Thursday, March 12, 2009

Sekolah dan Cutii.....

Sehari lagi masa berlalu , Alhamdulillah. Hari ini hari terakhir sekolah sebelum mula bercuti selama 10 hari . Nampaknya kami tak ke mana sebab darling tak de kat sini, habis cuti sekolah nanti baru dia balik bercuti. Lagi satu sebab Izzat pun ada kelas tambahan.


Tahun ni Izzat akan ambil PMR , so memang masanya banyak habis di sekolah, hari biasa kelas hanya akan tamat jam 5 petang dan kadang2 ada program di sebelah malam . Alhamdulillah Izzat tak pernah mengeluh dan saya tau dia juga mahu cemerlang dalam PMR kelak InsyaAllah. Baru2 ni Izzat dinobatkan dengan anugerah pelajar cemerlang Tingkatan 2 2008, Alhamdulillah . Semoga kecemerlangan menjadi milik Izzat hendaknya tahun ini dan tahun2 mendatang. Amin.



Mimi pulak hari ini hari terakhir ujian Tahun 1. Saya yang jadi cikgu di rumah sebab budak kecik kalau tak emak yang jadi guru siapa lagi nak bantu dia sebab ini pengalaman pertama dia ujian di sekolah rendah . Nanti buka sekolah baru tau sejauh mana dia dapat mengikuti pelajaran di awal tahun. Tambah kurus dia sejak sekolah ni, dah tak de pipi untuk digomol, sian dia.



Tuti pulak dah tinggal kenangan. Tuti mati 2 hari lepas darling balik UAE dan sebelum tu sempat darling mandikan tuti sebanyak 2 kali dengan jirus je air dalam sangkar dia tu dan keringkan dengan hair dryer . Saya rasa Tuti sunyi dan makin lemah sejak saya dan kami semua jarang ada di rumah kerana saya dimasukkan ke wad . Izzat dan Mimi yang tanam Tuti bawah pokok di tepi pagar rumah. Sedih pulak tuti dah tak de.



Ni nak tunjuk Flexpen untuk cucuk insulin yang mungkin setengah orang tak tau yang nak cucuk insulin ni tak payah guna syringe yang ada jarum panjang tu . Memadai dengan jarumnya yang pendek dan ditekan ke bawah kulit samada di perut atau di mana yang kita rasa selesa untuk menyucuk dan tekan je ikut aras insulin yang telah disetkan dan ditetapkan oleh doktor. . Mungkin pada yang takut jarum akan rasa ngeri tapi bila dah biasa memang tak kisah dah, cucuk je sebelum makan.



Itu sahaja laporan dari wanmommy hari ini....jumpa lagi....selamat bercuti buat semua.

12 comments:

maklang said...

tahniah buat izzat..

mimi comel ..purple lagi..he..he..

sedih tuti dah tak ada...carilah pengganti..

selamat berehat ye..:)

take care!

silversarina said...

maklang,

Doakan kejayaan Izzat ye.

Tak nak bela benda hidup dah.

Selamat bercuti !!

sya said...

Tahniah buat Izat..

Penah tenguk mende tu but bila tanya pd owner dia kata pen.. beria le kita caya .. tertipu rupanya

Kak Elle said...

wanmommy saya pun cuti sekolah jom kita jalan tapi tak cari makan.

Tahniah untuk Izzat:)

Lah Tuti dah pergi ye baru cerita ngan cikmilah hari tu si tutui dah mandi ke belum?

PrinCeSS said...

bagus2 izat..bangga rasa..heheh

sian tuti mati terkangkang..mesti die mati time tido..mati dlm iman..(pe mengarut arini)

laa cengkungnye mimi..xlehla nak cubit2 die balik nti..T.T
cubit pipi sndiri la..^^

silversarina said...

sya,

Memang praktikal, letak kat poket bila nak makan keluar pen cucuk tangan dengan flexpen tu .




kak elle,


Takleh gi jalan Izzat ada kelas sampai malam untuk 3 hari pertama cuti , pergi MM jelah :)

Anuar kata jangan bela benda hidup dah, dahlah tak pandai nak belai binatang, buat naya je tuti tu, memang rasa bersalah pulak :(



princess,

Memang terkangkang tuti mati, budak berdua tu memasing takut nak pegang masa nak tanam, terpaksa buat jugak .

Tolong doakan agar Izzat score good grades dalam PMR .

Mama Rock said...

oh kak rina, i was confused kejap...then baru teringat esok kat sana dah start cuti ya...have fun with the kids!

zino said...

tahniah utk izzat.. ada harapan dia ikut jejak langkah abangdan kakak kakak dia..

hari2 ke kena cucuk ubat tu..

silversarina said...

mama rock,

Ha ah sini start cuti dah dan akan buka sekolah awal sehari ... tak de plan apa2 pun cuti ni, pergi pantai je kot :)




zino,


Itu jugak harapan saya pada Izzat, terimakasih.

Sehari 2 kali kena cucuk, ada jugak yang 3 kali , saya pagi dan malam sebelum makan , kalau dah elok sikit hanya makan ubat je tak perlu cucuk insulin dah.

Neeza Shahril said...

bravo Izzat.. bakal jadi macam Zaid ni rasanya.. :) ALhamdulillah...

tuti dah takde ke?? alahaii.. sian dia sunyi.. mimi pun dah takde kawan lah kan.. kawan dengan kak rina okay kan.. :)

aNIe said...

Tahniah izzat kerana anugerah hadiah cemerlang tu...semoga dia terus dlm PMR nanti...

Kesian Tuti...dah tinggal kenangan...dia sunyi tu rina...

Rina...jaga kesihatan tu...makan ubat dan jaga makan...sebab cik darling rina takde...take care

silversarina said...

neeza,

Harapnya Izzat akan berjaya InsyaAllah.

Tuti tiada pengganti, memang kes naya Tuti ni, berdosa akak.




aNIe,

Alhamdulillah masa saya sakit haritu hubby belum balik ke sana, tu dia lambat balik cuti sebab jadual dah tertunda sebab masa saya sakit dia terpaksa tunda tarikh dia balik semula ke sana, jadinya cuti sekolah ni dia tak de ;(