Sunday, May 24, 2009

Lepas exam....cutiiiiiiiiiiiii .....

Musim exam ni saya pun jadi cikgu balik, siap kena buat soalan untuk Mimi . Banyaknya soalan lisan je saya buat sebab yang lain dah ada bukukerja untuk matapelajaran akademik. Mata pelajaran agama saya kena baca sama2 dengan MImi dan soal kemudiannya. Setakat ni dia kata ok, harapnya ok InsyaAllah.

Bila exam habis , cuti pun akan bermula. Memang kali ni tak sabar nak cuti . Tak kira walau ke mana asalkan dapat keluar bercuti. Plan kami dah beberapa kali bertukar . Kali ni dah siap 'tapis' dan tunda destinasi percutian. Jadinya cuti kali ni adalah cuti dalam dan luar negara , kena terbang jugak walaupun dekat je luar negara tu.

Kalau tak update dah blog ni , maknanya blog saya pun bercuti panjang .

Malam ni Tokdaddy akan pulang bercuti...kejap je kan 5 minggu ....dah balik....cuti sebulan pulak.

20 comments:

mommy said...

yeaaa maya pun pas exam CUTI!!!!
exam dulu kecik2,blaja sama2 ngan mama..kdg2 mama yang lebih study hard..hehe

silversarina said...

princess,

Kalau mama tak ajar sian pulak budak kecik bukan tau nak agak soalan camne yang akan keluar, tapi subject arab tu memang tak berapa reti nak ajar ..hehehe.

Kak Elle said...

cikgu mengulang kaji ngan mimi kat rumah eh?wah tok daddy balik lagi cepat nya....hehe....ada chocs tak?...hahaha

silversarina said...

kak elle,

Laa lupa nak tanya akak , kali ni memang saya siap pesan kat Anuar tak payah beli chocs sebab takut tergoda mengunyah chocolate :)

Mak Teh said...

Sarina,

Selamat bercuti panjang. Nanti sunyilah alam blogging !

Takpe, mak tehpun nak pergi bercuti ke utara dan Pantai Timur. Nampaknye tak boleh nak singgahlah satu tempat tu. Hehehe.

Kalau bercuti kat Shah Alam mailah singgah sini jika time kami ada sini.

silversarina said...

OOooo tak de rezeki nak jumpa sebab the whole cuti memang tak de di rumah...lepas gian cuti...hihi.

Neeza Shahril said...

bestnya tokdaddy ada sekali masa cuti.. jauh berjalan ke kak RIna?? luar negara tu, kat negara di bawah itu ke?? ;)

bestnya kak RIna.. dulu cikgu ajar anak murid.. sekarang ajar anak sendiri pulak.. :)

cikMilah said...

Laaaa, sorang lagi pergi bercuti....hehe, negara ke , negeri ke tak kisah lah kan, janji namanya cuti... have fun kakRina & famili..

mommy said...

memang kalau ma ajar senang sikit nak ingat..mehla dtg cni tolong ajarkan..dekat dah nak final ni..hehe

KAMATO said...

seronoknya tokdaddy tu, 5 minggu kerja, cuti pulak sebulan....

Ajzie said...

Tok daddy nak balik yeaaaa.. sure seronok la mimi n tok mummy nya....

Abang Long said...

Apa perancangan waktu cuti sekolah ?

Sya said...

Sya ni tak reti nak mengajar anak2.. angin je..

arsaili said...

salam...wahh tokdaddy...ehehehe bila barat bertembung dengan timur ...sungguh unik gelaran tu. Bestnya dapat bercuti...nak ikuttt

Mulan said...

yey cuti...!! tak yah bangun pagi, buat breakfast, gosok baju, hantar anak etc... yey yey, mak pon cuti..

silversarina said...

neeza,

Negara jiran satu region je... saja nak jalan2 .





cikmilah,

Rasanya cuti ni memang ramai tak lekat di rumah , dengan kenduri kawinnya memang banyak.

Selamat bercuti !!




princess,

Sekarang ni nak ajar MImi pun rasa liatnya, usahkan nak ajar orang besar memang minta mahap bebanyak :)

silversarina said...

kamato,

Jadual keje Tokdaddy 35 hari keje 28 hari cuti...setahun 6 bulan je keje (gaji 12 bulan )..memang biasa kalau keje oversea dalam bidang o&G .




ajzie,

Tak boleh kacau wanmommy tau... hehehe.




abang long,

Berjalan jumpa sedara mara dan menjelajahi daerah belum dikenali .

Selamat bercuti !

silversarina said...

sya,

Setakat ni boleh ajar anak2 , kalau banyak kali terang tak faham angin jugak ..hihi.




arsaili,

Saja guna title moden+tradisional , cucu pun cucu zaman moden :)





mulan,

Yeyey kita dapat cutiiiii :)

ZAIMA65 said...

Salam, wah sonokle kome bercuti yek. Saya ni walaupun cuti tapi tak dapat makan angin mcm dulu...kena berbelanje berhemah...tgh gawat ni...yang nampaknya bercuti kat rumah mak mentua le....

Unknown said...

ooo... nak bercuti pjg... selamat bercuti kak rina...