Wednesday, September 17, 2008

Silversarina Gifts Hut ........







Salam 17 Ramadan buat semua.

Bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana saya masih lagi dapat meneruskan ibadah puasa ke 17 yang juga merupakan hari Quran diturunkan oleh Allah sebagai wahyu terulung yang menjadi pegangan seluruh umat Islam sehingga bila-bila. Semoga kita semua melipatgandakan usaha ke arah menjadi redhaNYA.
Amin.




Nak cerita tentang projek Ramadan yang dulunya saya pernah melakukan dan baru-baru ini terlintas di hati dan fikiran saya untukmencubanya semula.

Silversarina Gifts Hut .... perniagaan dari kecil-kecilan yang saya sendiri cipta bagi memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang ingin memberi cenderahati kepada kakitangan serta pelanggan mereka khas sempena Ramadan .

Tahun ini oleh kerana saya memulakan operasi agak lambat ( sepatutnya sebulan sebelum Ramadan telah dimulakan usaha promosi barangan ) , saya pun tidak promote Ramadan Gift pack di banyak syarikat.



Jadi, untuk beberapa hari lalu , saya 'melekat' di rumah menyiapkan tempahan yang saya terima dan Alhamdulillah tempahan telah diedarkan semalam dan ada syarikat yang menghantar gift pack saya ini kepada pelanggan mereka di KL. Sesiapa yang menerima Ramadan Gift Pack yang ada terselit kertas kecil.... Silversarina Gifts Hut.... itulah hasilkerja tangan saya sendiri, all homemade packaging.



Bukan setakat Ramadan, Silversarina Gifts Hut juga sedia menerima tempahan Cenderahati untuk apa sahaja majlis .....harga bermula dari RM25 hingga RM250 sahaja..... ni nak promote business sendiri ............ sapa-sapa yang ingin membuat tempahan silalah hubungi .... silversarina@yahoo.com ...


Gambar paling atas adalah gambar kek harijadi darling saya, saja saya suruh tulis selamat harijadi Tokdaddy... memang dalam masa 2 minggu lagi kami akan dapat cucu InsyaAllah.

Gambar-gambar yang lain adalah projek Silversarina Gifts Hut , selain kurma ada juga berisi coklat .....


Jumpa lagi ......

21 comments:

Kak Elle said...

congratulations on silversarina gift hut:)
saya nak satu kotak yg penuh dgn isi sekali....hehehe

1st baby either 2 wks early or 2 weeks late....

Kak Elle said...

yeah saya 1st mesti ada hadiah kan kan kan?

silversarina said...

kak elle,

nanti saya pos hadiah sebagai pengomen pertama :P

semalam doktor kata kepala baby dah engaged 1 cm , so anytime lah cucuku akan keluar..cepatlah, cepatlah keluar.

maklang said...

tahniah..pengomen ke2 ke3 tak ada hadiah ke? he..he...

maklang seronok tengok orang meniaga ni maju...Halinaz's Cookies tahun ni tak berapa banyak tempahan...promosi kurang sebab tuan badan tak kuat sangat lagi...

tapikan...InsyaAllah ada projek besar jugak sometime in November...teruja betul rasa...

Neeza Shahril said...

wow!! tak sangka Kak Rina ni creative orangnya.. comel2 nya gift tu.. mesti orang yang terima tu suka sangat..
kalau neeza dapat pun, neeza suka ;)

sedapnya choc cake tuuu... :)

Anonymous said...

wah syoknyer.. dalam diam2 kata tak crafty tu ada project ya wan mommy.. bagus bagus.. maju kawan2 blogger semua..

Qaseh Bidadari said...

patutlah senyap..ade kojo ghuponyo...congrates kak!

mommy said...

comelnye kotak2 harta karun tu..
simpankan satu..hehe

SoFie NuR said...

wah..bisnes..rajin tul cik ina..=P

cikMilah said...

Kreative la...seronok kan, buat kerja artsy craftsy ni...nak pulak ada masyukkkkkkk..
Ki ki ki... tergelak saya Wan Mommy panggil cucu keluar...Beraya dgn cucu.. best tu kan!

cikdinz said...

cari rejki tambahan. bagus lah akak dah start meniaga kecil-kecilan ni. nnt leh jadi business woman yg berjaya...

Sastri said...

waaa... tahniah kak... semoga perniagaan akak terus maju...

sedapnye nampak kek coklat tu kak...

mama said...

wow kak ina memang hebat....
boleh buat giftset cantik macantu sekali..

kreatif jugak rupanya kak ina ni ye.
pandai cari duit tambah pendapatan ye... saya tak terfikir pulak... rasa nak join next year boleh?

bukak cawangan di KL nk? tahun ni saya ambil tempahan jahit manik baju je hehheheh

mama said...

lupa nak tanya...
dalam box tu berisi apa ye?

kurma aje ke?

Hazia said...

Wak Kak Rina, business... very enterprising. Syok tengok org meniaga, I pulak memang fail la bab business ni, hehe...

Ajzie said...

Kak Rina

Congratulations on silversarina gift hut tuh...... nak satu kotak boleh????? hihihi

NURAZZAH8 said...

Wahhh... tahniah di atas satu lagi kemajuan... semoga bertambah maju biznez cik Ina kita.

hurm..baby dah nak keluar ke? di seru-seru oleh wan mommy ...hehehe ..

seronokkan nak dapat cucu... alahai... anak I belum ada yang nak kahwin lagi...

hahaha...rasanya we all pun macam belum bersedia nak jadi 'wan mommy' dan 'tok daddy' !!!

silversarina said...

maklang,

hadiah pengomen telah ditutup...heheheh.

rasanya pelanggan maklang pun nak agar maklang dapat rehat , nanti ambik pesanan buat kuih takut sakit balik ... take care !!



neeza,

berniaga dari rumah dan ikut kemampuan sendiri, bila banyak order rasa teruk jugak tapi memang enjoy berniaga camni :P



ummi ,

nak menjahit dan memasak tak pandai, ikat2 reben bolehlah, lagipun korporat companies senang nak buat,semua nak yang paling simple, bukan macam buat hantaran , payah jugak nak reben dan bunga pelbagainya .



mama ranggie,

tak do kojo cari kojo,kena dapat order banyak, kelam kabut jugak dibuatnya, bila dapat cek...legaaa :)

silversarina said...

princess,

nanti balik tahun depan ma buatkan yang tresure chest sebab itu yang paling cute :P




sofie nur,

cik ina glamour lah katakan, bisnes pun nak yang glamour je :)



cikmilah,

dapat cek jualan memang best , ramadan memang bulan rezeki melimpah.

kalau dapat memang nak raya dengan cucu ku sayang :)



cikdinz,

akak ni tak pandai bisnes, yang ni sebab buat dari rumah dan contact kawan2 yang ada company sendiri, alhamdulillah .

silversarina said...

sastri,

Amin.

Kek tokdaddy tu kek ice cream, memang sedap .



mama,

akak ni tak de seni menjahit dan memasak, tu yang buat bisnes ni, dulu sebelum ke jordan memang pernah buat bisnes ni dan musim2 perayaan memang laku , alhamdulillah. buka cawanagn tempat lain rasanya lambat lagi tak layak lagi buat masa ni..hehehe.

dalam kotak tu ada kurmadan coklat ,. ikut pilihan pelanggan dan harga pakej.



hazia,

akak ni bab niaga memang fail jugak tapi kecik2 dan berniaga pada kawan2 bolehlah jugak :P



ajzie,

nak sekotak kena jadi pengomen no 1 macam kak elle..hahaha.



nurazzah,

thanks, bisnes I ni laku di musim perayaan je :)


memang tak sabar nak jadi wanmommy sebab dah lama tak de baby kat rumah ni.

Anonymous said...

Thanks for writing this.