Tuesday, March 31, 2009

Viva Sakura

Semalam saya dan darling ada urusan di Paka . Kami singgah sebentar di rumah sifu RE untuk ambik duit kutu dan sifu tak de rumah sebab keje tapi dia siap tinggalkan duit kutu dan ole-ole dari Bali, Thanks a lot dear !!

Villa sifu RE dari luar pagar , memang penuh seni dan really the sweetest home ever...


Kemudian masa on the way balik Kemaman singgah MM dan saya makan chicken chop dan darling makan mee udang penang . Sempat juga beli novel Viva Sakura.



Balik rumah terus non-stop 5 jam baca novel tu sebab sedap, berhenti masa solat dan dinner memasing tak nak makan nasi saya buatkan tuna sandwich . Novel kisah heroin Malaysian di Korea jatuh hati dengan mamat Korea .Masa baca tu terbayang macamanalah kalau maya alami kisah yang sama macam dalam novel..... dapatlah saya menantu mamat korea yang mata sepet tapi hensem ...hihihi.





ole-ole dari sifu RE sekembalinya dari percutian di Bali.... purple bag lagi ...I lap you maklang :)



Jam 9 malam saya sms Maya bagitau saya dah habis baca novel tu, dia pun jawab balik... ni kira kena virus mata sepet jugaklah ... tak pelah tapi tak lah sampai berhari2 tergendala urusan sebab virus tu...



Hari ni dah tak de buku baru nak dibaca .... jumpa lagi..... nak buat roti jala petang ni.... mailah singgah makan....

Saturday, March 28, 2009

Wajarkah??????????

Cuti hujung minggu hanya relax di rumah, memang malas nak keluar . Darling keluar ke pasar cari bahan untuk masak soto , saya masak soto je hari ni.

Hari ni nak bawa satu soalan pendek aje .


Wajarkah seorang wanita bergelar isteri mengadu masalah rumahtangganya kepada seorang lelaki lain yang sudah bergelar suami ?????

Pada saya tidah wajar.

Pada saya si wanita itu hanya mengada-ngada inginkan perhatian .


Cubalah fikir-fikirkan....

Wajarkah ?????????????

Thursday, March 26, 2009

susu unta

Sibuk sikit dua tiga hari ni , darling dah balik sini untuk bercuti .




Kali ini darling bawak balik se tupperware kuih arab palafil dan 4 botol susu unta .





Palafil dan susu unta tu sempat kami kongsi bersama beberapa orang ustaz dan ustazah yang pernah belajar di Syria yang tinggal berdekatan rumah . Lepas rindu mereka pada palafil . Susu unta ada yang pertama kali rasa seperti saya juga. Mula2 minum rasa macam sedap tapi bila terbayangkan wajah unta tiba2 susu jadi kurang enak . Boleh minum tapi setakat seteguk sekali minum.

Jumpa lagi , kalau saya tak berkunjung ke blog rakan2 sekelian ,maknanya saya busy 'bercuti' di sini.

Tuesday, March 24, 2009

virus ............ santai

Nampaknya minggu lalu ramai kawan-kawan bloggers yang mendapat jangkitan virus 'mata sepet ' . Semua melekat kat rumah sebab virus ni boleh berjangkit dan kalau dah dah dijangkiti memang tak boleh keluar rumah selagi belum benar2 sembuh .Saya pernah terkena jangkitan dari Maya masa di Jordan dulu . Memang terperangkap 2 hari 2 malam di rumah , tak keluar dan melekat kat dalam comforter . Keluar dari comforter hanya masa makan dan solat dan ke tandas. Rasanya ramai dah yang tau virus apa yang saya maksudkan sebab ianya merebak dari Singapore ke Malaysia , dari bukit tempatan hingga ke bukit antarabangsa... apa nak jadi ekkkk.....

Saya memang dah pulih dari virus mata sepet ni lama dulu, memang saya takkan biarkan diri saya dijangkiti lagi...serikkkkkkk......hahaha .

Itu kisah virus korean drama... saya nak ubah tajuk ni.....


Lama dah saya tak tonton movie terkini . Jadi minggu lalu saya suruh Izzat carikan saya vcd cerita terbaru yang diadaptasikan dari novel.. "Confessions of a Shopaholic " . Nak beli novel tu mahal pulak RM36 dan kena baca dan tentu lama jugak nak habiskan bacaannya dan kena bayangkan sendiri apa yang diceritakan. Baik tengok vcd, nak tengok kat panggung wayang memang dah berzaman tok kadok saya tak ke panggung wayang . Baik santai sambil tonton di rumah , lagi best .




Best kisahnya , kelakar dan penuh pengajaran buat saya yang suka shopping barang yang tak perlu ( sekarang ni kira dah kurang shopping , kalau dulu memang 'hantu' shopping ).

Kisahnya lebih kurang begini ......




Rebecca Bloomwood is a lovely redheaded young woman who loooooves to shop. I am not talking about the reasonable kind of love where she goes monthly or even weekly to see what's new at her local boutique. I am talking about an addiction as powerful as any drug out there. When she walks past a store, the mannequins talk to her and convince her that this, only this, particular item has the power to make her feel better, more attractive, more alive. She shops using 12 credit cards, including her Gold Card, which is encased in a block of ice in the freezer in case of emergencies. The tone of the film is comic, so it's not a tragic type of addiction, but we understand that Becky has a problem and she needs some serious help.





Kalau belum tengok cerita ni memang saya cadangkan agar dapat menontonnya , relax , menghiburkan dan lepas tu think about our shopping habit .

Lepas tonton filem ni, kami ke Casa Limbong untuk jalan-jalan , bila saya jengok je kedai2 yang jual barang2 , Izzat terus tanya , " Do you need this ? " dan banyak kali pulak dia tanya . Huhhh , tak de chan nak shopping . Dia ikut skrip dalam filem 'Confessions ..." tu.....huhuhuhu.

Monday, March 23, 2009

Kalaulah saya jadi PM................

Bila lihat pada senario politik tanahair masakini saya semakin senak perut dan makin tak tahan tonton atau baca berita sebab mulut mesti komen itu ini melepaskan geram.

Terfikir pulak saya , kalau lah saya yang hanya seorang rakyat biasa semakin meluat dengan karenah pelbagai parti politik yang semakin serabut , apa agaknya perasaan seorang yang menjadi ketua pemerintah negara , Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu saya senaraikan apa yang saya akan lakukan jika saya menjadi Perdana Menteri sekarang ( memang entry katun ni, saya memang takkan jadi PM ) .


Jika saya jadi PM sakarang ..............

1/ Saya akan kekal jadi PM sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

2/ Saya pastikan TPM ambil cuti dan buktikan dia tiada kena mengena dalam kes mongolia itu kerana bila kisah ini dimuatkan dalam akhbar luar negara pastilah ia suatu isu yang amat besar.

3/ Saya pastikan KM Melaka sekarang letak jawatan atas kesalahan rasuah yang dilakukannya. Rasuah tetap rasuah tak kira di mana.

4/ Saya akan kembalikan tapuk pemerintahan negeri Perak kepada parti pembangkang kerana kaedah pertukaran /perampasan hak memerintah memang bukan cara yang waras untuk dilakukan.


( 2, 3, 4 nampak sangat saya PM pembangkang ...hihi )


5/ Saya akan ambil Samy Vellu kembali ke dalam kabinet kerana dia memang seorang yang rajin bekerja dan dibuktikan beliau walaupun kalah dalam pilihanraya hatinya masih sarat dengan daya juang dan dia masih mahu kekal sebagai Presiden MIC dan menang tanpa bertanding .



Akhir sekali jika saya jadi PM lebih baik saya angkat kaki dan pindah tinggal di Banjaran Alps dan menikmati alam semulajadi ciptaan Ilahi dan tak ambil pusing apa yang berlaku di mana-mana .........buat hal sendiri lagi baik . Hal negara buat gua makin cepat tua....... hehehehe.



Apa yang anda akan lakukan jika anda jadi PM sekarang ???


Thanks sebab sudi layan otak katun saya tengahari ni , sayang you all !!



Sunday, March 22, 2009

23 tahun berlalu kini.....

Hari ini seorang lagi ahli keluarga kami menyambut harilahir dan kali ini orangnya juga tiada di sini . Dia berada di Jordan dan sedang berjuang untuk menamatkan pengajian semester akhir nya ketika ini dan InsyaAllah Jun ini dia akan bergelar siswazah dalam jurusan Syariah Islamiyah. Hari ini genap umurnya 23 tahun .

Hampir dua tahun dia menjadi ahli keluarga kami dan setakat ini saya masih lagi menjadi mother-in-law nya dan belum berpeluang lagi untuk menjadi monster-in-law sebab sifat lemah lembutnya yang buat saya kalau nak marah pun tak jadi marah . Nak bandingkan saya dengan dia , memang saya mertua yang agak 'brutal' , mana pandai nak lemah lembut , semuanya laju dan cepat ....hehehehe.



zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments



Selamat hari jadi ke 23 buat menantu pertama saya Azra !!



gambar hari pertama menjadi ibu sempena kelahiran Umair .



Semoga menjadi isteri dan ibu yang kekal baik , lembut dan solehah, InsyaAllah.

Saturday, March 21, 2009

Weekend Flowers

I love flowers .... all kinds of flowers especially fresh flowers . However , you can't find any flowers in my house . I've given up displayed any kinds of flowers as home decor a long time ago .

Why is that so ????

Flowers especially the artificial type could easily trap dust and as a housewife with all kinds of never ending tasks around the house, I am not keen to clean those dusty flowers every week . Might as well no flowers in my house .

As I said earlier I love flowers . Below are a few types of flowers and bags with flowers that I received as gifts from my friends .


A bag with RE flowers as my birthday present from maklang who just came back from Bali holiday.


Fresh flowers ... left is from my friend in kemaman, Rajanor and on the right flowers 'posted' by Kak Elle from Singapore .... those flowers were sent there when I was warded at KMC .



A bag also with flowers , made in Vietnam , was given to me for my 24th wedding anniversary by my pretty friend who just came back scuba diving with her darling at Perhentian Island, 0-mulan.







Last bit not least, another RE bag which I bought from Maklang ....love those purple flowers.


Thanks a lot to all of you who lighten up my life with those wonderful flowers .

Friday, March 20, 2009

" You should be proud of yourself . "

Malam tadi pukul 9 dah 'padam', memang letih betul badan . Mana taknya semalam sehari suntuk di Kuantan, folllow up dengan doktor di KMC , jumpa kawan lama , jalan-jalan dan makan-makan.

Pagi kami bertiga beserta 3 lagi kawan Izzat ke Kuantan. Izzat dan gang nak main bowling dan saya ada temujanji dengan doktor . Izzat ke Megamall saya ke KMC yang hanya sebelah menyebelah je bangunannya .Dalam pada itu saya dah janji nak bertemu dengan sahabat lama saya N yang kini hidup bermadu yang ikut suaminya ada kerja di Kuantan . Dia duduk di Tembeling Resort Kuantan dan saya call dia nak jumpa di Megamall. Nurse suruh saya pergi ambil darah dulu bila result dah dapat (sejam kemudian sebab macam2 test dibuat ) baru masuk jumpa doktor. Jadi masa sejam tu saya dan N merayau-rayau di Megamall , sempat singgah di Popular je sebab melekat kat buku2 tu. Saya hanya beli buku " HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis " tulisan Maszlee Malik , saya nak tau kisah Hamas yang kurang dalam pengetahuan saya. N borong macam2 novel dan juga buku Hamas tu .

Lepas tu kami kembali ke hospital dan sempat sembang dengan N semasa tunggu giliran saya masuk. Banyaklah jugak yang sempat diluahkan N , yelah hidup bermadu memang tak sama hidup kita sorang sahaja isteri tercinta . Saya nasihatkan N agar sabar sebab sekarang ini itulah kehidupannya , tak dapat nak dipatah balik . Apa yang sedang berlaku itulah yang perlu dilalui walau perit macamana sekalipun . Bersyukur kerana N masih punya suami dan anak2 yang masih sayang padanya . Tapi N memang tabah walaupun hati sering terluka namun dia memang tabah. Saya tabik pada N .

Masa masuk jumpa doktor, saya nampak doktor senyum meleret dan doktor kata pada saya ,

" You should be proud of yourself . " .

Ingat kan kenapa. Rupanya sebab hasil ujian darah menunjukkan semuanya sudah bertambah baik dan saya dapat sahut cabaran doktor untuk kurangkan bacaan gula saya daripada 20/24 kepada 8 (saya dapat capai hingga 7.3 tapi masih belum capai 6) . Doktor ingat saya kata impossible saya dapat lakukan tapi saya dah buktikan pada diri sendiri yang saya dapat lakukan . Saya rasa happy sangat bila doktor puji saya macam tu, tapi kalau saya tak buat apa yang doktor nasihatkan saya juga yang merana dan sakit. Saya sedikit kecewa bila doktor masih mahu saya kekalkan insulin dan ubat kencing manis buat beberapa bulan lagi sebab saya dah cadang nak minta doktor 'lepaskan' saya dari suntikan insulin . Doktor kata bila dah benar2 stabil baru tak payah insulin. Apapun saya bersyukur sebab penyakit ulcer perut dan kencing manis semakin baik , Alhamdulillah. Nesxt follow up sebulan dari sekarang.

Lepas tu kami termasuk gang Izzat pergi makan di Rasamas sebab ada sup dan juga nasi dan ayam yang tak keras sangat . After makan saya temankan N shopping di Parkson yang sale gila2 jugak. Kami ke bahagian pinggan mangkuk dan N borong banyak jugak barangan di situ. Saya memang dah tegaskan dalam hati saya tak nak beli apa2 sebab pinggan mangkuk yang ada di rumahpun tak terpakai . Saya lihat set sudu yang darling saya hadiahkan saya masa birthday saya di Parkson harganya RM1399 satu beg tapi darling kata dia beli di Abu Dhabi dapat murah dari tu . Sapa2 nak sewa set sudu tu bolehlah...heheh. Saya kata tunggu anak2 dara saya kawin baru nak guna set sudu tu ( bilalah tu agaknya ...huhu ) .

Hurrayyyyyyyyy, saya berjaya melawan nafsu shopping . Saya hanya tolong N bawak plastik barangnya yang banyak tu . Dia kata madu dia akan tiba di Kuantan pagi Jumaat dan dia akan keluar shopping lagi dengan madu dia pulak ( so sweettt kan ... ) . Selamat bershopping !!!!


Ni beg set sudu stainless steel hadiah dari darling saya masa birthday saya baru2 ni , memang dah lama saya inginkan cutlery set ini. Alhamdulillah dapat jugak. Sja nak poyo sikit harini nak tunjuk hadiah dari darling . Thanks darling.




Tiba di rumah lepas asar . Letihnya badan sebab merayau dalam Parkson dan Megamall tu. Saya teringin nak makan popia sardin , so buatlah sekejap dan itulah dinner kami . Nasib baik Mimi dan Izzat pun memang dah kenyang makan siangnya. So diaorang tak kisah malam makan apa, popia pun dah ok.

Wednesday, March 18, 2009

85% siap, Alhamdulillah.

Pagi ni rasa segar , dah sebulan saya tak breakfast di luar atau lebih tepat lagi di padang astaka . Jadi pagi tadi saya dan Mimi makan roti canai di gerai faveret kami dan lepas tu saya bawak mimi main di padang permainan juga di situ.

Balik dari padang astaka, saya singgah beli barang2 untuk saya masak mee soto, yang penting kena ada sup , tak kisah makan dengan nasi atau roti atau mee atau bihun . Hantar barang2 ke rumah , terus hantar Izzat ke perpustakaan dan saya dan mimi terus ke Kg Kubang Ikan , Cerating nak ziarah Ustazah Aslina ( rumah terbakar tempoh hari ) .

mimi dan anak ustazah aslina di depan rumah baru .......


Ustazah dan anak2 masih lagi menumpang rumah ibunya tapi Alhamdulillah rumah yang terbakar telah digantikan dengan sebuah rumah batu 4 bilik tido dan sudah 85% siap . Rumah baru telah mula dibina sebulan lau dan dilakukan secara gotong-royong oleh rakan-rakan yang datang hari2 membantu . Janji satu pihak elit untuk memberi bantuan tenaga askar bagi membantu membina rumah tersebut hanya tinggal janji, hingga ke hari ini tiada pun mereka hadir. Alhamdulillah semua kos membina rumah tersebut ( setakat ini kosnya RM40 ribu ) adalah hasil sumbangan derma dari pelbagai pihak termasuk rakan2 bloggers silversarina juga. Terimakasih kepada kalian yang sudi menderma. RM40 ribu itu hanya kos barang-barang binaan sebab tenaga pekerja adalah percuma , derma tenaga dari pelbagai pihak dan individu, Alhamdulillah.




Pagi tadi terdapat 6 orang termasuk Mat tuan rumah yang bekerja shif malam menggunakan masa siangnya dengan membantu membina rumah yang tinggal sikit saja lagi untuk siap , plaster dinding dan bilik air .




Masa nak balik ada tetamu lain pula tiba dan syukur sebab masih ada lagi individu yang datang bagi menghulurkan bantuan walaupun bencana kebakaran ini berlaku lebih 2 bulan lalu. Alhamdulillah .








Saya balik rumah terus masak soto dan terasa nikmatnya bila sedikit demi sedikit saya telah mula dapat merasai keenakan makanan walalupun masih pantang makanan pedas dan yang sewaktu dengannya.

Tuesday, March 17, 2009

Versi Baru Tom & Jerry....

Dulu pernah baca dalam blog kak aNIe kisah 'Tom & Jerry' yang ada kat rumah dia. Memang ramai di kalangan kita yang ada 'Tom & Jerry ' di rumah dan musim cuti sekolah ni pastinya aktiviti /muslihat Tom & Jerry menggamatkan rumah dari pagi hinggalah mereka masuk tido.



Saya pun tinggal dengan ' Tom & Jerry ' . Tom tahun ni berusia 15 tahun dan Jerry tahun masuk 7 tahun . Memang T & J ni pantang dekat , ada je yang si T nak sakat . J pun sama, pantang kena sikit jeritnya yang lebih dan akan bangun melawan , tak padan dengan kenit. Apapun pada saya kalau si T tak ganggu J takkan melenting dan naik angin. Selalunya T yang kena marah dengan 'makcik gemuk ' .



Itu dulu, tahun-tahun lalu.................




Semenjak Tom balik dari kursus motivasi semasa cuti CNY dia banyak berubah. Tom tak lagi sakat Jerry. Setakat cium yang kadangkala terlebih kuat yang buatkan Jerry mengamuk. Kalau dulu siap cubit dan tepuk kaki Jerry hingga nagis Jerry, kini Tom tak buat dah benda-benda nakal tu. Nampak Tom benar2 sayang pada Jerry . Tom nampak matang dari tahun lalu . 'Makcik gemuk ' juga lama dah tak marahkan Tom sebab usik Jerry.





Jadinya cuti sekolah ni walaupun ada Tom dan Jerry di rumah namun rumah saya damai dan sunyi, tak de suara jeritan Jerry sebab dikejar Tom dan tak de tangan kecik Jerry yang nakal suka usik barang2 Tom. Tom tak kisah kalau jerry main game dalam handset dia .



Itulah 'Tom & Jerry' saya........

Tom & Jerry anda bagaimana pula cuti sekolah ni ???????

The King & I

Pagi ni saya selak semula blog lama saya loveujordan dan saya teringin nak share beberapa gambar yang penuh kenangan dan hanya boleh didapati di sana . Gambar2 ni adalah dalam entries awal blog saya yang ketika itu tak ramai yang jengok ( tak ramai peminat tahun 2006 ...hehehe ) .


The King & I ..... I loveeee this pic so much, dapat berdiri sebelah King Hussein of Jordan ( dah mangkat dah dan sekarang Jordan dia bawah King Abdullah , anakanda King Hussein ) .





Wajah-wajah suci anak-anak jiran yang memang takkan dilupakan , Manal sebelah Izzat tu yang saya paling berkenan nak gu kan dengan Izzat , tapi makan kuah lemak lontong dah berasap kepala dia kata pedas macamana ni ......hahaha.



Anak bongsu saya di tangga sekolah Louq Louq Tariq School (bukan olok2 ye..louq2 ni batu permata ) ,Mimi survived walaupun hanya seorang saja Melayu di kalangan semua pelajar arab di sekolah , waktu tu dia 4 tahun dan tiap minggu dia hanya nak ke sekolah 4 hari sebab dia 4 tahun....so, kalau 5 tahun 5 hari, 6 tahun 6 hari, sekarang 7 tahun so 7 harilah ke sekolah...kelakarlah.



Woman in black, gelaran yang saya berikan buat makcik penjual rokok yang biasa terdapat di tengah bandar Amman yang memang kejenya menjual rokok dan lighter dengan cara duduk atas kakilima dan memang ramai makcik2 ni memang hisap rokok ( arab memang ramai hisap rokok tak kira lekai atau wanita ).


Loteri anyone ???? Haa jangan ingat negara arab tak de judi... di Jordan biasa je orang jual loteri di kakilima dan pakcik yang jual nya pakai jubah dan kopiah lagi ( pakcik gerai ni siap lari ke tepi masa Zaid nak tangkap gambar dia dekat dengan gerai loteri dia, tau pulak malu ) .



Saya di Kem Pasar Palestin di Irbid yang dah tak de nampak macam kem sebab dah ada bangunan batu. Di sini terdapat jualan pelbagai barang dengan harga yang agak murah ( membeli sambil menjana ekonomi pelarian Palestin , masih status pelarian walau dah berpuluh tahun menginap di sini ) .



Masjid bersebelahan gereja kristian yang terdapat di Abdali , Amman.Jangan taktau bangsa arab bukan semuanya muslim . Jiran saya di Amman ada yang Kristian tapi mereka hidup aman damai kerana mereka sebangsa , cuma berlainan agama. Kebanyakan mereka menganut agama kristian otodoks iaitu ajaran kristian lama . Jangan terkejut kalau nampak wanita berjubah hitam dan bertudung kepala tapi memakai rantai salib besar kerana jubah dan tudung tidak melambangkan Islam. Saya yang bertudung beberapa kali ditanya samada saya muslim atau tidak terutama di musim sejuk .




Selamat bercuti buat kakak kita di Singapore ( shopping lagi ke ? ) dan pada semua selamat bertugas .



Monday, March 16, 2009

Biarpun sekadar mimpi

Semasa dalam wad, selera saya terus tertutup . Bila darling tanya saya nak makan apa, lidah saya kelu. TIADA apa yang saya ingin makan. TIADA makanan yang terlintas di fikiran . Walaupun perut tersangat lapar namun saya tidak mahu apa-apa. Itulah selera orang sakit , tertutup rapat.



Suatu petang ibu kawan saya di Kuantan datang ziarah saya di hospital dan dia bawa segugus anggur merah yang buahnya besar-besar. Tengah malam tu selera saya tiba-tiba datang dan saya ingin makan sesuatu yang manis. saya lihat buah anggur dan saya ambil sebiji dan saya makan, emmmm, manisnya dan sedapnya . Saya makan dan makan lagi sehingga 7 biji semuanya . Lega dan lepas tu saya lena tido.




Pagi bila nurse ambil bacaan gula .... woowwww..... 27 ... doktor datang tanya saya makan apa, saya cakap anggur 7 biji, ye , 7 biji sahaja dan itulah yang saya boleh telan dan makan ( 4 hari tanpa makanan dan muntah-muntah sehingga air kuning je keluar ) . Apa nasib saya , anggur 7 biji boleh lonjakkan bacaan gula saya . Saya jadi muram balik dan selera terus tertutup semula .




Malam tadi saya mimpi saya makan anggur habis segugus dan saya kenyang dengan buah anggur. Bila bangun tido rasa macam manis anggur masih ada dalam mulut saya , betul2 rasa memang dah makan anggur dalam mimpi .

Bacaan gula saya sekarang boleh tahan stabil 7 - 9 waktu awal pagi tapi saya masih belum berani makan benda manis seperti anggur...biarlah saya rasa nikmat manisnya makanan hanya dalam mimpi .....Alhamdulillah.

Sunday, March 15, 2009

rezeki masing-masing

Pagi Ahad yang basah , hujan masih turun di luar sejak tengah malam tadi , Alhamdulillah .

Bagi kawan-kawan yang bercuti dengan melancong ke destinasi menarik , selamat bercuti saya ucapkan termasuklah gang bloggers saya di Kerteh , kedua-duanya sedang bercuti ...nak tau di mana dan ke mana mereka, kena tunggu sampai mereka balik tapi memang best destinasi percutian mereka.

Tak nak cakap pasal cuti dan melancong pagi ni sebab kami tak ke mana cuti ni , Kuantan jelah kalau berjalan pun .

Nak cerita kisah yang penuh nostalgia buat saya bila saya kenangkan kisah ini yang berlaku di pasar pagi Jumaat baru-baru ni .....

Semasa saya singgah di gerai sayuran untuk beli sayur peria ( itulah sayur harian saya kini ) di sebelah saya seorang kanak-kanak lebih kurang sebaya Mimi merengek pada ibunya untuk membeli ais blended yang ibunya juga sedang membeli sayur yang sebelum tu saya dengar ibunya minta kebenaran penjual untuk membeli hanya separuh dari ikatan sawi yang telah ditetapkan harganya . Saya bukan pasang telinga tapi memang ibu dan anak itu berdiri betul-betul sebelah saya . Ibunya bagitau anaknya yang dia tak de duit sebab bawak hanya RM10 dan nak beli barang2 lain lagi . Ais blended di sini RM1.50 untuk jus buahan dan RM2 untuk perisa coklat dan susu . Kesian saya dengar kanak-kanak tu merengek tapi takkan saya memandai nak belanja dia sebab saya memang tak kenal siapa mereka pun. Buatnya kena marah dengan ibunya . Saya diamkan saja dan terus bayar barangan yang dibeli dan terus berlalu.

Kenapa saya kata kisah ini penuh nostalgia ??

Kami juga pernah susah lebih dari itu . Semasa anak2 masih kecil dan saya pulak berhenti kerja kerana nak jaga anak2 , memang ekonomi kami masa tu amatlah kronik hingga terpaksa pecah segala tabung duit yang ada . Walaupun kira gaji seorang engineer masa tu kira lumayan jugak tapi sebab kami dah berkeluarga besar dengan 3 anak, dengan nak bayar sewa rumah, kereta second hand kami , belanja harian dan sedikit wang untuk ibu-ibu , memang kira langsai duit gaji . Pernah sekali orang TNB datang nak potong elektrik sebab tak bayar bil dan diberi masa sehingga tengahari untuk membereskan bayaran tertunggak, jika tidak kami akan bergelap mulai hari itu. Saya nangis dah masa tu, darling di tempat keje masa tu . Saya ambik tabung anak2 dan pecahkan dan kumpul duitnya , dapatlah dibayar bil elektrik hari itu . Bab makan kami tak kisah , apa yang ada kami makan, tak de yang mewah . Bukan tak boleh saya kembali bekerja , boleh sangat . Tapi saya yang mahu jadi surirumah dan sanggup bersusah agar saya dapat menjaga anak2 di rumah. Itu antara kepayahan yang kami tempuhi .... lama dulu.

Masa berlalu dan rezeki kami bertambah sehari ke sehari dan dalam beg duit memang kalau tak de sekurang-kurangnya RM50 memang saya takkan ke mana-mana , hanya RM10 alamatnya tak keluar rumah lah saya .

Saya pernah kenal seseorang ( kini arwah ) yang menurut kata isterinya yang dalam wallet suaminya sentiasa ada sekurang-kurangnya RM2000 pada setiap masa , tak guna credit card, bawa cash je .. tinggal di kampung je tu .

Itulah rezeki masing2 yang telah ditetapkan Allah swt . Syukur Alhamdulillah atas apa yang dikurniakanNYA.

Friday, March 13, 2009

wasiat

Semasa sakit teruk baru ni memang takut andai ajal saya tiba , yelah masa tengah menggigil kesejukan walaupun dah berbalut dengan comforter pelbagainya sambil menangis-nangis saya kata pada Izzat yang " mama nak mati dah " , memang rasa tak boleh nak tahan dah dan saya jugak beberapa kali menangis semasa di hospital bila perut sakit teramat sangat dan muntah tak berhenti hingga rasa urat perut macam dah nak terputus dan bila terpaksa diberi extra oksigen kerana sular bernafas dan juga selera langsung tertutup .Memang terbayang macam2 waktu dan waktu tu jugak teringat nak buat wasiat pada ahli keluarga.

Saya sempat fikirkan wasiat kepada anak-anak tapi cuma di dalam kepala tak ditulis pun.... wasiat harta tak de langsung terlintas sebab memang tak de harta pun yang nak diwasiatkan... saya cuma nak katakan pada anak-anak yang saya mahu Mimi ( sebab mimi yang masih kecil ) nanti tinggal samada dengan Zaid, Sofie atau Maya , Izzat saya tak masukkan namanya sebab dia pun masih remaja dan bekum tamat sekolah ) . Jika ayah mereka (darling ) mahu berkahwin lain, berilah restu merekaagar ada yang menjaga ayah tapi mimi memang saya tak benarkan di bawah jagaan ibu tiri . Saya taktau kenapa saya nak berwasiat sebegitu pada waktu itu tapi memang saya mahukan agar Mimi dipelihara dan dijaga dengan baik sebagaimana saya menjaganya. Biarlah nak kata saya berfikiran kolot sebab saya memang tak akan percaya kepada ibu tiri menjaga anak saya terutamanya Mimi.

Itulah saja wasiat saya semasa sakit baru ni ..... mungkin jika ditanya wasiat saya sekarang ini , mungkin akan berbeza, wasiat orang sakit dengan wasiat orang sihat mana mungkin akan sama....

Sama-sama kita fikirkan..pernahkah anda berwasiat ???????

Thursday, March 12, 2009

Sekolah dan Cutii.....

Sehari lagi masa berlalu , Alhamdulillah. Hari ini hari terakhir sekolah sebelum mula bercuti selama 10 hari . Nampaknya kami tak ke mana sebab darling tak de kat sini, habis cuti sekolah nanti baru dia balik bercuti. Lagi satu sebab Izzat pun ada kelas tambahan.


Tahun ni Izzat akan ambil PMR , so memang masanya banyak habis di sekolah, hari biasa kelas hanya akan tamat jam 5 petang dan kadang2 ada program di sebelah malam . Alhamdulillah Izzat tak pernah mengeluh dan saya tau dia juga mahu cemerlang dalam PMR kelak InsyaAllah. Baru2 ni Izzat dinobatkan dengan anugerah pelajar cemerlang Tingkatan 2 2008, Alhamdulillah . Semoga kecemerlangan menjadi milik Izzat hendaknya tahun ini dan tahun2 mendatang. Amin.



Mimi pulak hari ini hari terakhir ujian Tahun 1. Saya yang jadi cikgu di rumah sebab budak kecik kalau tak emak yang jadi guru siapa lagi nak bantu dia sebab ini pengalaman pertama dia ujian di sekolah rendah . Nanti buka sekolah baru tau sejauh mana dia dapat mengikuti pelajaran di awal tahun. Tambah kurus dia sejak sekolah ni, dah tak de pipi untuk digomol, sian dia.



Tuti pulak dah tinggal kenangan. Tuti mati 2 hari lepas darling balik UAE dan sebelum tu sempat darling mandikan tuti sebanyak 2 kali dengan jirus je air dalam sangkar dia tu dan keringkan dengan hair dryer . Saya rasa Tuti sunyi dan makin lemah sejak saya dan kami semua jarang ada di rumah kerana saya dimasukkan ke wad . Izzat dan Mimi yang tanam Tuti bawah pokok di tepi pagar rumah. Sedih pulak tuti dah tak de.



Ni nak tunjuk Flexpen untuk cucuk insulin yang mungkin setengah orang tak tau yang nak cucuk insulin ni tak payah guna syringe yang ada jarum panjang tu . Memadai dengan jarumnya yang pendek dan ditekan ke bawah kulit samada di perut atau di mana yang kita rasa selesa untuk menyucuk dan tekan je ikut aras insulin yang telah disetkan dan ditetapkan oleh doktor. . Mungkin pada yang takut jarum akan rasa ngeri tapi bila dah biasa memang tak kisah dah, cucuk je sebelum makan.



Itu sahaja laporan dari wanmommy hari ini....jumpa lagi....selamat bercuti buat semua.

Wednesday, March 11, 2009

genap 23 tahun

Kejap saja setahun sudah berlalu. 11 Mac datang lagi dan setahun lagi bertambah usia anak sulong saya Zaid.


zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics



Selamat Harijadi ke 23 !!





Semoga sentiasa diberkati dan bahagia di samping isteri dan anak tercinta.



Tuesday, March 10, 2009

Genap 14 hari...

14 hari saya menyepi .... merawat diri sendiri .... perit memang perit namun demi kesihatan saya sanggup 'menyiksa' diri saya .

14 hari satu jangkamasa yang diberi oleh doktor pakar peribadi saya untuk mengembalikan paras gula (diabetes) saya dari bacaan yang tinggi , 24 kepada 8 . Saya menggeleng kepala semasa doktor menyebut angka 8, memang bagi saya mustahil dapat saya capai . 3 hari pertama memang tak berganjak angka 20an .Puas saya berlapar dan hari ke empat dan seterusnya saya dikehendaki sms doktor saya bacaan gula itu setiap pagi .

Sms pertama saya kepada tuan doktor berbunyi :

" Assalamualaikum Dr. S . Bacaan gula kak raja pagi ni 18.9 and I'm starving ."

Dr S balas sms saya :

" Akak tak payahlah sampai starving, berpada-padalah. "

Lepas tu saya kurang sikit pantang tapi gula makin naik dan saya mula rasa putus asa, mengadu pada darling yang puas dah saya berlapar dan pantang ( pantang untuk diabetes dan juga ulcer ). Bayangkan pelbagai makanan saya tak boleh makan termasuklah santan, nasi paling banyak suku dari sukatan biasa , pedas, masam, manis semua yak boleh makan . Epal separuh juga buatkan gula saya naik bacaannya. Akhirnya saya hanya makan roti wholemeal dan makanan baby seperti nestum, susu dan oats . Hari2 lempeng nestum, cokodok oats dan nestum, minum susu dengan oats . Maya panggil saya babymama. Bacaan mula turun bawah 20 tapi masih tinggi di pagi hari ( puasa atau belum makan apa2 ) .

Doktor minta saya tambahkan unit insulin yang dicucuk sehari 2 kali ( cucuk kat perut pagi dan petang ) dan jugak makan ubat kencing manis sebab insulin saja tak berapa berkesan . Waktu tu saya baru je ambil batang /akar pokok patawali dari rumah kawan dan saya bagitau doktor yang saya nak minum air rebusan patawali. Tuan doktor mula2 melarang saya mengambil sebarang ubat yang bukan yang diarahkan . Bila saya kata patawali adalah pokok baru doktor kata kalau pokok hidup tak pe , kalau pil/capsul selain yang dia beri usahlah ambil .

3 hari terakhir (sebelum 14 hari tempoh yang diberi ) saya makan roti wholemeal disamping pantang makanan lain serta minum air rebusan patawali yang teramat pahit disamping cucuk insulin dan makan pil diabetes , nampak paras gula saya mulai turun .

Semalam genap 14 hari masa diberi, Ahamdulillah paras gula saya di awal pagi adalah 8.1 . Teramat gembira dan bersyukur saya . Target yang diberi oleh tuan doktor telah dapat saya capai . Walaupun belum berada di paras yang normal, namun bagi pengidap diabetes seperti saya 8 adalah bacaan yang amat sukar untuk dicapai melihat kepada bacaan 2 minggu lalu , 24 .

Walaupun jari-jemari ni dah susah nak pilih yang mana satu untuk dicucuk dan diambil sedikit darah untuk diambil bacaan gulanya ( sehari 2 kali yang saya cucuk sendiri di rumah ) dan perut yang tebal (nasib baik tebal, heheh ) juga sudah agak susah untuk dipilih spot yang mudah dicucuk insulin , saya akan tetap berusaha agar saya kembali sihat, InsyaAllah.

Kini saya hanya perlu pastikan paras gula saya tidak kembali tinggi dan dengan itu saya masih lagi berlapar tapi nafsu untuk makan makanan yang enak2 macam dah tak berapa ada, setakat lihat dan kata pada hati ia tak bagus untuk saya .

2 minggu yang dilalui juga buatkan saya banyak berkurung dalam rumah kerana saya tak nak bila keluar satunya nampak makanan yang sedap2 yang menggoda , satu lagi saya tak nak bila jumpa kawan akan ada yang cadangkan saya makan itu makan ini, makan ubat itu makan ubat ini yang buatkan saya bertambah tension dan keliru dan saya mahu hanya dengar nasihat doktor pakar di KMC yang sanggup bagi no hp peribadi kepada saya dan sanggup memberi khidmat nasihat melalui talipon . Terimakasih banyak2 Doktor S .

Kepada sahabat2 dan bloggers yang sentiasa bertanya khabar dan tak jemu memberi komen , jutaan terimakasih saya ucapkan. Kalian sememangnya sahabat2 yang benar2 ambil berat terhadap diri saya . Terimakasih sekali lagi.





Eeeemmmmm .... pagi tadi dah makan nestum, petang ni nak minum oats panas lah pulak....sabo jelahhhhhhh ............