Tuesday, March 24, 2009

virus ............ santai

Nampaknya minggu lalu ramai kawan-kawan bloggers yang mendapat jangkitan virus 'mata sepet ' . Semua melekat kat rumah sebab virus ni boleh berjangkit dan kalau dah dah dijangkiti memang tak boleh keluar rumah selagi belum benar2 sembuh .Saya pernah terkena jangkitan dari Maya masa di Jordan dulu . Memang terperangkap 2 hari 2 malam di rumah , tak keluar dan melekat kat dalam comforter . Keluar dari comforter hanya masa makan dan solat dan ke tandas. Rasanya ramai dah yang tau virus apa yang saya maksudkan sebab ianya merebak dari Singapore ke Malaysia , dari bukit tempatan hingga ke bukit antarabangsa... apa nak jadi ekkkk.....

Saya memang dah pulih dari virus mata sepet ni lama dulu, memang saya takkan biarkan diri saya dijangkiti lagi...serikkkkkkk......hahaha .

Itu kisah virus korean drama... saya nak ubah tajuk ni.....


Lama dah saya tak tonton movie terkini . Jadi minggu lalu saya suruh Izzat carikan saya vcd cerita terbaru yang diadaptasikan dari novel.. "Confessions of a Shopaholic " . Nak beli novel tu mahal pulak RM36 dan kena baca dan tentu lama jugak nak habiskan bacaannya dan kena bayangkan sendiri apa yang diceritakan. Baik tengok vcd, nak tengok kat panggung wayang memang dah berzaman tok kadok saya tak ke panggung wayang . Baik santai sambil tonton di rumah , lagi best .




Best kisahnya , kelakar dan penuh pengajaran buat saya yang suka shopping barang yang tak perlu ( sekarang ni kira dah kurang shopping , kalau dulu memang 'hantu' shopping ).

Kisahnya lebih kurang begini ......




Rebecca Bloomwood is a lovely redheaded young woman who loooooves to shop. I am not talking about the reasonable kind of love where she goes monthly or even weekly to see what's new at her local boutique. I am talking about an addiction as powerful as any drug out there. When she walks past a store, the mannequins talk to her and convince her that this, only this, particular item has the power to make her feel better, more attractive, more alive. She shops using 12 credit cards, including her Gold Card, which is encased in a block of ice in the freezer in case of emergencies. The tone of the film is comic, so it's not a tragic type of addiction, but we understand that Becky has a problem and she needs some serious help.





Kalau belum tengok cerita ni memang saya cadangkan agar dapat menontonnya , relax , menghiburkan dan lepas tu think about our shopping habit .

Lepas tonton filem ni, kami ke Casa Limbong untuk jalan-jalan , bila saya jengok je kedai2 yang jual barang2 , Izzat terus tanya , " Do you need this ? " dan banyak kali pulak dia tanya . Huhhh , tak de chan nak shopping . Dia ikut skrip dalam filem 'Confessions ..." tu.....huhuhuhu.

19 comments:

SoFie NuR said...

waaa..memang bagus tengok citer ni..nak2 orang macam kite..like mother like daughter la katekan..haha..nanti nak cari la novel ni kt uk..haa..nak pesan pe2 novel leh laa..i belikan untuk u..ni kira shopping berguna la ni..kikiki..

maklang said...

nak kena tengok ..saya pun suka shopping..entah apa2 yang dibeli...he..he...

Kak Elle said...

hahaha ... mata sepet tu kalau dah melekat mmg terus mcm kena super glue...

shop till you drop wanmommy

Mak Teh said...

Sarina,

Mak teh tak kena virus tu. Movies pun dah lama tak tonton. Itulah tandanya mak teh dah lebih senja dari anda.

Mata dan telinga mak teh sudah terdengar dan terpandang perkara-perkara lain.

zarin said...

Hi k rina
VCD dia dah keluar ye?! Cepatnya ye...
I dok tunggu sangat nak tengok movie dia.TGV belum ada lagi, maybe thursday nanti kot baru start.
I dah kenal ngan Becky Bloomwood ni since 2 tahun lepas. Start baca Confession of a Shopaholic then terus sampai 4th book (shopaholic n sister). Pastu last year, keluar je shopaholic n baby (the last one la)terus beli.
Terasa pulak kat diri sendiri yg suka shopping ntah apa2 tuh.

If akak nk baca novel dia, nanti saya pinjamkan suma lima lima tu bila saya balik kemaman nanti..

Linda Fzalin said...

wahhhh...jeles nihhh k ina dh tgk....baru plan nak tgk...mmg betul sesuwaiiiii utk org2 yg suka shopping.....cam kita ek k ina...haha...best2..mesti nak tgk gak...

PrinCeSS said...

memang sesuai la cite tu untuk kite kite ni ek!
kne tengok ni!

p/s : de drama bes..x nak join 'virus' tu ke??hehe

kakyong said...

salam kak rina..

huhu, saya dulu masa suka juga tgk korean drama, tp dulu la, masa winter sonata baru ditayang.. tp lepas lately ni, takdan nak langut depan tv..

dah kuor ker vcd? saya baru nak tanya kat kawan kat mana dia dl movie ni... preview nyer mcm best jer...

Button Planet said...

ye laa... dulu I pun masa kat US dulu suka sangat pergi Mall, atau pergi garage sales ke, tapi selalu pergi masa Clearance Sale lah kan, al-maklumlah masa tu student...nak shopping pun terbatas...tapi masa balik malaysia, bertong-tong jugak bawak balik barang...!!! cadar brand "Cannon" berlambak2 beli mmg murah sangat masa clearance sales, begitu jugak dengan pinggan mangkuk Corningware, berset-set dibeli (utk hadiah mak-mak sedara dan juga diri sendiri) ... pastu sampai sekarang (dah lebih 20 tahun!) masih ada lagi elok pinggan mangkuk corning tu, ialah... katanya jatuh pun tak pecah kan... hehehe... pastu sekarang dah boring lah pulak pakai dah lama bertahun2...tapi tak pecah2... pastuh nak beli baru, mesti hubby, "haa..tuh pinggan banyak dalam kabinet tu bila nak pakai..." ...

bila dah kerja dan ada duit sendiri, lagilah panjang akal dan kaki...kalau tak beli pun, saja suka jalan2 shopping kompleks nak jamu mata...

masa Mula2 beli rumah, lagilah jauh dan pelbagai tempat yang pergi, konon nak cari perabot dan alat2 kelengkapan/perhiasan rumah... (now dah slow.... tapi mmg suka tgk jualan perabot.. tapi everytime tgk katalog atau kedai perabot...hubby mesti cakap..."dah..dah tu...mana ada tempat kat rumah nak letak barang lagi!" hehehe...macam lah rumah kita rumah banglo...padahal rumah teres aja...

sya said...

Virus mata sepet ni makin teruk melanda sya tau

aNIe said...

Heheheh...rina akak ingatkan rina kene sakit mata...bila cakap virus ni dah berjangkit dari singapore...baru le paham...virus menonton drama korea...hehehe

Rina dah tengok cerita Confession of a Shopaholic tu ke? Memang saya teringin nak tgk citer tu...

Neeza Shahril said...

bagus lah izzat ada masa shopping.. boleh jadi stopper untuk kak rina hehee..

Abang Long said...

Ini adalah pengakuan jujur. Abang long tidak suka bershopping. Kalau nak beli baju, terus ke bahagian baju, belek dan rasa puas hati, terus beli dan terus balik.

Insaflah said...

Boleh terlena kalau temankan isteri bershopping.

Pnut said...

kak, selalu sy baca dan senyap, kali ni nak menjawab, bukan entry yg ni, tp entry yg lepas, kalau aku jadi PM tu..

Kalau saya jadi PM, saya nak beri peruntukan lebey utk sektor pendidikan dan perubatan, cut off elaun-elaun pak-pak menteri yang tak berapa relevan..

sekian terima kasih.eheheh

kak bagi idea saya untuk update blog sendiri ni..tengkiu

MAMAMIA said...

Nasib baik saya tak kena virus mata sepet ni.... Kurang minat actually cerita yang bersiri, lebih gemar cerita yang sekali duduk dah tahu ending nya....

Nak kena cari vcd ni gamaknya. Kuat betul pengaruh blog ni, or is it me yang senang sangat di pengaruhi?

KC said...

chek pun nak tunggu dvd citer ni keluar. nak baca novel dia terlampau la malas...hehe...yg sebenornya takde masa nak baca..(ahh alasan jerkkk)

Ainul Arina Madhiah said...

wa.. makcik suka novel shoppaholic gak ke? tak sangka2.. hehe.. tapi novel tu memang best walaupun watak dia merapu terlebih.. sangat lawak.. kalau baca beli gelak sorang2..

maya minat korea ek? bleh jadi geng ainul nih.. sentiasa update dengan drama diaorang. Rasanya mcm dah imun kot dengan virus tu.. Ainul dah boleh jadi dia punya penyebar plak.. =P

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih