Saturday, March 28, 2009

Wajarkah??????????

Cuti hujung minggu hanya relax di rumah, memang malas nak keluar . Darling keluar ke pasar cari bahan untuk masak soto , saya masak soto je hari ni.

Hari ni nak bawa satu soalan pendek aje .


Wajarkah seorang wanita bergelar isteri mengadu masalah rumahtangganya kepada seorang lelaki lain yang sudah bergelar suami ?????

Pada saya tidah wajar.

Pada saya si wanita itu hanya mengada-ngada inginkan perhatian .


Cubalah fikir-fikirkan....

Wajarkah ?????????????

32 comments:

PINATBATE said...

huhuhu..
apa kes pulak?

zino said...

tak wajar... dan tak berapa sesuai..

PrinCeSS said...

kenapa pulak nak mengadu kat suami orang..kan ramai lagi orang lain..
hmmm

maklang said...

tidk wajar...kan ramai orang lain disekeliling..


tau singgah rumah rina nak makan soto..

CJ said...

bg aku la kan, wajar, kalu lelaki tu kaunselor bertauliah yg dilantik pjbt agama atau pendamai yg dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

atau dia bertanya pd org yg dia yakin mampu selesai mslh spt ustaz2 dn ahli2 psikologi, bg aku pun ok.

kalau saja2 mengadu tu dgn tujuan cuma nk raih simpati, tu baru ngada2 namanya.

silversarina said...

pinatbate,

Dalah kisahnya baru ni , hingga kacau bilau rumahtangga kedua2 pihak , yang mengadu dan yang mndengar pengaduan.



zino,

Memang tak patutlah rasanya .



princess,

Tulah ada suami nak mengadu kat suami orang .

silversarina said...

maklang,

Agaknya dah terdesak sangat nak mengadu kat suami orang.

Apa tak singgah, boleh rasa soto, memang buat banyak harini , tengah rajin...hehehe.





CJ,

Akak pun setuju kalau suami orang tu kaunselor, tapi kes ni suami orang tu adalah bekas boyfriemd dia , rasa menjatuhkan maruah para isteri je .

Abang Long said...

Isteri mengadu masalah kepada lelaki lain.
Suami mengadu masalah kepada wanita lain.

Kedua - duanya TIDAK WAJAR.

cikMilah said...

SANGAT TIDAK WAJAR MELAINKAN LELAKI ITU DR FADZILAH KAMSAH DAN LELAKI-LEKAKI YANG SEJAWAT DENGANNYA.

Bala menanti didepan. Kepada sesiapa yang menghadapinya, BERTINDAK BIJAK DAN WARAS. STOP IT ONCE AND FOR ALL.

tu dia, cikMilah yang mendengar pun HANGIN!

Kak Elle said...

hmmm...kes yg agak payah ni..tapi tengok dulu lah siapa lelaki tu..kalau hanya nak simpati mmg tak wajar lah tapi kalau lelaki tu kaum sendiri untuk mendapat nasihat atau pun lelaki tu seorang kaunselor.

aNIe said...

Memang tak wajar...sebab takut nanti lama2 lain yang jadi...

zany said...

tak wajar, tak kiralah isteri org mengadu ke suami orang atau suami org mengadu ke isteri org. pergi je lah mengadu kat pejabat agama.

Mak Teh said...

Sarina,
Hati-hati ada udang besar di sebalik batu! Mak teh selalu cakap seumpama itu pada Pak haji.

Tapi mak teh tau dia akan jawab " Senang je ambil udang tu buat sambal udangke buat karike, sedaaap! Hehehe! makan sampai ke telinga."

Mak teh faham maksud anda !

mama said...

pada saya tak wajar lah kak..
tapi...
tengok topic jugak lah apa masalahnya yang diadukan pada suami orang tu?

dan...
kepada suami orang bila pompuan ngadu masalah tu... jangan lah layan. lain pulak jadinya nnt.

kenapa kak ina tye soalan macam ni yer? ade apa2 ker?

Cat Cat said...

Kak Rina,
Kat sini America, memang ramai orang tak kisah... Tu yang banyak orang bercerai-berai... Lain culture kot. Orang putih ni lain sikit.

Neeza Shahril said...

wajar! kalau lelaki itu ialah ayah kepada wanita tersebut (dia ada isteri, jadi dia suami jugaklah kan.. hehee.. jangan marah aaaa...)

masalah rumahtangga ni sangat sensitif.. kalau boleh, pada parents sendiri pun tak boleh cerita. Lain lah kalau dah teruk sesangat.. dan itu pun sekadar mintak pendapat boleh lah. Jangan sampai masuk campur yang tak tentu arah kan..

memang betul. Kalau dia bercerita tu, maknanya nak mengada-ngada nak meraih simpati.. ini pendapat neeza lah kak Rina.. orang lain, tak tahu la pulak... ;)

Zabs said...

Salam SS,
Setuju dengan pandangan anda.
Kepada lelaki beristeri yang menerima aduan tu harap nasihatkan wanita bermasalah ini supaya balik berbincang dengan suami dia tentang masalah mereka itu.
Jika tak boleh nak bincang, cari saudara-mara yang disegani suaminya itu untuk memberi nasihat kepadanya, jika betul dia yang menjadi punca masalah itu. Wallahua'lam.

MAMAMIA said...

Tak wajar. Unless lelaki tu ayah, abang/adik , or kaunselor.

Kalau nak cerita problem dgn kawan2 perempuan tu, kdng2 kurang wajar.

The best thing is mengadu pada Allah..

kakyong said...

salam..

ngadu hal rumahrumahtangga dgn xBF.. huhuuuuhhh.. mentel ke apa..! mencari bala ni.. dah ramey kwn pepuan, ape ker haey la pulak... ?!

13may said...

saya pun rasa mcm tak wajar....

zareda said...

tak sesuai langsung.. kecuali kalau lelaki tu abang atau ayah dia..

kak rina, nak soto semangkuk.. :)

azlanlin said...

Bergantung pada keadaan.

>>Kemungkinan besar lelaki yang diceritakan itu mampu menjadi pendengar yang bhaik... seolah2 memahami apa yang diluahkan untuk meraih simpati...

>>Memang sesuai juga jika lelaki itu bukan jenis mengambil kesempatan...

>> Apa-apa pun, pabila nafsu menguasai diri...boleh hancur dengan apa yang telah dimiliki..kerana mereka akan rasa bahawa "mereka" (tukang cerita dan tkang dengar) adalah mengisi kelompongan yang ada.....

>> Hati-hati, manusia biasa akan tewas dengan nafsu-nafsi....

>> Maka, kewajaran bergantung pada situsi...

simah said...

jike lelaki itu bukan suaminya...tak wajar...

bab rumahtangga kan ..segala masalahnya..kalau tak desperate dan teruk sgt kan memang tak patut di bincangkan dgn org luar...kena selesaikan antara suami isteri dulu.. kalau dah tak dpt selesai baru la bincang dgn yg paling dipercayai dan paling ekat... dan kalau isteri.. bincang ngan pompuan lain.. apa halnya dgn lelaki lak..iskh... salah tu...

CikguZue said...

gembar gemburkan keburukan suami dan masalah rumahtangga dgn sesama perempuan pun tak wajar, apetah lagi pada orang lelaki lain, x-boyfriend lagi. amat2la x wajar,kan. belum kira hal bg sms mlm2, jumpa2, berdua2...hal halalharamnye lagi,kan. lainla kalau mrk itu org yg sepatutnya memberi nasihat.
kak rina, kena tag. jawab la jika ada masa yea. saje2 je.

Mama Rock said...

hmmmm...entah la kak rina. kalau ikut kan marriage counsellors bertauliah kan ramai. pergi ajelah ke agensi2 yang ada.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

pasal apa nak mengadu kat suami orang hal rumah tangga sendiri...

Sebenar nya perempuan macam ni tak da perasaan malu dah..kemain banyak cara lain lagi yang boleh menolong dia nape nak cari orng jantan yang dah ada bini untuk berstori mori...semua ni sangaja mencari Pasal...

silversarina said...

abang long,

Saya setuju pendapat abang long.



cikmilah,

Kalau mengadu pada Dato fadilah Kamsah pun kena ikut apa nasihatnya bukan setakat saja nak mengadu .





kak elle,

Betul yu kak elle, kalau sedara kita ke tak pe jugak ini saja2 nak libatkan lelaki lain.




aNIe,

Itulah yang selalu terjadi , rumahtangga terus ranap .

silversarina said...

zany,

Rasanya memang ramai jugak yang malas nak mengadu ke pejabat agama , tu yang ambik jalan mudah mnegada dan mengadu kat orang lain.




mak teh,

makteh faham maksud saya dan saya juga faham maksud makteh :)






mama,

Adalah kes nya dan sebabkan si isteri orang tu memnnag dah terpikat dengan laki orang yang juga bekas bf dia, memang geram bila dapat tau .




catcat,

Ha ha ye US memang terlalu open dan memang budaya diaorang camtu .

silversarina said...

neeza,

Akak memang nak marah bila tau hal ni dan akak kenal si isteri dan si suami ni .





Zabs,

Betul apa yang Zabs katakan tapi dalam hal ni si suami itu juga adalah bekas boyfriend nya dan sekarang memang rumhatangga kedua-duanya goyah sebab kes mengadu ni.





mamamia,

Kadangkala bila masalah melanda memang manusia ni tak ingta kepada Allah, tu yang cari suami orang untuk diceritakan masalah, buian dapat selesai pun .





kakyong,

Saja mengada cari attention !!





13may,

Betul tu, kalau nak mengadu carilah kaum wanita terlebih dahulu .

silversarina said...

zareda,

nak redakan perbincangan, moh kite makan soto...eh silap, petang ni nak buat roti jala ...hihi.





azlanlin,

Saya setuju sangat apa yang you nyatakan ..... boleh saya nak mengadu kat cikgu ...hehehe.



simah,

Patutnya kena berterus terang dengan suami sendiri dulu sebelum nak bawa masalah sendiri kepada orang luar, memang iateri macam ni tak matang .





cikguzue,


Dasar isteri yang tak tau jaga maruah , memang akak marah sangat kalau bab ni .

Nanti akak cuba buat, thanks.

silversarina said...

mama rock,

Jenis suka kepoh lah macam tu , saja mengada .



Kak Ezza,

Macam saya dah sebut banyak kali memang ieteri macam ni jenis tak tau malu...nyampah betul , buat malu company je .

Ahmad Eisa said...

erm. Depend la sape suami orang tu. Kalau suami orang tu seorang psychologist atau pakar motivasi, dah mmg tugas dia.....
Isteri yg solehah mesti pandai jaga rahsia rumahtangga....
Pendek kata, bab nak ngadu ni kene pandai cari orang la. Kalau tak, maruah jatuh dosa pun dapat gak...