Monday, March 16, 2009

Biarpun sekadar mimpi

Semasa dalam wad, selera saya terus tertutup . Bila darling tanya saya nak makan apa, lidah saya kelu. TIADA apa yang saya ingin makan. TIADA makanan yang terlintas di fikiran . Walaupun perut tersangat lapar namun saya tidak mahu apa-apa. Itulah selera orang sakit , tertutup rapat.



Suatu petang ibu kawan saya di Kuantan datang ziarah saya di hospital dan dia bawa segugus anggur merah yang buahnya besar-besar. Tengah malam tu selera saya tiba-tiba datang dan saya ingin makan sesuatu yang manis. saya lihat buah anggur dan saya ambil sebiji dan saya makan, emmmm, manisnya dan sedapnya . Saya makan dan makan lagi sehingga 7 biji semuanya . Lega dan lepas tu saya lena tido.




Pagi bila nurse ambil bacaan gula .... woowwww..... 27 ... doktor datang tanya saya makan apa, saya cakap anggur 7 biji, ye , 7 biji sahaja dan itulah yang saya boleh telan dan makan ( 4 hari tanpa makanan dan muntah-muntah sehingga air kuning je keluar ) . Apa nasib saya , anggur 7 biji boleh lonjakkan bacaan gula saya . Saya jadi muram balik dan selera terus tertutup semula .




Malam tadi saya mimpi saya makan anggur habis segugus dan saya kenyang dengan buah anggur. Bila bangun tido rasa macam manis anggur masih ada dalam mulut saya , betul2 rasa memang dah makan anggur dalam mimpi .

Bacaan gula saya sekarang boleh tahan stabil 7 - 9 waktu awal pagi tapi saya masih belum berani makan benda manis seperti anggur...biarlah saya rasa nikmat manisnya makanan hanya dalam mimpi .....Alhamdulillah.

18 comments:

SoFie NuR said...

dalam mimpi pun jadi la yer..yang penting jaga kesihatan..

LINDA FZALIN said...

betul betul tu sofie...rasa gak kemanisannyaaaa...k ina...next time nampak anggur je ibarat dlm mimpi k...yg penting kesihatan perlu dijaga...

nurazzah8 said...

alahai...dalam mimpi pun dalam mimpi aje lar...asalkan kesihatan terjaga...

zany said...

sabar je lah...
bapa saya pun macam tu juga, ada diabetis, dia lebihkan makan roti je, kurang dah makan nasi.

Mak Teh said...

Alhamdulillah! Itulah nikmat yang diberi oleh Allah kepada Sarina di dalam mimpi.

Ada cerita orang-orang ahli ibadah yang menahan diri memakan sesuatu kerana Allah, disuapkan makanan itu didalam mimpinya. Apabila dia bangun terasa perutnya kenyang dan manis makanan itu masih terasa dan bau wangi makanan itu masih terlekat padanya. Masya-Allah!

Besyukurlah kepada Allah.

Kak Elle said...

ingat tak bolih curi makan ye...hehe

kalau dlm mimpi rasa anggor tu masih ada apa lagi kalau betul2 makan ek:)

sya said...

Walau dalam mimpi Alhamdullilah dapat rasa. Teringat emak yg juga menjaga tahap gula.. tiap buah yg dia makan dia akan kira..

Neeza Shahril said...

rezeki tu kak Rina.. walaupun dalam mimpi, yang penting nikmat tu dirasai. ada orang makan betul2 pun tak rasa nikmat..
jaga kesihatan ya kak..

PrinCeSS said...

dapat jugak makan anggur ye walaupun dalam mimpi..
nanti dah ok bolehla makan anggur..8 biji..up satu biji

cikMilah said...

syahdunya ayat terakhir tu...tak pa la asal gulka tak naik!

aNIe said...

Larrr...sian rina...takpelah...mimpi pun mimpilah...asalkan terasa macam betul2...dan tak menjejaskan kesihatan...

KAMATO said...

Tak makan manis pun takpa, yg penting kesihatan

zino said...

tangguhkan dulu segala keinginan nak makan yg manis2 tu.. bayang kan je dulu.. jaga kesihatan..

silversarina said...

sofienur,

Selagi tak lepas cucuk insulin ni memang kena pantang makanan manis..huhu.



linda,

Memang teringin nak makan, haritu jiran2 datang bawak anggur banyak , akak suruh Izzat bawak pergi sekolah makan dengan kawan2 :)




nurazzah,

Betul tu, setakat ni dapat bertahan lagi, anggur memang bisa sebab manisnya lebih dari gula lagi .

silversarina said...

zany,

sejak akan minum air rebusan patawali memang dapat control bacaan gula, tapi masih tak berani nak makan makanan yang manis2 macam anggur ni.





makteh,

Mungkin pasal saya teringin nak makan anggur , tu yang sampai mimpi2 dan memang segugus saya makan dalam mimpi tu, Alahamdulillah.

silversarina said...

kak elle,

Tak curi2 makan pun, sendiri buat sendiri tanggung , sakit sendiri jugak...huhuh.





sya,

Memang betul tu sya, akak memang kira berapa banyak dah makan apa saja makanan sebab senang nak tau yang mana satu yang banyak gula berdasarkan bacaan gula .

silversarina said...

neeza,

Selalunya mimpi akak jarang ingat tapi ni mimpi yang bukan setakat ingat tapi siap dapat rasa kemanisannya bila bangun tido dan perut rasa kenyang sebab segugus akak makan dalam mimpi...nikmatnya :)





princess,


bukan setakat up sebiji, up up and the way lah wanmommyyyyy ....hehehe.

silversarina said...

cikmilah,

Terpaksalah bertahan ....huhuhu.





aNIe,

Dah ansib badan , kena pantang setakat ni masih okay , dalam mimpi dapat makan kira dah syukur Alhamdulillah.



kamato,

Kawan akak kata tak pe pantang sekarang sebab dah 40 tahun dah makan, pantang sementara nak baik.




zino,

Memang banyak bayangan makanan yang melintas tapi masih dapat ditepis...hehehe.