje dapat teman mak neeza.. Yang bakal kawin tu pun nanti bila dah kena ikut turn, terpaksalah gilir2 jugak... apa nak buat kan kak.. semoga mak neeza gembira di hari raya ni..

RozIlah Kamarudin said...

Salaam,

My in-laws org Ipoh. Actually, my mom in law org Kuala before moving to Ipoh...

Another similarity sini eh??

Knape tak balik kampung?? Sedih dengar!

silversarina said...

kak elle,

Mak saya raya dengan kakak di Ipoh dan kami pun dah lebih 12 tahun tidak beraya bersama arwah abah. bapak mertua memang saya tak eprnah jumpa sebab dia meninggal masa Nauar masih sekolah . Kesian bila lihat mak-mak semakin uzur.

Semoag mereka yang telah ergi ditempatkan bersama roh orang beriman.

Al Fatihah buat yang telah pergi.



nurul,

Alahamudlillah 82 tahun masih sihat , tulah rezeki masing,masing mak akak 68 dan mak mertua 80 dan keduanya dah uzur.

Salam lebaran di perantauan .




neeza,

tak pe , kat mana pun sama aje, rumah mak atau mak mertua sama saja , mereka tetap ceria beraya bersama anak cucu.

InsyaAllah akak akan ziarah mak neeza masa raya nanti.



olie,


Akak orang manjoi, mertua rembau tapi kini tinggal dengan anak2 di meru height , Ipoh. Kami tak balik raya sebab menantu akak yang balik bercuti dari Jordan nak bersalin dah, due date nya awal syawal, tu yang balik minggu lalu jumpa ahli keluarga di Ipoh.

Mungkin kah kenal suami saya , dia lama di GPP dulu sekarang di UAE , anuar nordin .

Salam buat kalian semua di Mesir.

Kullu Am Wa Antum Bi Khair !!

ALAF21FC said...

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.

Shah CJ said...

salam kak rina..

sedih baca n3 akak. harap2 kita diberi kesihatan yg sempurna masa tua nanti.

namun mak mertua akak masih beruntung. ada anak2 yg ikhlas menjaga. tidak terbiar di rumah org2 tua. huhu

MOKCIK AZWA said...

Selamat Hari raya maaf zahir batin silversarina.

Tengah mencari2 resepi ringkas untuk cornflakes madu atas permintaan anak2. Tup2 terjumpa pulak resepinya di blog silversarina ini. Tengkiu very much.

Kalau ke Kuala Terengganu sudi2kan lah menyinggah ke rumah azwa.

azlanlin said...

Selamat Hari Raya AidilFitri daripada Azlanlin dan sekeluarga di Kluang, Johor

silversarina said...

alaf21fc,

SELAMAT HARI RAYA buat alaf21fc juga. Semoga ahagia di hari mulia.



cikgu jawe,

Mertua akak kena stroke 14 tahun lalu dan sekarang semakin uzur , kena statuon kat Ipoh sebab dia dah tak boleh travel jauh. Dengan kakak ipar serta bibik khas yang diambil menjaga mak, Alhamdulillah setakat ni mak dijaga dengan baik .

Salam ceria buat cikgu.




azwa ,

Cubalah resipi akak tu, paling simple dan pada kami semua paling sedap.

Selamat hari raya semua.

silversarina said...

azlanlin,

Kami juga mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin buat cikgu serta keluarga.

Semoga gembira bertemu sanak saudara di hari lebaran.