Friday, March 13, 2009

wasiat

Semasa sakit teruk baru ni memang takut andai ajal saya tiba , yelah masa tengah menggigil kesejukan walaupun dah berbalut dengan comforter pelbagainya sambil menangis-nangis saya kata pada Izzat yang " mama nak mati dah " , memang rasa tak boleh nak tahan dah dan saya jugak beberapa kali menangis semasa di hospital bila perut sakit teramat sangat dan muntah tak berhenti hingga rasa urat perut macam dah nak terputus dan bila terpaksa diberi extra oksigen kerana sular bernafas dan juga selera langsung tertutup .Memang terbayang macam2 waktu dan waktu tu jugak teringat nak buat wasiat pada ahli keluarga.

Saya sempat fikirkan wasiat kepada anak-anak tapi cuma di dalam kepala tak ditulis pun.... wasiat harta tak de langsung terlintas sebab memang tak de harta pun yang nak diwasiatkan... saya cuma nak katakan pada anak-anak yang saya mahu Mimi ( sebab mimi yang masih kecil ) nanti tinggal samada dengan Zaid, Sofie atau Maya , Izzat saya tak masukkan namanya sebab dia pun masih remaja dan bekum tamat sekolah ) . Jika ayah mereka (darling ) mahu berkahwin lain, berilah restu merekaagar ada yang menjaga ayah tapi mimi memang saya tak benarkan di bawah jagaan ibu tiri . Saya taktau kenapa saya nak berwasiat sebegitu pada waktu itu tapi memang saya mahukan agar Mimi dipelihara dan dijaga dengan baik sebagaimana saya menjaganya. Biarlah nak kata saya berfikiran kolot sebab saya memang tak akan percaya kepada ibu tiri menjaga anak saya terutamanya Mimi.

Itulah saja wasiat saya semasa sakit baru ni ..... mungkin jika ditanya wasiat saya sekarang ini , mungkin akan berbeza, wasiat orang sakit dengan wasiat orang sihat mana mungkin akan sama....

Sama-sama kita fikirkan..pernahkah anda berwasiat ???????

18 comments:

Hazia said...

Kak Rina,
Saya pernah attend kursus agama anjuran company saya. At the end, semua kena buat wasiat dan trainer tu simpan. Bila ada yg meninggal, trainer akan diberitahu & wasiat diberi pada keluarga. Tapi my father kata actually Muslims tak payah berwasiat, semuanya dah clear cut. Mungkin pasal Mimi tu additional la kan:)

Zareda Norman said...

Zar memang buat wasiat secara bertulis sebelum pi umrah tahun 2006 dulu lepas dinasihatkan oleh sorang sahabat.

masa sakit sakit kita pikir lain kan kak rina.. Dah sihat ni lain ler pulak.. ehheh. Macam masa zar sakit dululah..siap cakap kat cik hubby nak kawin lain kena tunggu anak besar dulu.. ehheh

Queen Of The House said...

Sebak pulak I baca pasal wasiat you regarding Mimi. Ye lah kan, naluri ibu. Who wants our own child to be taken care of by our 'replacement'?

Memang kalau ikut hukum faraid semuanya dah siap 'terwasiat'. Cuma kalau kita nak bagi hibah saja rasanya kena maklumkan, supaya tak ada kekeliruan.

luna said...

hmm sedihnya entry ni kak...tp itulah hikmah sakit Allah berikan supaya kita sempat memberitahu perkara2 penting wpun faraid boleh menyelesaikannya.

alangkah malang kalo kita mati tanpa menyediakan semua ni....

Kak Elle said...

rina bak kata hazia mmg benar kan kalau kita menulis wasiat ia nya akan di overite dgn hukum islam...bak mimi kira spoecial request:)

yg saya hendak yelah rumah saya di jual dgn wang tu 50% di sedekah pada masjid dan rumah anak2 yatim 50% ikut fara'id....

aNIe said...

Rina...akak belum pernah berwasiat...cuma pernahlah berkata2 pada anak...andainya ayah ngan ibu takde...minta along & Ude dijaga adik2...andainya mereka belum habis pengajiannya wang yang kami tinggalkan adalah untuk pengajian mereka dan apa2 yang perlu...

Kalau harta memanglah kami takde...

Bila kita dah berusia ni ...semua tu sentiasa bermain2 dalam fikiran...maklumlah...ajal maut di tangan Tuhan...dan bila usia meningkat kita semakin hampir dengan ajal...

Neeza Shahril said...

sedihnya entry kak Rina kali ni. Neeza pernah juga berwasiat. Kalau Neeza pergi dulu, Neeza nak dikebumikan ditempat Neeza meninggal dunia. Kalau di Saudi, Saudi lah.. tak nak mayat Neeza terseksa bawak jauh-jauh.. Kalau husband nak kawin lain, Neeza tak kisah. Tapi anak-anak, biarlah adik-adik Neeza ataupun MIL atau Ma Neeza yang jaga. Tapi Ma Neeza pun tak sihat sangat.. jadi mungkin adik atau MIL lah kot..

LINDA FZALIN said...

kak ina...posting ni mmg sebaknya baca...tapi frankly bila tak sakit pun selalu ada terfikir camtu...but anyway..patut juga diberi perhatian kan...hope u b more healthier...

mama said...

hehhh
dah pandai berwasiat yer kak ina ..
sebenarnya wasiat memang patut kita tulis waktu sihat kan sebab bila dah sakit nnt mula lah terdetik wasiat yang bukan2 hahhahahhah...

so sekarang kak ina macam mana? baba bg tahu saya kak ina dah jadi doctor sekarang...

tapi saya kata bukan lah.. kan kak ina sakit sekarang ... akhirnya baru saya faham apa maksud baba bila dia kata kak ina cucuk perut sendiri ... adusss sakitnya..

zino said...

yg tertulis ni bukan boleh di kira wasiat ke..?

memang bila kita sakit kuat macam2 yg kita fikirkan.. zino dah pernah kena dulu.. berulang alik ke spital.. duduk wad berminggu2.. macam macam dalam kepala..

kakyong said...

salam kak rina,

teman penah juga terpk hal ni.. yer le ajal maut bukan kira sakit @ tidak.. harta teman hanya sebiji rumah ni, tu pun masih dok berhutang dgn bank.. cuma yg sayu tu, bila terpk hal anak2, sbb 3-3 kecik lagi.. nak minta mak jaga mak pun tak brp sihat.. nak minta mertua pun, tak tahu lah.. sedey plak pk nasib anak2.. lg sedey bila kenang, tak dpt nak tengok anak2 sekolah & membesar.. tp tu ler, bila byk sgt kerja & kdg2 demam, penin.. terpk juga kot2 aku mati awal, camaner?!

terima kasih kak rina sbb sebut pasal ni.. cuma teman terpk, wajarkah g buat wasiat bertulis & lantik pemegang amanah mcm Amanah Raya tu.. cemaner yer?!

Cat Cat said...

Hmmm, entri Kak Rina kali ini buat Cath think about wasiat... Wasiat harta x ade le tapi wasiat siapa nak jaga anak-anak Cath tu memang terlintas di fikiran...

cikMilah said...

Sebak jugak baca ni.
Masa KakRina sakit tu, saya pun asyik teringat Mimi jer. memmang betul KakRina, payah nak dapat "replacement" kita yang boleh jaga anak-anak kalau kita pergi dulu.
Apapun, keep well and be happy.

silversarina said...

Hazia,

Wasiat boleh dalam Islam, wasiat harta pun boleh tapi setakat 1/3 dari harta yang kita ada ., ada setengah tok guru yang sarankan kita update wasiat kita setiap 3 hari, itulah betapa pentingnya wasiat bagi kita. Tapi akak memang tak pernah berwasiat setakat ni , bila sakit baru teringat nak berwasiat .




zareda,

Memang bila kiat bermusafir jauh elok ditinggalkan wasiat terutama hutang -piutang dan urusan keluarga andai kata kita pergi dulu , bab kawin lain tu akak pun tak kisah kalau anak2 dah besar2 :)

silversarina said...

QOTH,

Memang boleh wasiat harta setakat 1/3 dari harta yang kita ada, yang lain kena secara faraid , wasiat selain dari harta diharuskan . Saya tak ingta nak wasiat yang lains ebab Mimi je yang saya risaukan sebab masih kecil sangat takut diabaikan .




luna,


Betul tu luna, bila sakit baru teringat nak berwasiat, patutnya masa sihat lagi dah siap sediakan wasiat .

silversarina said...

kak elle,

Harta benda memang tak boleh diwasiatkan lebih dari 1/3 , selainnya kena selesai secara faraid , perkara/benda lain selain harta memang boleh kita berwasiat , terpulang pada yang hidup untuk ikut atau tidak , biasa kalau wasiat memang orang akan ikut sebab ia selalunya benda baik, macam akak kata derma dan bantu orang susah.





aNIe,

Sekarang baru saya tau apa yang orang berusia lebih 40 tahun rasa, memang makin lama rasa makin singkat umur kita sedangkan kalau saya amalan amatlah sedikit . Tentang wasiat memang kita mahukan agar anak2 akan terbela nasibnya bila kita tiada.

silversarina said...

neeza,

InsyaAllah neeza panjang umur akak doakan , bab anak2 tu memang kita nakkan agar akan ada orang yang sanggup dan mampu menjaga mereka andai kita tiada . Akak nak harap mak memang lah tak sebab macam neeza mak akak pun tak sihat dah.






linda,

Bila sakit sangat memang ingta nak mati je, sekarang dah sihat tak ingat dah pasal wasiat, tapi dalam kepala memang ada benda2 yang nak diwasiatkan .

Selamat bercuti !!





mama,

Memang jadi doktor, sapa nak kena cucuk marilah datang jumpa akak ...hehehe.

Mama dan baba muda lagi , akak muda dulu emmang tak pernah terlintas nak tulis wasiat , sekarang ni pun sebab dah sakit :)





zino,

Ha ah ni dah bertulis kira wasiat dah ni , yang lain2 tu kena tulis lain .

silversarina said...

kak yong,

Memang lebih elok kalau wasiat kita dipegang dan dijaga oleh pihak peguam sebab ianya lebih hitam putih , kalau harta setakat 1/3 boleh diwasiat dan yang lain ikut faraid dan setakat yang aka tau semasa arwah abah meninggal hartanya memnag diagihkan oleh amanah raya

Kita ibu2 ni memang lebih ingat pada nasib anak2 bila kita tiada.






catcat,

Anak2 yang paling utama yang kita nak wasiat sebab mereka masih kecil dan kita mauhkan yang terbaik buat mereka .





cikmilah,



Thanks sebab berkongsi sedih dengan akak masa akak sakit, Mimi je yang akak ingat sebab anak kecil tu, akak dalam hospital 6 hari pun dia dah makin tension sebab jadual harian dia berubah terpaksa tumpang rumah kawan hingga hubby kata pagi bangun tido hentamnya menangis sebab malam tu dia tak larat nak buat homework, mana pernah dia nangis pagi hari, sian betul kat dia .